. |
Sumbangan Untuk LRRK Telah Selamat Diserahkan Posted: 04 Aug 2012 03:07 PM PDT SUKA DAN DUKACITA Alhamdulilah malam tadi sempena 16 Ramdhan 1432 saya telah selamat menyerahkan wang sumbangan penjengok blog MT dan juga rakan Fb yang dikutip menerusi media maya ini kepada MB Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berjumlah RM27,024.00. Wang itu jauh dari cukup untuk mmbin lebuh raya sepanjang 73 km dari Kb - KK yang bernilai RM1.8 billion. Namun simbol di sebalik sumbangan itu menjelaskan betapa tinggi dan ikhlasnya para penyumbang untuk melihat terbentangnya sebuah jambatan. Adalah diharap dengan wang itu ia menjadi benih dan denak untuk mencukupkan RM1.8 billion kemnudian akan terpandanglah sebuah lebuh raya indah dan penuh sentimental velue. Saya tidak akan habis-habis atau alpa untuk mengucapkan terima kasih banyak kepada penyumbang. Saya terharu dengan sokongan dan simpati yang diberikan. Ketika saya menyerahkan moke-up chek air mata saya menitis kesebakan dan bangga. Sedih kerana kerajaan Kelantan terpaksa mengutip derma dan mengharap simpati dari rakyat untuk menyenangkan rakyat. Sementara bangga kerana saya dan para rakan dan penjengok walaupun nilainya tidak seberapa tetapi berkesempatan juga untuk berbudi dan berjasa kepada negeri tempat tumpah darah. Saya sebut kepada Tok Guru; inilah sumbangan dari pemnbaca blog Merah Tinta dan rakan Fb ana... ia tidak banyak tetapi cukup untuk membeli cangkul baru, kereta sorong baru, sikul baru bagai mengganti peralatan itu yang diberikan oleh sebuah Ngo Jebun di Kota Bharu dengan niat untuk memperli dan memperlekehkan usaha itu. Entah hati saya turut terluka dan geram apabila Tok Guru menyebut bagaimana ada orang mengejek dengan cadangan itu dengan menceritakan ada orang menghantar cangkul, keretra sorong dan siku buruk dan sopek. ******* catatan ini saya akan sambung, baru sekejap tadi menerima berita dukacita abang sepupu di kampung telah kembali ke rahmatullah. Sekejap lagi saya dan isteri akan bergegas ke aiport. [wm.kl.6:04 am 05/08/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan