Kelab Greenboc |
- Daging Kucing Dimasak Kari Enak Dimakan?
- [PANAS] Lamanweb 1Malaysia Kena Hacked Lagi
- [BERGAMBAR] Pasaraya MYDIN Kota Bharu Terbakar
- [BERGAMBAR] Khairul Fahmi (Apex) Kemalangan
- Khairy Wajar Ditahan Kerana Menipu, FB Pemuda UMNO Minta Maaf
- Daniyar Diseludup Masuk Atau Memang Bersembunyi Di Malaysia?
- Siling Kompleks JPJ Indera Mahkota Bocor ... Ada Makna Tu...
Daging Kucing Dimasak Kari Enak Dimakan? Posted: 27 Aug 2012 01:04 AM PDT Daging kucing memang enak dimakan, malah lebih lazat apabila dimasak kari," kata Jimmy, pemuda berasal dari Myanmar. Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan hanya senyuman manis sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya. Gambar: Jimmy,pemuda berasal dari Myanmar. Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing. Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang. "Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas," ujar Jimmy. Aduhai, tekak kami yang haus kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut mengunyah daging haiwan itu. Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk. Kucing menjadi makanan biasa oleh penduduk kampungnya di Yangon, sama seperti arnab, anjing dan kura-kura. "Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah dagingnya selalu dimasak menjadi hidangan lazat di dalam majlis keraian. Kami akan berkumpul beramai-ramai dan menikmati daging kucing," ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik ketika memakan daging kucing. Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti arnab dan hanya dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing. "Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan," soal kami sambil difikiran terbayang kucing panggang seperti yang diceritakan orang. Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa bercerita. Ujarnya, dia sudah tujuh tahun tinggal di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran. "Rakan-rakan serumah kamu makan kucing," tanya kami lagi. "Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak," ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi 'kembang'. "Mereka beli kucing itu?" kami memancing satu persoalan. "Oh, tidak," jawab Jimmy. Kemudian kami berdua saling berpandangan dan memperoleh jawapan sendiri di atas perbualan singkat dengan pemuda Myanmar itu di saat matahari sedang berada di tengah-tengah langit. -SH |
[PANAS] Lamanweb 1Malaysia Kena Hacked Lagi Posted: 26 Aug 2012 10:51 PM PDT Paparan di folder "uploadslamanweb 1malaysia.com.my sekitar jam 8.00 pagi tadi. Lamanweb 1malaysia.com.my nampaknya gagal mempertahankan ciri keselamatannya setelah hacker mampu untuk menerobos masuk dan memuatnaik sebuah imej seperti di atas. Ia dipercayai berlaku pada hujung minggu lalu dan dilakukan oleh hacker yang menamakan dirinya TORTOROPS, dipercayai dari negara jiran Indonesia. Kenyataan yang dipaparkan mendakwa tarian "tor tor" adalah kepunyaan Indonesia dan mengkritik Malaysia kerana dikatan "mencuri" tarian tersebut dari negara mereka. Ini bukanlah kali pertama lamanweb 1malaysia.com.my diceroboh. Pada awal tahun lalu, lamanweb yang sama telah dicerobohi beberapa kali. Berikut ialah kenyataannya:
|
[BERGAMBAR] Pasaraya MYDIN Kota Bharu Terbakar Posted: 26 Aug 2012 08:08 PM PDT Mydin rugi RM150,000 pasar raya terbakar Kota Bharu: Kebakaran awal pagi semalam menyebabkan Pasaraya Borong Mydin di Jalan Pintu Pong, di sini, mengalami kerugian RM150,000. Gambar: Kesan kebakaran Pasaraya Mydin di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu awal pagi semalam. - Foto Nik Abdullah Nik Omar Bagaimanapun, dalam kejadian pada jam 2.40 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana gedung berkenaan hanya beroperasi sehingga jam 11 malam saja. Kios makanan dan minuman turut musnah. Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kios menjual makanan dan minuman ringan yang terletak di tepi pintu masuk pasar raya berkenaan. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Abdullah Din Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan pasar raya berkenaan yang bertugas pada jam 2.52 pagi. Katanya sebaik menerima panggilan, enam jentera dan 28 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Kota Bharu, Tunjong, Pengkalan Chepa dan Kota Darulnaim dikejarkan ke tempat kejadian dan tiba pada jam 2.57 pagi. "Ketika sampai di tempat kejadian api sedang marak di bahagian kios menjual makanan dan minuman serta tempat menyimpan barang pelanggan pasar raya berkenaan," katanya. Ambil masa 40 minit untuk memadamkan api Katanya, dengan bantuan lapan Bomba Sukarelawan Balai Kota Bharu, sembilan anggota polis, enam kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan tiga anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), api berjaya dikawal jam 3.09 pagi dan padam sepenuhnya 40 minit kemudian. "Unit forensik masih lagi menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kebakaran," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Kebakaran yang berlaku ke atas pasar raya yang dirasmikan pada 2002, kali kedua selepas satu kebakaran besar yang memusnahkan bangunan tiga tingkat di Jalan Parit Dalam, di sini. Sementara itu, Pengurus Mydin cawangan Kelantan, R Naidu berkata, ketika kejadian beliau mendapat panggilan daripada pihak bomba pada jam 2.40 pagi bahawa penggera keselamatan pasar raya berkenaan berbunyi. |
[BERGAMBAR] Khairul Fahmi (Apex) Kemalangan Posted: 26 Aug 2012 06:50 PM PDT Penjaga gol kebangsaan yang sering dilanda kontroversi, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) telah mengalami kecederaan selepas kereta yang dipandunya terbabas. Kejadian itu berlaku di Kampung Badak, Bachok sekitar jam 12.30 malam tadi. Lantaran dari kemalangan itu, Apex telah mengalami cedera ringan di tangan kanan. Pada masa yang sama, dia juga mungkin terlepas peluang untuk membantu skuad Red Warriors dalam pertemuan dengan Kedah dalam saingan Kumpulan B kempen Piala Malaysia pada malam ini. Punca kemalangan masih belum dikenal pasti. Sebelum ini, Apex sering dilanda dengan pelbagai kontroversi seperti pengambilan alkohol, pergaulan sosial bersama teman-teman wanita dan pelbagai lagi. Semoga Apex cepat sembuh dan kembali ke arena bersama skuad Kelantan. |
Khairy Wajar Ditahan Kerana Menipu, FB Pemuda UMNO Minta Maaf Posted: 26 Aug 2012 04:11 PM PDT Entri kontroversi: Facebook 'Pemuda Umno Malaysia' minta maaf SHAH ALAM - Laman Facebook Pemuda Umno Malaysia, yang akaunnya didakwa palsu, meminta maaf berhubung poster berbaur hasutan yang dibawa lebih seminggu lalu atas akaun pergerakan itu. Gambar: Paparan entri permohonan maaf yang dikeluarkan oleh akaun laman Facebook atas nama Pemuda Umno Malaysia. Gerakan itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi entri ringkas malam tadi, beberapa jam selepas Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata bahawa pihaknya sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab atas penyebaran mesej itu. Malah status Facebook yang menerima 131 komen itu juga menyatakan bahawa 'admin' yang terbabit turut sudah dikeluarkan dari fanpage tersebut. "Kami meminta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas kesilapan mengeluarkan gambar (poster) yang tidak patut pada 17/18 Ogos (lalu). Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage," sebutan entri itu. Namun begitu, timbul persoalan di kalangan pengikut yang mengikuti fanpage itu. Antaranya mempersoalkan siapa dalang yang memuat naik poster berkenaan serta perkembangan siasatan polis. Pengikut, Nur Miba mempersoalkan laporan polis yang dibuat Ketua gerakan itu, Khairy Jamaluddin selain ingin tahu siapa admin yang dikeluarkan dari fanpage Pemuda Umno tersebut. "Ye ye je KJ cakap akaun palsu. Rupanya akaun betul la nih... siap buat report polis bagai akaun palsu. Senang-senang je nak bodoh-bodohkan kami ye. Siapa admin yg kena remove tu? Cepat dedahkan siapa... memburukkan imej Pemuda Umno. Kami mahu admin dedahkan siapa dalang," katanya. Menurut seorang lagi pengikut yang menggunakan nama Ezad Hafidz: "Mula-mula kantoi, tak mengaku ini page Umno. Pastu kantoi lagi, minta maaf dan buang admin pulak. soalan aku, siapa admin yang dibuang tu? Ye ke admin tu dibuang?" Permintaan maaf yang dibuat kira-kira jam 10 malam itu turut menerima reaksi positif apabila ada peminat yang menerima permintaan maaf tersebut. Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Muammar Ghadafi menulis:"Aku secara individunya mampu menerimalah dan tindakan ini wajar dipuji walaupun terlambat dan bila jadi isu besar baru bertindak." Mohd Afzan pula berkata: "Saya sebagai rakyat Malaysia menerima permintaan maaf anda." Semalam Khairy memberitahu pemberita bahawa beliau akan menyerahkan kepada polis nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu gerakan itu. Beberapa hari lalu pula Khairy menyahut cabaran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan berkata, Peguam Negara boleh mendakwa Pemuda Umno dan pihaknya bersedia untuk membuktikan siapa yang betul dalam isu laman sosial Facebook yang kontroversi. Isnin lalu, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN), Ibdillah Ishak membuat laporan polis berhubung satu akaun Facebook yang memuat naik poster berbaur fitnah di Balai Polis Tun H S Lee. Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor. Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)." -SH |
Daniyar Diseludup Masuk Atau Memang Bersembunyi Di Malaysia? Posted: 26 Aug 2012 08:22 AM PDT Dari kiri : Ashman Najib, Nooryana Najwa dan tunangnya Daniyar Nazarbayev yang turut hadir ke Majlis Rumah Terbuka semalam. Kelihatan Mukhriz Mahathir bersalaman dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meraikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Rumah Terbuka di kediamannya semalam. Turut kelihatan, dan isteri Mantan Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah. Ulasan GB Sekarang sudah terdedah terang-terangan. Daniyar berada di Malaysia. Apakah beliau baru dibawa masuk atau memang sudah sekian lama bersembunyi di Malaysia? Daniyar sebelum ini didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post. klik untuk baca |
Siling Kompleks JPJ Indera Mahkota Bocor ... Ada Makna Tu... Posted: 26 Aug 2012 02:45 AM PDT Kuantan - Operasi pengkomputeran di Kompleks Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Indera Mahkota 15, di sini semalam tergendala berikutan sistemnya tidak dapat digunakan selepas siling di Tingkat Dua kompleks itu bocor, petang kelmarin. Gambar: Kebocoran siling di kompleks tersebut menyebabkan sistem pengkomputeran JPJ tergendala Situasi itu menyebabkan notis pemberitahuan dilekatkan di hadapan pintu kompleks terbabit untuk memaklumkan kepada pelanggan. Pengarah JPJ Negeri, Datuk Zakaria Man memberitahu, situasi itu berlaku disebabkan masalah kebocoran di siling tingkat atas kompleks tersebut yang menempatkan bilik server. Menurutnya, ia menyebabkan sistem komputer tergendala dan sehingga pagi semalam, lantai di tingkat tersebut masih dibasahi air. "Kita memberikan jaminan masalah ini akan diatasi segera namun ia terpulang kepada pihak penyelenggaraan komputer untuk memperbaiknya dalam tempoh sepantas mungkin. "Namun untuk hari ini (semalam), ia langsung tidak dapat beroperasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada jam tiga petang semalam. -SH Ulasan GB Dah ada tanda-tanda DUN Pahang akan bocor... Mungkin faktor Lynas & BERSIH memberi kesan yang kuat di Pahang. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan