Selasa, 14 Ogos 2012

KRAI Utara

KRAI Utara


Cukuplah bertelanjang di bulan ramadhan

Posted: 14 Aug 2012 12:19 AM PDT

Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.Nilai sepuluh senBila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.Kini mula berpurdahPurdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Ulasan
Jadikan kisah ini pengajaran bersama.

Egypt: morsi bertambah taring di kerusi presiden

Posted: 13 Aug 2012 11:50 PM PDT

Morsi ‘makin kuat’ selepas rombakan

KAHERAH: Presiden Mesir Mohamed Morsi makin berkuasa selepas keputusan "revolusioner" menawarkan persaraan kepada Menteri Pertahanan yang berpengaruh dan mengawal kuasa tentera, lapor media negara itu.(Morsi bersama Tantawi dan Sami)Dalam langkah mengejut pada Ahad lalu, Morsi menawarkan persaraan kepada Menteri Pertahanan, Marsyal Tantawi, 76, dan Ketua Staf Angkatan Tentera Sami Anan, dan membatalkan dokumen perlembagaan yang memberikan kuasa perundangan dan lain-lain kuasa kepada pihak tentera.Suratkhabar Al-Akhbar yang dimiliki pihak kerajaan melaporkan penawaran persaraan Tantawi, yang mengetuai Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (Supreme Council of the Armed Forces) untuk tempoh setahun lebih selepas demonstrasi jalanan besar-besaran yang memaksa Mubarak untuk meletak jawatan, sebagai satu "keputusan revolusioner"."Ikhwan secara rasminya berkuasa," lapor suratkhabar bebas Al-Watan, merujuk kepada Ikhwanul Muslimin, kumpulan Islamis yang menyokong dan disokong Morsi.Walau bagaimanapun, tidak semua media menyambut baik langkah itu, di Kaherah, akhbar bebas Al-Shorouk melahirkan kebimbangan terhadap tindakan itu, berkata ini bermakna Morsi telah mengumpul ‘kuasa individu’ yang lebih besar daripada apa yang dilakukan Mubarak".Penjelasan PresidenBeribu-ribu penyokong Ikhwan membanjiri Dataran Tahrir, Kaherah – tempat bermulanya revolusi yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak tahun lepas - untuk menyambut keputusan itu Ahad lalu."Rakyat menyokong keputusan presiden," laung orang ramai.Namun ada pihak yang menyelar pemecatan Tantawi, yang dilaporkan secara rasmi sebagai persaraan. "Tantawi, bercakap benarlah, adakah Morsi memecat anda?" kata mereka.Dalam ucapan lewat malam Ahad lalu, Morsi menafikan cuba meminggirkan tentera, tetapi bertindak demi kepentingan negara."Saya tidak pernah bermaksud, melalui keputusan saya, meminggirkan atau berlaku tidak adil terhadap sesiapa sahaja, tetapi saya bertindak demikian supaya kita maju ke arah masa depan yang lebih baik, dengan generasi baru, semangat baru yang sudah lama ditunggu-tunggu," katanya."Saya tidak berniat untuk memalukan institusi," katanya kerana beliau lebih memikirkan kepentingan negara.Morsi juga meminda perlembagaan interim untuk menafikan tentera apa-apa peranan dalam proses membuat dasar awam, belanjawan dan undang-undang, dan hak untuk memilih Dewan Undangan bagi merangka perlembagaan yang kekal untuk era Mesir selepas Mubarak."Presiden telah memutuskan untuk membatalkan perisytiharan perlembagaan yang diterima pakai pada Jun 17 oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera,” jurucakap Morsi, Youssef Ali berkata.Mustafa al-Najar, bekas ahli parlimen Mesir yang dibubarkan, berkata langkah Morsi adalah satu langkah besar dalam peralihan ke arah demokrasi."Tiada risiko sama ada rampasan kuasa dari pihak tentera sekarang, atau masa hadapan terhadap Presiden Mesir, seperti yang dipercayai sesetengah pihak,” al-Najar berkata."Keadaan itu telah diselesaikan dengan memperkenalkan satu keputusan yang memuaskan banyak pihak."Kita telah menyempurnakan sebahagian besar tempoh peralihan yang akan disempurnakan dengan merangka perlembagaan."harakahdaily/-

Section 114A: Undang undang gila!

Posted: 13 Aug 2012 09:01 PM PDT

Undang-undang baru internet: Orang lain buat, anda kena

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Kerajaan Barisan Nasional akan menguatkuasakan pindaan Seksyen 144A Akta Keterangan 1950 yang akan menjadikan semua pemilik laman web, blog, facebook dan twitter sebagai pesalah walaupun komen di dalamnya dibuat oleh orang lain. Dengan itu, kerajaan UMNO-BN terbukti telah mengamalkan kezaliman bahawa "anda didapati bersalah sehingga dibuktikan benar". Melalui Seksyen 144A, jika pemilik laman internet kena godam (hacked), kesalahan tetap dikenakan ke atas pemilik laman-laman tersebut. Biasanya komen dan serangan di alam internet sering dilakukan oleh pecacai siber pro-UMNO dengan kata-kata fitnah, bohong, lucah dan membenci kaum serta agama. Mereka sering menyerang laman-laman internet yang mahu kepada keadilan, kebebasan dan demokrasi. Justeru, DAP menyokong penuh kempenInternet Blackout Day pada Selasa ini (14 Ogos), yakni kempen membantah penindasan kerajaan UMNO-BN yang mahu mengawal kebebasan internet. Kempen ini dianjurkan oleh The Centre for Journalism (CIJ) Malaysia sebagai protes terhadap pindaan Akta Keterangan (No. 2) 2012 yang diluluskan pada 9 Mei 2012 di Dewan Negara dan digazet oleh Menteri (Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri yang menyekat kebebasan bersuara dan bermaklumat rakyat Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, pindaan itu menyebabkan rakyat Malaysia  akan dipertanggungjawabkan di atas setiap isi kandungan yang terdapat dalam laman-laman akaun Facebook, Twitter, blog atau forum internet termasuklah komen dan artikel yang ditulis oleh orang lain. "Kita percaya bahawa pindaan itu boleh ditafsirkan sebagai satu percubaan oleh pihak berkuasa dan polis untuk menapis apa yang boleh dan tidak boleh diperkatakan di internet. "Peraturan yang diluluskan itu  dilihat berniat tidak baik dan ianya akan melemahkan tujuan internet sebagai salah satu wadah untuk menyebarkan maklumat dan memudahkan perbincangan secara terbuka," katanya. Beliau menjelaskan, orang yang dicuri identiti mereka dalam talian (yakni orang lain menyamar sebagai anda) juga boleh dikenakan tindakan di bawah akta ini jika kandungan yang dianggap 'salah' oleh kerajaan UMNO-BN diterbitkan dalam talian menggunakan akaun yang dicuri. "Ini bermakna, semua pengguna internet tidak akan terkecuali mungkin menjadi mangsa akta ini. "Apa yang menakutkan, anda akan mudah sahaja menjadi mangsa sekiranya ada pihak mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama dan maklumat anda dan melakukan 'kesalahan'. "Ini adalah kerana Seksyen 114A  menganggap bahawa anda ialah pemilik sebenar akaun terbabit termasuklah sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri atau digodam oleh pihak lain," tambah beliau. Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, pindaan akta itu akan menyebabkan hotel, restoran dan kafe siber tidak mahu lagi menawarkan akses internet kepada pelanggan kerana takut mereka akan dikenakan tindakan  undang-undang.Sumber dari: http://kiff-isme.blogspot.com/2012/08/undang-undang-baru-internet-orang-lain.html

Tiada ulasan: