Rabu, 29 Ogos 2012

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Seniman menangis

Posted: 28 Aug 2012 10:46 AM PDT

Dulu aku sangat kagum dengan beberapa seniman. Aku beli karya mereka, buku-lagu-puisi-lukisan malah aku ikuti dengan kagum perkembangan mereka di media. Aku mahu jadi macam mereka. Kadang-kadang aksi aku pun dah macam mereka.
Sesekali aku berpeluang jumpa mereka sama ada di program atau di tempat awam. Adakalanya duduk semeja. Ya! Ada di antara mereka agak kerel dan macam bagus. Layan kita yang mengagumi mereka pun hendak tak hendak aje. Kadang-kadang aku tengok ada pengkagum mereka yang datang dari jauh dan hendak bergambar mereka layan dengan ek. Agaknya seniman memang kena nampak serius sentiasa kot supaya kesenimanan tetap terpelihara.
Aku kagum dengan arwah Loloq dan Pyanhabib yang tak memilih sesiapa untuk bersahabat dan mereka meraikan kenalan.
Hari ini dengan keadaan semasa negara yang penuh kebejatan dan seniman-seniman idola aku ini yang kononnya seniman tapi terus tak sedar, menikus, senyap sebab takut tak dapat Datuk atau takut pingat Datuk ditarik semula... Aku ucapkan Pi mampuihlah sama korang!
Sial! Dulu bukan main ek! Hari ini sesekali masuk tv membodek mengampu,
Hakkk ptuihhhh!
Aku bakar karya korang!

pesan jin dan puaka hari ini kepada anak mereka

Posted: 28 Aug 2012 04:47 AM PDT

hari ini
syaitan puaka dan polong berpesan kepada anak mereka
jangan kencing tepi jalan
nanti telur bengkak
disampuk manusia

Budaya makan, restoran dan kita

Posted: 28 Aug 2012 02:15 AM PDT

Pernah tak korang singgah di warung atau restoran yang hampeh? Biasakan?
Jangan cerita bab servis lembab atau makanan yang dipesan lain tapi dapat lain, itu bab lain. Ini tentang penyediaan makanan.
Kami pernah buka kafe dan sebagai pengusaha makanan satu perkara yang perlu dipahat dalam kepala ialah kita menyediakan makanan untuk 'insan' malah untuk haiwan sekalipun mestilah makanan dalam keadaan baik.
Apakah duit kita tak laku kalau teh tarik yang dipesan kurang bahannya seperti susu kurang,air tak berapa masak, serbuk teh tak bertukar?
Seronokkah kita kalau roti canai mentah atau hangus, atau sayur dalam mee goreng yang kita pesan sudah patut dicampak longkang?
Siapakah mereka di balik tabir penyediaan makanan ini? Selalunya tauke restoran akan diwajibkan menghadiri kursus penyediaan makanan tetapi bagaimana dengan pekerja mereka? Hari ini kita dapati ramai warga asing bekerja menyediakan makanan untuk kita malah ada di antara mereka sangat tidak kena dengan budaya kita. Tangan-tangan si pemakan anjing dan kucing ini membancuh kopi kita dan menggoreng mee yang kita pesan. Dapur masakan mereka berselerak tabak dan terlalu hampir dengan tandas yang macam belacan.
Kita kena kembalikan semula orang kita yang faham budaya dan agama untuk kerja di dapur.
Banyak restoran di Singapura yang aku singgah, makanan kita disediakan oleh warga Malaysia atau orang tempatan. Hiasan makanan sangat cantik. Harga berpatutan.
Jangan ambil mudah. Budaya makan juga mencerminkan peradaban insan dan komuniti.
Lihat cara masyarakat purba makan, di era 'barbarian' yang makan dengan dua belah tangan dan gelojoh. Kemudian tertib makanan dianjurkan dengan pakaian kemas dan menggunakan sudu serta garfu. Budaya ini dipelopori bangsawan zaman khalifah dan barat walau sebelum itu Islam sudah mengajar adab makan.
Aku tak nak ulas panjang, korang semua lebih tahu.
Cuma......ketika memesan makanan di luar dan sewaktu makanan itu sampai, terfikirkah kita bagaimana ia disediakan?
Burpppp!

Rayalah!!

Posted: 27 Aug 2012 08:03 PM PDT

Rumah terbuka Fared Ayam



Tiada ulasan: