DIALOG RAKYAT |
- Lagi cubaan pecah mesin ATM di Melaka
- Guru dan anak cedera diserang samseng
- Putrajaya bukannya hak milik kekal, ia TOL sahaja
- Tak setuju tak apa tapi jangan hina hukum hudud
- PTPTN: Bayar balik pinjaman walau RM50 sebulan
- Hadi dakwa kerjasama dalam BN tidak fokus Islam
- Pemuda Umno tidak utamakan jumlah calon
- Kenyataan Akhbar AMK Selangor- Isu Umno - DAP - MCA
- PATI masih menjadi masalah utama di Sabah
- 6 kebaikan turun harga kereta, BN cuma bermuka-muka
- Sarawak Pula Bakal Terbelah?
- Politik Sabah: BN Bakal Tumbang Di semua Kerusi Majoriti KDM & Cina
- Facebook ‘Pemuda Umno’ disiasat polis
- Awang Hitam baling 'bom'
- Walaupun berlaku pembelotan dari BN, pembangkang Sabah masih belum bersatu
- Proham gesa k'jaan siasat Puncak Niaga
- Orang Asli dahagakan bimbingan Islam
- MP: 4 bulan berlalu tanpa reformasi sistem p'raya
- Hudud: MCA Kedah mahu akhbar mohon maaf
- Pakatan terus mengasak ketika Umno 'cuti raya'
- MCA Selangor, Johor tolak hudud
- Majlis Daerah Raub tolak permohonan Himpunan Hijau
- Khairy: Saya sedia didakwa di bawah 114A
- Antara MCA dan Sinar Harian, sapa yang hangpa lebih percaya?
- Awas, mi segera ada lilin...
Lagi cubaan pecah mesin ATM di Melaka Posted: 22 Aug 2012 04:08 PM PDT SINAR HARIAN MELAKA - Sekumpulan penjenayah berputih mata apabila gagal memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di sini, dalam satu cubaan melarikan wang dari mesin ATM awal hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Muhammad Koey Abdullah berkata kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di tingkat dua premis yang menempatkan tiga mesin ATM terbabit pada pukul 8 pagi. Ketika dihubungi Bernama di sini, Muhammad berkata dalam kejadian yang dianggar dari tengah malam hingga awal pagi itu, suspek hanya berjaya memecah pintu luar peti simpanan wang mesin ATM terbabit. "Mereka gagal memotong pintu peti kebal setebal empat inci. Kita percaya cubaan jenayah ini dilakukan kumpulan tidak profesional kerana hanya berjaya mematikan sistem penggera yang terdapat pada mesin ATM tersebut," katanya. Beliau berkata polis juga percaya suspek bersembunyi di dalam pasar raya berkenaan sementara menunggu operasi perniagaan tamat pada pukul 11 malam. Polis juga katanya sukar untuk melakukan siasatan kerana kamera litar tertutup premis tidak berfungsi. -Bernama | ||
Guru dan anak cedera diserang samseng Posted: 22 Aug 2012 04:06 PM PDT SINAR HARIAN Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, guru yang berusia 46 tahun tersebut bersama isteri dan tiga anak mereka dalam perjalanan dari Chendering ke Kuala Terengganu. Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Batu Buruk, kereta yang dinaiki keluarga guru itu dihimpit sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki lima lelaki, dengan seorang daripada mereka menunjukkan isyarat lucah. "Guru berkenaan tidak mengendahkan kelima-lima lelaki tersebut dan meneruskan perjalanan. Namun ketika sampai di hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) Jalan Sultan Mahmud, kenderaannya dihalang sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara yang dinaiki tiga lelaki, memaksanya berhenti," katanya pada sidang media, di sini hari ini. Manoharan berkata Perodua Myvi itu yang mengekori turut berhenti di sisi kereta guru berkenaan sebelum suspek bertindak membuka pintu kereta dan menarik anak lelaki guru tersebut yang berusia 20 tahun. Kumpulan lapan lelaki itu kemudian memukul dan menendang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam tersebut menyebabkan si ayah cuba membantu namun turut dibelasah kumpulan lelaki berkenaan. Isteri mangsa juga turut ditolak kumpulan lelaki tersebut, katanya. "Mangsa tidak tahu punca sebenar dia dan anaknya dipukul sedemikian rupa dan polis masih menyiasat motif serangan sama ada perselisihan faham atau sebaliknya. "Kita telah mengenal pasti pemilik kereta Perodua Myvi dan gerakan memburu suspek bersama rakan-rakannya yang berumur lingkungan 28 tahun ke atas itu sedang giat dijalankan," katanya. Beliau juga meminta suspek yang terlibat dalam insiden pergaduhan itu agar tampil menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bagi membantu siasatan. Bernama | ||
Putrajaya bukannya hak milik kekal, ia TOL sahaja Posted: 22 Aug 2012 04:00 PM PDT
Sudah empat hari Ramadhan berlalu dan semua umat Islam merayakan kejayaan sebulan berpuasa dengan sambutan hari raya. Semua pemimpin dan rakyat yang bercakap melalui corong-corong radio dan TV serta media cetak memperkatakan kejayaan melawan nafsu dan belajar dengan sungguhnya untuk tidak mengikuti kehendak nafsu kita. Setiap tahun menjelangnya Syawal semua bercakap perkara yang sama dan sesungguhnya itu semuanya adalah seruan yang benar. Saya jarang-jarang bercakap tentang kejayaan melawan nafsu dan membuat seruan kepada ramai supaya kita tidak melakukan apa-apa nafsu dan kehendak amarah serta mulhimah itu, kerana saya adalah orang yang lemah dan saya rasa tidak layak untuk membuat seruan itu. Bagi saya usaha memperbaiki diri saya di sisi Tuhan itu adalah untuk diri saya sendiri dan tidak payah berkempen untuk mengerjakan perkara baik seperti yang diserukan di bulan Ramadhan dan ibadah-ibadah dan amalan kita yang lain. Saya adalah insan yang lemah dan tidak sunyi daripada melakukan kesilapan dan saya tidak layak untuk membuat seruan kerana saya mesti membuat seruan itu kepada diri saya sendiri. Persoalannya apakah kerja-kerja yang wajar kita tinggalkan di dalam bulan Ramadhan dan seterusnya kepada bulan-bulan dan tahun yang seterusnya itu? Ramadhan mensyaratkan kita untuk melakukan ibadah yang telah disyariatkan agama, Tuhan dan Rasul kita. Ia merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima itu. Rukun itu merupakan pra syarat untuk kita menjadi seorang Muslim. Ini semua kita tahu. Tetapi yang tidak terlerai sehingga hari ini ialah sama ada apa yang diserukan oleh pemimpin-pemimpin terutamanya benar-benar dilakukan dan dilaksanakan dengan sesungguhnya? Saya bertanya kerana saya dan semua orang mendengar seruan yang sama oleh pimpinan yang sama sejak puluhan tahun yang lalu tetapi pimpinan yang sama juga yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan seruan mereka sendiri. Walaupun berulang-ulang kali perutusan hari raya disiarkan oleh saluran TV setiap siang dan malam sejak lima hari yang lepas, tidak ada sekali pun saya mengikutinya sampai habis kerana saya dan ramai lagi yang berpendapat itu hanya merupakan seruan retorik yang hanya dilakukan kerana semata-mata untuk melakukannya. Seruan itu tidak serius. Mungkin lebih dari itu ialah hanyalah sebagai usaha memancing sokongan politik rakyat semata-mata. Nasib baiklah kita mempunyai saluran TV yang banyak. Apabila perutusan itu disiarkan saya menukar kepada saluran yang lain yang belum menyiarkan perutusan itu. Saya tidak tahan dengan hipokrasi yang terpancar di depan saya itu. Saya tahu rasuah yang merupakan tindakan nafsu tamak haloba yang ditegah agama itu tetap juga akan berlaku selepas Ramadhan itu. Seruan PM kita untuk berbelanja secara wasatiyah itu tidak akan beliau lakukan. Pemborosan tetap berlaku dan kita boleh melihat bagaimana wang kita semua dibelanjakan di depan mata kita tanpa had untuk berbelanja hari raya. Seruan untuk menyeru rakyat berbilang kaum untuk bersatu kerana itu adalah tuntutan agama kita juga tidak terlaksana kerana di belakang dada media kita melihat dan mendengar bagaimana UMNO memainkan isu perkauman dan agama dilakukan oleh penyokong-penyokong UMNO dan BN di mana-mana. Orang-orang UMNO di bawah-bawah memainkan isu Cina…cina…dan cina, tetapi di corong radio dan saluran TV seruan bersatu berkumandang yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpi rasis ini. Perpecahan terus-terusan dicipta dan dilakukan dengan tahap 'gila-gila' dan kita pun berfikir sampai bilakah kita hendak dipecahkan belahkan oleh isu rasis mainan Melayu UMNO yang amat merbahaya ini? Kalau benarlah kerajaan inginkan perpaduan nasional seperti yang diretorikkan, kenapa masih ada isu-isu rasis yang diperbesarkan oleh penyokong-penyokong kerajaan sekarang ini. Kenapa begitu tamak seolah-olah Putrajaya itu hanya untuk BN dan UMNO sahaja untuk mendudukinya? Kita mesti ingat mereka yang menduduki Putrajaya itu bukannya duduk di atas tanak hak milik kekal. Mereka semuanya itu ibarat duduk di tanah TOL (temporary occupancy license) sahaja. Jika mereka yang mendiami tanah TOL di Putrajaya itu melanggar syarat dan moral yang telah ditetapkan, rakyat wajar menghalau mereka dari tanah TOL itu. Mereka (BN) tidak ada hak untuk menentukan siapa yang rakyat hendak pilih untuk mendudukinya. Putrajaya itu rakyat yang punya. Najib dan semua pemimpin UMNO dan BN mesti memasukkan hakikat sebenarnya ini ke dalam kepala dan pemikiran masing-masing. Lagi sekali kita ingatkan, pejabat-pejabat di Putrajaya itu hanyalah premis yang bertaraf TOL (temperory occupancy license) sahaja dan ia bukannya hak milik kekal. - http://aspanaliasnet.blogspot.com | ||
Tak setuju tak apa tapi jangan hina hukum hudud Posted: 22 Aug 2012 03:57 PM PDT
TEMERLOH: PAS mengingatkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan hukum hudud agar jangan sesekali mengeluarkan kenyataan menghina hukum yang termaktub di dalam al-Quran itu kerana ia bakal mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik. "Hudud bukanlah undang-undang baru. Ia telah dilaksanakan ribuan tahun dan pernah menjadi sistem ratusan negara di dunia Islam dan ia telah terbukti berjaya mencegah peningkatan kadar jenayah di zamannya, sebelum perundangan barat mengambilalih di negara yang dijajah mereka," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi Harakahdaily. Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa penghinaan kepada asas pegangan suatu agama akan mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik. Beliau berkata pihak yang tidak bersetuju dengan hudud tidak perlulah mengeluarkan kenyataan menghina hukum itu seperti keberkesanannya dalam menangani jenayah dan sebagainya. Kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah. Dalam mempertahankan pendirian DAP dalam menolak hukum hudud, Presiden DAP Kebangsaan Karpal Singh baru-baru ini terlajak sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah. Sebelum ini, Karpal hanya menolak hukum hudud dari sudut perundangan dan perlembagaan negara. Tapi kali ini, Karpal dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah. Karpal juga memberikan contoh dalam kes rogol, adalah mustahil untuk mendapatkan 4 orang saksi dan kesannya, tidak ada suspek yang akan didapati bersalah. "Ini masalah Karpal. Dia tak faham bahawa dalam Islam, selain hudud dan qisas ada hukuman takzir iaitu kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis. "Tapi beliau tidak beriman pada Allah, jadi tak pelik beliau menolak. Tapi lebih elok senyap daripada mempertikai apa yang beliau tidak arif kerana ia mengundang kemarahan apabila pertikaian itu bersifat menghina," kata Tuan Ibrahim. Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi pula memberikan amaran bahawa kenyataan Karpal bakal mengundang kemarahan umat Islam. "Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi. Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap MCA yang juga mempertikai hukum hudud. "Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Untuk semua: Tolong jangan pertikai hukum Allah," katanya lagi. Untuk kenyataan Karpal, Tuan Ibrahim berkata PAS berharap DAP memahami kesan pada usahanya untuk keluar daripada parti yang dianggap parti Cina dan menyerahkan urusan dalaman ahli DAP kepada kebijaksanaan parti tersebut untuk mengambil tindakan. "Kita sudah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu hudud, dan isunya selesai di situ. Tidak perlu mempertikaikan perjuangan PAS yang inginkan hukum hudud. PAS sedar banyak halangan dan banyak tentangan – tapi ini tidak bermakna PAS akan henti berusaha untuk mencapai cita-citanya," tegas Tuan Ibrahim. "Penghalang utama PAS melaksanakan hudud selama ini ialah Umno-BN di Kelantan dan Terengganu, ketika itu DAP tidak berkawan dengan PAS dan DAP tidak mempunyai kuasa menghalang sedemikian, walaupun pendirian mereka menentang," tambah beliau. Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berpendapat isu agama tidak perlu dicampuri oleh kaum lain yang tidak mengena dengan agama tersebut. "Kita tak perlu nak masuk campur dalam isu agama lain yang akan beri kesan… sensitiviti pada kaum itu. Saya sendiri tak mahu sentuh isu seperti hudud kerana saya tahu itu akan menimbulkan rasa tidak senang kepada kaum lain," kata beliau yang dipetik Sinar Harian Online. Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata segala kritikan pada Karpal, juga turut sama terpalit pada Tun Dr Mahathir dan Umno. "Jika Karpal terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno? Bahkan lagi, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup oleh Umno," tulisnya di blog sambil menambah penyebab utama lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno. | ||
PTPTN: Bayar balik pinjaman walau RM50 sebulan Posted: 22 Aug 2012 03:52 PM PDT SINAR HARIAN Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata PTPTN juga amat bertolak ansur dengan peminjam kerana agensi itu bersedia berunding menjadualkan semula pembayaran balik. "Bukan matlamat PTPTN untuk mengambil tindakan tegas kepada pelajar, tetapi bagi memberikan peringatan supaya pelajar yang berhutang dengan PTPTN dapat berhubung dan berurusan dengan kita dan tidak mendiamkan diri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Katanya PTPTN kesal kerana ada peminjam yang sudah mendapat pekerjaan namun bukan sahaja tidak membayar balik pinjaman, tetapi juga tidak mengendahkan notis peringatan. Sehingga Februari lalu, PTPTN memberi pinjaman kepada 1.95 juta pelajar membabitkan peruntukan RM43.6 bilion. Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau, berkata sehingga Februari lalu juga seramai 1,201,726 pelajar telah membuka akaun di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) membabitkan simpanan sebanyak RM598.22 juta. -Bernama | ||
Hadi dakwa kerjasama dalam BN tidak fokus Islam Posted: 22 Aug 2012 03:51 PM PDT KUALA TERENGGANU – Pas mendakwa kerjasama dijalinkan parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) tidak fokus terhadap dasar dan konsep Islam, berbeza dengan apa dilakukan komponen Pakatan Rakyat (PR). Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, percampuran politik yang terjalin antara Umno, MCA dan MIC tiada kaitan dengan agama Islam dan tidak menekankan perkara itu sebagai asas utama dalam menjalinkan kerjasama. "Kerjasama Pas dan DAP adalah kerjasama berasaskan agama Islam yang dinyatakan Rasulullah SAW, iaitu Islam wajib melaksanakan syarat-syarat dimeterai, kecuali syarat menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. "Walaupun fahaman berbeza, tidak sama, tetapi ada persamaan berasaskan kemanusiaan. Disebabkan dasar kemanusiaan inilah, Islam benarkan kita bekerjasama dengan pihak lain," katanya. Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai sikap terlalu tolak ansur orang Melayu sehingga ada pihak lain ambil kesempatan dan status hubungan Pas serta DAP pada sesi dialog dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Perantau anjuran Badan Perhubungan Pas Terengganu, semalam. Menjawab pertanyaan berhubung dakwaan sebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang melakukan diskriminasi dengan membuang pekerja Melayu, Abdul Hadi mendakwa, ia berlaku kesan pemerintahan BN di negeri itu sebelum ini. "Lebih 90 peratus pegawai dilantik ketika mereka memerintah lebih mementingkan politik daripada tanggungjawab pentadbiran. Sebab itu tidak mustahil DAP di Pulau Pinang juga menghadapi perbuatan tidak dipilih oleh BN semasa pemerintahan mereka," katanya. Beliau berkata, tidak mudah untuk DAP memerintah sekiranya saki baki parasit politik masih wujud. Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali berkata, beliau masih belum menerima maklumat mengenai kes itu dan akan melakukan siasatan bagi memastikan sama ada ia benar-benar berlaku. | ||
Pemuda Umno tidak utamakan jumlah calon Posted: 22 Aug 2012 03:43 PM PDT SINAR HARIAN MUAR- Pemuda Umno tidak mementingkan bilangan anggotanya yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, sebaliknya menumpukan kepada calon boleh menang. Naib Ketua pergerakan Datuk Razali Ibrahim berkata tidak ada gunanya jika mempunyai calon yang ramai namun gagal memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN). "Apa yang lebih penting, calon daripada Pemuda harus mempunyai harapan untuk menang dalam pilihan raya itu," katanya ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka sempena Aidilfitri di kediamannya di Kampung Sri Menanti, di sini hari ini. Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata beliau juga akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan jika dirasakan beliau tidak mampu mempertahankan kerusi Parlimen Muar. Saya akan berusaha untuk memastikan calon BN yang terpilih bertanding di kerusi itu menang, katanya menambah senarai calon Pemuda sudah diserah oleh Ketua sayap Khairy Jamaludin kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak. "Tidak ada maknanya saya bertanding mewakili BN kalau tidak boleh menang," katanya sambil menambah, peratus kemenangan calon Pemuda pada pilihan raya umum 2008 adalah memuaskan. Beliau berkata kepentingan parti harus melebihi kepentingan diri setiap anggota dan mereka yang tidak dicalonkan harus berusaha membantu BN dan bukan menjatuhkannya. -Bernama | ||
Kenyataan Akhbar AMK Selangor- Isu Umno - DAP - MCA Posted: 22 Aug 2012 02:08 AM PDT http://tukanglawan.blogspot.com/ Angkatan Muda Keadilan (AMK Selangor) hari ini mengambil pendirian tegas untuk menyelar dan mempertikaikan kenyataan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai yang secara biadap berjanji untuk menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu Konvensyen MCA Negeri Selangor. AMK Selangor begitu kesal kerana Datuk Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya bertindak lebih waras dan tidak biadap dengan memainkan sentimen agama yang sempit semata-mata terdesak untuk merebut kembali Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat ketika ini. Saya berpendapat rakyat Selangor memilih untuk mengubah kerajaan pada tahun 2008 dengan berpaksikan kematangan dan melangkaui sentimen politik melampau dengan memilih gabungan parti politik yang jauh lebih baik dan terbukti berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan lebih sistematik dan telus. Justeru kenyataan Datuk Donald Lim dilihat lebih kepada kenyataan seorang pemimpin parti yang ketinggalan zaman dan terdesak , serta tidak berdaya lagi untuk bersaing secara lebih kompetitif dalam melaksanakan demokrasi dengan lebih adil. Tindakan menghina Islam secara terang-terangan ini mencerminkan kebodohan diri sendiri yang akhirnya akan merugikan MCA sendiri. DESAK UMNO NYATAKAN PENDIRIAN, SINGKIR MCA DARI BARISAN NASIONAL Maka sudah tiba waktu Umno menyatakan pendirian mereka pada isu yang kritikal ini demi menjaga kemuliaan agama Islam yang telah berkali-kali diperlekehkan oleh parti komponen MCA. Umno sebagai tunjang komponen Barisan Nasional juga sudah sepatutnya mengkaji kedudukan MCA bersama mereka. AMK Selangor menyelar sikap dwi standard Umno yang bersikap flip flop dalam isu menjaga kedaulatan agama Islam ini apabila dengan lantang menyerang DAP tetapi takut kepada MCA, hingga mencetuskan tanda tanya siapa sebenarnya ' abang besar' dalam Barisan Nasional. Oleh yang demikian usahlah Umno bermimpi untuk merampas kembali Selangor kalau sikap mereka begitu mengelirukan dalam isu ini. Kebaculan Umno begitu terserlah dan layaklah mereka dipinggirkan dari terus mentadbir negeri Selangor ini. Umno langsung tidak menghormati Sultan Selangor sebagai Ketua Rasmi Agama Islam di negeri ini. Justeru apa lagi yang dapat rakyat terutamanya orang Islam dapat berharap kepada parti lemah ini. Umum telah tahu bahawa Umno memang tidak pernah berhasrat memartabatkan Islam sebagai salah satu rujukan pentadbiran namun sikap membisu apabila agama Islam dan semangatnya diinjak adalah sesuatu yang amat mengecewakan. AMK Selangor juga memberi amaran keras kepada MCA terutama pemimpinnya supaya tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai satu modal politik murahan mereka dan mula menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif unggul untuk menggantikan peranan mereka dalam masyarakat. AMK Selangor menolak politik sentimen dan kebencian dan yakin bahawa rakyat kini adalah mereka yang matang serta memiliki pengetahuan di hujung jari. Maklumat adalah satu privileges bagi rakyat, dan mereka akan pantas mengetahui politik mainan MCA BN ini adalah politik murahan yang dimainkan oleh mereka yang mempunyai pemikiran kurang bijak. AZMIZAM ZAMAN HURI Ketua AMK Selangor Naib Ketua AMK Malaysia | ||
PATI masih menjadi masalah utama di Sabah Posted: 22 Aug 2012 02:02 AM PDT Roketkini.com RANAU : Peningkatan membimbangkan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah yang dianggarkan sekitar 1.5 hingga 2 juta sehingga hari ini telah menyumbang kepada kenaikan gejala rasuah dan jenayah selain mengganggu sosio-ekonomi masyarakat negeri ini. Memberi penekanan dalam setiap ucapannya kepada penduduk Kg Masangkong, Kg Matunggung dan Kg Kiaburi, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata bahawa gejala rasuah, jenayah dan PATI merupakan punca utama kepada hampir kesemua masalah di Sabah. "Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kemasukan pendatang tanpa izin yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidak akan kemana kerana kerajaan BN tidak berminat untuk menyelesaikan isu tersebut." Dalam laporan Roketkini sebelum ini, Ahli Parlimen Ipoh Timor itu pernah menyatakan bahawa pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Najib Razak mengeni terma rujukan RCI tidak menyatakan dengan jelas apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh suruhanjaya tersebut. "Terlalu banyak keraguan tentang pengumuman terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah. Terma rujukannya sudah terlalu lewat dan mempunyai kuasa yang amat terhad untuk mengatasi masalah." Ujar beliau. Berucap kepada hadirin dalam lawatannya ke Sabah baru-baru ini, Kit Siang menegaskan bahawa hanya kerajaan persekutuan yang diterajui PR sahaja akan mampu menyelesaikan masalah ini dengan baik dan menyeluruh. Dalam majlis yang sama, Kit Siang turut membangitkan mengenai masalah infrastruktur yang ketara walaupun selepas 49 tahun Sabah bersama semenanjung membentuk Malaysia. "Rakyat di Sabah terus berhadapan dengan masalah jalan raya, masalah air dan ada yang langsung tidak mempunyai kemudahan bekalan air serta bekalan elektrik yang tidak menentu." "Sekiranya UMNO-BN merupkan kerajaan yang prihatin, masalah ini tidak akan dihadapi oleh rakyat. Tetapi mengapa ia masih berterusan?" soalnya. Beliau mengingatkan hadirin untuk melakukan perubahan kepada kerajaan yang prihatin dan yang lebih baik dalam Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan datang. "Hanya pertukaran kerajaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat sahaja yang akan memberi harapan masa depan kepada seluruh rakyat Malaysia." ujarnya.-Roketkini.com | ||
6 kebaikan turun harga kereta, BN cuma bermuka-muka Posted: 22 Aug 2012 01:59 AM PDT KEADILAN DAILYSaya merujuk kepada laporan The Star bertarikh 21 Ogos 2012 bertajuk "Car Prices In Malaysia To Drop Gradually?".Laporan itu memetik sumber dalaman yang rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta. Saya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia jelas mengesahkan pendirian KEADILAN selama ini bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat-peringkat adalah sesuatu yang mampu dilakukan. Ia juga membuktikan bahawa kajian KEADILAN mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan. Pun begitu, ia membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno/Barisan Nasional yang secara berterusan mengkritik cadangan KEADILAN tersebut atas alasan ia akan memufliskan negara. Pemimpin seperti Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yaakob telah membuat kenyataan rasmi menolak cadangan mengurangkan harga kereta seperti yang dibawa KEADILAN. Oleh kerana adanya pertembungan maklumat yang disampaikan oleh pimpinan Umno/Barisan Nasional setakat ini, saya menyeru supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mustapha Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan Umno BN berhubung penurunan harga kereta? Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan KEADILAN untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan BN). Saya juga menyeru supaya Saudara Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan KEADILAN. Malah, saya mengalu-alukan Saudara Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakereta dengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta kempen. Saya masih yakin bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat adalah langkah pertama untuk menyelesaikan pelbagai masalah berhubung ekonomi rakyat, pengangkutan, keselamatan dan pencemaran alam sekitar. KEADILAN percaya dengan harga kereta yang murah: - Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain; - Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya; - Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta; - Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya; - Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan - Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara. Oleh kerana dasar harga kereta yang lebih rendah ini mempunyai kesan yang besar kepada negara seperti yang dijelaskan di atas, KEADILAN akan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk membawa kempen ini ke bawah tanpa mempedulikan tindakan Umno BN yang seterusnya kerana saya yakin Umno BN tidak ikhlas untuk menurunkan harga kereta. | ||
Posted: 22 Aug 2012 01:50 AM PDT MSO Keretakan BN Sabah sudah pun terserlah, ia bukan lagi retak yang menanti belah tetapi sudah terbelah. Cuma apa yang terbelah itu belum berpisah (tercabut) lagi, umpama kelapa yang dibelah dua, di antara satu sama hanya terikat dengan beberapa urat sabut sahaja. Apakah majlis atau himpunan sempena hari Malaysia pada 15 dan 16 September yang bakal diadakan di Sabah dan Sarawak kelak akan menyaksikan dua 'tempurung' itu akan berpecah dan terpisah di antara satu sama lain? Tanggal itu nanti akan ada beberapa tokoh BN di Sarawak mengistyharkan meninggalkan komponen yang mengusang itu? Kita tunggu saja perkembangan di Sabah yang begitu mencemaskan UBN dan memberi sinar dan harapan baru kepada Pakatan Rakyat kini. Anwar Ibrahim sendiri nampaknya begitu konfiden dengan apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak muasir ini. Buktinya kalau beliau tidak konfiden Sabah dan Sarawak akan mengenapkan korum untuk menguasai parlimen Malaysia, penasihat umum PKR itu tidak akan bermain dengan kata-kata atau janji lisan politik; kalau tak menang dia akan bersara. Sudah dua kali Anwar menzahirkan kononnya dia akan bersara kalau pilihan raya kali ini tetap juga tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat. Amat 'rohok' bagi seorang politik melafazkan perkataan bersara secara mudah. Perkataan bersara tidak ada dalam kamus orang politik. Betapa pun kalau sudah sampai masa bersara, di dalam persaraan itu pun mereka masih aktif dan terus memainkan peranan. Itu Mahathir Mohamad walaupun sudah pensiun tetapi ada kalanya lebih laju dan lantang dari mereka yang masih memegang kuasa. Mahathir tidak akan bersara penuh selagi Udin anak Yassin belum jadi PM dan anaknya Mukhriz menjadi timbalan Udin. Kalau pun dia ditakdirkan meninggal sebelum anaknya berjaya dalam politik mungkin keranda dan batu nisannya tetap akan berkempen untuk Mukhriz? Mahathir berbeza dengan Abdullah Badawi yang mengotakan katanya bila sudah pensiun dia terus pensiun dan menjadi negarawan dihoarmti. Apa tah lagi dengan Anwar yang gelora perjuangannya bukan berdebur dan mengamuk sejak beliau mengenali politik Umno, (1982) tetapi ia bermula di bangku sekolah lagi. Jadi saya tidak fikir Anwar semudah itu akan bersara, melainkan kata-kata yang dilafazkan itu satu ejekan atas keyakinannya selepas ini rakyat akan menukar kerajaan dan beliau bakal dinobat sebagai Perdana Menteri. Munasabah dan berasas kalau Anwar berkeyakinan begitu. Malaysia Timur nampaknya akan menjadi pemacu kepada perubahan kerajaan di Malaysia. Istidraj politik nampaknya akan berlaku di negara ini. Yang akan menjadi pemangkin membalikkan kerajaan BN bukan di Semenanjung tetapi di Sabah dan Sarawak? Tanda-tanda awal ini sudah jelas dan kini sedang menanti tanda-tanda pertengahan. Selapas Sabah terbelah, kini ia sudah memborak (merebak) ke Sarawak pula. Mungkin perpecahan di Sarawak tidak begitu ketara lagi. Justeru ada yang merasakan Sarawak masih menjadi simpanan tetap BN. Umno khasnya masih menyanyi lagu simpanan tetap 1 Malaysia. Tetapi sedarkah dengan beberapa perkembangan terbaru yang menjadi negatif kepada UBN sehari dua ini sedang berlaku di Sarawak? Adalah satu kesilapan bagi UBN dan Ha Najib Razak kalau menerima apa yang berlaku ini perkara biasa. Sikap menganggap fenomena itu perkara remeh bakal menjerat leher UBN dan Ha Najib. Perkembangan yang bakal menyebabkan Najib akan menggaru kepala separuh botak yang tidak gatal itu ialah apabila beberapa pemimpin tertinggi BN di Sarawak termasuk Taib Mahmud sudah mula membuat jentikan minda kepada Najib dan memberi mesej jelas apabila beliau mahukan kerajaan Persekutuan (Petronas) membuat semakan ke atas royalti minyak 5% untuk Sarawak? Apakah maksud Taib Mahmud ini? Ia tidak boleh dipandang mudah dan makna di sebalik mesej itu yang dibuat dalam situasi hari ini hendaklah difahami searif mungkin. Jika hubungan Taib dengan Najib lendik, tidak mungkin Taib akan membuat usikan itu. Taib tidak akan bergurau dengan Najib dalam keadaan seperti hari ini. Gurauan itu adalah gurauan biawak! Gurauan yang boleh meresahkan Najib. Atau kalau Sarawak hendakkan juga, Taib harus bersuara dalam senyap dengan membisikkan kepada Najib. Tetapi apabila dua menteri kanan Sarawak turut bersuara hal itu menunjukkan Sarawak sedang bermasalah dengan Kuala Lumpur, dan desakan itu terbuka. Dua menteri kanan yang meminta kadar royalti petroleum untuk Sarawak dikaji ialah James Masing dan Fatimah Abdullah, demikian menurut sdr Musli Oli menerusi Fbnya. Mereka ini tidak akan menyuarakan subjek yang sensitif ini kalau tanpa restu Taib. Soalnya pula kenapa Taib mengizinkannya mereka menimbulkan perkara itu? Persoalan dan keluarbiasan inilah yang perlu dimasukkan ke dalam mahkmal politik Najib untuk dianalisis. Bagi seorang pemain politik yang bijak dan licit persis Taib waktu inilah untuk dia membuat apa-apa tuntutan kepada Najib. Taib adalah pengguna wang paling handal untuk ketahanan politiknya di rantau ini. Masa ini adalah terbaik. Dalam Najib belum selesai dan gagal menyelesaikan tuntutan beberapa perkara di Sabah menyebabkan tokoh-tokoh dan kerabat BN meninggalkan parti itu, inilah masanya untuk Taib mengerudi Najib. Politik mana ada belas kesihan dan simpati dan selalunya orang politik akan menyerang musuh dan kawannya sendiri waktu mereka sakit. Opotunis dan hipokrasi adalah dua dari empat rukun politik, 4C. Apa perlu diingatkan Taib ada terasa hati dengan Najib semasa pilihan raya negeri Sarawak dulu bila mana Najib secara terbuka meminta Taib berundur demi menyelamatkan Sarawak. Gesaan itu meninggalkan kesan mendalam di hati Taib. Taib tidak akan melupai sama sekali gesaan itu yang dianggap ia adalah cabaran jiwa terbesar untuknya. Apakah dengan kesan itu tidak mustahil kalau Taib ingin mengajar Najib bagamainan untuk bermain dengan kuasa politik? Mungkin Taib sedar tuntutan atau permintaan Sarawak itu akan dilayan. Dalam keadaan Najib memerlukan Sarawak setelah Sabah terbelah kini, bagi fikiran Taib, Najib akan memenuhinya. Kerana itulah beliau mengacah beruk ke atas Najib. Waluapun sukar Najib akan cuba memenuhinya demi menyelamatkan simpanan tetap dalam banknya di Sarawak. Taib pula boleh saja untuk terus ugut Najib dengan membuat kenyataan kemungkinan PBB juga akan meninggalkan BN. Kalau inilah dibuat Taib Najib boleh jantuh pengsan terus dan Rosmah juga boleh tersalah ambil fesyen coli yang hendak dipakainya. Kerenah Taib dan beberapa orang menteri kabinet Sarawak ini merimaskan Najib dan memberi denyutan baru di kepala Najib. Ia mungkin menyebabkan Najib akan terbang malam ke Sarawak pula kali ini seperti mana pernah dilakukan ke atas Sabah baru-baru ini. Beliau akan jadi seperti kucing kejatuhan anak, ke hulur dan ke hilir menyelesaikan masalah yang makin bertimbun dan menyerabut. Dalam pada itu usikan Taib di Sarawak itu tambah menyakinkan padangan ramai bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin dilewatkan sampai ke tahun depan dan menyebabkan ramalan Sabah dan Sarawak bakal menjadi pemancu sebenar kepada perubahan kerajaan negara ini semakin nyata | ||
Politik Sabah: BN Bakal Tumbang Di semua Kerusi Majoriti KDM & Cina Posted: 22 Aug 2012 01:47 AM PDT KELAB GREENBOC Pilihanraya Umum Ke-13 Sabah kali sememangnya dijangkakan yang paling sengit selepas pilihanraya 1985. Jika pada PRU 1985 itu, satu sejarah telah tercatat apabila Kerajaan Berjaya yang gagah perkasa atas sokongan Kuala Lumpur telah ditumbangkan di bumi Sabah oleh Parti Nyamuk (PBS) pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan. Kini setelah 27 tahun berlalu, adakah sejarah berkenaan akan berulang lagi? Tidak dinafikan, angin perubahan sedang bertiup kencang dan rata-rata rakyat Sabah sedang menunggu hari mengundi sahaja kali ini. Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu; Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib. Berbalik pada PRU 13 Sabah kali ini, sememangnya kawasan KDM dan Cina yang dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke tangan pembangkang. Kesungguhan pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah. Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta 40% orang Islam sejati Sabah. Jentera Penerangan BN dan Pemimpin BN Sabah nampak tidak berdaya melawan dan menangkis senjata tajam yang telah dimainkan oleh STAR dan SAPP; dua parti yang mendakwa menjadi harapan rakyat Sabah kali ini. Rakyat Sabah yang begitu sensitif dengan isu parokial, etnocentrisme dan kenegerian begitu ketara di era 85 apabila isu sekecil penyerahan Pulau Labuan telah menjadi senjata menumbangkan Kerajaan Berjaya. Jika kita analisa, kawasan KDM hanya tinggal 18 kerusi, yang semuanya dikuasai PBS, UPKO, dan PBRS, dengan majoriti di antara 171 undi majoriti paling tipis kemenangan di N 33 Bingkor dan majoriti paling tinggi 5,455 undi di N 40 Labuk. Sementara 16 kerusi yang lain, adalah di bawah 2,900 undi. Sementara itu, kawasan Cina hanya tinggal 9 kerusi yang 95% adalah pengundi Cina dan 3 lagi iaitu N 2 Tanjung Kapor, N 14 Likas serta N 58 Merotai hanya mempunyai 55 % pengundi Cina. Jika trend angin orang Cina terhadap BN, seperti pilihanraya Sarawak yang lalu dan dengan sentimen yang sedang dimainkan oleh SAPP dan DAP, kita percaya kesemua 11 kerusi ini bakal jatuh ke tangan pembangkang Sabah. Jika di analiasa dan kita lihat peluang pembangkang Sabah kali ini, sudah separuh kaki pembangkang telah menjejaki Pejabat Jabatan Ketua Menteri di Teluk Likas. STAR dan SAPP dijangka dapat merampas kesemua kerusi KDM ini dan SAPP dan DAP pada kesemua kerusi Cina. Jika 18 kerusi dicampur 11, maka jumlahnya adalah 29. Ini bermakna pembangkang hanya perlu 3 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'simple majoriti'. Mari kita tengok pula kawasan Umno yang dirasakan ada peluang dirampas daripada BN. Kita hanya 'target' dan analisa 5 kawasan yang Umno menang hanya menang di bawah 2,500 undi dan peratus keluar mengundi di kelima-lima kawasan ini adalah bawah 66%. Kawasan tersebut ialah; N 1 Banggi undi majoriti - 2,024 N 43 Sekong undi majoriti - 2,189 N 48 Sukau undi majoriti -2,107 N 49 Tungku undi majoriti 2,389 N 52 Sulabayan undi majoriti 2,037 Kesemua lima kawasan Umno ini, peluang pembangkang boleh merampas kerusi ini menerusi PKR. Andai peratus yang keluar mengundi kali ini boleh mencapai sehingga 90 % ke atas, serta pengundi atas pagar ini menyebelahi PR Sabah dan juga yang paling mustahak, pengundi hantu tidak digunakan BN kali ini. Kita sangat pasti dengan angin perubahan dan Tsunami yang bakal melanda ini akan dapat menukar kerajaan BN-UMNO dengan kerajaan rakyat Sabah. Salam Hormat, MOHD DANIAL ABDULLAH | ||
Facebook ‘Pemuda Umno’ disiasat polis Posted: 22 Aug 2012 01:41 AM PDT KL TODAYPolis sedang menyiasat laporan mengenai kewujudan laman sosial Facebook palsu menggunakan nama 'Pemuda Umno Malaysia' yang memaparkan poster berbaur hasutan. Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, setakat ini, hanya satu laporan polis mengenai laman Facebook palsu itu diterima."Polis setakat ini masih belum memanggil mana-mana individu untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini Rabu. Ku berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Isnin lepas, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis berhubung kewujudan laman sosial Facebook itu. Poster dalam Facebook itu berbentuk tinjauan – Jika orang ramai setuju untukjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepadagabungan pembangkang, Pakatan Rakyat. | ||
Posted: 22 Aug 2012 01:08 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE | ||
Walaupun berlaku pembelotan dari BN, pembangkang Sabah masih belum bersatu Posted: 22 Aug 2012 12:04 AM PDT KUALA LUMPUR — Barisan pembangkang di Sabah bergerak ke arah perpaduan, akan tetapi gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) kelihatan masih berada di hadapan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang perlu diadakan selewat-lewatnya April depan walaupun terdapat pembelotan ahlinya menyokong Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini. Walaupun momentum dapat diperolehi dari beberapa pembelotan kebelakangan ini, pembangkang di Sabah masih perlu bekerja keras dan mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang. Terdapat pelbagai parti pembangkang di Sabah termasuk Parti Pembaharuan Negeri (STAR), Parti Progressif Sabah (SAPP), Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini menambah sekutu — Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang baru ditibuhkan. Ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin (gambar) dan ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar BN pada bulan lepas, dan masing-masing menubuhkan PPS dan APS yang mempunyai matlamat yang selari dengan PR. Minggu lalu mereka disertai oleh Senator Datuk Maijol Mahap. Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memberitahu The Malaysian Insider bahawa partinya sedang mengintai diantara 20 hingga 30 kerusi negeri dan tujuh hingga 12 kerusi parlimen. Beliau tidak menolak kemungkinan bagi parti pembangkang untuk bertembung di beberapa kerusi dengan berkata, "Kita sudah membuat perkiraan tentang pertembungan tiga penjuru — dua dari pembangkang dan satu dari BN — tidak ada masalah bagi kami." Tetapi apabila ditekan mengenai kerusi yang dijangka akan berlaku persaingan hebat, beliau berkata bahawa "kawasan-kawasan ini, kita perlu bekerja lebih keras dan juga perlu untuk mengurangkan pertindihan." Apabila ditanya mengenai Bumburing dan APS, beliau berkata "kita tidak bimbang dengan dia kerana kita telah bekerja keras di kawasan ini." Beliau yakin bahawa pembelotan baru-baru ini tidak akan "menjejaskan" penyokong STAR serta mengatakan bahawa Bumburing dan Lajim akan "membawa sokongan dari pihak BN. Pemergian mereka hanya akan menjejaskan BN." Kitingan berkata bahawa parti-parti pembangkang di Sabah "cuba untuk menjalinkan pakatan longgar" tetapi mendakwa wakil PKR tidak hadir semasa perbincangan Isnin lepas. "Jadi, kita akan melihat sama ada mereka ikhlas." Apabila ditanya siapa yang layak untuk memimpin pembangkang Sabah, beliau berkata, "United Borneo Alliance (UBA) sudah beroperasi sebagai satu kumpulan Jadi saya fikir ia adalah lebih baik ia diketuai oleh pemimpin-pemimpin tempatan dan bukannya parti dari Kuala Lumpur." Walau bagaimanapun Darell Leiking dari PKR Sabah berkata, "Matlamatnya adalah lebih penting daripada dari mana asal anda," sambil menambah bahawa menjadi pemimpin PKR tidak bermakna bahawa dia "kurang Sabah" berbanding dengan pemimpin STAR dan SAPP. Apabila ditanya sama ada parti berasaskan Sabah atau pembangkang persekutuan PR akan memimpin, ketua cabang PKR Penampang berkata bahawa pembangkang harus bergerak dari polemik itu untuk memberi tumpuan kepada isu-isu yang lebih penting. "Saya fikir idea keseluruhannya adalah untuk mempunyai pembangkang yang bersatu dengan kukuh untuk menghadapi musuh politik bersama," katanya, sambil menambah bahawa mereka akan memberi tumpuan kepada menggantikan "rejim BN." Darell berkata SAPP "sangat mesra dengan PR", mengatakan bahawa presiden parti itu Datuk Yong Teck Lee "sangat jelas bahawa beliau menyokong PR untuk membentuk kerajaan (dan) PR pasti akan memberi sokongan yang sama." Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata isu utama adalah peruntukan kerusi, mengatakan bahawa: "Jika kami dapat menyelesaikan sehingga satu lawan satu sudah satu pencapaian yang besar". Tetapi dia berkata "jika dua pihak bekerja di kerusi yang sama, kekuatan (pembangkang) adalah lebih kuat", sambil menambah "tiada sebab mengapa kita tidak boleh bekerjasama." Beliau menjawab soalan mengenai bagaimana STAR dan APS, dengan kedua-dua memberi tumpuan kepada komuniti Kadazandusun Murut, akan bekerjasama. "Hanya BN mahu mewujudkan tanggapan bahawa terdapat perpecahan (undi), di mana perpecahan?" soal Chua, yang dilihat sebagai kunci kepada pembelotan di Sabah. Chua berkata bahawa lompat parti hanya akan memerlukan PKR menyerahkan kerusi, sambil menambah "ia tidak akan menjejaskan SAPP dan STAR." Beliau yakin tentang sokongan pengundi, dan mengatakan bahawa orang-orang di akar umbi "sangat bersemangat ... bekerja bersama-sama untuk melawan BN." Ketua penerangan APS, Lesaya Lopog Sorudim berkata "fokus utama adalah memastikan satu lawan satu supaya undi pembangkang tidak akan berpecah dan BN mendapat manfaat." Lesaya berkata Anwar telah berikan kerusi APS di kawasan Kadazandusun Murut, sambil menambah bahawa pemimpin APS Bumburing telah diberi "mandat" untuk "berbincang dengan STAR dan SAPP untuk memastikan situasi menang-menang bagi semua pihak". Setiausaha publisiti DAP Sabah, Chan Foong Hin memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti itu masih bercadang bertanding 20 kerusi negeri dan 10 kerusi parlimen, tetapi berkata "masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan berapa banyak kerusi akhirnya kita akan bertanding" oleh kerana rundingan masih lagi berjalan. Chan berkata bahawa PR di Sabah kini mempunyai "rakan-rakan tambahan" dengan Lajim dan Bumburing belot daripada BN, dan berkata perkembangan ini dilihat "positif". "Sudah tentu rundingan kerusi akan diatur semula atau diubah lagi lagi untuk menampung dengan tiap-tiap komponen di bawah Pakatan Rakyat. Kami terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak selagi mereka menyokong PR dan menghormati Jingga Buku kami," katanya. Kerusi Persekutuan di Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak dijangka menjadi tumpuan utama BN dalam PRU akan datang kerana kedua-dua negeri, termasuk wilayah persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen. Dalam Pilihan Raya 2008, BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kekalahan yang banyak di Semenanjung, di mana BN memenangi hanya 85 kerusi manakala pembangkang merampas 80 kerusi. Penyelamat kepada BN adalah Sabah, Sarawak dan Labuan di mana gabungan itu menumpaskanpembangkang dan hampir menyapu bersih apabila memenangi 55 kerusi parlimen berbanding pembangkang yang hanya mendapat dua kerusi. Perkembangan terkini apabila berkakunya pembelotan dari BN, gabungan itu hanya memegang 53 kerusi parlimen di Malaysia Timur berbanding pembangkang yang kini mempunyai empat kerusi. | ||
Proham gesa k'jaan siasat Puncak Niaga Posted: 21 Aug 2012 11:56 PM PDT MALAYSIA KINI "Proham menuntut kerajaan persekutuan supaya menyiasat dan bertindak segera ke atas penyalahgunaan melampau – jika ada – dalam kes Puncak Niaga untuk membetulkan kesilapan demi kepentingan pengguna," kata setiausaha agungnya Datuk Denison Jayasooria dan anggotanya Tan Sri Ramon Navaratnam dalam satu kenyataan bersama hari ini. Puncak Niaga merupakan syarikat yang mendapat faedah hasil kepada langkah penswastaan bekalan air Selangor pada 2004 melalui anak syarikatnya Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Proham juga menuntut supaya semua syarikat utiliti dikaji semula supaya syarikat yang mendapat faedah daripada projek penswastaan itu benar-benar memberi keuntungan kepada pengguna. Dalam kenyataan itu, Proham menyatakan bahawa langkah penswastaan itu disasarkan untuk meningkatkan persaingan, kecekapan dan produktiviti dalam perkhidmatan air, namun usaha tersebut terus dihantui masalah di peringkat pelaksanaan dan penyampaian. Dengan memetik kajian oleh ahli ekonomi KS Jomo dan Jeff Tan, Proham menyatakan bahawa langkah penswastaan tidak banyak meningkatkan persaingan dan kos kepada pengguna juga meningkat dengan tidak seimbang. Proham juga menyebut bahawa langkah penswastaan kurang ketelusan dan kebertanggungjawaban sehingga membolehkan golongan yang mempunyai kepentingan politik dan hubungan yang baik akan meningkatkan kekayaan peribadi mereka. "Proham mengakui bahawa penswastaan boleh berjaya sekiranya ia memenuhi hak asasi manusia dan kepentingan awam dan bukannya untuk ketamakan sendiri," kenyataan itu dipetik. Ia menjelaskan bahawa air perlu dianggap sebagai keperluan hak asasi rakyat dan bukannya satu komoditi untuk mendapatk keuntungan. "Dalam konteks ini, Proham menyeru kerajaan persekutuan untuk mengkaji semula semua syarikat utiliti awam yang diswastakan dan membekal keperluan asas seperti air, elektrik, pengangkutan, dan perumahan untuk memastikan syarikat yang diswastakan ini memenuhi objektif asas dalam Garis Panduan Penswastaan Unit Perancang Ekonomi." Majalah Malaysian Business sebelum ini meletakkan Puncak Niaga di tangga ke-16 dalam senarai 50 pengarah yang menerima bayaran tertinggi, dengan memetik satu laporan tahunan yang menunjukkan salah seorang pengarah itu dibayar antara RM8.35 juta dan RM8.4 juta tahun lalu. Identiti pengarah Puncak Niaga yang menerima bayaran tertinggi itu tidak dinyatakan dalam laporan tersebut. | ||
Orang Asli dahagakan bimbingan Islam Posted: 21 Aug 2012 11:54 PM PDT NGO Islam di negara ini diminta bergerak lebih aktif dalam memberi bimbingan agama kepada masyarakat Orang Asli yang baru memeluk Islam serta memberi pendedahan tentang agama itu kepada mereka yang masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang. Penerima anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan 2012 Hussein Ngah Yin berkata masyarakat Orang Asli yang baru memeluk agama Islam dahagakan bimbingan agar mereka dapat mengamalkan ajaran agama yang baru mereka anuti itu dengan baik. "Justeru kami memerlukan bimbingan daripada NGO Islam serta individu Islam agar kami lebih memahami erti sebenar beragama bagi mengelakkan pelbagai pengaruh negatif masyarakat luar sehingga boleh menjejaskan keimanan kami," katanya kepada Bernama hari ini. Hussein, 59, yang merupakan ketua masyarakat Orang Asli Bukit Kala, Gombak, berkata pengaruh serta tingkah laku negatif oleh segelintir masyarakat Islam serta kurangnya bimbingan menyebabkan beliau pada awalnya tidak tertarik kepada agama Islam. Namun setelah mendapat bimbingan daripada rakan-rakan Islam, beliau memeluk agama itu pada tahun 2008. Justeru beliau berharap sukarelawan NGO Islam dapat lebih kerap mengunjungi perkampungan masyarakat Orang Asli bagi mengikat tali silaturahim dan mengajar penduduk mengenai Islam. "Kebanyakan kami dilahir dan dibesarkan dengan tidak mempunyai agama untuk dianuti dan pada kebiasaannya kami akan memilih agama apabila sudah dewasa dan mampu berfikir sendiri," kata Hussein yang juga penerima anugerah Saudara Baru Mithali Selangor 2008. Mengenai perkampungan Orang Asli Bukit Kala, beliau berkata perkampungan itu mempunyai kira-kira 3,500 penduduk dengan 30 peratus merupakan penganut agama Islam, 10 peratus Kristian manakala selebihnya masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.- Bernama | ||
MP: 4 bulan berlalu tanpa reformasi sistem p'raya Posted: 21 Aug 2012 11:50 PM PDT Anggota parlimen Rasah Anthony Loke menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak melaksanakan cadangan jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya mengikut jangka waktu yang diberikan. Beliau hari ini menyuarakan rasa tidak gembiranya terhadap apa yang didakwa sebagai "amalan perhubungan awam" dalam tempoh empat bulan. Beliau mendakwa SPR sebaliknya mengemukakan banyak alasan untuk mengelak daripada melaksanakan syor tersebut. Bercakap dalam sidang media hari ini, Loke, antara sembilan anggota PSC berkata, mekanisme bagi membolehkan pengundi luar negara mengundi masih belum dilaksanakan. Selain itu, tambahnya, garis panduan terhadap kerajaan sementara selepas parlimen dibubarkan dan membersihkan daftar pemilih juga belum dilaksanakan. Katanya, SPR sebelum ini diberikan 45 hari sehingga 3 bulan selepas laporan dibentangkan di Parlimen pada 2 April tetapi tiada yang dilakukan sehingga hari ini. "Selepas laporan PSC dibentangkan di parlimen, sudah empat bulan berlalu. Tetapi SPR masih belum menunjukkan komitmen untuk melaksanakan cadangan yang dibuat," tambah Loke. | ||
Hudud: MCA Kedah mahu akhbar mohon maaf Posted: 21 Aug 2012 11:46 PM PDT Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew meminta sebuah akhbar berbahasa Melayu memohon maaf berikutan laporan akhbar itu yang bertajuk 'MCA Kedah Sokong Hudud' semalam. Beliau kecewa dengan tindakan akhbar itu yang memetiknya sebagai berkata MCA Kedah bersetuju dengan undang-undang Islam itu sedangkan beliau tidak ditanya tentang hukum hudud semasa temu bual melalui telefon dibuat dua hari lepas. "Saya sangat kecewa kerana lain yang ditanya dan lain pula yang ditulis. Semasa temu bual itu berlangsung, saya tidak dengar pun wartawan itu menyebut perkataan hudud tetapi apabila berita keluar, ia berkaitan dengan hudud," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini. Beliau berkata beliau akan menghantar surat dalam masa terdekat kepada akhbar itu sebagai peringatan supaya semua wartawan berpegang kepada prinsip profesionalisme dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai. "Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang kepada wartawan dan akhbar itu sebaliknya saya mohon supaya mereka memohon maaf dengan laporan berita itu," katanya. - Bernama | ||
Pakatan terus mengasak ketika Umno 'cuti raya' Posted: 21 Aug 2012 11:44 PM PDT Kepulangan ramai warga perantau ke kampung halaman untuk sambutan hari raya dimanfaatkan sepenuhnya oleh parti politik yang menggunakan peluang untuk menyebarkan mesej mereka. Antaranya, kempen PKR untuk menurunkan harga kereta yang dilancarkan seminggu sebelum aidilfitri. "Kita mahu ia menjadi buah mulut pada hari raya di kampung-kampung kelak," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang berkata kempen itu turut mensasarkan golongan pengundi di kampung-kampung. Beliau berharap supaya sejumlah 50,000 pelekat kempen tersebut yang diedarkan kepada pengguna kenderaan di plaza tol utama sejak Rabu lalu akan dipampangkan di seluruh negara ketika warga perantau itu pulang ke kampung. Pelekat itu tidak menggunakan sebarang logo parti tetapi hanya memaparkan simbol kereta berwarna kuning, anak panah menghala ke bawah, dan slogan "Turunkan Harga Kereta". Berbeza dengan PKR, PAS yang akhir-akhir ini merekrut ramai golongan kreatif dan bekas penjawat awam menyertainya kelihatan lebih selesa mendekati pengundi secara konvensional. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengedaran risalah keselamatan jalan raya dan juadah berbuka percuma kepada pengguna lebuh raya adalah sebahagian strateginya untuk mendekati pengundi. "Kita menggalakkan mereka yang pulang ke kampung kali ini untuk turut sama pulang ke kampung pada hari mengundi kelak," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini. Pemuda Umno: Ketepikan sementara politik Sementara itu, exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail pula percaya hari raya perlu dimanfaatkan untuk mendekati mereka yang perlu dibantu dan mengenepikan kempen pilihan raya untuk seketika. Menurutnya, Pemuda Umno sendiri menggunakan bulan Ramadan untuk menyantuni golongan memerlukan yang merupakan acara tahunan pergerakan tersebut. "Raya bukan jadi kempen untuk berkempen pilihan raya. Lebih baik kita kekalkan semangat kemenangan dan kesatuan umat Islam pada Hari Raya Aidil Fitri ini," kata Tun Faisal, orang kuat di sebalik kempen media baru BN. Pergerakan itu turut mengadakan pelbagai program sempena hari raya, antaranya majlis berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada pelajar maahad tahfiz yang memerlukan. | ||
MCA Selangor, Johor tolak hudud Posted: 21 Aug 2012 06:33 PM PDT Pengerusinya, Datuk Donald Lim menegaskan, MCA tidak pernah menerima pelaksanaan hudud. "Apa yang disuarakan Pengerusi MCA Kedah (Datuk Chong Itt Chew) itu adalah pandangan peribadinya saja," katanya ketika diminta mengulas pendirian MCA Selangor terhadap pelaksanaan hudud di negara ini. Semalam, Sinar Harian melaporkan Itt Chew bersetuju dengan undang-undang Islam berkenaan sekiranya pelaksanaannya membawa kebaikan kepada rakyat dan negara. Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun pula berkata, MCA sebelum ini pernah berbincang berhubung isu hudud itu di peringkat negeri dan Pusat dan berpendirian tidak menerima undang-undang berkenaan kerana rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum. "Kalau ikut Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek), memang kita tak setuju. Kalau 80 peratus penduduk sesebuah negara itu orang Islam, sesuailah jika hudud dilaksanakan. "Susah hendak komen isu ini sebab kalau saya kata sokong (hudud) nanti orang Cina tak suka. Tapi kalau kata tidak sokong, orang Islam pula tak suka," katanya. Beliau mendakwa, sesebuah negara tidak boleh mengamalkan dua undang-undang pada satu masa dan jika hudud dilaksanakan, bagaimana hukuman itu dijatuhkan jika melibatkan pesalah orang Islam dan bukan Islam. "Bagaimana jika ada dua atau tiga orang merompak terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Apabila kes di bawa ke mahkamah, ia akan dibawa ke mana? Apakah ia mengikut syariah atau sivil?" katanya. Sementara itu, MCA Johor turut berpendirian tidak menyokong pelaksanaan hudud. Naib Presidennya, Datuk Ng See Tiong berkata, MCA tidak pernah menyatakan sokongan malah pendirian pucuk pimpinan di peringkat negeri ini juga sama seperti Pusat yang membantah cadangan pelaksanaan hukum Islam itu. "Kami tidak pernah bersetuju dan menyokong pelaksanaan hudud oleh Pas. Bahkan pemikiran dan pendirian kami tetap sama dengan pendirian yang pernah dinyatakan oleh MCA Pusat. "Lagipun, kami tidak pernah memberi sebarang kenyataan bahawa kami bersetuju tentang pelaksanaannya. Kami yakin dan tetap pada pendirian tersebut," katanya. | ||
Majlis Daerah Raub tolak permohonan Himpunan Hijau Posted: 21 Aug 2012 06:26 PM PDT MALAYSIA KINI Majlis Daerah Raub telah menolak permohonan kumpulan alam sekitar, Himpunan Hijau, untuk mengadakan demonstrasi di Dataran Raub membantah Lombong emas Bukit Koman pada 2 September.Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Bertindak Haramkan Sianida berkata majlis itu menjawab permohonan mereka pada 17 Ogos dengan menyatakan bahawa Dataran Raub telah pun ditempah untuk aktiviti lain. "Jawatankuasa ini sangat tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Sebelum menetapkan tarikh, kita sudah periksa dan mendapati tidak ada aktiviti di padang itu pada hari berkenaan," kata pengerusi jawatankuasa Wong Kin Hoong (kiri). Wong berkata majlis daerah itu melanggar hak pembayar cukai dengan menghalang mereka menggunakan kemudahan awam. "Ini juga satu penghinaan kepada usaha-usaha perdana menteri untuk menggalakkan ketelusan dan pembaharuan," katanya. Wong berkata jawatankuasa itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan majlis tersebut yang didakwanya telah menafikan hak awam mereka terhadap kebebasan berhimpun yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perhimpunan Aman 2012. Jawatankuasa itu telah menjawab balik kepada majlis itu pada hari yang sama ia menerima notis tersebut, dengan meminta butiran aktivi yang dikatakan akan diadakan di situ serta meminta untuk berdialog dengan pihak majlis. | ||
Khairy: Saya sedia didakwa di bawah 114A Posted: 21 Aug 2012 06:23 PM PDT MALAYSIA KINI Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia didakwa di bawah Seksyen 114A Akta Keterangan dalam kapasitinya sebagai ketua Pemuda Umno ekoran posting sensitif mengenai agama di Facebook yang menggunakan nama pergerakan tersebut.Khairy menjawab cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kiri) yang mencadangkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempertahankan undang-undang kontroversi tersebut dengan mendakwa Pemuda Umno berhubung posting berkenaan. Katanya, Guan Eng mencabar peguam negara mendakwa Pemuda Umno berkaitan posting berkenaan, yang menurutnya bukan dibuat oleh pergerakan tersebut. Berikutan itu, Khairy menyeru peguam negara supaya teruskan dan mendakwa Pemuda Umno dan beliau selaku ketua pergerakan itu. Khairy menulis dalam Twitternya, walaupun didakwa di bawah 114A, beliau yakin pergerakan itu akan dapat membuktikan bahawa bukan ia ang bertanggungjawab terhadap posting berkenaan. Di bawah Seksyen 114A yang diperkenalkan sebagai pindaan kepada Akta Keterangan dalam bulan April, undang-undang itu mengandaikan seseorang atau organisasi yang ada namanya bersama-sama dengan mana-mana penerbitan dalam talian, sebagai pengarang kandungan tersebut. Jika orang atau organisasi berkenaan bukan pengarang penerbitan tersebut, maka individu atau organisasi tersebut perlu membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Yang sama juga terpakai terhadap pemilik rangkaian yang sambungan internetnya digunakan oleh orang lain untuk aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang. Semalam, Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis hari ini berhubung satu posting tersebut di laman Facebook palsu Pemuda Umno. Ibdilillah berkata, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu. Posting tersebut berbunyi: "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you'. | ||
Antara MCA dan Sinar Harian, sapa yang hangpa lebih percaya? Posted: 21 Aug 2012 06:18 PM PDT
Sinar Harian melaporkan: ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.Ingatkan 'ribut' sampai ke petang, rupa-rupanya 'seriat' ditengahari. Malaysiakini pulak melaporkan: Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew menafikan laporan akhbar Sinar Harian yang memetiknya sebagai beliau menyokong undang-undang hudud.Pertama sekali kalau disuruh pilih yang mana satu aku nak percaya antara laporan Sinarharian dengan laporan Malaysiakini, aku tentu pilih laporan Sinarharian. Bukan maksud aku laporan Malaysiakini tak betul tapi aku tak percaya penafian Pengerusi MCA Kedah tu. Pemimpin MCA ni bagi aku tak jauh bezanya dengan pemimpin Umno, tara Ust Jamil Khair pun tak berapa nak boleh percaya pasai terbukti sanggup gunakan duit zakat untuk kepentingan diri sendiri inikan pulak pemimpin MCA, tambah-tambah dalam keadaan nak menyelamatkan diri macam ni, 10-1 pun payah aku nak percaya. Lagi pun aku percaya wartawan Sinarharian yang tulis laporan tu tak mengada-adakan cerita tu dan cuma melaporkan apa yang dia dengar sendiri dari mulut Pengerusi MCA Kedah tu. Takkan kut wartawan tu berani nak buat cerita palsu terutama sekali melibatkan rakan kongsi Umno yang berkuasa membatalkan permit akhbar. Lain la kalau buat laporan tak betul berkenaan PAS, PKR atau DAP. Yang tu mungkin berlaku, tambah-tambah pulak kalau ada komplot dengan Umno atau tak mustahil MCA pun. Kalau betul wartawan Sinarharian tu mereka-reka cerita, aku cabar Pengerusi MCA Kedah tu saman Sinarharian di mahkamah. Biar wartawan berkenaan bela diri di mahkamah dengan segala bukti dia. Apa pun, walaupun Pengerusi MCA tu menafikan laporan Sinarharian tu, episod ni tetap boleh jadi peluru untuk Pakatan Rakyat. Laporan Malaysiakini tu jadi satu lagi bukti yang MCA jugak tak kurang taraf 'Harbi' berbanding DAP kalau ikut neraca Tok Guru Pondok pujaan Umno, Mufti Pahang, Ketua Ulama' Muda Umno dan mererka-mereka yang sewaktu dengannya. Kalau mengundi DAP haram, dengan gunakan kaedah kias, mengundi MCA pun haram jugak. Jadinya dikerusi yang calon DAP lawan calon MCA secara 2 penjuru, pengundi yang berugama Islam haram keluar mengundi. Jadinya, sefahan aku kalau ikut usul fiqh Umno dan PAS jugak mungkin berdosa sama pasai tak letak calon di kerusi-kerusi berkenaan. Boleh macam tu? Hahaha... | ||
Posted: 21 Aug 2012 06:16 PM PDT
AWAS!! Mee segera ada lilin pulak dahh...Awas! mee segera dilapisi lilin Oleh Posmen Apa jenama mee segera kegemaran anda? Mee segera adalah makanan yang murah, mudah dan cepat malah terdapat bungkusan yang cuma perlu dimasukkan air panas untuk kegunaan mereka yang betul-betul menjimatkan masa. Malah banyak stesen minyak yang menyediakan kemudahan air panas untuk kemudahan pengguna. Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan agar ianya tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan. Tahukah anda mee segera yang anda makan dilapisi lilin (wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya. Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita. Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:
Banyak lagi makanan berkhasiat lain yang boleh mengenyangkan. Contohnya...apa ya..oo pisang.. murah dan berzat. Selain dari itu pengalaman saya memakan buah mangga yang masak cukup membuat saya kenyang sepanjang hari. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan