Rabu, 29 Ogos 2012

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BUKAN KARENA TEKANAN KATA MAT SABU

Posted: 29 Aug 2012 08:39 AM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan menarik balik kenyataan berhubung isu pembentangan usul perlaksanaan hudud di Parlimen selepas didakwa mendapat tekanan.

Beliau bagaimanapun menegaskan isu membentangkan usul itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya tidak timbul dalam wawancaranya yang disiarkan semalam.

NONEHarian berbahasa Cina Sin Chew Daily hari ini mempertahankan tulisannya dengan mendakwa pemimpin PAS itu menukar kenyataan selepas mendapat tekanan daripada rakan-rakan dalam Pakatan.

"Tidak. Tak ada tekanan apa. Lebih 1,000 laporan (polis) hal Bukit Kepong pun saya tak tarik (kenyataan).

"PERKASA, Majlis Profesor suruh tarik pun saya tak tarik," katanya merujuk kepada tekanan yang pernah dihadapinya sebelum ini.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Mohamad (atas) menegaskan, beliau yakin bahawa hudud sebahagian daripada hukum syariat Islam.

Bagaimanapun, katanya, perlaksanaannya hendaklah melalui proses demokrasi berparlimen dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perjanjian dalam Pakatan Rakyat.

NONE"Dalam perbualan telefon tersebut saya tidak pun menyebut bahawa Pas akan membawa usul rang undang-undang hudud ke Parlimen apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Malaysia pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

Walaupun Mohamad telah menafikannya semalam, Sin Chew hari ini menyiarkan artikel dalam empat halaman, termasuk muka depan bagi mempertahankan laporannya.

Tajuk utama muka depannya berjudul "Pindaan Perlembagaan perlu untuk laksana hudud; Mustafa: Sama ada Parlimen lulus atau tidak perkara lain".

Tulisan itu memetik Setiausaha Agung Mustafa Ali sebagai berkata, orang Islam tidak boleh menolak hudud, tetapi pindaan perlembagaan diperlukan secara demokratik. Sama ada diterima atau tidak ia isu yang lain.

SUMBANG MAHRAM BERKAITAN PEMIMPIN PEMBANGKANG?...

Posted: 29 Aug 2012 12:43 AM PDT

Polis sedang menunggu keputusan ujian DNA bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sumbang mahram membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang dan anak lelakinya.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC T. Narenasegaran berkata sampel darah kedua-dua beranak itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian paterniti.
  
"Hasil daripada ujian baru kita akan buat keputusan dan cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di Kuantan hari ini.
  
Beliau diminta mengulas laporan media mengenai penahanan seorang pemimpin kanan parti pembangkang dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun bagi membantu siasatan satu kes sumbang mahram.
  
Media melaporkan dua beranak itu ditahan pada 22 Ogos lepas namun dibebaskan semalam dengan jaminan polis.
  
Tangkapan itu selepas anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor. Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di rumah perlindungan di Cheras.

Mengulas lanjut, Narenasegaran mengesahkan individu itu pernah bertanding dalam pilihan raya umum lalu sebagai calon parti pembangkang untuk kerusi dewan undangan negeri dalam kawasan Parlimen Jerantut.

Lelaki berusia 59 tahun itu mempunyai dua isteri dan 11 anak berusia antara enam hingga 31`tahun, katanya.
  
- Bernama

Tiada ulasan: