Khamis, 30 Ogos 2012

dollah yankee

dollah yankee


MERDEKA !

Posted: 30 Aug 2012 02:00 PM PDT


Kita semua tahu yang mana setiap empat tahun sekali kita semua diberi peluang untuk mengundi. Kenapa kita perlu mengundi? Apa yang boleh berubah dengan satu undi daripada kita? Elekk.. ! jangan dok megah sebab apa pun tak boleh buat dengan satu undi kita tu.

Benarrr! Betulll! dan tak salah lagi bahawa satu undi daripada kita tu tak boleh nak buat apa pun, TETAPI kalau satu undi kita tu dicampur dengan satu undi orang lain, campur lagi dengan satu undi lain, campur lagi satu, campur lagi satu dan satu, dan satu, dan satu ... baru lah satu undi kita tadi sudah nampak banyak, satu undi itu juga sudah nampak besar, masa itu baru lah kita boleh bermegah dengan slogan yang sering kita laungkan "suara rakyat,suara keramat", baru lah setiap satu undi dari kita semua tadi akan dapat didengar olih gerombolan.

Pilihanraya kali ini (yang tak dipanggil-panggil lagi) adalah pilihanraya besar dan cukup penting kerana kita semua kini sedang berada dipersimpangan jalan. Kalau betul apa yang kita pangkah (PR), maka sejahtera lah kita semua, tetapi kalau kita silap pangkah (BN) alamatnya lagi lima tahun pulak lah kita semua akan kena cekik lagi !

Jadi untuk memudahkan anda semua memilih siapa yang paling ummpphh..untuk jadi PM, gurkah-gurkah politik di'port' mahu anda ambil satu kerusi, kemudian duduk menghadap dinding dan fikir-fikirkan ...

1.Apakah ahli-ahli politik yang berkuasa semuanya kaki songlap? kaki rasuah? kaki makan suap?
2.Apakah semua anggota-anggota kerajaan kita semuanya sama? kaki rasuah!,kaki songlap! selalu makan suap!
3.Apakah anda semua begitu yakin yang anggota-anggota kerajaan kita ini kompeten?
4.Apakah anda setuju bahawa mereka-mereka yang mempunyai kuasa sekarang ini semuanya kebal dari undang-undang?
5.Apakah kepimpinan yang ada sekarang berada dilandasan yang betul?
6.Apakah anda tahu yang setiap hari-hari yang berlalu, kita dipisahkan olih masalah-masalah agama dan bangsa?     
7.Apakah anda yakin yang sistem kehakiman negara kita sekarang ini tidak perlu kita persoalkan lagi?
8.Apakah anda yakin yang harta kekayaan negara kita ini telah diurus dengan baik?
9.Apakah anda semua yakin yang anak cucu kita kelak tidak akan menderita?
10. Soalan bonus: Apakah anda semua tidak mahu melihat satu perubahan yang lebih baik?

Kalau jawapan anda YA kepada 3 soalan atau lebih, tidak kah anda semua rasa yang kita memerlukan perubahan? Pimpinan yang baru? Kita boleh jadikan 'PERUBAHAN' itu satu realiti, satu kenyataan. 

Saranan gurkah-gurkah politik di'port' ialah, anda bolehlah tanyakan 10 soalan ini kepada 10 orang saudara-mara, sahabat handai dan juga adik beradik anda. Kemudian 10 orang tadi tanya pula kepada 10 orang lain yang mereka kenal, kemudian yang 10 itu tanya pula kepada 10 yang lain dan begitu lah seterusnya sepertimana yang dipraktik kan olih sistem 'multilevel marketing', dan percayalah pada level yang ke-7 pertanyaan 10 soalan ini sudah pun sampai kepada 1 juta orang. 

Ini macam baru lah kita boleh berteriak "suara rakyat,suara keramat".

dollah yankee-
Baru balik dari sambut Merdeka di Padang Kota Lama


Tiada ulasan: