Khamis, 9 Ogos 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Live! Video Solat Terawih Sultan Kelantan Di Istana Bersama Rakyat. Ustaz Azhar Sekejap Lagi

Posted: 09 Aug 2012 08:50 AM PDT


http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/384585_10150949517676594_468475132_n.jpg
http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/s720x720/269730_509129559114306_1011331417_n.jpghttp://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/386812_455957911104155_715352972_n.jpg


Broadcasting live with Ustream

LIVE dari Dewan Jubli Perak, Istana Negeri Kelantan, Qiam With Me

Live Dari Dalam Dewan Istana Kelantan

Posted: 09 Aug 2012 07:25 AM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/s720x720/217668_4478623926459_778340161_n.jpg

CendawanTimur Redcarpetphotography

Menunggu ketibaan Sultan Kelantan - istana kubang kerian


http://rtv.kelantan.my/

Live Dari Dewan Jubli Perak Istana Kelantan

Posted: 09 Aug 2012 05:01 AM PDT


Malam ni berlansung majlis solat terawih bersama tuanku sultan.

Rakyat jelata dijemput hadir bersama jemaah lain.

Pelbagai program diatur. Selepas terawih, ada pengisian majlis agama bersama ustaz azhar.

Allahuakhbar!

Isu haram undi DAP: 'Utusan tak serik'

Posted: 08 Aug 2012 11:44 PM PDT

Isu haram undi DAP: 'Utusan tak serik'

Zairil Khir Johari

ULASAN Walaupun sudah dua kali didapati bersalah
oleh mahkamah kerana menyiarkan laporan-laporan
yang berunsur fitnah terhadap ketua menteri Pulau
Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan
Eng, akhbar Utusan Malaysia tampaknya masih tidak
serik.

Dengan tajuk sensasi, "Haram sokong DAP" pada muka
hadapan serta laporan susulan di muka surat dalaman,
Utusan Malaysia telah menyiarkan beberapa tuduhan
liar seperti yang dipetik di bawah:

Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam
menyokong DAP yang secara terang-terangan
menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan
hukum hudud.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza
dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN)
yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak
membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan
umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara,
mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil
dan masjid juga mahu sama rata..."

(Dipetik daripada "Haram, berdosa undi DAP ", mukas
urat 5, Utusan Malaysia 8 Ogos 2012.)
Adalah jelas di sini bahawa laporan tersebut bermotif
politik dan bertujuan untuk menabur fitnah dan
implikasi bahawa:

1. DAP merupakan parti yang haram.
2. DAP tidak menerima Perlembagaan Persekutuan.
3. DAP merupakan parti kafir harbi.

Tuduhan bawa implikasi DAP kafir harbi
Umum mengetahui bahawa DAP merupakan sebuah
parti pelbagai bangsa yang sah atau "halal" dari segi
undang-undang.

Perjuangan DAP pula berteraskan prinsip-prinsip
keadilan, ketelusan, kebenaran, kesaksamaan dan
demokrasi, sepertimana yang diperjuangkan parti-parti
rakan dalam Pakatan Rakyat yakni PAS dan PKR.

Selama 46 tahun sejarahnya, tidak sesekali pun DAP
diharamkan atau dibatalkan pendaftarannya.

Tambahan juga, sekian lama ini DAP telah berjuang di
bawah kerangka kenegaraan Malaysia sebagai sebuah
demokrasi berparlimen yang mengamalkan sistem Raja
Berperlembagaan.

Prinsip perjuangan DAP bukan sahaja terpahat dalam
perlembagaan parti, tetapi juga diulangi dalam
Deklarasi Shah Alam, iaitu suatu ketetapan yang telah
dipersetujui dalam persidangan kebangsaan parti awal
tahun ini.

Antara lainnya, wakil-wakil kebangsaan DAP telah
menegaskan "komitmen untuk mempertahankan sistem
Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai ketua negara.

DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan
Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang
paling agung negara dan meluhurkannya dalam
semangat merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia
1963."

Oleh itu, dakwaan bahawa DAP merupakan sebuah
parti haram yang menolak Perlembagaan Persekutuan
itu jelas merupakan fitnah dan tohmah semata-mata.
Laporan Utusan Malaysia tersebut juga membawa
implikasi bahawa DAP adalah parti kafir harbi, hatta
menjadi musuh yang ingin memerangi Islam.

Tidak musuhi mana-mana agama
Ini merupakan satu tuduhan yang sangat berbahaya
dan jelas dilakukan dengan niat untuk mengapi-apikan
sentimen perkauman dan agama.

Apakah asas untuk tuduhan sedemikian
memandangkan DAP tidak pernah memusuhi mana-
mana agama?

Malah, DAP jelas mendukung agama Islam sebagai
agama Persekutuan dan pada masa yang sama ingin
memelihara kebebasan rakyat untuk mengamalkan
agama-agama lain, seperti yang termaktub dalam
Artikel 3 dan 11 Perlembagaan.

Justeru, tuduhan sedemikian tidak mempunyai asas
langsung serta berunsur hasutan.

Untuk mengelak daripada sebarang kekeliruan dan
ancaman yang mungkin timbul akibat tuduhan-
tuduhan palsu yang tidak bertanggungjawab oleh
Utusan Malaysia, saya telah membuat laporan polis di
Ibu Pejabat Daerah, Jalan Patani, Pulau Pinang pagi
tadi.

Walaupun kecewa dengan tindakan lidah rasmi Umno,
khususnya dalam bulan Ramahan yang mulia ini, saya
pasti bahawa rakyat Malaysia tidak senang termakan
dengan umpan hasutan yang cuba dimainkan oleh
Utusan Malaysia.

Lagipun, suratkhabar milik Umno ini sudah pun
beberapa kali dibuktikan memfitnah oleh mahkamah.

ZAIRIL KHIR JOHARI setiausaha politik kepada
setiausaha agung DAP.

4 Malam Yang Dijangka Malam Lailatil Qadar 2012

Posted: 08 Aug 2012 10:02 PM PDT

Assalammu'alaikum warohmatullah!

Jangan terlepas 4 malam di bulan Ramadan Tahun ini. Kemungkinan besar salah satu malam ini Lailatul Qadar.

1. Khamis, 9-Ogos-2012 malam Jumaat (Malam 21 di Malaysia, Malam 22 di Mekah)
2. Sabtu, 11-Ogos-2012 malam Ahad (Malam 23 di Malaysia, Malam 24 di Mekah)
3. Rabu, 15-Ogos-2012 malam Khamis (Malam 27 di Mekah, Malam 26 di Malaysia)
4. Jumaat, 17-Ogos-2012 malam Sabtu (Malam 29 di Mekah, Malam 28 di Malaysia)

Ini berdasarkan maklumat daripada Kitab Jauhar al-Mauhub, seperti berikut;

Di Malaysia
=========

Awal Ramadan tahun ini di Malaysia (1 Ramadan 1433H) jatuh pada hari Sabtu (21-Julai-2012) maka mengikut;

1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – Lailatul Qadar insya-Allah akan jatuh pada malam yang ke-21 (hari Khamis, 9-Ogos-2012 malam Jumaat)

2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-23 (hari Sabtu, 11-Ogos-2012 malam Ahad)


Di Arab Saudi
===========

Awal Ramadan tahun ini di Mekah (1 Ramadan 1433H) jatuh pada hari Jumaat (20-Julai-2012) maka mengikut;

1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – Lailatul Qadar insya-Allah akan jatuh pada malam yang ke-29 (hari Jumaat, 17-Ogos-2012 malam Sabtu)

2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-27 (hari Rabu, 15-Ogos-2012 malam Khamis)

Berikut adalah petikan dari kitab yang tersebut di atas (lampiran adalah dari kitab asal);

Dan adalah malam Lailatul Qadar itu pada Imam Syafie Radiyallahu'anhu tersimpan ia di dalam sepuluh malam yang akhir daripada bulan Ramadan tetapi pada malam "gasal" (ganjil) itu terlebih harap akan dia dan terlebih diharap daripada segala malam yang "gasal" (ganjil) itu malam yang dua puluh satu dan malam yang dua puluh tiga.

Dan yang "rajihnya" bahawasanya malam Lailatul Qadar itu melazimi ia akan malam yang tertentu maka tiada terpindah ia daripada seperti barang yang diriwayatkan daripada Abas bahawasanya malam Lailatul Qadar itu malam yang dua puluh tujuh kerana diambil daripada firman Allah ta'ala "Inna annzalnahu filailatul qdr" hingga "Salam mun hi ya" … maka bahawasanya kalimah " hi ya' itu dua puluh tujuh daripada segala kalimah surah ini dan iaitu kinayah daripada malam lailatul qadar dan atas perkataan inilah diamalkan pada segala masa, segala negeri dan iaitu mazhab kebbanyakan Ahli al-'Ilmi.

Dan kata qil; "Bahawasanya malam lailatul qadar itu terpindah ia tiada tetap ia pada malam yang tertentu maka terkadang ia pada dua puluh satu dan terkadang ada ia pada malam dua puluh lima demikianlah dan atas perkataan ini menjalani dua ahli Sufi dan menyata mereka itu akan "dhabit" dan kaedah bagi yang demikian itu dan iaitu;

- jika adalah awal puasa pada hari Jumaat maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Sabtu maka itu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa pada hari Ahad maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Selasa maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa pada hari Rabu maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka malam lailatul qadar malam dua puluh satu

Dan telah memilih Imam Nawawi didalam Majmu' dan Fatawa akan qaul dengan berpindah dan katanya di dalam Raudah dan iaitu yang kuat. (Bajuri)

Dan tersebut di dalam Hasyiyah Fathul Wahab, maka;

- jika awal puasa pada hari Ahad atau hari Rabu maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa hari Selasa atau Jumaat maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa hari Sabtu maka iaitu malam dua puluh tiga malam lailatul qadar

Kata Abu Al-Husan: "Dan pada masa sampai aku akan tahun lagi-lagi tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan ini kaedah yang tersebut Barmawi dan Qalyubi"


Wallahu'alam [admin]

Syabas Mufti Pahang!

Posted: 08 Aug 2012 09:08 PM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/625622_255213244598271_561392010_n.jpg

Gambar TG Nik Aziz Meninjau Loji Air Kelar Pasir Mas

Posted: 08 Aug 2012 07:32 PM PDT

 http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/484431_474041029282222_1273065024_n.jpg

YAB. Tuan Guru melawat Loji Air Kelar Pasir Mas(gambar)YAB. Tuan Guru melihat telaga tiub

Pegawai DBKL Yang Perangai Memalukan

Posted: 08 Aug 2012 07:01 PM PDT

 http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/576158_455743231125623_1802233910_n.jpg

Petugas wanita DBKL yang bernama Samsinah kelihatan sedang mengeluarkan surat saman ketika pemunya kenderaan sedang beratur untuk membayar tiket parkir di mesin pembayaran. Malangnya ketika itu, 2 unit mesin pembayaran di kawasan terbabit iaitu sekitar Prima Setapak dalam keadaan tidak berfungsi, dan apabila beberapa pemilik kenderaan cuba bercakap kepada beliau dengan baik, memeranjatkan apabila beliau menjawab dengan nada menjerit "you ingat aku sangat senangkah? Duduk sana tunggu you orang bayar?".

Petugas DBKL ini juga meneruskan sumpah seranah kepada pemilik pemilik kenderaan yang berada disitu dengan mengeluarkan ayat:

"celaka punya orang, bodohkah kamu semua?"
"sohai punya cina"
"tak suka pergi buat report la, babi"
"you ingat you saja ada kamera? saya pun ada" sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

Keterangan foto:

1. Beliau cuba menepis telefon yang cuba merakamkan gambarnya

2. Sedang cuba untuk membuat lawak bodoh .. walaupun kelihatan memang betul betul bodoh

3. Eicewah .. bulan puasa pon tunjuk jari tengah. Sesungguhnya, memang jelas perbuatan ini sangat memalukan badan beruniforn DBKL dan masyarakat Malaysia secara amnya .. cik kak oih .. pakai tudung buat perangai gitu .. ghaflah jingga betul laa perangai.

Nota: Entri ini bukan untuk mengenengahkan isu perkauman sama sekali kerana ia boleh terjadi pada sesiapa pemilik kenderaan pun. Jadi pembaca semua diingatkan supaya tidak mengaitkan isu sensitiviti kaum kat sini. Isunya ialah ..

Petugas ini sangat tidak profesional dalam mengendalikan tugas beliau bila berhadapan dengan orang awam. Etika dan perangai beliau sangat-sangat tidak mencerminkan budaya rakyat Malaysia apatahlagi imej pasukan beruniform. Sungguh memalukan apabila seorang wanita yang bertudung menunjukkan karakter dan mengeluarkan ucapan yang amat bertentangan dengan tatasusila sebagai seorang Islam apatahlagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Meter parkir di kawasan tersebut dalam keadaan dhaif dan mendukacitakan. Hampir kesemua meter yang disediakan tidak dapat berfungsi akibat dari perbuatan vandalisma namun tiada apa apa tindakan dari pihak berkuasa untuk mencegah perbuatan tersebut ataupun memperbaiki mesin mesin meter tersebut.

Sebagaimana yang dikatakan, hampir semua meter parkir disana tidak dapat digunakan, seharusnya beliau menggunakan pertimbangan berbanding terus mengeluarkan saman tanpa menghiraukan kesulitan yang dihadapi oleh pemunya pemunya kenderaan. Kejar KPI ke cik kak oih ??

Sumber Asal - SabahKini

Apa masalahnya kalau DAP menang bersama PAS, PKR?

Posted: 08 Aug 2012 04:14 PM PDT

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Aug 08, 2012

8 OGOS — Kali ini saya kembali menyebut satu isu yang pada saya sepatutnya menjadi satu isu basi dan tidak lagi diperbesarkan. Isunya ialah isu penyertaan saya dan beberapa orang Melayu dalam Parti Tindakan Demokratik, DAP.

Saya tahu ini merupakan isu yang tidak berapa laku lagi sekarang kerana orang ramai tahu yang momokan Umno dan penyokongnya dalam isu ini semakin hari semakin pudar dan sudah tidak diterima oleh rakyat yang ramai.

Saya tidak berminat untuk melayan momokan ini, tetapi terlalu ramai sahabat dan rakan-rakan yang menyokong saya menyertai DAP ini meminta saya menyebutnya sekali lagi, setidak-tidaknya buat kali terakhir. Mereka yang menyokong saya meliputi penyokong-penyokong saya dari seluruh negara dan ramai di antara mereka meminta saya menulisnya lagi.

"Penyokong Umno ini malas berfikir. You mesti beritahu mereka selalu, kalau tidak mereka lupa. Orang yang malas berfikir mesti diperingati selalu sebab mereka payah untuk memahami isu-isu penting ini. Mereka ini tidak pernah dilatih untuk berfikir sebaliknya dilatih untuk mengangguk sahaja," kata beberapa orang yang menyokong saya menyertai DAP walaupun mereka ini hanya sekadar penyokong yang akan memberikan undi kepada DAP.

Sebenarnya apa yang hendak saya sebutkan lagi kerana semuanya sudah disebut banyak kali. Apakah benar yang DAP itu adalah parti Cina? Mungkin DAP itu disertai oleh ramai orang Cina tetapi ia bukan parti Cina.

DAP adalah parti berbilang kaum yang memperjuangkan nasib semua bangsa. Parti ini memperjuangkan kebersihan dalam pentadbiran kerajaan yang sangat kotor pada masa kini. DAP memperjuangkan ketelusan dan menolak isu rasuah yang banyak berlaku dalam kerajaan dan pimpinan BN sekarang ini.

Di mana-mana saya pergi, dari utara ke selatan, dari timur ke barat saya berjumpa dengan ribuan orang dan tidak ramai yang membangkang saya setelah saya berikan "rationale" kenapa kita tidak perlu takut untuk memberi sokongan kepada DAP yang merupakan salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat ini.

Saya bukannya duduk di rumah berdiam diri. Saya selalu meninggalkan rumah untuk pergi ke merata-rata daerah dan tempat dalam negara ini. Saya dijemput untuk berceramah dan memberikan penerangan kenapa kita tidak perlu gusar untuk memberikan sokongan kepada DAP.

Barisan Nasional khususnya Umno memang begitu takut dengan pengaruh DAP tetapi sebesar mana pun pengaruh DAP itu ia tidak akan menguasai kerajaan dan Putrajaya jika Pakatan menduduki Putrajaya itu. DAP akan menurunkan hanya seramai lebih kurang 50 kerusi sahaja dalam pilihanraya yang akan datang.

Jika DAP menang kesemuanya, parti yang saya anggotai ini tidak akan terjadi apa yang dikhuatiri oleh segelintiran orang Melayu. Takkanlah nak buat kiraan yang senang ini pun mereka (penyokong BN totok) tidak mampu?

Tetapi jika DAP menang semua kerusi, ia memang penting untuk perjuangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Pertamanya, parti ini mempunyai rekod ketelusan dalam pentadbiran, Pulau Pinang misalnya.

Jika DAP bersama-sama dengan PAS dan PKR menguruskan Putrajaya itu sudah pasti DAP akan memainkan peranan untuk keadilan ini. Yang pentingnya kita mempunyai kerajaan yang bersih daripada noda rasuah yang menggila dan menjadi benteng kepada perompak harta rakyat seperti yang lazim berlaku sekarang ini.

Saya menjadi ahli Umno selama 40 tahun dan di dalamnya saya telah menjerit dan berbuat segala-galanya untuk mengingatkan parti itu supaya berbuat yang baik dan jauhi segala kemungkaran terhadap politik dan ekonomi negara.

Tetapi saya siapa? Tidak ada siapa yang mendengarnya kerana saya hanya seorang picisan dalam Umno yang begitu kuat budaya mengampu dan membodek ini. Saya yakin dengan sebenar-benarnya yang kebaikan itu tidak akan datang malahan hanya kerosakan sahaja yang akan wujud, "from bad to worse".

Maka saya bertindak untuk bersama DAP dan, "I want to grow old with this party". Saya merasakan bahawa parti ini juga boleh memperbaiki diri saya kerana saya telah begitu lama dalam Umno dan saya memerlukan parti yang boleh memperbaiki sikap dan nilai dalaman saya dalam perjuangan politik negara ini.

Bunyinya besar tetapi saya tetap seperti dahulu, bukannya orang yang mempunyai apa-apa kedudukan dan tidak bergelar serta bernama seperti rakan-rakan yang lain yang mengampu ke hulu dan ke hilir itu.

Saya sebutkan kita mesti menyertai parti yang boleh memperbaiki diri kita dan saya merasakan DAP telah pun sedikit sebanyak memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada sedikit sebanyak di dalam diri saya.

Kalau saya masih berada di dalam Umno saya tidak akan memperbaiki diri saya kerana Umno tidak terjumpa nilai-nilai kemanusiaan yang baik dalam perjuangan selain daripada memperjuangkan nasib peribadi mereka semata-mata.

Bermacam-macam yang saya alami sejak menyertai DAP. Ada sahabat karib yang meninggalkan saya terus kerana marah-marah kerana mereka percaya pada momokan Umno dan BN. Tetapi saya mendapat penyokong baru yang begitu ramai dan mereka tidak putus-putus menghubungi saya dan bertukar-tukar fikiran sesama kita.

Alhamdulillah, usaha saya itu berbaloi dan ramai orang Melayu yang akan bersama saya untuk mendokong DAP sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat.

Saya sekarang yakin bahawa PAS, DAP serta PKR akan mendapat dokongan rakyat dalam pilihanraya kali ini dan saya tidak sabar juga untuk melihat perubahan untuk kebaikan itu dalam pilihanraya kali ini. Saya akan bergembira melihat perubahan untuk kebaikan ini berlaku semasa saya masih hidup dan bernyawa ini.

Kepada rakan-rakan saya yang berada jauh dan dekat, ayuh kita teruskan usaha kita dan kepada mereka yang tidak gemar oleh kerana momokan Umno itu, biarkan sahaja mereka di sana. Kita wajar memandang ke hadapan tanpa menoleh kebelakang lagi. Yang penting negara kita ini kita ubah untuk kebaikan bersama.

Sekarang apa masalahnya lagi? Pemimpin yang rasuah sekarang mungkin bermasalah, tetapi rakyat tidak ada masalah. — aspanaliasnet.blogspot.com

Tiada ulasan: