Selasa, 7 Ogos 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Lelaki Mati Ketika Berzina Di Bulan Ramadhan

Posted: 07 Aug 2012 12:32 AM PDT

Nusajaya, Johor: Akibat sering tertewas dengan nafsu teman wanitanya, seorang lelaki warga Nepal nekad mengambil pil ubat kuat seks dalam kuantiti berlebihan selain meminum satu tin arak semata-mata mahu memenuhi kehendak kekasihnya itu.

Malangnya, hasrat lelaki berusia 38 tahun itu untuk 'bertahan lama' ketika melakukan hubungan seks tidak kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati di sebuah hotel bajet di Taman Tasek Yaacob, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa, Hari Bahadur Magar dikatakan mengambil pil itu pada jam 3.30 petang sebelum mendaftar masuk ke sebuah hotel bersama teman wanitanya, warga Vietnam.

Menurutnya, kematian lelaki itu disedari teman wanitanya berusia 24 tahun, jam 11 malam hari kejadian selepas mangsa dikatakan tidak bergerak menyebabkan wanita itu panik.

"Pasangan itu dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks sebelum tertidur dan pada masa sama, mangsa meninggal dunia.

"Akibat panik dengan keadaan teman lelakinya, wanita terbabit terus memaklumkan kepada pengurusan hotel sebelum membuat laporan polis, jam 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Noor Hashim berkata, siasatan awal di bilik didiami pasangan itu membawa kepada penemuan sebotol ubat kuat dipercayai diambil mangsa sebelum mereka melakukan hubungan seks.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut, namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Saya menasihatkan orang ramai terutama lelaki lebih berhati-hati sebelum mengambil ubat kuat yang dijual di pasaran kerana jika tersalah makan atau tidak sesuai boleh mengundang maut," katanya. -hm

TPM Pertahankan Rakyat Atau Rozali? – MB

Posted: 06 Aug 2012 11:24 PM PDT

Kerajaan Selangor memberi kata dua kepada kerajaan Persekutuan sama ada mahu menjaga kroni atau rakyat dalam isu air yang dijadikan modal Umno Barisan Nasional (BN) memburukkan negeri Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, usaha kerajaan untuk melaksanakan penyusunan semula industri air Selangor adalah sejajar dengan peraturan yang termaktub dalam Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).

"Kalau Timbalan Perdana Menteri (TPM), Muhyiddin Yassin ingin rakyat Selangor mendapat kebaikan daripada penyusunan semula air, dia mesti meninggalkan rakannya iaitu Tan Sri Rozali dari Puncak Niaga.

"Ini pilihan yang ada kepada kerajaan Persekutuan. Sama ada bersama Pengerusi Puncak Niaga ataupun memilih bersama rakyat Selangor," katanya kepada Keadilan Daily pada majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Holiday Villa, Subang Jumaat lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok menegaskan, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor, Muhyiddin pasti jelas mengenai penyusunan semula yang dipersetujui sejak 2008 antara kerajaan Pusat dan Syabas.

"Maklumat-maklumat itu kita dah ada. Saya sudah siap menyediakan surat kepada Timbalan Perdana Menteri untuk menunjukan proses perbincangan mengenai perkara ini.

"Saya rasa jawatankuasa yang baru ditubuhkan dan dipengerusikan Muhyiddin bersama Menteri Air (Peter Chin) dan Noh Omar tahu proses-proses ini," katanya. -KD

MB: Penstrukturan semula air di Selangor elak tarif naik 52%

KUALA LUMPUR 13 Jun: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor tetap meneruskan penstrukturan semula air di negeri itu bagi mengelak rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menanggung kos kenaikan tarif lebih 50 peratus.

"Penyusunan semula air Selangor akan menentukan bahawa rakyat Selangor dan Kuala Lumpur serta Putrajaya tidak akan dikenakan kenaikan seperti dalam perjanjian antara Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan pada untuk 2009 dan 2012 yang mana sejumlah lebih 50 peratus harga tarif air dinaikkan.

"Jika tidak, kenaikan tarif air akan berlaku tiga tahun sekali dan tidak melebihi 12 peratus. Jadi dibandingkan dengan apa yang berlaku sekarang, jika perjanjian ini diteruskan, sekarang juga harga air kena dinaikkan lebih 52 peratus," katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sempena Forum Air Selangor 2012 semalam.

Khalid berkata, demi mempertahankan hak rakyat daripada dianiaya menerusi perjanjian oleh kerajaan Barisan Nasional dengan Kerajaan Persekutuan sebelum ini, beliau akan berjumpa sendiri dengan menteri berkenaan.

"Jika tidak boleh dilaksanakan penstrukturan ini, kita akan berjumpa dengan kerajaan untuk mereka menunaikan tanggungjawab mereka seperti dalam Perlembagaan Persekutuan ada termaktub bahawa air juga isu Kerajaan Persekutuan.

"Oleh sebab itu, tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, tetapi dalam Akta 655, dia (kerajaan) menerima bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mesti dapatkan persetujuan bersama dalam penyelesaian," jelas beliau.

Tambah Khalid, jika Kerajaan Persekutuan tetap 'berdegil' untuk menyusahkan rakyat, beliau sendiri akan turun padang menerangkan mengenai isu tersebut.

"Kalau tetap juga tidak diterima, saya akan menerangkan kepada rakyat apa yang saya buat, kalau tak dapat diteruskan, sanggupkah rakyat Selangor bayar 52 peratus kenaikan harga air. Perkara ini agak senang saya terangkan kepada rakyat Selangor," katanya.

Dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], yang ditandatangani Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Selangor dan Syabas pada 2006 menyetujui setiap tiga tahun, tarif air akan dinaikkan mengikut peratus yang dipersetujui.



Tiga Dihukum Denda Tampal Poster Hina Guan Eng & Ambiga

Posted: 06 Aug 2012 08:57 PM PDT

Hukuman tampal poster menghina

KUALA LUMPUR: Tiga sahabat didenda masing-masing RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah atas tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga, Februari lalu.

Majistret Zulkpli Abdullah memutuskan demikian terhadap kerani hospital, Muhammad Nizam Ali, 24, pemandu, Hamzah Mahmood, 32 dan juruteknik, Shahir Saarani, 30, selepas mereka menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah, semalam. Ketiga-tiga tertuduh turut berdepan dengan hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda.

Bagaimanapun dua lagi tertuduh, juruteknik, Mohd Norizam Che Othman, 31 dan peniaga, Mohd Jamil Jamaluddin, 36, masih mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, semua mereka bersama lima lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan sedemikian di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 3.40 pagi, pada 4 Februari 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -hm


BERITA SEBELUM INI

5 lelaki dituduh tampal poster hina Guan Eng, Ambiga


Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga.

Muhammad Nizam Ali, 24, Hamzah Mahmood, 32, Mohd Norizam Che Othman, 31, Shahir Saarani, 30, dan Mohd Jamil Jamaluddin, 36, didakwa bersama lima lagi yang masih bebas melakukan kesalahan dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan seperti "Lim Guan Eng Racist", "Lim Guan Eng Anti Melayu" dan "Undi Ambiga Undi Seks Bebas".

Muhammad Nizam dan Hamzah, kedua-duannya penganggur, Mohd Norizam dan Shahir, kedua-duanya mekanik, dan Mohd Jamil, seorang peniaga, dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di ibu negara pada 3.40 pagi 4 Feb lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya.

Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haderiah Siri, manakala peguam Rezal Mazli Abdul Muin, mewakili kesemua tertuduh.
- Bernama


Pengerusi SYABAS Yang Gajinya Hampir 1/2 Juta Sebulan Tak Hadir Taklimat

Posted: 06 Aug 2012 06:57 PM PDT

Meskipun menerima bayaran RM400 ribu sebulan, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail gagal menjalankan tanggungjawab apabila gagal hadir dalam satu taklimat penting kepada jawatankuasa menyemak dibentuk Kerajaan Negeri.

Kegagalan Rozali untuk hadir dalam taklimat penting yang diadakan baru-baru ini bagi mendapatkan gambaran sebenar akan perkembangan terkini status bekalan air Selangor mengundang kekecewaan Ahli Parlimen Utara, Tony Phua.

Memetik dari satu laporan wawancara eksklusif Malaysiakini bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, taklimat tersebut dihadiri oleh semua pegawai profesional tertinggi Syabas. Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat), orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ruslan Hassan.

"Semua profesional tertinggi hadir," kata Abdul Khalid merujuk dengan sinis kepada Rozali, dipetik dari Malaysiakini. Menurut laporan itu juga, pegawai dari Syabas sendiri turut mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.

Sebaliknya menurut Abdul Khalid, 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD) iaitu lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan Syabas setiap hari.Tony berkata, penolakan jemputan itu jelas mencerminkan sikap Rozali dan Ruslan yang tidak ikhlas untuk menyelesaikan isu air Selangor.

"Kami tak kira politik, yang penting nak selesaikan isu demi masyarakat negeri Selangor. "Tetapi malangnya Muhyiddin tak hadir dan Rozali yang terima gaji RM400,000 sebulan pun tak hadir. "Tetapi Muhyiddin tolak jemputan ini dan ini jelas Muhyiddin tidak ingin menyelesaikan isu air Selangor, tetapi lebih berminat bermain politik dengannya," kata Tony ketika dihubungi TVS hari ini.

Tony turut menganggap tindakan Rozali tidak hadir dalam taklimat itu bertujuan untuk melindungi kepentingan diri sendiri dengan memastikan beliau terus diberi kuasa menerajui Syabas. "Tindakan mereka ini sengaja menafikan hak rakyat untuk menikmati perkhidmatan air bersih pada kadar berpatutan semata-mata mahu menawarkan kontrak besar dan lumayan kepada kroni termasuk projek Langat 2," katanya lagi. -tvs

Terdesak Sangat Sampai Klon Twitter Anwar

Posted: 06 Aug 2012 03:43 PM PDT

Account twitter DS @anwaribrahim di klon .... hmmm terdesak sangat sampai klon-klon account org lain.....sampai ada menteri yang hampir terkena tipu...kuikuikui

"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.

Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim. -PR Supporter


Saifuddin tolak 'tawaran Anwar' sertai PKR

SHAH ALAM – Di sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian banyak pihak, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menolak 'tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim', yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter.

"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.

Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim.

Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai parti mesra perikatan itu.

Ia semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu.

Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang.

"Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya masih kena jawab."

Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah palsu.

"Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu - akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.

Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih atas penjelasan - gentleman."
-SH




Kes NFC Bermula, Shahrizat Tak Tahu Suaminya Bida Projek NFC

Posted: 06 Aug 2012 08:31 AM PDT

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mula mendengar kes saman bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Perbicaraan yang bermula hari ini telah mendengar keterangan dari Shahrizat berhubung dakwaan kontroversi beliau dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Shahrizat dalam keterangannya sebagai saksi utama berkata beliau tidak mempunyai sebarang jawatan dalam NFC Holding dan tidak tahupun suaminya membida projek itu.

Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan pada 10 Ogos ini bagi sambungan perbicaraan setelah mendengar keterangan dari Shahrizat berhubungan dakwaan pembabitan beliau dalam skandal NFC.

Kes saman RM100 juta ini dikemukakan oleh Shahrizat berhubung penyelewengan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang telah didedahkan oleh kedua-dua pemimpin dari PKR itu.

Sementara itu, Rafizi yang ditemui selepas perbicaraan menyatakan keterangan yang dilakukan oleh Shahrizat hari ini sudah dijangkakan dan tidak mengejutkan beliau.

"Kita telah nenjangkakan keterangan yang beliau berikan hari dan ia tidak mengejutkan kita.

"Kita tunggu pada Jumaat ini bagi memulakan soal balas dari pihak peguam berhubung keterangan yang dilakukan nanti," jelasnya.

Tambah Rafizi lagi, kenyataan yang diberikan oleh Shahrizat hari ini menunjukkan beliau dan Zuraida adalah pemilik kepada media di negara ini yang boleh mempengaruhi seluruh rakyat Malaysia.

"Gambaran yang diberikan olehnya menunjukkan kami berdua telah berjaya mempengaruhi rakyat di negara ini melalui sebaran media.

"Seolah-olah kami ini pemilik Utusan Malaysia ataupun TV3, begitu jauh andaian yang diberikan olehnya," sambungnya.

Dalam pada itu, Zuraida memberitahu keterangan Shahrizat hari ini lebih kepada latar belakang beliau bagi menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin yang baik.

"Penceritaan latar belakang yang kemas dan apa yang kita harapkan penceritaan yang kemas ini mempunyai keputusan sebaliknya," kata Zuraida.

Pihak defenden, Rafizi diwakili Peguam, Ranjit Singh manakala Zuraida pula diwakili oleh Razlan Hadri.

Shafie Abdullah pula bertindak sebagai peguam yang mewakili Shahrizat sebagai plantif.

Sebelum itu pada 19 Januari yang lalu Shahrizat telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa, Zuraida dan Rafizi telah memfitnah dan memburuk-burukkan beliau berhubung projek NFC.

Namun pada 9 Mac pula, Rafizi dan Zuraida telah memfailkan saman balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung satu ucapan didakwa "berbau fitnah" yang diujarkan bekas menteri tersebut.

Sementara itu turut hadir memberi sokongan adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan juga beberapa exco Kerajaan Negeri Selangor.

Kamar mahkamah hari ini dipenuhi dengan penyokong PKR yang turut hadir dalam memberi sokongan. -HD


Shahrizat: Saya tidak tahu mengenai projek NFC

Ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailnya terhadap dua pemimpin PKR, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau tidak tahu yang suaminya membida untuk projek Pusat Fidlot Nasional.

Beliau menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung pelbagai komen yang didakwa mengaitkannya dalam kemelut National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Shahrizat memfailkan saman tersebut pada 19 Januari berhubung pendedahan Rafizi dan Zuraida mengenai NFC yang telah mengaitkan suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail.

Beliau memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam NFC atau di Agroscience Industries Sdn Bhd.

Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida telah menggunakan isu itu sebagai sasaran utama dalam usaha untuk memburuk-burukkan dan memfitnahnya sebagai seorang menteri persekutuan.

Shahrizat berkata beliau tidak tahu bahawa suaminya telah membida untuk projek tersebut kerana kerjaya mereka adalah berbeza luas.

"Saya menjadi seorang ahli politik sejak 1995 selepas dipilih sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai. Saya menyertai Umno pada tahun 1982," katanya.

Suaminya pula, kata Shahrizat, adalah seorang saintis dan beliau tidak masuk campur dengan urusannya, kerana beliau (Shahrizat) adalah seorang ketua Wanita Umno, seorang menteri dan pemimpin Wanita BN.

Menyifatkan serangan terhadap NFC adalah mensasarkan dirinya, Shahrizat berkata ia bertujuan untuk menyerang BN dan Umno menjelang pilihan raya umum ke-13.


Noh Omar Tidak Layak Bicara Soal Wang Rakyat!

Posted: 06 Aug 2012 05:37 AM PDT

Shah Alam – Kerajaan Negeri menafikan dakwaan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang kononnya menyalahgunakan wang rakyat untuk membiayai kos guaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari, berkata, dana itu diperoleh menerusi peruntukan Geran Selangorku bernilai RM5 juta bagi Program Pembasmian Rasuah dan Penyelewengan.

"Noh tidak layak bicara soal wang rakyat kerana beliau sendiri tidak mampu menyelamatkan penyelewengan dana Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berjumlah RM250 juta oleh pemimpin Umno-BN," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurutnya, sejak kepincangan itu didedahkan, beliau selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh tidak mengambil sebarang tindakan bagi mendapatkan semula wang rakyat yang telah disalahgunakan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Salleh.

"Selaku Menteri, Noh gagal menunaikan tanggungjawab berkhidmat dan menjaga amanah rakyat termasuk memastikan tiada penyelewengan melibatkan dana kerajaan.

"Walaupun pinjaman RM250 juta diluluskan sebelum Noh memegang kementerian itu, beliau sepatutnya ambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil mengembalikan semula dana itu kepada kerajaan,"
katanya.

Yaakob berkata, Geran Selangorku sememangnya diperuntukkan untuk kegunaan rakyat antaranya, Pengenalan Gaji Minima, Program Memperkasakan Wanita, Pembinaan Infrastruktur Sukan, Pembaikan Infrastruktur dan Program Pengukuhan Demokrasi.

"Bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri bukan untuk membantu kroni, sebaliknya sebagai sokongan terhadap usaha dan keberanian Rafizi mendedahkan kepincangan pengurusan dana rakyat.

"Rafizi adalah mangsa ketidakadilan sistem di negara ini apabila pelapor kes rasuah dan penyelewengan dilayan seperti pengganas dengan tangannya digari ketika dibawa ke mahkamah manakala suspek rasuah pula diberi layanan VIP.

"Rakyat Selangor dan Malaysia dapat menilai ketidakadilan yang berlaku di bawah pemerintahan Umno-BN.

"Kita yakin bahawa penilaian ini akan membawa kepada perubahan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) akan datang," katanya. -SH

Staf Yang Terjun Dari AirAsia Dakwa Ada Hantu Dalam Pesawat

Posted: 06 Aug 2012 03:04 AM PDT

Staf dakwa nampak hantu dalam pesawat AirAsia

MIRI – Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.

Gambar: CHONG kini masih dirawat di Hospital Miri.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.

Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.

"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.

"Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ. -kosmo


Lelaki terjun daripada pesawat AirAsia

MIRI – Beratus-ratus penumpang sebuah pesawat AirAsia Berhad (AirAsia) menghadapi saat cemas apabila seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan lalu terjun ketika pesawat itu dalam kedudukan sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, siasatan mendapati penumpang berkenaan yang dikenali sebagai Chong, 24, dipercayai staf syarikat penerbangan tambang murah itu sendiri.

Pada hari berkenaan, dia tidak bekerja tetapi menaiki pesawat AK587 itu bersama teman wanitanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.

Kosmo! Ahad difahamkan, tindakan lelaki itu membuka pintu kecemasan yang terletak di bahagian tengah pesawat menyebabkan pesawat tersebut berhenti serta-merta.

Keadaan itu mencetuskan situasi panik dalam kalangan penumpang.

Sementara itu, seorang penumpang yang menaiki penerbangan sama berkata, sebaik pesawat tersebut hendak berlepas, lelaki itu menjerit 'saya mahu pulang' sebelum dia meninggalkan kerusinya dan membuka pintu kecemasan.

Chong diberi rawatan selepas terjun dari pesawat AirAsia.

"Ketika pesawat itu sedang bergerak perlahan untuk berlepas, tiba-tiba lelaki tersebut buka pintu kecemasan di sebelah kanan pesawat dan terjun sekali gus menyebabkan pesawat berhenti mengejut.

"Penumpang lain mula menjerit dan panik. Punca dia bertindak demikian masih kurang jelas," kata saksi itu.

Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia, Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra berkata, penumpang yang terjun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk menerima rawatan.

Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tergendala dan penerbangan hanya dapat diteruskan pada pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, setakat ini polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan giat dijalankan berhubung kejadian tersebut.


Tiada ulasan: