DIALOG RAKYAT |
- Sambutan Merdeka: Najib ucap esok, Anwar di Shah Alam malam ini
- Gabungan Janji: Perhimpunan diteruskan walau gagal masuk Dataran Merdeka
- Najib gagal jadikan Merdeka ke-55 peristiwa bersejarah
- Najib terasa ’semangat’ bubar Parlimen
- Hudud: Asri tegur komen Abby Abadi
- Pemuda PAS lancar ‘countdown’ PRU13
- Fuziah tidak ketepikan orang Melayu
- Pembela Mahathir Juga Jahil
- Ahli Komrad Jingga 13 Peluk Islam... Alhamdulillah..
- Selangor catat pelaburan tertinggi RM5.125 bilion
- SAMM Alu-Alukan Saranan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tidak Tutup Dataran Merdeka
- Penduduk Pengerang fail semakan kehakiman untuk batal projek Rapid
- Sambutan Merdeka: BN gagal bezakan program rakyat dan parti
- Kos Sewa Bas Tidak Libatkan Wang Kerajaan Negeri
- Khalwat, Zina Telah Turun Selepas Selangor Adakan Kempen anti-zina
- Kuning tetap di KL walau Dataran Merdeka ditutup – Gabungan Janji
- Faisal Mustafa, Penerbit Teater Teo Beng Hock di tahan JAIS : Mahu jawab soalan di Mahkamah.
- Tak bermuka-muka dengan pendirian antidemokratik
- JIKA MENJADI PM, ANWAR TIDAK MENETAP DI PUTRAJAYA
- Ulama Tidak Perangi Rasuah Dikritik
- KPT Ambil Alih Pengurusan Unisel Bukan Penyelesaian Masalah – Khaled Nordin
- Kerajaan Masih Tunggu Keputusan Jumlah Kuota Jemaah Haji - Jamil Khir
- Najib: P'raya ke-13 tentukan survival Umno
- Puisi Pak Samad seru raikan 'Janji Demokrasi'
- Polis: Janji Demokrasi menyalahi undang-undang
Sambutan Merdeka: Najib ucap esok, Anwar di Shah Alam malam ini Posted: 30 Aug 2012 06:40 AM PDT SHAH ALAM - Kurang enam jam menjelang detik 12 tengah malam, sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 bakal berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan orang ramai bakal menyaksikan kemuncak acaranya iaitu pertunjukan bunga api selama tujuh minit. Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, sebelum itu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu patriotik dan persembahan band daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). "Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan persembahan kebudayaan dan kesenian dibawakan oleh Perbadanan Adat-adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) bagi menyerikan majlis bermula jam 8.30 malam ini. "Turut mengambil bahagian dalam perbarisan bersejarah ini termasuklah kakitangan agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Tambah beliau, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi ucapan kemerdekaan pada pukul 10 malam manakala Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berucap menjelang detik 12 malam nanti. "Menariknya, tema kemerdekaan yang digunakan berbeza dengan kerajaan pusat. "Kami akan menyambut kemerdekaan menggunakan tema yang berbeza iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa iaitu tema Pakatan Rakyat (PR) bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara di peringkat negeri," katanya lagi. Menurutnya lagi, laluan jalan raya di Persiaran Damai, Persiaran Bandaraya ditutup kepada kenderaan bagi memudahkan majlis malam ini dan kawalan lintas dibuat oleh penguasa MBSA sendiri. Sementara itu, di Kuala Lumpur turut menjadi tumpuan bagi merayakan sambutan ambang kemerdekaan malam ini. Antaranya Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang bakal memukau orang ramai yang hadir dengan pertunjukan KLCC Lake Symphony Fountain. Malah malam ini beberapa persembahan daripada artis-artis tempatan turut akan memeriahkan acara yang dijadualkan pada jam 9 malam ini. Acara kemuncak yang dinanti iaitu pertunjukan bunga api bakal berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas. Sambutan itu akan dijalankan di Esplanade, KLCC Park. Esok, lokasi bersejarah Dataran Merdeka di ibu negara akan menjadi tumpuan perbarisan manakala Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil. | ||
Gabungan Janji: Perhimpunan diteruskan walau gagal masuk Dataran Merdeka Posted: 30 Aug 2012 06:37 AM PDT KUALA LUMPUR — Jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan "Janji Demokrasi" akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka. Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning. "Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown," katanya lagi. "Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi." Menurutnya, pihaknya sudah menjangka bahawa pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung di Dataran Merdeka. Sementara itu, menurut pengerusi komuniti Selamatkan Jalan Sultan, Stanley Yong, berkata, mereka tidak menerima apa-apa amaran dari pihak polis berkenaan acara mereka. "OCPD telah jumpa saya dua kali, dan kami menerangkan bahawa kami akan berarak di Jalan Sultan dan Jalan Petaling sahaja," katanya. "Kita tidak akan berjalan hingga Dataran Merdeka. Dan kami akan bergerak secara berasingan (dengan Gabungan Bersih). "Pihak polis berkata mereka akan menghantar kira-kira 10-15 anggota polis untuk mengawal laluan trafik di sekitar Jalan Sultan agar tidak terganggu, dan kami berterima kasih kepada pihak polis kerana memudahkan perarakan kami," kata Stanley lagi. Yong, yang juga pengerusi dewan perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), berkata, acara mereka akan bermula pada jam 8.00 malam di Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, sebelum mula berarak pada jam 8.30 malam, melalui Jalan Sultan dan Jalan Petaling sebelum berakhir di bekas perhentian bas Kelang, yang kini merupakan tapak pembinaan stesen MRT Pasar Seni. Polis mengumumkan perhimpunan Janji Demokrasi malam ini bertentangan dengan undang-undang. Anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Zainuddin Ahmad, hari ini mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya. | ||
Najib gagal jadikan Merdeka ke-55 peristiwa bersejarah Posted: 30 Aug 2012 06:27 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR-AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin memperlihatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menjadikan sambutan 55 tahun kemerdekaan sebagai satu peristiwa yang bersejarah kepada negara ini. Menurutnya lagi, rakyat telah menunjukkan bantahan mereka terhadap sambutan kemerdekaan tanpa bersembunyi dengan tidak mengibarkan Jalur Gemilang seperti mana yang dilakukan sebelum ini. "Saya melihat satu yang begitu aneh berlaku apabila rakyat tidak mengibarkan Jalur Gemilang sedangkan esok adalah sambutan hari kemerdekaan negara. "Mood rakyat cukup muram dan mereka telah menunjukkan bantahan secara terbuka terhadap sambutan kali ini yang dilihat lebih terjurus kepada agenda parti Barisan Nasional," jelasnya ketika ditemui di lobi Mahkamah Kuala Lumpur. Tambahnya lagi, rakyat menunjukkan tanda kecewa serta marah mereka terhadap kerajaan apabila sambutan kemerdakaan kali ini telah diperalatkan sepenuhnya oleh Barisan Nasional untuk mencari populariti mereka. "Malapetaka kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila sambutan kerajaan pincangkan maksud sebenar kemerdekaan. "Saya melihat rakyat sekarang hanya menunggu untuk membuat perubahan besar pada pilihanraya yang akan datang dan mereka sudah mula bosan dengan apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional tidak meletakkan hak rakyat sepenuhnya tetapi lebih kepada agenda parti," ujarnya yang juga mantan Menteri Besar Perak. Dalam pada itu, beliau juga turut melahirkan kekesalan apabila wujud paksaan kepada kakitangan awam agar hadir pada himpunan Janji Ditepati di Stadium Bukit Jalil. "Pada sebelah pagi mereka diarahkan ke Dataran Merdeka tetapi sebelah malamnya pula sekali lagi arahan dikeluarkan agar hadir ke himpunan di Bukit Jalil. "Kesal kenapa ini berlaku, kakitangan awam ada yang bantah kerana cuti umum sepatutnya digunakan untuk menziarahi saudara mara sempena Hari Raya namun sebaliknya berlaku," kata beliau. Beliau juga turut menjangkakan sambutan Janji Bersih pada malam ini akan memperlihatkan kehadiran yang cukup ramai kerana rakyat sekarang berada dalam keadaan ingin melakukan perubahan.-harakahdaily | ||
Najib terasa ’semangat’ bubar Parlimen Posted: 30 Aug 2012 06:24 AM PDT BALING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi peringatannya bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang adalah penentu survival Umno dan Barisan Nasional (BN). Beliau turut mengingatkan anggota parti supaya belajar daripada pengalaman pilihan raya umum 2008 agar tidak melakukan perbuatan yang menyebabkan BN tewas di beberapa negeri. "Saya tidak mahu lagi politik adu domba sesama kita, tidak mahu lagi politik puak sesama puak… tidak mahu lagi dalam kempen orang merajuk dan mengkhianati. "Jika semua ahli sokong calon yang dipilih, mustahil kita boleh kalah pilihan raya," katanya berucap merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling di sini, hari ini. Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, ketua Umno bahagian Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Perdana Menteri berkata, sebagai anggota sebuah parti yang cukup matang dan dewasa, segala masalah yang melanda seharusnya diselesaikan. "Dah empat tahun. Jangan lagi ada masalah. Jangan tunjuk jari…sudah sudahlah. Rapatkan barisan. "Jika sayang parti, kita hendaklah reda. Dipilih Alhamdulillah, tak dipilih pun kita ucap Alhamdulillah. Jika itulah sikap kita bermakna kita telah dewasa dan matang," kata Najib yang juga Presiden Umno. Najib berkata apabila beliau menyatakan parti hendakkan 'winnable candidate' (calon boleh menang) semua akan kata mereka adalah 'winnable candidate' tetapi sebenarnya separuh sahaja yang boleh menang. Walaupun dalam politik ada pasang-surut, Umno masih lagi parti yang relevan dan akan hidup untuk satu jangka masa panjang. "Belajarlah daripada kejayaan tapi guru paling berkesan adalah kegagalan. Kita pula mudah berjanji sebaliknya sukar melaksanakannya. Kita patut sayang parti tanpa meletak syarat. "Saya dah lama….bila salam dah boleh baca. Bila genggam lagi boleh baca. Semua calon PRU kita kena lulus ujian," katanya sambil memberitahu bahawa banyak petunjuk yang menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN telah kembali. Beliau berkata pelbagai program dan dasar kerajaan untuk membantu rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dihargai rakyat. "Kami sedar tuntutan rakyat, tidak seperti pembangkang yang menimbulkan isu hukum hudud menjelang pilihan raya. Kami bina ribuan masjid. Pas pula bina dua masjid sahaja selama 22 tahun perintah Kelantan. "Umno akan terus perjuangkan Islam dan peradabannya dipertingkat. InsyaAllah kami letakkan orang yang betul, layak dan amanah. Ulama dan umarak tidak disisih supaya kemajuan Islam terus berkembang," katanya. Mengenai Kedah, Najib berkata, selatan Kedah adalah teras bagi BN memenangi semula negeri ini. Pada akhir ucapannya, perdana menteri secara berseloroh berkata: "Semangat nak bubar Parlimen…tengoklah dulu". Perdana Menteri dan isteri turut menghadiri jamuan Hari Raya bersama penduduk Baling sebelum berlepas ke Alor Setar untuk majlis Hari Raya bersama perdana menteri di perkarangan Stadium Darul Aman. | ||
Hudud: Asri tegur komen Abby Abadi Posted: 30 Aug 2012 06:20 AM PDT Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas bekas penyanyi berkumpulan sensasi Elite, Abby Abadi dalam isu hudud.Bekas mufti Perlis itu pada awalnya melalui akaun Twitter @realDrMaza berkata, "apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, satu dipotong tangan dan satu lagi dipenjara hanya kerana berbeza agama," sebagai merujuk kepada hukum hudud. Abby yang juga bekas pelakon drama "Gerak Khas" itu menempelak bekas mufti tersebut melalui akaun Twitternya @abby_abadi112 dengan membalas, "maafkan saya, hudud itu hukum Allah. "Dr Mohd Asri) belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan? "Tanggungjawab berat di dunia, tetapi manis di sana." Bekas mufti itu kemudian membalas, "seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak semestinya memahami agama. "Teliti sebelum komen." Bekas pelakon yang kini aktif dalam kegiatan bersama parti PAS itu kemudiannya menafikan penglibatan beliau dalam ceramah. "Saya tahu saya tak belajar setinggi Dr (Mohd Asri), tapi bila saya baca apa yang Dr persoalkan, saya tak sangka. "Saya tak pernah berceramah, hanya sekadar berkongsi sahaja, maafkan saya," kata Abby. Dalam laporan Bernama hari ini menyebut bahawa Mohd Asri berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. "Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu. "Jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini. | ||
Pemuda PAS lancar ‘countdown’ PRU13 Posted: 30 Aug 2012 06:15 AM PDT Risalah kempen 'Selamatkan Malaysia' akan mula diedarkan pada malam ini pada sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka. KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mula melancar dan menyebar kempen 'countdown' tarikh akhir pembubaran Parlimen pada 24 April tahun depan. Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, 'countdown' itu akan bermula pada hari ini sebagai simbol mengira detik terakhir kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir pusat. Katanya walaupun tarikh sebenar PRU13 tidak diketahui, namun pihaknya mensasarkan 24 April itu sebagai tarikh terakhir BN adakan PRU. "BN kini hanya ada 236 hari sahaja lagi untuk tadbir Pusat dan melaksanakan segala janji yang ditaburkan," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Katanya, 'countdown' itu juga digunakan sebagai tekanan kepada BN untuk segara mengadakan PRU tanpa perlu menunggu sehingga berakhirnya mandat Parlimen. 'Bangkrap Negara' "Kita akan sebarkan pautan 'countdown' ini di laman sosial termasuk web, blog, dan Facebook," katanya. 'Countdown' ini merupakan antara salah satu program dalam kempen 'Selamatkan Malaysia' anjuran Pemuda PAS yang mahu memberi beberapa siri pendedahan mengenai penyelewengan BN sepanjang 55 tahun memerintah Pusat. Antaranya, penyebaran risalah 'Bangkrap Negara' yang memberi makklumat kepada orang ramai mengenai jumlah hutang negara yang semakin meningkat setiap tahun. Ini berikutan kenaikan mendadak hutang negara daripada RM217 bilion pada tahun 2004 kepada RM437 bilion pada tahun lalu. "Jangkaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala bahawa negara akan bankrap pada tahun 2019 apabila hutang negara mencecah RM1 trilion tidak mustahil akan berlaku sekiranya BN terus menyeleweng dan berbelanja secara boros," katanya. Sehubungan itu, katanya risalah kempen Selamatkan Malaysia itu akan mula diedarkan pada malam ini pada sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka. | ||
Fuziah tidak ketepikan orang Melayu Posted: 30 Aug 2012 06:07 AM PDT Dalam PKR Kuantan, hanya enam daripada 16 AJK yang bukan Melayu iaitu lima orang Cina dan seorang kaum India. KUANTAN: Dakwaan bahawa Ketua PKR cabang Kuantan, Fuziah Salleh mengenepikan orang Melayu di kawasan itu dinafikan oleh Naib Ketua, Zainurin Mohd Noor. "Dakwaan itu tidak betul. Orang mungkin mahu menjatuhkan Fuziah dan mereka juga sakit hati dengan saya. Orang dengki kerana PKR Kuantan banyak program. "Saya juga tidak berhenti daripada tugas sebagai pegawai khas Fuziah," kata Zainurin. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan ahli PKR Kuantan yang berbangsa Melayu kecewa dengan Fuziah kerana mengutamakan kaum bukan Melayu. Dakwaan lain pula ialah pegawai-pegawai yang bekerja dengan Fuziah juga telah meletakkan jawatan. "Dalam PKR Kuantan, hanya enam orang AJK yang bukan Melayu iaitu lima orang Cina dan seorang kaum India. "PKR di sini memang didominasi oleh orang Melayu sejak penubuhannya pada tahun 1999. Orang Cina yang menjadi AJK itu hanya dilantik selepas Fuziah menang kerusi Parlimen Kuantan pada tahun 2008," tambah Zainurin. Sebuah blog popular di Kuantan sebelum ini melaporkan sikap Fuziah yang lebih memberi muka kepada "bukan Melayu" dalam setiap gerak kerjanya maka kemungkinan besar beliau akan kehilangan ramai penyokong kuatnya dari kalangan orang Melayu selepas ini. Blog itu juga menulis terbaru, dipercayai naib ketua cabang pula telah menghantar surat perletakkan jawatannya beberapa hari yang lalu. Tag: PKR AJK, Fuziah Salleh, Zainurin Mohd Noor, Melayu, Cina, India, Parlimen | ||
Posted: 30 Aug 2012 05:57 AM PDT MSO Wah Setiuasaha Agung Umno yang mengubah namanya dari Teuku Adnan menjadi Tengku Adnan Tengku Mansor bangkit membela Mahathir Mohamad dengan menuduh orang Pas memanipulasikan kata-kata Mahathir yang kurang menyenangkan mengenai kata-kata yang boleh merosakkan akidah dengan menyebut syaitan juga kadang kala ada melakukan kesalahan. Nauzubilahiminazalik. Adnan membela Mahathir kononnya Mahathir tidak berkata demikian tetapi kata-kata sebenar bekas PM itu sengaja dimanipulasikan oleh orang Pas. Selanjutnya Adnan juga kata politik Pas sudah begitu terdesak sangat sehinggakan sanggup memutar belitkan kata-kata Mahathir. Kalau hendak bela pun jangan sembarangan bela. Adnan perlu tahu apakah Mahathir berak atau terkicik. Kalau setakat terkicit tidak menjadi masalah ia boleh ditahrahkan dengan kerta tisu atau tanah atau air mineral sahaja. Tetapi kalau sudah terberak berat memerlukan air mustamal sekurang-kurangnya tujuh kolah kalau tidak busuknya akan meruap ke seluruh Malaya. Apa yang berlaku kepada Mahathir itu dia sudah berak bukan terkicit. Jadi tidak timbul soal Pas memanipulasikan kata-kata Mahathir itu. Memang dalam pengertian pepatah Inggeris disebut Adnan itu kononnya dimaksudkan Mahathir ia bermaksud demikian. Dia menganggap Umno sebagai syaitan dan Pakatan Rakyat khasnya Anwar sebagai malaikat. Dalam fiqh Islam menyamakan sesuatu dengan keadaan tidak wajar adalah berosa. Apa yang Mahathir hendak maksudnya rakyat lebih baik berkawan atau memilih syaitan yang dikenali (Umno BN daripada memilih Pakatan Rakyat (malaikat) yang belum diketahui jahat atau tidaknya. Apa dimaksudkan Mahathir Pakatan Rakyat adalah malaikat yang tahu menabur janji dan belum tahu akan laksanakan atau tidak. Itu pengertian dan maksud yang hendak disampaikan. Masalahnya di sini Mahathir 'borah' mulut dengan mengumpamakan Umno sebagai syaitan jahat dan Pakatan Rakyat sebagai malaikat. Yang salahnya apabila Mahathri jahil murakab tidak tahu membezakan di antara syaitan dengan malaikat. Sebab itulah pandangan menurut akal di dalam agama tidak boleh diterima sewenang-wenangnya. Islam ataupun ilmu Allah itu perlu disuluh dan dilihat dari berbagai sudut dengan berbagai ilmu. Kalau hendak kena Allah kena kenal sampai ke makrifah dengan memulakannya menerusi syariat, tariqat dan hakikat. Selain memilik keempoat-empat ilmu itu kena yakin apa yang dipelajari atau dituntut itu sampai ke peringkat qul hak qul yakin. Apabila Tuhan telah mencipta syaitan dan malaikat ia tidak berubah akan fungsi dan tugasnya. Syaitan walaupun dikenali hatta berada di dalam rumah kita, ia kena ditentang dan kerja dan misinya adalah jahat. Tidak ada pengertian baik kepada syaitan. Anggota keluarga kita yang minum arak walaupun dalam rumah dan orang tidak nampak, ia tetap meniru perangai syaitan. Begitu juga kalau Tengku Adnan misalnya duklu-dulu ada menyimpan arak di rumahnya walaupun orang tidak tahu tetapi perbuatan itu tetap perbuatan syaitan. Yang suka arak, judi, zina dan rasuah adalah syaitan termasuk syaitan yang dikenali. Sebelum hendak mengulas dan membela Mahathir lebih baik Adnan merujuk kepada ulamak atau para "Abu" dari Ach duhulu. Cara Adnan membela Mahathir dalam keadaan kabur begitu memalukan warga Aceh yang bermastutin di sini kerana negeri Aceh dikenali sebagai negeri Serambi Makkah. Elok Adnan hantar persoalan Mahathir dengan istilah syaitan baik dan malaikat jahat itu ke Banda Aceh biar ulamak di sana mentafsirkannya. Mengenai tuduhan orang Pas pandai memanipulasikan kata-kata, ia tidak menghairankan kerana Umno juga begitu dan Pas yang menerima prinsip dan sistem demokrasi sama macam Umno. Masa Nik Aziz membuat perumpamaan Tuhan juga mencaru suatu masa dulu bagi menunjukkan Tuhan marah dan benci kepada manusia yang jahat, wah bukan main lagi orang Umno termasuk Mahathir sendiri. Mereka ecer dan heret kata-kata Nik Aziz itu untuk memburuk dan menggambarkan begitu rupa Islam Nik Aziz. Siang malam rakaman ucapan Nik Aziz itu disiarkan dalam televisyen penjilat buntut. Kenapa waktu itu Adnan tidak murih kepada Mahathir dan orang Umno yang memanipulasikan kata-kata Nik Aziz. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Jangan double standard tidak baik. Kalau kita juga jahat jangan cuba hendak tuduh orang lain jahat. Hari ini orang sudah baik tetapi kita masih meneruskan kejahatan. Pembelaan Adnan kepada Mahathir itu menyerlahkan akan kejahilan pemimpin Umno. | ||
Ahli Komrad Jingga 13 Peluk Islam... Alhamdulillah.. Posted: 30 Aug 2012 05:55 AM PDT KELAB GREENBOC Seorang anak muda berasal dari Sabah, saudari Afzan Komrad Jingga 13 hari ini telah secara rasmi melafazkan kalimah shahadah memeluk Islam. Nama Islamnya kini adalah Rayyan Khairiyah. Alhamdulillah... Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud turut menjadi saksi peristiwa bersejarah ini bersama Abby Abadi. Rayyan Khairiyah boleh bertutur 11 bahasa, Sharpshooter banyak kali bertemu dengannya dalam banyak program Jingga 13 di Shah Alam. Kali terakhir bertemu dengannya ketika berbuka puasa bersama Cikgu Fariz Musa di Klang. Ketika itu beliau sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam. Sharpshooter juga tidak pernah lupa tentang keakraban persahabatan dalam Jingga 13 hingga semua komrad Jingga 13 yang hadir di Mahkamah menitiskan air mata termasuklan Rayyan Khairiyah bila Sharpshooter di jatuhkan hukuman penjara 3 bulan. Alhamdulillah Allah beri kekuatan luar biasa berkat doa anda semua.. .sharpshooter masih mampu tersenyum... Seorang lagi iaitu Setiausaha Jingga 13, saudara Vicky juga telah menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam, sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan...amin.. Jingga 13 dipimpin oleh Cikgu Fariz Musa yang juga merupakan seorang MPP Keadilan, kehadiran Jingga 13 amat dirasai dalam arena politik Malaysia apabila Jingga 13 berjaya membongkar banyak skandal negara terutamanya skandal NFC. Tahniah teruskan perjuangan... -sharpshooter | ||
Selangor catat pelaburan tertinggi RM5.125 bilion Posted: 30 Aug 2012 05:49 AM PDT SHAH ALAM : Selangor mencatat kedudukan pertama dari segi pelaburan perindustrian di Malaysia setakat Mei 2012 dengan mencapai jumlah pelaburan keseluruhan RM5.125 bilion daripada 106 projek yang diluluskan. Teresa Kok berkata sebanyak 10,522 potensi peluang pekerjaan diwujudkan iaitu 28.94 peratus daripada jumlah potensi peluang pekerjaan yang diwujudkan di seluruh negara. Ia adalah 6,187 daripada projek baru dan sebanyak 4,335 adalah projek pembesaran dan pelbagaian. Ujar beliau lagi, jumlah nilai pelaburan tempatan adalah sebanyak RM3,950,571,745 iaitu 77.08 peratus adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah nilai pelaburan asing sebanyak RM1,174,548,498 atau 22.9 peratus di Selangor. "Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor," kata Teresa yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan. Jelas Teresa, daripada 106 projek yang diluluskan sebanyak 63 buah merupakan projek baru yang membawa pelaburan sebanyak RM3.3 bilion manakala 43 merupakan projek pembesaran dan pelbagai. Di kalangan pelabur asing, Switzerland menanam pelaburan asing yang paling besar dengan nilai pelaburan sebanyak RM246 juta, diikuti Jerman dengan RM196 juta dan Singapura dengan RM139 juta. "Indusrti Pembuatan Barangan Peralatan Kenderaan mencatatkan bilangan kelulusan projek tertinggi dengan 19 projek. "Ini diikuti Industri Pembuatan Kimia dan Barangan Kimia sebanyak 17 projek. "Manakala, Industri Pembuatan Mesin dan Peralatan mencatatkan 11 projek," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini. Beliau juga memaklumkan industri pembuatan barangan peralatan kenderaan mencatatkan nilai pelaburan tertinggi berjumlah RM2.2 bilion. Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak RM448 juta. Manakala industri pembuatan barangan logam asas mencatatkan pelaburan ketiga tertinggi bernilai RM422 juta. "Industri pembuatan peralatan kenderaan mencatatkan potensi peluang pekerjaan tertinggi dengan 3,056 pekerjaan. "Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak 994 dan industri pembuatan barangan minuman dan tembakau sebanyak 876 peluang pekerjaan," katanya. | ||
SAMM Alu-Alukan Saranan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tidak Tutup Dataran Merdeka Posted: 30 Aug 2012 05:42 AM PDT SHAH ALAM: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengalu-alukan saranan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib agar Dataran Merdeka tidak ditutup bagi memberikan laluan kepada sambuatan ambang kemerdekaan malam ini. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, SAMM turut berharap agar Ahmad Phesal mempertahankan pendirian beliau dari tekanan pemimpin Umno-BN yang dianggap berfikiran sempit dan takut kepada perubahan. Dalam kenyataan media sama, SAMM mempertahankan pendirian hak rakyat negara ini untuk menyambut kemerdekaan tanpa mengira apa warna pakaian yang dipakai untuk tujuan tersebut. "Merujuk kepada kenyataan Ketua Balai Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang tidak memberikan 'lampu hijau', SAMM juga menegaskan bahawa tiada keperluan 'lampu hijau' dari mana-mana pihak untuk mana-mana rakyat yang ingin menyambut hari kemerdekaan. "Rakyat punya hak untuk sambut kemerdekaan dengan apa warna sekalipun. Menutup Dataran Merdeka pada malam merdeka adalah satu malapetaka buat regim pemerintah. "Apakah rasionalnya Dataran Merdeka ditutup bagi menghalang rakyat menyambut ambang kemerdekaan?" menurut kenyataan pertubuhan yang dipimpin oleh Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard itu. Sebelum ini dalam satu kenyataan, ACP Zainuddin dipetik Bernama berkata, tiada sebarang kebenaran diberikan oleh pihak polis kepada penganjur kerana Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis, namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur. Gabungan Janji Bersih bakal mengadakan himpunan semasa ambang merdeka selama dua jam mulai jam 10 hingga 12 malam ini bagi meraikan ulangtahun ke 55 kemerdekaan negara. Dalam perhimpunan yang tidak mendapat 'restu' pihak keselamatan itu, penganjur turut menggalakkan orang ramai agar mengenakan pakaian serba kuning bagi menyatakan tuntutan rakyat negara ini yang ingin melihat negara ini bebas dari cengkaman demokrasi palsu termasuk mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil. | ||
Penduduk Pengerang fail semakan kehakiman untuk batal projek Rapid Posted: 30 Aug 2012 05:40 AM PDT Oleh Sidiqin Omar PENGERANG : Seramai 26 penduduk Pengerang yang terlibat dengan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid) memfail semakan kehakiman terhadap kerajaan Johor dan pentadbir tanah Kota Tinggi jam 2 petang tadi. Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hasan Karim memaklumkan, semakan kehakiman dibuat di Mahkamah Tinggi Johor Bahru bagi membatalkan perintah serahan tanah untuk meneruskan projek tersebut. "Dari segi fakta, ia berkaitan dengan Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak untuk memiliki harta," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily. "Tidak ada sesiapa yang berhak untuk merampas atau mengambil harta, seperti tanah tanpa persetujuan pemiliknya," kata peguam kepada penduduk terbabit itu. Menurut Hasan, semua penduduk tersebut telah menerima borang E Seksyen 10 Akta Pembangunan Tanah 1960, iaitu prosedur terakhir sebelum sesi runding bicara nilai pampasan tanah. Sementara itu, Ketua Biro Guaman KEADILAN Johor, Jimmy Puah berkata, ini adalah kes pertama di Malaysia apabila penduduk mempersoalkan definisi dan kaedah pembangunan. "Pembangunan bukan hanya material. Pembangunan perlu ambil kira impak sosial, budaya, ekonomi dan alam sekitar. Hal ini tak pernah ditanya. Ini kali pertama," jelas Jimmy, yang juga salah seorang peguam. Pihaknya akan mendapatkan sijil perakuan segera sebagai injunksi sementara bagi menangguhkan keputusan kerajaan Johor dan pentadbir tanah Kota Tinggi. Penduduk turut diwakili peguam John Fernandez dan Chia Kwok Wei. Tambah Jimmy, pendengaran semakin kehakiman untuk membatalkan keputusan kerajaan Johor berhubung pengalihan tapak perkuburan bukan Islam pula akan didengar di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 25 September depan. Empat pemohon tersebut ialah Chong Chun Yet, Hong Thian Hwa, Chong Ah Sin dan Lim Kui Hak. | ||
Sambutan Merdeka: BN gagal bezakan program rakyat dan parti Posted: 30 Aug 2012 05:35 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim gagal menguruskan sambutan kemerdekaan yang bakal disambut malam ini dan esok kerana mencampur adukkan upacara tahunan itu yang dirai seluruh rakyat dengan program parti. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar berkata, Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil esok malam menunjukkan Umno terdesak meraih keyakinan rakyat. "Ia bukti betapa Umno perlu sangat meraih keyakinan rakyat, malah kerajaan sendiri tidak yakin dengan transformasi mereka," katanya ketika dihubungi. Malah Rais juga dilihat merapu dalam pelbagai kenyataan berhubung sambutan ulang tahun merdeka kali ini. Rais mengatakan kerajaan akan menyalurkan mesej tentang program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam perbarisan hari kemerdekaan yang akan berlangsung di Dataran Merdeka esok pagi. Kerajaan Umno juga kononnya akan menonjolkan penerimaan rakyat terhadap kejayaan yang dicapai termasuk pembangunan luar bandar, kempen cegah jenayah dan memerangi rasuah. "Rais sebenarnya keliru dengan tanggungjawab beliau sebagai Menteri yang menguruskan sambutan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno. Sebab itu beliau tak boleh beza sambutan rakyat seluruh Malaysia dengan program parti," kata Shamsul sinis. Ketua Setiausaha Kementerian itu, Kamaruddin Siaraf sebelum ini 'terlepas cakap' bahawa orang ramai hanya boleh menonton sambutan kemerdekaan melalui layar di luar stadium kerana tempat duduk dikhaskan untuk orang kenamaan, anggota parti komponen BN, penjawat awam, pelajar sekolah dan kumpulan khas yang terpilih. "Memang betullah, Umno tak faham erti kemerdekaan, mereka ingat hari kemerdekaan ini mereka yang punya," kata Shamsul lagi. | ||
Kos Sewa Bas Tidak Libatkan Wang Kerajaan Negeri Posted: 30 Aug 2012 05:28 AM PDT SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor. "Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri. "Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat. Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim. | ||
Khalwat, Zina Telah Turun Selepas Selangor Adakan Kempen anti-zina Posted: 30 Aug 2012 05:25 AM PDT SHAH ALAM : Sejak tiga tahun lalu, statistik penangkapan pasangan yang melakukan zina, khalwat dan kelakuan tidak sopan telah menurun kata Pengarah Kempen Anti Zina Siri Ketujuh, Mohd Fauzan Madzlan. Antara sebabnya adalah peningkatan kesedaran umum sejak kempen anti-zina kerajaan Selangor dilancarkan dan peningkatan di dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dari agensi kerajaan. "Kita juga bersama-sama dengan pihak Polis, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Imigresen dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam penguatkuasaan undang-undang dalam operasi bersepadu," katanya. Beliau berkata demikian semasa pelancaran Kempen Anti-Zina Siri Ketujuh di sini hari ini di Lobi Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah. Pelancaran itu dirasmikan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali. Ia dihadiri kira-kira 100 orang daripada wakil agensi kerajaan, NGO, masjid dan surau serta ketua kampung. Mohd Fauzan berkata, beberapa program kesedaran dirancang di seluruh negeri termasuk memasang banner kesedaran di kawasan taman rekreasi yang dikunjungi ramai. Risalah akan diedarkan di kawasan umum sebagai usaha mendekati masyarakat dengan memberi penjelasan bahaya perbuatan zina dan aktiviti tidak bermoral. Dr Halimah pula menyarankan pemimpin di peringkat akar umbi khususnya ketua kampung, AJK Masjid dan Surau dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) agar menyumbangkan idea dan tenaga bagi menjayakan program ini. "Kempen ini adalah usaha untuk mendidik masyarakat khususnya remaja dan belia. "Pelancaran untuk memberikan kesedaran ke generasi muda agar tidak menjadi mangsa dalam aktiviti tidak bermoral," ujarnya. | ||
Kuning tetap di KL walau Dataran Merdeka ditutup – Gabungan Janji Posted: 30 Aug 2012 04:19 AM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR 30 Ogos: Gabungan Janji menasihatkan peserta Himpunan Janji Demokrasi berkumpul di mana-mana sahaja di sekitar ibu kota dengan memakai baju kuning jika Dataran Merdeka ditutup pada malam ini. Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais mengingatkan orang ramai tidak perlu mencetuskan kekecohan, sebaliknya berhimpun secara aman sambil menghayati sambutan kemerdekaan ke-55. "Kami baru sahaja menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang memaklumkan perhimpunan ini tidak mendapat kebenaran polis. Kita juga menjangkakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup Dataran Merdeka kepada peserta Janji Demokrasi. "Jika ia ditutup, kita sudah putuskan supaya orang ramai boleh berada di mana-mana sahaja berhampiran Dataran Merdeka atau sekitar Kuala Lumpur (KL) dengan memakai baju kuning untuk menyambut ambang Merdeka pada malam ini. "Orang ramai tak perlu buat kacau, jangan bawa sepanduk atau apa-apa slogan. Pakai sahaja baju kuning kerana ia sudah memadai untuk kita merayakan Hari Merdeka. Datanglah beramai-ramai dengan membawa keluarga serta makanan untuk kita bersantai," katanya ketika dihubungi. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi megeluarkan surat pada jam 3.00 petang tadi menyatakan Himpunan Janji Demokrasi yang akan diadakan pada 11.00 malam ini menyalahai undang-undang. Polis mendakwa penganjur tidak mendapatkan kebenaran di bawah Seksyen 9 (1), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736). Polis juga mendakwa penganjur tidak mendapat kebenaran daripada pemilik Dataran Merdeka iaitu DBKL serta perhimpunan itu dikatakan akan menggangu persiapan untuk menyambut acara perbarisan Hari Kemerdekaan. Mengulas perkara itu, Hishamuddin berkata, Himpunan Janji Demokrasi tidak akan menyebabkan huru-hara melainkan jika ada pihak sengaja mencetuskan provokasi. "Kita cuma merayakan (ambang kemerdekaan) bersama-rakyat rakyat, cuma bezanya kita berpakaian kuning," tegasnya. Beliau berkata, tinjauan dilakukan pihaknya mendapati keadaan di ibu kota masih 'terkawal', dan tiada sekatan jalan raya oleh polis. Himpunan Janji Demokrasi dianjurkan oleh Gabungan Janji yang dianggotai 49 NGO, antaranya Empower, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Warga Aman dan Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) dan Asalkan Bukan Umno (Abu). | ||
Faisal Mustafa, Penerbit Teater Teo Beng Hock di tahan JAIS : Mahu jawab soalan di Mahkamah. Posted: 30 Aug 2012 04:17 AM PDT Roketkini.com Faisal memilih untuk menjawab soalan-soalan di Mahkamah sepertimana yang diperuntukkan oleh Seksyen 113, Kanun Acara Jenayah. Namun undang-undang tersebut kelihatan seperti tidak terpakai dalam ruang lingkup JAIS. Sebaliknya, menurut Seksyen 215 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003; keengganan menjawab soalan apabila disoal siasat adalah satu kesalahan yang jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 215 memperuntukkan bahawa, "Barang siapa, yang terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar mengenai apa-apa hal kepada mana-mana pegawai agama, enggan menjawab apa-apa soalan tentang hal itu yang dia dikehendaki menjawabnya oleh pegawai itu semasa pegawai itu menjalankan kuasanya di sisi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan." Faisal ditahan JAIS awal pagi ini atas kesalahan didakwa memiliki buku karangan Irshad Manji berjudul Allah, Kebebasan dan Cinta yang telah diwartakan haram oleh kerajaan. JAIS sebelum ini pada 14 Julai lalu telah pun menggeledah dan merampas buku kontroversi tersebut di rumah Faisal, dan menyoal siasat beliau pada hari yang sama. Menurut peguamnya Afiq Noor, Faisal telah disoal siasat selama dua jam setengah sejak jam 10.30 pagi. Malah apabila Faisal berkata bahawa beliau mahu menjawab soalan JAIS di Mahkamah, empat lagi pegawai dibawa masuk untuk cuba menakut-nakutkan beliau. "Pegawai peguatkuasa JAIS Sharom B Maarof memaksa @faisalmustaffa untuk jawab soalan," kata pengamal undang-undang itu melalui akaun Twitternya. Dia kemudiannya dihalau keluar oleh pegawai penyiasat ketika anak guamnya disoal siasat. Peguam Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa pula berkata, JAIS telah bertindak bertentangan dengan peruntukan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan apabila menafikan hak guaman kepada Faisal dan menafikan haknya untuk berdiam diri dari menjawab soalan-soalan yang boleh menyabitkannya dengan sebarang pertuduhan jenayah. Faisal dibenarkan ikat jamin sebanyak RM2000 dengan seorang penjamin. Di akaun Facebooknya, Faisal menyebut, "Utk jaminan kes di JAIS, anda mestilah penjawat awam dan seorang muslim." Beliau kemudian dibawa semula ke pejabat penguatkuasa JAIS untuk disiasat atas pertuduhan baru bawah Seksyen 215 atas pilihannya untuk menjawab soalan siasatan di Mahkamah. – Roketkini.com | ||
Tak bermuka-muka dengan pendirian antidemokratik Posted: 30 Aug 2012 04:12 AM PDT ULASAN Saya merujuk kepada perkembangan terkini berkenaan perlaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Universiti Malaya yang telah mengemaskini peraturan tatalaku para mahasiswa berkenaan penglibatan dalam arena politik. Saya memuji langkah pihak universiti yang telah maju ke hadapan dalam melaksanakan perubahan berdasarkan undang-undang walaupun ia lapuk dan mencacatkan proses transformasi yang diuar-uarkan selama ini. Sekurang-kurangnya Universiti Malaya tidak bermuka-muka dalam menegaskan pendirian antidemokratiknya dalam penguatkuasaan AUKU. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) mengandungi sekatan yang merugikan dan menafikan para Mahasiswa sebuah pendidikan yang lebih holistik. AUKU telah mematikan nadi yang memperkasakan para mahasiswa sebagai sebuah entiti berintelek tinggi yang mempunyai hak demokrasi dan budaya pembelajaran yang perlu dihormati oleh setiap individu, selaras dengan hak-hak yang digariskan di dalam Perlembagaan Malaysia. Sedang pihak universiti mempraktikkan perlaksanaan undang-undang yang lapuk ini, harus dipersoalkan, adakah kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih efektif memandangkan keputusan oleh sayap Pemudanya untuk mengambil langkah mendekati para mahasiswa di IPTA walaupun tidak mendapat sebarang restu dari Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi? Kaukus penggantian AUKU Saya ingin menegur pengamalan dwistandard dalam perlaksanaan undang-undang yang lapuk ini kerana ternyata sayap Pemuda Umno menyetujui langkah proaktif PKR yang telah menubuhkan Mahasiswa Keadilan dengan lebih awal. Initiatif sayap Pemuda Umno untuk mendekati para mahasiswa bagi mendapatkan sokongan politik adalah bukti sokongan mereka terhadap memperkasakan para mahasiswa dari cengkaman AUKU. Justeru, sebagai langkah susulan, saya menjemput Mohamed Khaled (kiri) dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk bersama-sama mengambil langkah proaktif dalam kewujudan kaukus penggantian AUKU dalam sidang Parlimen seterusnya untuk menangani isu ini. Jelas terdapat persefahaman bahawa para mahasiswa harus bebas dalam perjuangan mereka dalam meningkatkan kesedaran sosial dan perlunya mereka mengambil bahagian dalam pembangunan negara dengan lebih aktif berbanding dengan peranan pasif yang dikelolakan oleh Umno-BN melalui cengkaman AUKU. PKR tetap dengan pendiriannya bahawa tata kelakuan yang baru dikemaskini berdasarkan AUKU adalah tidak relevan dan menyekat semangat kebebasan akademik. PKR akan meneruskan perjuangan dengan memasuki kampus kerana tanggungjawab pemupukan minda yang terbuka, berdikari, dan mempunyai kesedaran sosial adalah penting dalam melahirkan mahasiswa yang akan menyelamatkan negara kita dari apa kemelut sekalipun. NURUL IZZAH ANWAR ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap naib presiden PKR. | ||
JIKA MENJADI PM, ANWAR TIDAK MENETAP DI PUTRAJAYA Posted: 30 Aug 2012 03:59 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS HAMPIR menjadi kenyataan, Anwar akan menjadi PM selepas PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi. Ini adalah melihat kepada perkembangan semasa yang amat menggalakkan, dan perkembangan baik ini boleh dilihat sewaktu kita menyambut Hari Raya Eidul Fitri baru-baru ini yang rata-rata balik ke kampong tidak lekang dari bercerita meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat rejim Umno tumbang buat pertama kalinya di dalam sejarah negara.
Anwar di dalam kenyataannya sewaktu Majlis Rumah Terbuka KEADILAN Bukit Gantang membuat pengakuan tidak akan menetap di Putrajaya sekiranya, InsyaAllah, beliau ditakdirkan menjadi PM bagi menggantikan PM yang penuh masalah iaitu Najib. "Bil elektrik di tempat itu terlalu tinggi," kata Anwar. Kita tidak hirau samada Anwar mahu menetap di Putrajaya atau tidak, asalkan bukan dari spesis Umno yang banyak mencekik darah rakyat. Jika pemimpin yang adil dan tahu kesusahan rakyat, rakyat tidak menghiraukan pemimpin mereka mewah. Contohnya di Brunei, rakyat tidak kisah penguasa mereka hidup mewah kerana rakyat mereka juga tidak susah dan melarat. Persoalan rakyat sekarang bukan kerana pemimpin itu kaya atau hidup mewah, tetapi persoalannya kemewahan mereka adalah dari hasil mencekik darah rakyat. Duit rakyat dibaham untuk membela lembu, tetapi lembu tidak ada yang ada hanyalah kondo dan tanah menjadi milik mereka. Pemimpin bermewah bersama isterinya membeli belah, semua kos ditanggung oleh rakyat, sedangkan rakyat umpama peminta sedekah mengharapkan BR1M dan terpaksa mengisi minyak yang rendah kualitinya kerana harga minyak yang terlalu mahal. Di Brunei, rakyat setaraf dengan pemimpin menggunakan minyak berkualiti tinggi. Di sana tiada minyak Ron 95. Bagi kerajaan Brunei harta kekayaan negeri mesti dirasai oleh rakyat terlebih dahulu. Sudah sampai masanya rakyat melakukan perubahan dan perubahan ini tidak lama untuk kita buat penilaian iaitu hanya lima tahun sahaja sebelum kita memikirkan samada kerajaan yang baru nanti patut dikekalkan atau tidak. Kelemahan kita terutamanya orang-orang Melayu adalah takut untuk melakukan perubahan sebab itulah negara kita semakin mundur berbanding dengan negara luar yang sentiasa ingin melihat perubahan ke atas negara mereka. Marilah kita beri peluang kepada Anwar untuk menggalas tanggungjawab sebagai PM setelah beliau berjaya buktikan kegemilangannya sewaktu beliau menjadi TPM dan Menteri Kewangan dahulu. Sehingga kini, tiada satu rekod atau kes pun yang berjaya membuktikan Anwar dahulu seorang perasuah atau memiliki kekayaan yang hebat./wfauzdin.blogspot.com | ||
Ulama Tidak Perangi Rasuah Dikritik Posted: 30 Aug 2012 03:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Ulama Islam dikritik atas sikap berdiam diri daripada usaha memerangi rasuah dan sistem urus tadbir yang buruk di negara ini, kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mazslee Malik. Tokoh akademik itu berkata, ulama di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih efektif dan tidak menumpukan kepada isu yang lebih penting. "Ulama tidak boleh memisahkan politik dan prinsip Islam kerana ia saling berkaitan. "Fenomena ini bertentangan dengan tradisi Islam di zaman Rasulullah SAWyang bukan sahaja menjadi pemimpin malah terlibat dalam usaha menentang rasuah dan pemimpin yang tidak melaksanakan prinsip urus tadbir yang baik," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional atau National Oversight and Whistleblowers (NOW) di pejabat pusat itu pada Khamis. | ||
KPT Ambil Alih Pengurusan Unisel Bukan Penyelesaian Masalah – Khaled Nordin Posted: 30 Aug 2012 03:55 AM PDT MSTAR ONLINE PETALING JAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpendapat bahawa cadangan supaya kementerian mengambil alih pengurusan Universiti Selangor (Unisel) bukan penyelesaian masalah yang melanda universiti itu. Khaled yang dipetik dalam satu temu bual yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada Khamis sebagai berkata, institut pengajian tinggi swasta (IPTS) diwujudkan berasaskan kepada kemampuan dan keupayaan pihak yang mewujudkannya dan ia diwujudkan oleh kerajaan negeri. "Saya tidak melihat penyelesaian kepada semua itu adalah Kerajaan Pusat ambil alih. Jika begitu kita membangunkan kesungguhan dan keupayaan mencari penyelesaian masalah dan cabaran akhirnya longgok kepada Kerajaan Pusat. "Kerajaan Selangor perlu ada komitmen untuk menentukan Unisel berdaya tahan dan berdaya saing agar terus kekal maju sebagai penyumbang kepada sektor pengajian tinggi negara," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung isu Unisel apabila terdapat sesetengah pihak berpendapat agar Kementerian Pengajian Tinggi dapat mengambil alih pengurusan supaya masalah dapat diselesaikan. Media sebelum ini melaporkan kira-kira 1,600 pelajar Unisel gagal mendapatkan tempat tinggal di kampus induk universiti di Bestari Jaya, Kuala Selangor bagi sesi pengajian yang bermula 7 ogos lalu berikutan penutupan pejabat operasi Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut. Dalam temu bual itu, Khaled berkata, kerajaan setakat ini akan membuat keputusan memindahkan pelajar ke IPTS lain jika keadaan memerlukan supaya mereka tidak teraniaya. Bagaimanapun katanya, Kerajaan Pusat tidak akan mengambil alih sebab sudah cukup dengan 20 institut pengajian tinggi awam (IPTA). "Sepatutnya isu ini tidak timbul, apatah lagi ia dimiliki oleh kerajaan negeri dan sudah tentu dapat menyediakan kemudahan lebih baik. "Saya percaya pelajar membuat bayaran mencukupi, jadi saya tidak nampak perkara ini tidak diurus dengan baik oleh kerajaan negeri," kata Khaled. Unisel didakwa berhutang hampir RM15 juta dengan JNSB yang melibatkan kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama universiti sehingga menyebabkan kegagalan pelajar mendapat tempat tinggal. Isu masalah penempatan asrama Unisel akhirnya selesai selepas syarikat JNSB bersetuju membuka semula dan melaksanakan operasi pejabat Residen Komuniti Siswa JNSB bermula 23 Ogos. Bagaimanapun, penyelesaian itu hanya membabitkan isu penempatan pelajar dan bukannya pertikaian dakwaan hutang yang wujud antara JNSB dan universiti milik kerajaan negeri Selangor itu. Dalam pada itu, Ketua Residen Komuniti Siswa JNSB, Norashikeen Mohd. Stap pada Isnin lalu berkata, kira-kira 1,350 pelajar Unisel di Bestari Jaya, Kuala Selangor masih belum mendaftar masuk ke asrama yang diuruskan oleh JNSB. "Bagi sesi pendaftaran hari ini (Isnin), hanya 350 pelajar yang hadir membuat pendaftaran dan mengambil kunci bilik masing-masing," katanya. | ||
Kerajaan Masih Tunggu Keputusan Jumlah Kuota Jemaah Haji - Jamil Khir Posted: 30 Aug 2012 03:53 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Kerajaan sehingga Khamis masih menunggu jumlah kuota jemaah Malaysia yang dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata, kuota jemaah haji sepatutnya diketahui pada bulan Ramadan(sama seperti tahun-tahun sebelumnya), namun pada tahun ini ia mengalami kelewatan. "Sehingga sekarang kita masih lagi menunggu (jumlah kuota jemaah)...disebabkan itu saya nak mengingatkan agar kita sentiasa perlu menjaga hubungan diplomatik dan hubungan antarabangsa terutamanya dengan kerajaan Arab Saudi. "Sepatutnya pada bulan Ramadan yang lepas kita dah dapat...bahkan semasa saya bersama rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah baru-baru ini kita masih menyampaikan hasrat tentang kuota tersebut sebab kita nak bersedia bagi penerbangan pertama ke Mekah yang dijadual pada 17 September nanti," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen kesembilan Institut Profesional Baitulmal (IPB) di Dewan Perdana Felda, di sini, Khamis. Lebih 300 orang penuntut IPB menerima diploma dalam bidang pengajian masing-masing. Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas mengenai faktor kelewatan tersebut yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas. Katanya, perkara itu sukar dipastikan dan bagi menyelesaikan masalah tersebut Tabung Haji telah menggerakkan jenteranya secara intensif bagi mendapatkan maklumat mengenai kuota jemaah dengan kadar segera bagi memudahkan jemaah membuat persediaan. Mengulas mengenai isu teks khutbah Aidilfitri di masjid dan surau di negeriKelantan yang berunsur hasutan dan boleh memecah belah perpaduan rakyat, Jamil Khir yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata, kerajaan negeri Kelantan seharusnya bertanggungjawab dan mengambil tindakanberhubung isu tersebut. "Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ada menerima aduan mengenai perkara tersebut... kita sentiasa mengingatkan bahawa khutbah, masjid, mimbar dan imammerupakan elemen teras penyatuan tapi sekiranya unsur-unsur khutbah itu membawakepada perpecahan ia tidak akan menguntungkan masjid, jemaah serta kariah. "Sebab itu peranan khutbah biarlah ia memberi keharmonian dalam pembinaanmasyarakat dan dalam pembinaan ilmu, satu daripada ruang dan medannya ialah melalui khutbah..khutbah mampu membangunkan modal insan, namun sekiranya ia disertai dengan rasa marah dan tidak puas hati, tentunya tidak mendatangkan keuntungan dan memberi kesan kepada masyarakat," katanya. Mengenai peranan IPB yang ditubuhkan pada 23 April 1992 oleh MAIWP dalam melahirkan modal insan, Jamil Khir berkata, ia bertujuan membantu anak-anak kepada asnaf meneruskan pengajian mereka, mampu bergelar graduan serta mempunyai kerjaya yang cemerlang bagi masa depan mereka. Selain itu, ia IPB diwujudkan bagi melahirkan profesional muslim yang dinamik, serba boleh, mampu menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga, bangsa dan negara serta dapat meningkatkan taraf sosioekonomi umat Islam. Katanya, MAIWP turut menyasarkan untuk menyatukan IPB dengan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) dan 'Pusrawi International College of Medical Science' (PICOM) di bawah satu bumbung dan mencapai taraf universiti sekurang-kurangnya dalam tempoh dua atau tiga tahun dari sekarang. Sehingga hari ini seramai 1,900 orang penuntut yang menuntut di IPB dan inisekali gus membuktikan kesungguhan dan pendekatan MAIWP dalam membantu golongantersebut mendapat pendidikan terbaik. - BERNAMA | ||
Najib: P'raya ke-13 tentukan survival Umno Posted: 30 Aug 2012 03:49 AM PDT MALAYSIA KINI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengulangi peringatannya bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang adalah penentu survival Umno dan BN. Beliau turut mengingatkan anggota parti supaya belajar daripada pengalaman pilihan raya umum 2008 agar tidak melakukan perbuatan yang menyebabkan BN tewas di beberapa negeri. "Saya tidak mahu lagi politik adu domba sesama kita, tidak mahu lagi politik puak sesama puak...tidak mahu lagi dalam kempen orang merajuk dan mengkhianati. "Jika semua ahli sokong calon yang dipilih, mustahil kita boleh kalah pilihan raya," katanya berucap merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling di Baling, hari ini. Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir, ketua Umno bahagian Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Perdana Menteri berkata sebagai anggota sebuah parti yang cukup matang dan dewasa, segala masalah yang melanda seharusnya diselesaikan. "Dah empat tahun. Jangan lagi ada masalah. Jangan tunjuk jari... sudah sudahlah. Rapatkan barisan. "Jika sayang parti, kita hendaklah reda. Dipilih Alhamdulillah, tak dipilih pun kita ucap Alhamdulillah. Jika itulah sikap kita bermakna kita telah dewasa dan matang," kata Najib yang juga presiden Umno. Najib berkata apabila beliau menyatakan parti hendakkan 'winnable candidate' (calon boleh menang) semua akan kata mereka adalah 'winnable candidate' tetapi sebenarnya separuh sahaja yang boleh menang. Walaupun dalam politik ada pasang-surut, Umno masih lagi parti yang relevan dan akan hidup untuk satu jangka masa panjang. "Belajarlah daripada kejayaan tapi guru paling berkesan adalah kegagalan. Kita pula mudah berjanji sebaliknya sukar melaksanakannya. Kita patut sayang parti tanpa meletak syarat. "Saya dah lama....bila salam dah boleh baca. Bila genggam lagi boleh baca. Semua calon PRU kita kena lulus ujian," katanya sambil memberitahu bahawa banyak petunjuk yang menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN telah kembali. Beliau berkata pelbagai program dan dasar kerajaan untuk membantu rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dihargai rakyat. "Kami sedar tuntutan rakyat, tidak seperti pembangkang yang menimbulkan isu hukum hudud menjelang pilihan raya. Kami bina ribuan masjid. PAS pula bina dua masjid sahaja selama 22 tahun perintah Kelantan. "Umno akan terus perjuangkan Islam dan peradabannya dipertingkat. Insya-Allah kami letakkan orang yang betul, layak dan amanah. Ulama dan umarak tidak disisih supaya kemajuan Islam terus berkembang," katanya. Mengenai Kedah, Najib berkata selatan Kedah adalah teras bagi BN memenangi semula negeri ini. Pada akhir ucapannya, perdana menteri secara berseloroh berkata: "Semangat nak bubar Parlimen...tengoklah dulu". Perdana menteri dan isteri turut menghadiri jamuan Hari Raya bersama penduduk Baling sebelum berlepas ke Alor Setar untuk majlis Hari Raya bersama perdana menteri di perkarangan Stadium Darul Aman.- Bernama | ||
Puisi Pak Samad seru raikan 'Janji Demokrasi' Posted: 30 Aug 2012 03:41 AM PDT MALAYSIA KINI Sasterawan negara Datuk A Samad Said hari ini menyiarkan satu puisi khas sempena perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka malam ini.Puisi berkenaan, yang dimuatkan di laman Facebook, antara lainnya menggesa supaya orang ramai memakai pakaian berwarna kuning sebagai simbolik tuntutan dalam perhimpunan itu. A Samad yang popular dengan gelaran Pak Samad juga menyeru pembacanya supaya meraikan sambutan berkenaan walau "dihindar untuk mengalir ke Dataran". Tulisan berkenaan dipercayai merujuk kepada tekanan oleh pihak berkuasa kepada rancangan 47 NGO yang dipimpinnya untuk berhimpun pada malam ini. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim semalam dilaporkan mengalu-alukan rancangan NGO tersebut untuk memenuhi Dataran malam ini dengan berbaju kuning. Bagaimanapun, polis hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut bertentangan dengan undang-undang negara. Berikut adalah petikan penuh puisi A Samad berjudul "Janji Demokrasi": Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera, kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara. Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah. Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita! Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang; dan seragam gelombang kuning – diri kita yang sejati – menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti, menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi! Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran; di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan. Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi. Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!" sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri! | ||
Polis: Janji Demokrasi menyalahi undang-undang Posted: 30 Aug 2012 03:40 AM PDT MALAYSIA KINI Polis menetapkan perhimpunan "Janji Demokrasi" di Dataran Merdeka malam ini bertentangan dengan undang-undang negara.Anggota jawantankuasa penganjur Maria Chin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya. Alasan yang diberikan kepada penganjur: (1) Gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada ketua polis daerah Dang Wangi. (2) Gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012. (3) Akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos. Sementara itu, polis Bukit Aman turut memuatkan pesan di Facebook supaya orang ramai yang berkumpul di Dataran untuk meraikan ambang merdeka mematuhi undang-undang dan menjaga tingkah laku. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan