Era Pasca |
Share BEB!! Sejarah fitnah UMNO kepada Pembangkang! Posted: 24 Aug 2012 04:02 AM PDT PROPAGANDA & FITNAH - SINONIM DGN BUDAYA UMNO/BN Era APU : Di era lapan puluhan dulu, Tengku Razaliegh Hamzah pernah mengetuai gabungan parti pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah / APU!. Kekuatan APU walaupun tidak sehebat Pakatan Rakyat hari ini ia tetap membimbangkan UmnoBn. Tentu kita masih ingat,. peristiwa dua tiga hari sebelum PRU 1990, dimana Umno telah membuat fitnah besar kepada Tengku Razaliegh dan APU. Gambar palsu Tengku Razali memakai tengkolok berlambangkan salib telah disiar oleh seluruh media milik Umno. Ku Li kononnya telah diresapi semangat kristian ! dan bersubahat dengan pemimpin keristian dari Sabah untuk menegakkan kristian sebagai agama resmi di Malaysia menggantikan Islam. Pemimpin APU tidak berkeupayaan untuk membuat penafian kerana kesuntuklan masa dan sememang dasar akhbar arus perdana tidak memberi ruang dan peluang kepada pembangkang ! Oleh kerana zaman itu belum ada kemudahan internet sebagai media alternatif, maka sebahagian besar rakyat percaya dengan penipuan yang dibuat oleh UmnoBn. Akhirnya UmnoBn menang dalam PRU,.. menang dengan cara menipu dan memfitnah!! Era REFORMASI : Peristiwa fitnah dan pemecatan DS Anwar Ibrahim tahun 1998 yang dirancang oleh mantan PM Tun Dr Mahathir,. rupa-rupa membawa seribu hikmah untuk rakyat Malaysia! Sejak peristiwa itu segala-galanya telah berubah, bermula dengan kebangkitan gelombang semangat REFOMASI dan penubuhan parti perbagai kaum – Parti Keadilan Rakyat yang ketuai Datin Sri Wan Azizah. Hari ini orang Melayu sudah serik untuk percaya dengan janji-janji lunak pemimpin Umno! Mereka sudah cukup meluat dengan berita dan cerita-cerita yang dibawa oleh media penipu milik Umno, yakni Utusan, berita Harian RTM dan TV3. Cukuplah 50 tahun rakyat ditipu. Era MERDEKA RAKYAT : Para pemimpin UMNO sangat sedar,.orang Melayu semakin meminggirkan Umno. Kaum bukan Melayu pula memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim. TG Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang. UmnoBn cukup gusar andainya mereka tewas kali ini sudah pasti seribu satu satu macam kes rasuah dan penyelewengan mereka akan terbongkar. Maka mahu tak mahu pilihan yang ada buat Umno ialah menggunakan tektik lama yang dikitar semula, iaitu isu agama ! Maka para pemimpin Umno pun berhujjahlah kehulu kehilir memberitahu rakyat bahawa agama Islam akan berkubur tak lama lagi. Media arus perdana pro Umno tak habis-habis menyiarkan cerita karut ini agar orang Melayu akan marah kepada DAP dan kaum Cina umumnya. Gendang diketuk ke seluruh Negara kononnya kalau Pakatan Rakyat memerintah agama Islam tidak lagi menjadi agama rasmi Persekutuan. Pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP akan menobatkan kristian sebagai agama rasmi Negara. Satu perkara yang langsung tak masuk akal,. kerana untuk mengubah sesuatu dasar atau perlembagaan ia memerlukan persetujuan sekurang-kurang 2/3 ahli parlimen. Sedangkan Ahli Parlimen DAP yang ada tak sampai pun 1/3 ! P/S : Mana mungkin cerita bodoh itu boleh terjadi ! Tidak lojik langsung DAP boleh mengubah perlembagaan Negara dengan sewenang-wenangnya,.. melainkan semua pemimpin PAS dan PKR sudah dipukau oleh DAP !!! Duhai seluruh rakyat yang semakin matang dan bijak ! Sedarlah! Umno takkan berhenti membuat kerja tipu dan fitnah, walaupuin terpaksa menggadai agama !!! Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan