Ahad, 5 Ogos 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Royalti: Tun Razak janji, Najib khianati

Posted: 05 Aug 2012 03:24 AM PDT

Abdul Aziz Mustapha,
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mencadangkan supaya tindakan kerajaan Umno mengkhianati perjanjian menjadi isu utama perbincangan mengenai royalti minyak kepada negeri Kelantan.

"Pada 12 Disember 1975, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjanji di dalam Parlimen membayar royalti dalam bentuk tunai sebanyak lima peratus kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang mengeluarkian hasil minyak.

"Perjanjian juga dibuat dengan Petronas pada tahun yang sama di mana Petronas memberi komitmen untuk membayar royalti tunai sebanyak lima peratus setahun bagi hasil minyak yang ditemui di di kawasan pantai Kelantan dan pesisirnya di mana perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Tetapi, tanpa rasa malu dan rasa bersalah sedikitpun, anak Tun Razak sendiri yang kini menjadi Perdana Menteri mengkhianati perjanjian itu," katanya.

Bagi Mahfuz, apabila Perdana Menteri mengajak kerajaan Kelantan berbincang mengenai royalti minyak itu, ia jelas memperbodohkan ayahnya sendiri.

Beliau mempersoalkan, adakah Najib hendak memberi gambaran bahawa ayahnya dahulu tidak berbincang sebelum membuat janji di dalam Parlimen itu?

"Ajakan untuk berbincang itu hakikatnya memperbodohkan ayahnya sendri yang membuat keputusan memberikan royalti tersebut berdadarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974," katanya.

Mahfuz menyifatkan ajakan Najib untuk berbincang itu sebagai tindakan terdesak bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Najib yang semakin kelihatan begitu takutkan pilihan raya sengaja berbuat demikian dalam usaha terdesak untuk memberikan gambaran yang positif tentang dirinya.

"Saya yakin usaha terdesak itu akan memakan diri kerana rakyat sudah tidak percayakan Najib yang mengkhianati serta tidak menepati janji yang dibuat oleh ayahnya sendiri.

"Kerajaan Najib hanya pandai berbohong sahaja kononnya janji ditepati" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang yakin rasa sakit hati rakyat kepada Najib kini kian parah berikutan pelbagai tindakan kerajaannya kini termasuk dakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli semata-mata kerana mendedahkan penyelewengan dalam projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepadanya, memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak negeri tersebut.

Lihatlah siapa yang kibarkan bendera ini

Posted: 05 Aug 2012 03:23 AM PDT

Harakahdaily,

(Pelbagai bangsa dan agama mengibarkan bendera PAS di Lumut)

LUMUT: Pelbagai bangsa dan agama naik ke pentas anjuran PAS DUN Pasir Panjang, Lumut malam tadi bagi menyatakan sokongan dengan mengibarkan bendera PAS.

Mereka mengibarkan bendera PAS tanda sokongan dan menyokong perjuangannya di majlis makan malam komiti Jentera Jentera Pilihanraya N51 Pasir Panjang.

Majlis diadakan semalam mulai jam 7.00 malam hingga 11.00 malam.

Majlis telah diadakan di Marina Island Hall, Teluk Muruh, Lumut bersebelahan kem Tentera Laut Di Raja Malaysia dan Pulau Pangkor.

Antara yang hadir di majlis ini adalah Speaker DUN Selangor, Teng Chan Khim,  Adun Sekinchan, Pengarah Starategi PKR Rafizi Ramli, Adun Titi Serong Khalil Idham Lim, Chang Leng Kang dan pimpinan setempat DAP, PAS dan PKR.

Dr Xavier : Peter Chin Berbohong Kos Sebenar Projek Langat 2

Posted: 05 Aug 2012 03:13 AM PDT





SHAH ALAM: Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar telah menuduh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Peter Chin Fah Kui berbohong tentang kos pembinaan loji Langat 2 dan projek menyaluran air mentah dari Pahang.

Dr Xavier berkata, harga yang disebut kerajaan Selangor bagi projek tersebut iaitu RM 8.65 bilion, merupakan harga yang diberitahu oleh Setiausaha Bahagian Kanan Sektor Air, KeTTHA di Forum Air yang diadakan pada 12 Julai lalu.

Menurut Dr Xavier, Peter Chin juga tidak menerangkan yang Selangor terpaksa bayar RM 60 juta kepada Pahang pada setiap tahun jika untuk projek pemindahaan air itu.

"Apakah Peter Chin takut rakyat mempersoalkan projek mega bernilai RM 8.65 bilion ini terlalu mahal untuk dibelanjakan Kerajaan Pusat. Sambil beliau memindanya kepada angka RM 6.225 bilion agar rakyat merasakan kosnya lebih munasabah?

"Angka yang Kerajaan Negeri berikan bukanlah rekaan semata-mata, bahkan laporan yang dipetik dari sumber Bernama melaporkan kos projek itu ialah RM 8.9 billion," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, Peter pernah mempersoalkan harga RM 8 bilion untuk Langat 2 dan projek pemindahan air tersebut dengan mengatakan ianya hanya RM 6 bilion.

Dr.Xavier turut mempertikaikan mengapa kerajaan pusat lebih berfikir tentang kepentingan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berbanding dengan rakyat Selangor.

Syabas telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus bekalan air terawat di Selangor tetapi kerajaan negeri tidak berpuashati dengan prestasi syarikat itu dan mahu pengurusan air dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, KeTTHA seolah-olah berperanan menjadi 'jurucakap' bagi mempertahankan Syabas dengan bermati-matian mematahkan setiap hujah dan penerangan yang dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa ahli Exco Selangor berkaitan isu air ini.

Siri pembohongan George Kent dalam skandal LRT Ampang

Posted: 05 Aug 2012 03:04 AM PDT

MOHD RAFIZI RAMLI

Saya memandang berat kenyataan En Cheong Thiam Fook, Pengarah Eksekutif George Kent yang mendakwa konsortium tersebut lulus penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaannya.

Kenyataan itu terang-terang membelakangkan laporan penilaian rasmi yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan kontraktor bagi kerja-kerja tambahan sistem LRT Laluan Ampang.

Malah, En Cheong Thiam Fook dan George Kent telah berbohong apabila beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut:

- Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS penilaian kewangan
- Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah MEMATUHI semua syarat-syarat kontrak
- Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS semua syarat teknikal

Pembohongan ini dibuat dengan tujuan untuk mengabui mata rakyat Malaysia.



Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak.

Saya sertakan fakta-fakta dan susur galur yang membuktikan bahawa Konsortium George Kent telah berbohong:

Dalam satu surat bertarikh 20 Januari 2012, Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana telah mengemukakan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) kepada Kementerian Kewangan bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan;

Bidaan oleh George Kent dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. Bidaan ini dilabelkan sebagai bidaan 3 dari 8 pembida (3/8);



 Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (salinannya disertakan bersama) dengan secara jelas menunjukkan bahawa Konsortium George Kent hanya mendapat markah 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan.

Oleh itu, Prasarana telah memutuskan bahawa George Kent GAGAL dalam penilaian kewangan;
Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan juga menyatakan bahawa George Kent TIDAK MEMATUHI syarat-syarat kontrak.

Malah, ia membuat permohonan agar beberapa syarat seperti "bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan" (atau Agreed Disruption Damages) disemak kembali;

Pada markah teknikal 38.62 dari 70 markah keseluruhan, George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal.

Malah, di dalam laporan penuhnya, Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu.

Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri.



Saya telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen yang sah ini.

Oleh itu, pembohongan yang dibuat oleh George Kent bahawa ia telah lulus semua penilaian dan mematuhi syarata-syarat menghina semua proses dan prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara.

Ia juga membayangkan bahawa proses dan prosedur ini tidaklah berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida.

Lebih merunsingkan, ia membayangkan 'lesen besar' yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana.

Ini menimbulkan persoalan dimanakah kemampuan Prasarana kelak untuk memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja-kerja bermula George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat oleh Prasarana.

Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Dato' Seri Najib kepada syarikat itu.

George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Kajian; 59% Kata Tidak Kepada BN Sabah

Posted: 05 Aug 2012 02:54 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita63/IMG_9625.jpgWartawan Buletin

DUNGUN – Ramalan menunjukkan akan berlaku perubahan politik di negeri Sabah ekoran dua orang ahli Parlimen Wilfred Bumburing dan Datuk Lajim Ukim yang mengisytihar kan diri mereka keluar dari Barisan Nasional (BN).

Menurut Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali, satu kajian yang dibuat baru-baru ini menunjukkan, Sabah yang selama ini menjadi penyumbang kerusi parlimen kepada Barisan Nasional (BN) sudah tidak lagi menjadi 'deposit tetap' kepada parti itu.

Katanya, kajian tersebut mendapati seramai 59% rakyat Sabah mengatakan tidak kepada BN dan hanya 31% yang mahu BN terus memerintah Sabah.

"kesimpulan yang didapati (kajian yang dibuat) dari responden 59% mengatakan kerajaan negeri Sabah perlukan perubahan yang lain daripada Barisan Nasional,

"(responden) yang kata BN patut diteruskan (seramai) 31%, selainnya tak tahu nak kata apa (tidak memberikan jawapan),"ujarnya.

Beliau menegaskan jumlah 59% rakyat Sabah jelas mengatakan tidak mahu kepada BN dan sekiranya baki sebanyak 41% itu memberikan sokongan, BN masih tidak boleh menang di Sabah.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Iftar Sempena kutipan Dana Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, di Paka dekat sini pada Jumaat 3 Ogos.

Mengulas lanjut beliau berkata, pemerhati politik merumuskan perubahan politik di negeri Sabah berlaku setiap 13 tahun sekali.

Menurutnya, pilihanraya umum kali ini sudah mencapai tahun ke13 pemerintahan Sabah di bawah Ketua Menteri BN, Datuk Musa Aman.

"pusingannya tiap-atiap 13 tahun akan berlaku perubahan politik di negeri Sabah, daripada tempoh (datuk) Musa Aman (menjadi Ketua Menteri) sampai sekarang sudah 13 tahun,

"sudah sampai masanya akan berlaku perubahan kepada kerajaan negeri Sabah yang ada sekarang,"kata beliau.

Turut sama dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga selaku Pengerusi Sekolah Rendah Islam Darul Bayan.

Dato' Mustafa Ali yang juga bekas anggota Parlimen Dungun menambah, paling awal pilihanraya umum ke-13 mungkin diadakan pada bulan Oktober akan datang.

"paling awal, kemungkinan pilihanraya (umum ke-13) akan diadakan selepas bajet (2013) paling cepat bulan Oktober dan paling lewat,

"dia (kerajaan) kena bubar bulan Mac kerana tarikh akhir pilihanraya adalah bulan Mei (tahun depan),"ujarnya.

Tiket KTM Raya ke Pantai Timur habis

Posted: 05 Aug 2012 02:51 AM PDT

KL TODAY

 


Tiket kereta api ke destinasi Pantai Timur sempena sambutan Aidilfitri bagi tempoh 10 Ogos hingga 18 Ogos ini sudah habis dijual sejak beberapa minggu lalu.

Pengurus Pemasaran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Noordin Kimi berkata, destinasi itu membabitkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat (Kelantan) dan Singapura (Woodlands) ke Tumpat.

Tiket kereta api bagi perjalanan ke Kuala Lumpur dari Tumpat bagi tempoh 23 Ogos hingga 26 Ogos turut habis dijual namun masih banyak lagi tiket bagi perjalanan dari Tumpat ke Singapura bagi tempoh yang sama," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.

Sehubungan itu, bagi menampung jumlah penumpang yang ramai sempena musim perayaan ini, KTMB menyediakan gerabak tambahan agar tidak timbul masalah tempat duduk kelak, katanya.

Ditanya mengenai langkah keselamatan dalam memastikan semua trek kereta api berada dalam keadaan baik, Noordin berkata, KTMB mempunyai sebuah pasukan yang khusus membuat rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa pada setiap trek.

Selain itu, anggota polis bantuan KTMB turut ditempatkan di dalam gerabak ke semua destinasi demi memastikan tidak wujudnya penumpang tanpa tiket dan sebarang kejadian tidak diingini, katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tiket dan waktu perjalanan kereta api boleh melayari laman sesawang di www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat maklumat KTMB di talian 03-22671200.

Kelab Mahasiswa PKR dilancarkan

Posted: 05 Aug 2012 02:46 AM PDT

KL TODAY

 


KEADILAN menubuhkan Kelab Mahasiswa KEADILAN bagi menarik minat mereka terhadap politik semasa, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Berucap pada majlis pelancaran, beliau percaya kelab itu bakal menjadi penggerak 'kuasa tiga' mewakili rakyat khususnya golongan muda dalam isu berkaitan.

"Mahasiswa adalah kuasa ketiga yang bawa suara rakyat. Ini dapat dilihat  dalam demonstrasi Baling sehinggalah mereka ditangkap," katanya ketika melancarkan kelab itu di ibu pejabat semalam.

Nurul Izzah berkata, sikap kerajaan Umno yang menghalang hak mahasiswa bersuara bukan perkara baru, malah mahasiswa sentiasa dikawal dengan pelbagai bentuk program 'ampu' kerajaan.

"Pegawai khas Perdana Menteri baru-baru ini dikesan terlibat dalam perancangan menangkan mahasiswa pro Aspirasi. Apa ini? Ini penghinaan kepada mahasiwa.

"Tidak hairanlah pilihan raya kampus tidak berfungsi, kemudian kerajaan gunakan kursus Biro Tata Negara (BTN)  bagi mengawal pelajar di kampus," katanya.

Wakil Kelab Mahasiswa KEADILAN, Ahmad Bakhtiar Amir Zaimi, 24, pula berkata ia sebagai langkah awal mengenali dunia politik berikutan mahasiswa adalah pelapis politik pada masa depan.

Mahasiswa jurusan Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu menyatakan penubuhan kelab itu sudah lama dirancang sejak mereka menyertai program santai bersama Rafizi Ramli.

Rafizi ialah Pengarah Strategik KEADILAN yang menemui formula untuk memansuh pinjaman PTPN, selain membawa kaedah pendidikan percuma kepada pelajar.

Baktiar berkata, siri jelajah dimulakan pada September depan bermula di institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Kelang, khususnya mengenai tawaran KEADILAN membabitkan isu mahasiswa.

"Kami akan mulakan jelajah di Universiti Malaya sambil mencari ahli baru di samping menerangkan objektif penubuhan kelab dan penerangan isu PTPTN," katanya.

SPRM dakwa kes Gani disiasat adil

Posted: 05 Aug 2012 02:43 AM PDT

KL TODAY

 


Tiada kes yang disembunyikan untuk mengelak berlaku skandal, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merujuk kepada siasatan ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. 

Timbalan ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata panel tersebut bertindak secara telus.

"Saya ingin menjawab dakwaan yang dibuat oleh bekas pengarah urusan Ho Hup. Saya ingin jelaskan bahawa siasatan SPRM adalah telus dan dibuat secara profesional tanpa mengira siapa yang disiasat.

"Semua kes dibentangkan di hadapan Panel Penilaian Operasi yang adil dan bebas," katanya yang meminta individu berkenaan supaya mengemukakan bukti sekiranya terdapat pegawai SPRM yang mahu menutup kes berkenaan.

Panel Penilaian Operasi itu dipengerusikan oleh bekas ketua audit negara Tan Sri Hadenan Abdul Jalil.

Penjelasan Shukri itu timbul ekoran dakwaan oleh pengarah urusan Ho Hup Construction Bhd Low Tuck Choy semalam bahawa SPRM hanya berminat untuk menutup kes berkenaan kerana pegawai yang tiba ke premis syarikat pembinaan itu bertanya mengenai sumber maklumat yang dibocorkan.

Low sebelum ini mendakwa bahawa dokumen yang mengaitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa ke atas Abdul Gani adalah tulen dan beliau serta syarikat itu mengetahui identiti individu yang menandatangani baucer bayaran dan cek syarikat untuk membayar RM18,000 untuk penambahbaikan didakwa untuk banglo Abdul Gani di Seremban.

Gani menafikan dakwaan Raja Petra Kamarudin bahawa beliau disogok oleh bekas timbalan pengerusi eksekutif Ho Hup Bhd, Datuk Vincent Lye, atas sokonganya dalam pertikaian lembaga pengarah syarikat tersebut. 

Dalam tulisan menerusi blognya Malaysia Today pada 23 Ogos lalu, Raja Petra mendakwa bahawa Lye telah memberi sogokan kepada Gani dan menggunakan dana Ho Hup untuk membayar kerja-kerja pengubahsuaian rumah isteri kedua ketua pendakwa raya itu di Negeri Sembilan.

Dalam respons pertama berhubung dakwaan Raja Petra, Gani memberitahu  bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang wang daripada syarikat pembinaan tersebut.

"Saya tidak menerima satu sen pun daripada Ho Hup. Saya ada satu peraturan, saya tidak ambil duit," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau memiliki rumah di Seremban, Gani berkata: "Saya tiada rumah di Seremban ataupun di mana-mana di Negeri Sembilan."

"Saya tidak tahu apa nak kata. Semua ini berlaku pada 2009 tetapi kes itu dibawa sejak 2010, jadi tidak masuk akal," kata beliau merujuk kepada kes yang difailkan ke atas Datuk TC Low.

Raja Petra mendakwa Peguam Negara telah menggunakan pengaruhnya bagi pihak Lye untuk mendakwa Low di mahkamah tahun ini berhubung isu pendedahan kepentingannya dalam syarikat tersebut.

PAS akan bertanding di 70 kerusi Parlimen

Posted: 05 Aug 2012 02:41 AM PDT

KL TODAY
 
 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, partinya akan bertanding di sekurang-kurangnya 70 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang dan sudah pun hampir selesai mengenalpasti calon-calonnya.

Kata Mohamad Sabu lagi, sebahagian besar calon PAS untuk kerusi parlimen adalah terdiri daripada teknokrat atau golongan profesional. 

Mohamad Sabu menambah, sehingga kini sudah hampir 90 peratus isu pembahagian kerusi telah pun diselesaikan dengan anggota komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain iaitu DAP dan PKR.

Pada pilihan raya umum 2008, PAS bertanding di 66 kerusi daripada keseluruhan 222 buah kerusi Dewan Rakyat dan menang 23.

Jelas Mohamad Sabu, ramai muka baru akan diletakkan bertanding di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor.

PAS berazam untuk menambah peruntukkan kerusi mereka dengan harapan akan berpeluang untuk memenangi lebih banyak kerusi dan mengepalai PR ke Putrajaya.

Buat masa ini mereka berada di kedudukan ketiga selepas PKR yang mempunyai 27 kerusi dan DAP, 28.

Menurut Mohamad Sabu lagi, hanya tinggal kerusi di Sabah dan Sarawak sahaja yang masih belum selesai dan masih dirunding.

Portal berita Malaysian Insider juga melaporkan yang Mohamad Sabu sendiri akan bertanding di kerusi Parlimen Pendang, iaitu kerusi yang suatu ketika dahulu pernah disandang oleh presiden parti Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Dan bagi memberi laluan kepada Mohamad Sabu, penyandang kerusi itu sekarang, Dr Mohd Hayati Othman, dilaporkan akan bertanding kerusi dewan undangan negeri.

JK Royalti: Tindakan undang-undang akan diteruskan

Posted: 04 Aug 2012 06:39 PM PDT

Hazayani Zakaria,
SHAH ALAM: Kelantan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti, kata Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Kita tak akan tarik balik saman terhadap Petronas dan prosidingnya akan didengar Oktober ini," katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau mengulas surat yang dihantar Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan bagi memintanya menamakan wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pembayaran khas pembayaran royalti/bayaran tunai kepada Kelantan.

jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tun Abdul Hamid Mohamad.

Sementara itu ketika berucap dalam majlis malam tadi, Husam berkata, penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai ini disifatkan beliau sebagai masih 'menganaktirikan rakyat Kelantan'.

Husam mempersoal tujuan jawatankuasa tersebut sedangkan Terengganu sudah dibayar dengan bayaran tunai walaupun pengeluaran petroleum di Terengganu juga berada di luar kawasan 3 batu nautikal.

"Kenapa tuntutan Kelantan tidak mengguna pakai penyelesaian dengan Terengganu sahaja?

"Kenapa dalam kes Kelantan perlu jawatankuasa khas? Ini jelas masih menganaktirikan rakyat Kelantan," kata beliau di Majlis Pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat KBKK & berbuka puasa bersama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Azizi Nik Mat di Kompleks Karangkraf Sek 15, dekat sini malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan itu juga turut mempersoal tempoh jawatankuasa tersebut bersidang yang disifatkan sebagai terlalu lama.

Katanya, pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa terdekat dan keputusan daripada jawatankuasa tersebut menimbulkan seribu kemungkinan.

"Pilihan raya dalam tempoh terdekat ini dan keputusan jawatankuasa sudah tentu selepas pilihan raya. Adakah royalti akan tetap dibayar selepas pilihan raya?" soalnya.

Justeru, beliau khuatir jawatankuasa tersebut hanya gimik politik menjelang pilihan raya.

"Adakah penubuhan Jawatankuasa ini hanya sebuah langkah politik menjelang pilihan raya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan?

"Harapnya BN tidak menggunakannya sebagai sebuah 'jambatan' untuk menyeberangi pilihanraya ini dengan selamat," katanya.

Royalti Petroleum: Tidak Perlu Jawatan Kuasa

Posted: 04 Aug 2012 06:36 PM PDT

MSO


 
Tuntutan mengenai royalti petroleum untuk Kelantan nampaknya sudah menampakkan hasil. Kata orang sudah ada cahaya di hujung terowong. Tidak sia-sia rakyat Kelantan membangkitkan perkaran ini tanpa jemu-jemu.

Perkembangan berhubung perkara ini seperti mana dijelaskan oleh perdana menteri, Ha Najib Razak mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa mengkaji pemberian ini sesuatu berita yang manis untuk rakyat Kelantan dan semacam ada kesungguhan Najib untuk menyelesaikannya.


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Omar kata Najib akan mengkaji secara menyeluruh berhubung royalti minyak untuk negeri-negeri terbabit. Jawatankuasa itu akan mengambil masa selama enam bulan. Tidak lama sangat ke tu?

Pengumuman itu menjelaskan Najib akhirnya tidak mampu membiarkan begitu saja pemberian royalti itu kerana suara mendesaknya semakin bingit. Mungkin juga beliau merasakan sekiranya penafian mengenai hak rakyat Kelantan boleh memberi kesan politik kepada partinya di Kelantan. Jadi jalan terbaik ialah akur kepada kehendak rakyat Kelantan.

Lebih bererti lagi dengan pengumuman Najib itu apabila MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tahu beliau ada menerima sepucuk surat daripada perdana menteri berhubung perkara itu. Nik Aziz menyifatkan perkembangan positif mengenai royalti itu sebagai rahmat Ramadhan.

Menurut Nik Aziz dalam surat itu menyebut kerajaan persekutuan meminta wakil untuk berbincang mengeni pemberian royalti petroleum. Sebagai orang yang sudah lama dahaga dan lenguh menanti hak itu sudah pasti Nik Aziz sangat gembira.

Kemungkinan isu ini akan selesai dengan baik ditambah lagi dengan kenyataan Menteri Perdagangan dan Industrian Antara Bangsa (MITI) Mustapa Mohamed juga memberi tahu isu royali minyak akan selesai di mana beliau ikut berusaha menyelesaikannya.

Kenyataan ketiga-tiga orang ini Najib, Nik Aziz dan Mustapa berhubung royalti petroleum menunjukkan isu royalti minyak itu sudah nampak titik penyelesaiannya.  Kenyataan itu menyakinkan isu itu akan berakhir juga. Justeru semua pihak hendaklah menerima dengan baik dan jangan cuba mengejek atau pun menafikan usaha mana-mana pihak.

Dalam perkembangan lain saya sendiri yakin perkembangan positif mengenai isu royalti petroleum ini ada kena mengena dengan peranan dimainkan Sultan Muhammad Ke V. Khabarnya Tuanku ada menyebut perkara ini kepada perdana menteri. Sudah lama saya menyimpulkan sekiranya sultan sendiri memainkan peranan mendesak hak rakyat di naunginya, perdana menteri tidak boleh memandang sepi.

Di sinilah keramat dan berkat seorang sultan.

Esok Najib akan mengadakan lawatan ke Kelantan dan mengadakan majlis berbuka puasa dan sembahayng terawih. Untuk menyeronokkan hati rakyat Kelantan dan pihak-pihak yang bekerja keras menuntut royalti elok kalau Najib mengambil kesempatan atas kunjungan itu mengumumkan perkara ini semasa lawatan itu. Jadikanlah pengumuman itu sebagai buah tangan hari raya dari seorang PM untuk rakyat Kelantan.

Bagaimana pun selepas diumumkan penyelesaian hendaklah disegerakan. Jawatankuasa yang dicadangkan itu jngan pula bertele-tele untuk menyelesaikannya. Ia perlu diselesaikan dalam tempoh kurang enam bulan. Sebenarnya untuk tujuan ini tidak payah pun tubuh jawatankuasa khas itu, menghabiskan wang rakyat saja, sebaliknya ia boleh dibuat dengan berunding terus dengan pihak kerajaan Kelantan.

Rasanya soal undang-undang dan implikasinya sudah difahami oleh semua. Kenapa hendak mempersulitkan sesuatu yang mudah. Mengenai hak dan bahagian negeri Kelantan dan mana-mana negeri yang terbabit dengan pengeluaran minyak sudah dijelasnyatakan dalam akta petroleum 1975 yang ditandatangani itu.

Jawatankuasa itu dilihat lebih kepada "red tape" untuk melengah-lengahkan sahaja pemberian itu dan ada juga kemungkin rakyat Kelantan tidak mendapat sepenuh apabila jawatankuasa dibentuk itu bias kepada Umno

Isu Ciplak: Rais Dicabar Ambil Tindakan Ke Atas Blogger Indon Itu

Posted: 04 Aug 2012 06:30 PM PDT


 
KELAB GREENBOC


Rais nafi lagu merdeka ciplak lagu gereja

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menafikan dakwaan lagu kemerdekaan bertemakan "Janji Ditepati" tahun ini menciplak lagu gereja daripada Indonesia.

"Kami menyangkal dakwaan penulis blog dan akan melibat tindakan undang-undang yang boleh diambil sekiranya dia gagal mempertahankan dakwaannya," Rais dipetik sebagai berkata kepada New Straits Times hari ini.

Menurut harian itu, penulis blog yang beroperasi daripada Indonesia pada Isnin mendakwa penggubah lagu itu menciplak lagu pancaragam gereja True Worshippers berjudul "Serukan Namanya".

Rais yang juga penulis lirik "Janji Ditepati" menyalahkan pembangkang yang didakwa mengambil kesempatan atas tuduhan itu.

"Mereka tampil untuk mendapatkan publisiti murah dan gelojoh melalui dakwaan itu," katanya lagi.

Penggubah lagu "Janji Ditepati" Jasnie Mohd Yaakub juga semalam dilaporkan menafikan dakwaan sama.


'Janji Ditepati' diilhamkan dari lagu kerohanian Kristian Indonesia?

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Melodi lagu "Janji Ditepati" yang dipilih sebagai lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan heboh diperkatakan akan tetapi bukanlah disebabkan perkara positif masa kini.

Pengguna Internet mendapati melodi lagu tersebut menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008 yang turut membariskan penyanyi terkenal negara tersebut, Ruth Sahanaya.

Kontroversi terbaru, datang hanya beberapa hari selepas Putrajaya terpaksa menukar logo Hari Kemerdekaan ke 55 yang direka secara buruk kepada logo 1Malaysia, menambahkan lagi malu dikalangan pegawai kerajaan dan boleh menegangkan lagi hubungan dengan gergasi Asia Tenggara itu.

Pada mulanya, kritikan pengguna Internet Malaysia hanyalah pada lirik lagu "Janji Ditepati" akan tetapi empat hari lalu serangan di laman sosial YouTube dan Facebook terarah kepada melodi lagu tersebut apabila seorang penulis blog yang mengaku sebagai penganut agama Kristian menghebahkan bahawa melodi lagu "Janji Ditepati" menyamai lagu gospel Indonesia bertajuk "Serukan Namanya".

Lirik "Janji Ditepati" ditulis oleh menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan, Datu Seri Dr Rais Yatim.

"Lagu tema KEMERDEKAAN MALAYSIA ke 55 kedengaran seperti LAGU Pujian di GEREJA,"
kata penulis blog yang tidak menamakan dirinya pada posting 30 Julai.

"Hal ini lagi mengejutkan sekiranya lagu tema kebangsaan di ambil dari lagu rohani org Kristen.

"Mungkin kementerian tidak tau tapi seharusnya pencipta lagu ni tdk berbuat demikian (menciplak) sebab dia ditugaskan untk membuat lagu tema kemerdekaan," katanya lagi.

Penulis blog tidak bernama itu menggesa kementerian untuk meminta kembali bayaran kepada penulis lagu tersebut yang liriknya ditulis sendiri oleh menteri dan menggantikan melodi lagu tersebut kepada melodi lain.

Klip video lagu "Janji Ditepati" dan "Serukan Namanya" telah dimasukkan dalam beberapa blog untuk dibuat perbandingan. Laman Miricommunity.net — popular di kalangan rakyat Malaysia berasal Sarawak — turut menyiarkan perbandingan antara dua klip video ini.

"Amen, Yesuslah Raja!! Tapi sorry ya, Rais Yatim dengan lagu 'Janji Ditepati'nya sama style dengan lagu ni," kata seorang pengkomen di YouTube yang menggunakan nama moniker amoker27 dalam satu video klip yang telah dilihat oleh 100,000 pengguna Internet sejak dimuat naik pada 5 September, 2008.

Lagu "Serukan Namanya" dinyanyikan oleh kumpulan True Worshippers, yang diketuai oleh Sidney Mohede, dimasukkan dalam album mereka yang dilancarkan pada 2008 bertajuk, "All Things New".

"Sekarang saya benar-benar benci kepada kementerian kita kerana menciplak lagu ini dan menjadikan kes politik di Malaysia," kata pengkomen lain YouTube yang menggunakan nama vandridel. "Betul-betul memalukan negara kerana tindakan bodoh menteri kita. Maaf Indonesia!"

Permintaan maaf terhadap Indonesia adalah merujuk kepada kekecewaan rakyat Indonesia sehingga menyerang pejabat kedutaan Malaysia di negara nusantara itu dengan melemparkan telur, batu dan kepingan kayu sehingga mencederakan kakitangan dan kerosakkan harta seperti pada bulan Jun baru-baru ini, apabila rakyat Indonesia mendakwa Malaysia mencuri kebudayaan mereka selepas Rais mengumumkan langkah untuk menambah tarian Tortor dari Sumatera Utara dan gendang Gordang Sambilan sebagai warisan negara.

Kedua-dua negara mempunyai pergeseran sejarah politik, ekonomi dan kebudayaan.

Akan tetapi, melodi lagu "Janji Ditepati" dikatakan dicipta oleh sekumpulan orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Aye, Jasnie, Arman E Six.

Dari posting video lagu tersebut di YouTube disini terdapat 255,000 kali tontonan semenjak dimuat naik pada 27 Julai dengan 30,600 tidak menyukai berbanding 415 yang menyukai pada pagi semalam.

Rais juga mengetahui kritikan ini apabila beliau telah menulis di Twitter dua hari lepas dan menjemput orang ramai untuk berkongsi pandangan mereka mengenai lagu yang beliau tulis liriknya.

"Apa pandangan sdr tntg lagu janji d tepati? Di utube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari k bawah' ada juga," kata menteri tersebut melalui akaun Twitternya @DrRaisYatim.

Beberapa penyanyi, penulis lagu dan komposer yang dihubungi oleh The Malaysian Insider, juga mengambil perhatian persamaan ketara antara melodi "Janji Ditepati" dan lagu injil ini akan tetapi tidak mengatakan ianya plagiarisme.

"Persamaan dalam melodi biasanya membawa kepada isu plagiarisme," kata pendidik muzik Tay Cher Siang, yang juga merupakan pengarah muzik untuk The Venue, tempat muzik secara langsung di pusat membeli-belah yang popular, Pavillion.

Beliau setuju bahawa terdapat banyak persamaan antara dua melodi tetapi katanya lagi skala muzik adalah terhad kerana ia cuma mempunyai 12 not. Beliau menambah lagi yang komposisi muzik pop biasanya mempunyai 7 not.

Menurutnya lagi, "Walaupun sememangnya saya tidak suka dengan keseluruhan yang ada pada 'Janji Ditepati' ini, saya ada keraguan terhadap isu plagiarisme ini."

Beliau benci kerana ini merupakan pencurian lagu secara terang-terangan, katanya lagi beliau tidak ketahui sama ada komposer untuk "Janji Ditepati" sedar akan persamaan yang ada dengan "Serukan Namanya" dan telah dipengaruhi oleh lagu tersebut dan meminta keizinan untuk guna melodi itu ataupun secara sengaja menghasilkan semula melodi itu tanpa memberi penghormatan terhadap inspirasi lagu tersebut.

Penyanyi lagu rakyat dan penulis lirik Meor Yusof Aziddin, 45, setuju dengan pandangan Tay. Katanya isu plagiarisme dalam melodi muzik adalah sesuatu yang subjektif. Beliau rujuk kepada contoh melodi pop yang gunakan formula yang sama sejak zaman Beatles pada 1960-an dan 1970-an.

Beliau berkata lagu kebangsaan Malaysia, "Negaraku", turut mempunyai melodi yang sama dengan lagu Indonesia, "Terang Boelan", dan ini boleh dijejak balik kepada lagu abad ke-18, "La Rosalie", daripada seorang komposer Perancis, Pierre-Jean de Beranger.

Seorang lagi komposer yang tidak mahu namanya diketahui umum tertarik dengan persamaan melodi di antara lagu Hari Kebangsaan dan melodi lagu kerohanian Kristian itu.

"Persamaan substantif antara sebuah lagu Indonesia injil Kristian dan lagu baru hari Merdeka Malaysia adalah satu yang menarik, tidakkah anda terfikir begitu?" tanya beliau.

Gabungan Barisan Nasional (BN) telah memilih "Janji Ditepati" sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, satu langkah yang dikritik hebat oleh pembangkang dan rakyat Malaysia.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh kerajaan BN merampas sambutan Hari Kebangsaan untuk kempen politik mereka.

Mereka juga menuduh BN menggunakan tema dan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan kempen politik pilihan raya.

Jumaat lepas, Rais telah mempertahankan di Twitter tema sambutan Hari Kebangsaan, mengatakan bahawa "segala-galanya boleh melihat buruk jika minda ditutup".

"Malaysia telah benar-benar menjadi negara yang berjaya selepas 55 tahun merdeka. Mengapa tidak boleh kita katakan janji ditepati?" katanya dalam satu respons kepada kritikan meningkat terhadap tema kemerdekaan yang dikatakan mencerminkan tema kempen politik BN menjelang pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi.
-TMI
 
Ulasan GB

Beginilah. Jika Rais Yatim benar-benar ingin mempertahankan lagu tema merdekanya itu, maka beliau perlu berani tampil untuk menyaman blogger dari Indon berkenaan yang setakat ini telah berjaya membuktikan bahawa lagu tema hari kemerdekaan Malaysia dari lagu kerohanian Kristian Indonesia, lagu "Serukan Namanya" dinyanyikan oleh kumpulan True Worshippers.

Saya yakin Rais tidak berani. Sama macam kes Robengah dulu, Rais hanya berani bertindak ke atas blogger Malaysia, sharpshooter, tetapi tidak berani bertindak ke atas Migrant Care yang berpengkalan di Indonesia yang dikatakan pihak pertama yang mengeluarkan dokumen yang mengaitkan Rais dengan kes merogol amah satu ketika dulu. 


LIHAT LAGU : JANJI DITEPATI 

LIHAT LAGU: SERUKAN NAMANYA

Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis Kata Rais Yatim Bebal Politik & Minta Letak Jawatan

Posted: 04 Aug 2012 06:23 PM PDT


 
KELAB GREENBOC


Rais rosakkan sambutan merdeka

KANGAR: Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menyelar Datuk Dr Rais Yatim dan menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai punca kontroversi sambutan hari merdeka 31 Ogos ini.

"Dr Rais anggota kabinet yang tidak memahami erti tranformasi yang mahu dibuat oleh Perdana Menteri. Beliau telah merosakkan momentum sambutan hari merdeka.

"Kerana beliau, pembangkang telah mempolitikkan tema hari merdeka.

"Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa.

"Beliau telah merosakkan momentum tranformasi Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekarang orang menyalahkan, BN, Umno dan Najib," kata beliau hari ini.

Pakatan Rakyat tolak

Menurut Hashim, tema sambutan hari merdeka perlu bercirikan semangat kenegaraan bagi memastikan semua rakyat merasa bangga menjadi warga yang merdeka.

Bagaimanapun, katanya, kebebalan politik Dr Rais boleh menyebabkan sambutan hari merdeka menjadi hambar.

"Kita simpati dengan Perdana Menteri yang mahu melaksanakan tranformasi tetapi dibantutkan oleh ahli-ahli kabinet yang tidak memahaminya.

"Menteri-menteri kabinet juga ferlu tranformasi tetapi berlainan sekali dengan yang ini. Beliau tidak memahami tranformasi," tambah Hashim lagi.

Pakatan Rakyat menolak tema Janji Ditepati kerana mendakwa ia kempen BN.

Sebaliknya memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, sebagaimana diumumkan Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said baru-baru ini.

Pakatan Rakyat juga memberi tempoh seminggu supaya Janji Ditepati ditarik balik. -FNT

Ulasan GB

Tidakkah GB sudah katakan sebelum ini?

Lagu Tema Merdeka Ditolak: Isyarat Jelas Untuk Rais Yatim Berundur!

Kes saman oleh Syabas bukan batu penghalang

Posted: 04 Aug 2012 06:21 PM PDT

 
Dalam bulan Februari 2008, kerajaan Persekutuan sendiri menawarkan pilihan untuk kerajaan Selangor menguruskan air sendiri.




PETALING JAYA: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dari DAP menafikan bahawa kes mahkamah yang difailkan Syabas dua tahun lalu menjadi batu penghalang.

"Kes itu bukan batu penghalang.

"Dalam bulan Februari 2008, kerajaan Persekutuan sendiri menawarkan pilihan untuk kerajaan Selangor menguruskan air sendiri.

"Bagaimanapun mereka berdolak dalih setelah Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Selangor dalam bulan Mac 2008," kata Santiago.

Beliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa kes mahkamah yang difailkan oleh Syabas terhadap kerajaan Selangor yang tidak bersetuju menaikkan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Santiago  menjelaskan kerajaan Selangor tidak menyetujui kenaikan harga tarif.

"Perjanjian perlu holistik dan mengambil kira kepentingan penduduk.

"Syabas bukan saja melanggar perjanjian yang dimeterai dengan kerajaan Selangor malah bercanggah dengan syarat Perbendaharaan apabila mereka mengimport paip dari Indonesia," kata Santiago.

Krisis buatan

Laporan Bernama turut memetik Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sebagai berkata bahawa kenyataan berkenaan air dikeluarkan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya yang kelihatan bercanggah.

Santiago berkata perkembangan terbaru meyakinkan beliau lagi bahawa krisis air yang diwar-warkan oleh kerajaan persekutuan ialah krisis buatan.

Berkenaan kenyataan bercanggah, Santiago yang turut menganggotai Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) berkata bahawa kepimpinan Selangor terkeliru antara frasa air terawat dan bekalan air mentah.

Santiago turut menjelaskan dakwaan KeTTHA bahawa Selangor tidak pernah memajak aset air negeri kepada kerajaan persekutuan.

"Terdapat 34 pusat rawatan air. Dari jumlah tersebut, 30 dimiliki Selangor dan dipajak kepada syarikat perawat."

"Sumber air mentah masih dimiliki kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa CAWP akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Syabas pada hari Khamis ini untuk mendapatkan data-data terperinci yang menyahihkan samada krisis air Selangor akan berlaku.

Letupan tong gas di Kulim bongkar kegiatan pindah gas haram, tiga pekerja asing cedera

Posted: 04 Aug 2012 06:11 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
 
KULIM— Letupan berpuluh tong gas dalam sebuah premis di Taman Cengal yang mencederakan tiga pekerja di sini awal hari ini membongkar satu kegiatan haram dipercayai memindah gas daripada tong subsidi domestik kepada tong gas industri.

Ketua Zon Pasukan Bomba dan Penyelamat Kulim, Mohd Firdaus Daud berkata pihaknya mengesyaki wujud kegiatan haram di situ kerana tiada bekalan eletrik di bangunan itu dan hasil maklumat daripada beberapa pekerja mengatakan bangunan ditutup pada waktu siang tetapi terdapat operasi di sebelah malam.

"Lagi pun terdapat kesan-kesan peralatan digunakan untuk memindahkan gas berkenaan di samping terdapat juga pelbagai ukuran silinder tong gas dalam premis tersebut. Sehingga kini pemilik premis belum dikenal pasti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Letupan kira-kira pukul 3 pagi itu turut menggegarkan ratusan buah rumah di beberapa taman perumahan berdekatan termasuk Taman Kempas, Taman Desa Impian dan kawasan sekitar.

Mohd Firdaus berkata tiga warga asing dipercayai pekerja premis berkenaan melecur seluruh badan akibat api gas berkenaan.

 Katanya, mereka dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar selepas dimasukkan ke Hospital Kulim awal hari ini.

"Seramai 33 orang anggota termasuk 18 daripada bomba Kulim dan Hi-Tech Park dibantu 15 anggota bomba sukarela mengambil masa hampir sejam mengawal api," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Mohd Firdaus, selepas mendapat panggilan pada 3.17 pagi, bomba tiba di lokasi lima minit kemudian dan mendapati bangunan batu berbumbung zink itu terbakar sepenuhnya.

Katanya anggota bomba terpaksa mengambil tindakan lebih berhati-hati ketika kerja-kerja memadam api kerana dikatakan terdapat banyak tong yang masih mengandungi gas dalam bangunan itu. — Bernama

PKR mahu tembusi kampus sebar kempen ‘mansuh PTPTN’

Posted: 04 Aug 2012 06:04 PM PDT

 
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, langkah itu diambil selepas kerajaan memansuhkan Seksyen15 Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU). 




PETALING JAYA: PKR hari ini melancarkan Kelab Mahasiswa PKR Malaysia, satu kelab partisan kampus bagi menarik minat pelajar universiti menyertai dunia politik secara aktif.

Pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penurunan cukai kereta dan rumah, serta peluang pekerjaan bagi graduan baru bakal menjadi agenda utama pergerakan kelab tersebut.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, langkah itu diambil selepas kerajaan memansuhkan Seksyen15 Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang melarang pelajar daripada terlibat atau meluahkan rasa simpati serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini.

Katanya, kesempatan itu akan diambil untuk masuk ke dalam kampus awam (IPTA) dan swasta (IPTS) bagi berkempen dengan menawarkan manifesto PKR berkaitan isu mahasiswa.

"Ya kekuatan kita idealisme tapi kita perlu pastikan relevan dan berkaitan dengan isu mahasiswa.
"PKR akan ambil cabaran itu masuk setiap kampus tawarkan komitmen bagaimana kita boleh urus hutang PTPTN yang kita mahu mansuhkan memandangkan sistem ini tak lagi boleh diteruskan.

"Dalam masa yang sama mahu mengukur sejauh mana keikhlasan Barisan  Nasional (BN) semasa pindaaan AUKU diumumkan dengan tidak menghalang usaha kami ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Mahasiswa kuasa ketiga


Izzah berkata, mahsiswa menjadi golongan sasaran kerana mereka merupakan kuasa ketiga yang mampu menjadi pencetus suara rakyat dan ditakuti kerajaan BN.

"Isu mahasiswa bergabung dengan anasir komunis bukan dakwaan baru bila mereka nampak kuasa ketiga mampu menafikan kuasa mutlak BN.

"Dakwaan itu berulang sejak tahun 1975 hingga ke hari ini, tak berubah sepanjang zaman walau transformasi dilaungkan," katanya.

Wakil kelab Haziq Abdul Aziz berkata, kelab tersebut akan bergerak bermula dengan Universiti Malaya (UM) dan kampus sekitar lembah Klang pada September depan.

MB: Tawaran Selangor untungkan pemilik saham Syabas

Posted: 04 Aug 2012 05:51 PM PDT

TUAN NURSUHAILA RAJA MUHAMMAD

MB: Tawaran Selangor untungkan pemilik saham Syabas
Abdul Khalid (tengah) bersama sebahagian penduduk Taman Murni Sepang yang menerima hak milik tanah selepas lebih 20 tahun menunggu.
 
SEPANG - Kes mahkamah difailkan akan ditarik balik sekiranya Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menerima tawaran Kerajaan Negeri Selangor untuk menjual dan memperoleh keuntungan daripada pengambilalihan operasi Syabas dengan tawaran RM933 juta, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, selepas itu, tiada lagi sebab untuk halang Kerajaan Negeri mengambil alih Syabas seperti dinyatakan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sebelum ini.

Menurutnya, tawaran tersebut membuktikan kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri bukan ingin merugikan pemilik saham Puncak Niaga dan Syabas, sebaliknya menguntungkan mereka.

"Kita tidak mahu rakyat tertipu lagi kerana mengikut perjanjian, apabila diswastakan pengurusan air, perkhidmatan akan bertambah baik dan sekiranya sebaliknya, tarif air tidak boleh dinaikkan.

"Mengikut perjanjian, tarif air akan dinaikkan 30 peratus pada 2008, 25 peratus pada 2012 dan 25 peratus untuk dua tahun akan datang di mana rakyat perlu bayar lebih 75 peratus kenaikan harga air namun Kerajaan Negeri tidak benarkan," katanya selepas Majlis Pemberian Hak Milik Tanah Individu kepada penduduk Taman Murni, Sepang.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai merangkap Adun angkat Sepang, Janice Lee.

Abdul Khalid berkata, mengikut perjanjian, jika Syabas tidak tunaikan beberapa janji, harga air tidak boleh naik malah Kerajaan Negeri tidak membenarkan kenaikan supaya rakyat Selangor tidak terbeban.

"Kita faham, oleh kerana bil air tidak dapat dinaikkan,  pihak Syabas hilang pendapatan dan rugi. Sebab itu kita cadangkan supaya Kerajaan Negeri ambil alih operasi air dengan tawaran yang memberikan keuntungan namun ia tidak mahu diterima.

"Jadi kita serah kepada rakyat untuk menilai sama ada mahu sokong kerajaan yang tolong rakyat supaya harga air tidak naik atau sokong kerajaan yang tolong Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail. yang mempunyai gaji lebih RM400,000 sebulan," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri memperjuangkan hak rakyat kerana hak air adalah hak negeri.

Mengulas mengenai penyerahan hak milik tanah kepada 80 penduduk Taman Murni Sepang, beliau berkata, mereka menunggu lebih 20 tahun disebabkan pemaju yang menjalankan pembinaan tidak tunaikan tanggungjawab membayar premium dan dapatkan kelulusan pecahan tanah.

Katanya, kes itu berterusan dan Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk menyelesaikannya.

"Hari ini 60 peratus daripada pemilik sekitar 300 unit dapat pemilikan dan selebihnya akan dapat diselesaikan dalam tempoh satu ke dua bulan lagi.

"Pemilik yang masih belum memberikan maklumat tentang tanah diharap dapat berbuat demikian bagi mengelakkan tanah tersebut menjadi hak milik Kerajaan Negeri," katanya.

Sepasang kekasih lemas terhidu asap tilam dibakar

Posted: 04 Aug 2012 05:50 PM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih ditemui mati dipercayai lemas akibat terhidu asap tilam yang dibakar mereka dalam sebuah bilik di Pangsapuri Bayu Puteri, Petaling Jaya petang semalam.
  
Kedua-dua mayat yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui rakan mangsa yang pergi ke rumah pasangan itu selepas gagal mengesan mereka kira-kira pukul 3 petang.
  
Rakan pasangan itu terpaksa menendang pintu bilik yang mempunyai kesan terbakar dan kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan terdapat longgokan tilam yang dibakar berhampiran mereka.
  
Namun tiada kesan bakar ditemui di badan mereka.
  
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
  
Beliau berkata, mayat pasangan itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - Bernama

Kelantan ragui penubuhan jawatankuasa khas

Posted: 04 Aug 2012 05:48 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Logo Isu Royalti
Isu Royalti Minyak
 
Kelantan ragui penubuhan jawatankuasa khas
Nik Aziz Nik Mat
 
 
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan masih ragu-ragu dengan penubuhan jawatankuasa khas untuk mengkaji pembayaran royalti atau bayaran tunai petroleum yang dituntut mereka selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tuntutan itu ia dilihat masih samar-samar kerana ia sebenarnya akan ditentukan dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Beliau yang baru tiba dari Makkah semalam ketika memberitahu Sinar Harian turut menyifatkan, tindakan tersebut  hanya langkah politik menjelang pilihan raya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan.

"Adakah Barisan Nasional (BN) menggunakannya sebagai 'jambatan' untuk menyeberangi pilihan raya ini dengan selamat, khususnya dalam konteks Kelantan?

"Jelas dari inti pati kenyataan Najib berkenaan, keadaan masih samar-samar. Ketika ia seakan membawa satu sinar harapan kepada rakyat Kelantan," katanya semalam.

Husam berkata, sekarang bulan Ogos, jika pilihan raya diadakan dalam tempoh sebelum jawatankuasa itu membuat laporan dan seterusnya menunggu pertimbangan Kabinet atas rekomendasi mereka, keputusannya boleh menjadi seribu kemungkinan.

"Ia mungkin berakhir sebagai sebuah latihan akademik semata-mata. Sehingga ia tidak dilihat tidak melayani harapan rakyat Kelantan dan pada masa yang sama, tidak pula memenuhi tuntutan itu," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri turut mempersoalkan tempoh yang diambil oleh jawatankuasa itu iaitu dalam masa enam bulan.

 "Kenapa enam bulan, kenapa tidak tiga bulan, dan kenapa ia diumumkan ketika  menjelang pilihan raya dan bukannya sebelum ini?" katanya.

Meskipun mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa itu atas kedudukan sekurang-kurangnya tuntutan Kelantan telah memaksa Jawatankuasa ini ditubuhkan, namun Husam berkata, Kerajaan Negeri, tidak menarik balik samannya ke atas Petronas yang dijadualkan, satu dari prosidingnya akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada Oktober ini.

Lagu tema merdeka: PKR kecewa dengan Rais

Posted: 04 Aug 2012 05:43 PM PDT

 
 
PETALING JAYA— PKR melihat pengumuman Datuk Seri Dr Rais Yatim, bahawa pihaknya akan menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat berkenaan lagu tema kemerdekaan itu sebagai "memalukan" menteri itu kerana beliau merupakan menteri yang berpengalaman.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan, menteri penerangan, komunikasi, dan kebudayaan itu perlu bertanggungjawab, dan tidak cukup hanya dengan penubuhan jawatankuasa.

"Agak mengecewakan ... seseorang yang berpengalaman, tapi jadi macam ini," kata Nurul Izzah ketika ditanya respon berkenaan keputusan Rais (gambar) itu.

"Tidak cukup dengan jawatankuasa, beliau perlu bertanggungjawab," tambah ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi.

Jelas Nurul Izzah, adalah lebih baik jika pendapat rakyat diambil kira dalam membentuk lagu berkenaan agar mereka dapat menghayatinya.

"Biarlah rakyat yang tentukan ... dengan cara itu, lebih ramai yg akan menghargai kemerdekaan," tambahnya ketika merasmikan pelancaran Kelab Mahasiswa Keadilan Malaysia.

Rais sebelum ini mengumumkan satu jawatankuasa panel khas akan ditubuhkan bagi menyiasat ketulenan lagu tema Hari Kemerdekaan ke-55 "Janji Ditepati" yang didakwa menyerupai lagu "Serukan NamaNya" yang berunsurkan ketuhanan masyarakat Kristian di Indonesia.

"Panel khas akan ditubuh bagi menentukan sama ada lagu itu lagu tiruan atau tulen.

"Pembangkang jangan pandai tuduh saja," katanya melalui mesej di laman sosial Twitter miliknya.

Penggubah lagu, Jasnie Mohd Yaakub sebelum ini mempertahankan ciptaannya bersama komposer Arman E Six dan Aye, dan menegaskan lagu berkenaan adalah karya mereka, namun tidak menafikan kemungkinan terdapat sedikit persamaan kord dan rentak tetapi bukan dari sudut melodi lagu.

Selangor bakal ambil alih semula 33 loji rawatan air dari Syabas

Posted: 04 Aug 2012 05:33 PM PDT


KUALA LUMPUR— Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijangka bakal "mengambil alih semula" 33 daripada 34 loji rawatan air yang dimilikinya dan kini dikendalikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Keputusan itu dibuat demi menjaga kepentingan rakyat Selangor memandangkan kegagalan Syabas dan Puncak Niaga menguruskan loji-loji berkenaan bagi membekalkan air yang mencukupi kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk 'mengambil alih semula' aset-aset tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor kerana  merasakan bahawa loji-loji yang dikendalikan oleh Syabas dan Puncak Niaga didapati tidak beroperasi secara memuaskan bagi membekalkan air secukupnya kepada rakyat Selangor, KL dan Putrajaya," kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Adun Sri Andalas itu lagi, pendedahan yang dibuat oleh Adun Pandamaran, Ronnie Liu, bahawa Syabas tidak menyelenggara rumah pam dan kelengkapan tangki air menjadi bukti kukuh punca berlakunya krisis bekalan air berlaku di sesetengah kawasan di Selangor.

"Lawatan exco kerajaan negeri Ronnie Liu,  baru-baru ini mendedahkan bahawa Syabas gagal menyelenggara dengan baik pam-pam air, peralatan dan kelengkapan serta tahap kawalan keselamatan aset tangki air dan loji rawatan air milik kerajaan negeri yang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa tempat," tambahnya.

Selain itu, Jayakumar turut mempersoalkan tindakan Pusat yang berkeras untuk meneruskan pembinaan Loji Langat 2.

"Kita kurang pasti bagaimana Kerajaan Pusat berkeras untuk meneruskan pembinaan loji Langat 2 dan dilaporkan akan memanggil tender terbuka bulan depan.


Xavier Jayakumar: Peguam Negara "campurtangan" dalam isu ini. — Foto fail Saw Siow Feng
"Kita difahamkan bahawa Peguam Negara (AG) turut diseret untuk 'campurtangan' dalam isu ini, dan kurang pasti samada pemimpin-pemimpin Pusat memahami dan menghayati konsep dan moral sistem 'Federalisme' yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," tambahnya lagi.
 Beliau turut menjelaskan, "hak terhadap sumber air, hutan, batuan dan galian dan hal ehwal melibatkan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri".

"Rakyat akan melihat bahawa sebarang 'pengambilan tanah milik sesebuah negeri dalam Persekutuan secara paksaan' akan dianggap 'menceroboh dan menakluki' hakmilik kedaulatan kerajaan Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor Darul Ehsan.

"Rasanya rakyat Selangor tidak akan berdiam diri," tegasnya lagi.

Syabas dan syarikat utamanya Puncak Niaga menimbulkan persoalan sama ada krisis air ini telah "direka" untuk mempercepatkan projek pembinaan loji rawatan Langat 2 yang bernilai RM3.6 bilion di mana Puncak Niaga dikatakan akan beroperasi di situ.

Sementara itu, kerajaan negeri, syarikat konsesi air dan juga kerajaan Persekutuan terus-terusan menuduh antara satu sama lain berkenaan isu bekalan air, dan perang mulut ini menyebabkan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur semakin risau tentang bekalan air mereka yang menyebabkan isu ini boleh dijadikan isu pilihan raya tentang siapa yang bertanggungjawab jika sekiranya berlaku kekurangan bekalan air.

Pada 16 Julai, Selangor mengumumkan ia akan mengambil alih operasi Syabas untuk mengelakkan kejadian krisis air yang direka dan telah diterangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai "mencurigakan".

Khalid juga berkata laporan awal audit mengatakan Syabas tidak menguruskan kewangan mereka dengan baik.

Khalid berkata, tindakan mahkamah mungkin diambil sekiranya Putrajaya enggan membenarkan pemintaan kerajaan negeri kerana enggan menyelesaikan masalah bekalan air.

Pada 14 Julai, Syabas membentangkan kepada Suruhanjaya Pembekalan Air Nasional (SPAN) cadangan untuk mencatu air, dan pelan ini berlaku di Lembah Kelang, khususnya Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang.

Dalam laporan yang terdapat dalam laman webnya, Syabas merekodkan pada 5 Julai, permintaan purata air ialah 4,324.79 juta air sehari (MLD) dengan air bersih yang disimpan sekadar 46.21 MLD atau 1.6 peratus – jauh dari paras yang dimahukan iaitu 20 peratus.

Syarikat bekalan air juga itu berkata catuan air diperlukan kerana kekurangan air, pencemaran sungai serta kerja pembaikan di loji-loji syarikat.

Tiada ulasan: