. |
- Najib Sudah Tahu Rakyat Sabah Tidak Percayakannya
- Shabery Kalau Tidak Kata Begitu, Nak Kata Apa Lagi..
- Politik Impotem Hasan Akidah
- Seorang Lagi Tokoh Umno Akan Tinggal Parti Di Sabah?
Najib Sudah Tahu Rakyat Sabah Tidak Percayakannya Posted: 14 Aug 2012 02:26 AM PDT ULASAN ISU Tidak dapat dipastikan apakah Ha Najib Razak terus bertolak ke Makkah dari lapangan terbang Kota Kinabalu atau beliau balik ke Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk memasang niat bagi mengerjakan umrah. Apa yang diketahui dan diperkatakan oleh para wartawan di Kota Kinabalu, jet peribadi Najib mengalami kerosakan teknik menyebabkan Najib terpasa berada atas jet itu selama empat jam.
Ada nasihat meminta beliau turun dan berihat di bilik vvip, tetapi katanya Najib tidak mahu. Tidak juga dipastikan apakah Najib yang tidak mahu atau isterinya Rosmah binti Mansor. Memanglah sesuatu yang membeban dan melecehkan Rosmah binti Mansor untuk naik turun jet dalam keadaan tubuhnya semakin menggemuk. Rosmah binti Mansor amat cerewet untuk berjalan jauh di mana-mana majlis. Pihak yang mengatur apa-apa majlis untuk Rosmah binti Mansor akan mengambil berat dan sangat mengira soal berapa langkah yang harus Rosmah binti Mansor kena menapak dan menghayung pahanya. Pegawai protokol akan memastikan Rosmah binti Mansor tidak berjalan begitu jauh. Jarak yang sesuai untuk Rosmah binti Mansor sekitar 50 hingga 100 meter sahaja. Kalau jarak itu lebih 200 meter ia menbeban dan memengahkan Rosmah binti Mansor. Pernah Rosmah binti Mansor marah kepada pegawai protokol kerana tidak mengira terlebih dahulu berapa tapak dari tempat duduk dia ke tempat dia hendak bercakap atau membuat lawatan ringkas. Apakah yang tidak mahu keluar dari jet peribadi bermasalah itu Rosmah binti Mansor? Mungkin juga kerana adalah sesuatu yang memalukan kalau jet peribadi suami Rosmah binti Mansor sebagai perdana menteri tercanggih rosak? Jauh melencung, cerita yang hendak diecerkan disinilah mengenai Ha Najib yang seakan tidak mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat Sabah lagi. Nampaknya Najib tidak banyak bercakap semasa di Sabah dan sekadar mengumumkan nama pengerusi dan anggota suruhanjaya di raja (RIC) bagi menyiasat pendatang tanpa izin. Kenapa begitu? Apakah Najib sudah dapat menduga yang rakyat Sabah tidak senang dengannya. Atau pun kalau beliau cakap, berjanji menyebabkan beliau akan ditonyen dan dijebah oleh rakyat Sabah. Maka itulah yang menjadi galang ganti kepada Najib mengumumkan projek kempen pilihan raya ialah Ketua Setiausaha Negara yang baru. (Maaf lupa nama sebab pelik sangat namanya tidak mencerminkan nama Melayu klasik). Dia inilah yang mengumumkan mengenai projek baru di Sabah. Di Sabah KSN mengumumkan yang sebuah kedai bebas cukai akan dibuka di Sabah. Dia juga memberi tahu projek usaha sama pembinaan janakuasa eletrik menggunakan kuasa geotermal bernilai RM500 juta bakal memberi impak kepada ekonomi dan rakyat Sabah. Keadaan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan mungkin ini sebahagian transformasi yang dilaungkan Najib. Kalau pun ada, biasanya KSN akan bercakap mengenai bidang khusus mengenai tugas dan tanggungjawabnya berhubung pegawai kerajaan. Tetapi lain dengan KSN baru ini. Dia lebih berani atau pun lebih gila sebenarnya bila turut berkempen secara terbuka untuk BN. Sebaik saja dia angkat sumpah memegang jawatan itu, dalam ucapan utamanya telah menyeru supaya pegawai kerajaan memberi sokongan kepada UBN. Ucapan itu dikecam oleh para pembangkang sebagai melampau dan cuba menjadikan pegawai kerajaan sebagai ahli bersekutuan tanpa membayar yuran kepada UBN. Sekali lagi saya nak tanya kenapa gerangan itu berlaku. Apakah kalau mengenai kedai bebas cukai dan projek usaha sama itu bakal mengayakan Sabah jika ia diumumkan Najib, rakyat Sabah tidak akan percaya. Begitukah? Kalau begitu hakikatnya ini memberi petanda buruk kepada UBN dan Najib... bahawa rakyat Sabah sudah tidak percayakan lagi apa-apa yang diucapkan oleh PM. Mungkin kerana perkara itu jugalah menyebabkan beberapa tokoh Umno dan BN Sabah telah bertindak meninggalkan komponen itu kerana sudah bosan dan jeluak dengan janji-janji dilapazkan Najib untuk Sabah dan Sarawak tetapi tidak dilaksanakan seperti mana diharapkan. Dan Najib kini sedar bahawa air liurnya tidak lagi semasin air liur Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim di Sabah dan di Sarawak. [wm.kl.4:54 pm 14/08/12] | ||
Shabery Kalau Tidak Kata Begitu, Nak Kata Apa Lagi.. Posted: 14 Aug 2012 01:34 AM PDT LINTAS SENJA Menteri Belia dan Sukan Ahmad Shabery Chik berkata pencapaian kontijen negara di sukan olimpik London 2012 terbaik dan luar biasa walaupun kontijen negara mendapat dua pingat perak. Kejayaan itu katanya perlu dibangga. Iyalah kalau tidak kata begitu hendak kata apa lagi. Shabery tidak boleh mengatakan pencapaian negara terburuk dan jauh dari mencapai sasaran (MSN) kerana dia adalah menteri bertanggungjawab membangun sukan negara. Dan kalaulah MSN hanya mensasarkan hanya dua pingat dalam sukan terbesar dunia itu ini bermakna hati MSN sebesar kuman. Tidak sepatutnya MSN meletak sasaran sebesar itu sedangkan negara sudah merdeka 54 tahun dan pemimpin kerajaan pula berbueh mulut mengatakan Malaysia mencapi taraf negara maju. Maju apa kalau hanya dua butir pingat warna kelabu? Walaupun sebelum ini kontijen negara pernah mendapat dua pingat perak pada olimpik di Atlanta 1996 tetapi pencapain tahun ini dalam dua acara berbeza. Itu sajalah yang Shabery dapat perkatakan untuk mengelakkan beliau dituduh sebagai gagal memajukan sukan negara. Mendengar kata-kata dan alasan Shabery itu teringat saya kepada kata-kata jurulatih pasukan bola kebangsaan K Raja Gobal. Gobal setiap kali pasukan negara tewas akan mengeluarkan alasan klisenya dengan macam-macam helah. Beliau tidak sama sekali mengakui kelemahannya sebagai jurulatih kerana kalau beliau mengaku pasti beliau kena lepas jawatan. Kalau lepas jawatan bermakna akan kehilangan pendapatan puluhan ribu. Begitu juga dengan Shabery sama sekali tidak akan mengakui kelemahan dan akan mencari dua tiga juta helah untuk tidak mengakui kelemahannya seterusnya menyelamatkannya sebagai menteri. Shabery juga tidak mahu kehilangan pendapatan sebagai menteri. Di sini baik Shabery maupun Gobal lebih melihat kedudukan dirinya dari masa depan sukan. Bagaimana pun cara Shabery mempertahankan dirinya itu dengan memuji sendiri kononnya pencapaian olimpik kali ini terbaik dan luar biasa tidak akan menjamin kedudukannya selamat di Kemaman. Sukan olimpik tidak ada kena mengena dengan prestasi Shabery sebagai wakil rakyat di Kemaman. Sudah lama kedengaran berbagai protes di kalangan Umno Kemaman terhadap Shabery. Berbagai runggutan terhadapnya juga kedengaran bertujuan menjejaskan prestasinya sebagai wakil rakyat. Shabery dikatakan sukar untuk ditemui rakyat dan kalau balik ke Kemaman asyik menghayung kayu golf saja. Seorang bekas pengerusi tetap Umno Kemaman pernah memberi tahu saya kedudukan Shabery di Kemaman tidak selamat. "Kalau Umno nak hilang kerusi... cubalah letak Shabery sekali lagi di disitu," kata bekas pengerusi berkenaan memberi amaran. [wm.kl.4:33 pm 14/08/12] | ||
Posted: 13 Aug 2012 11:20 AM PDT MENANTI SAHUR Lama tidak dengar cerita mengenai Hasan Akidah alias Hasan Ali. Segar ke dia? Masa saya berada di Makkah baru-baru ini dan minum di restoran Bunga Raya di bangunan berdekatan Hilton saya teringatkan dia. Beberapa tahun lepas di sebuah meja agak tersudut di restoran itu saya nampak beliau sedang minum dan berbual dengan Ahmad Zahid Hamidi. Zahid mempelawa saya duduk sama tetapi saya tolak untuk memberi peluang kepada mereka berbual panjang termasuk hal-hal kepentingan bangsa dan agama.
Kini, apakah khabar Hasan Akidah.. lama tidak tersua. Kali terakhir berjumpa di masjid al Gufrun di Taman Tun Dr Ismail. Itu pun dari jauh kerana semasa saya bercakap sambil berjalan dengan Abdullah Badawi, Hasan tersudut dari belakang setelah saya menjauh Pak Lah baru Hasan mendekatinya. Mungkin dia tidak mahu saya mendengar apa-apa bakal dibualkan dengan Pak Lah. Al maklumlah Sayuti, akan tulis apa saja yang didengarinya. Sebelum puasa sebelum balik kampung ada sepanduk di Lebuh Rayua Cabang 4 Salam simpang untuk ke rumah ibu saya, memberi tahu Hasan Akidah akan berceramah di Rantau Panjang. Sayang saya tidak sempat mengikutinya kerana urusan lain pada malam itu lebih penting dari mendengar ucapan Hasan yang akan mengkririk Pas dan memcabukkan Anwar Ibrahim. Katanya sudah habis daerah di Kelantan dijelajahi Hasan kecuali Gua Musang dan Pengkalan Chepa. Kalau menurut dakwaan dipihak menyokong Hasan dan Ngo Beras Jati, Kelantan akan tumbang dalam pilihan raya akan datang sebab Hasan ajak orang Kelantan supaya tinggalkan Pas dan undi Umno. Membimbangkan juga kata ribuan yang dengar ceramah Hasan? Malam tadi saya berbuka puasa di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Mahfuz Omar. Kebetulan Hasan Akidah juga katanya ada di hotel berkenaan. Dia juga mengadakan majlis berbuka puasa di situ bersama 100 orang yang akidah mereka diselamatkan oleh Hassan dari dipunahkan oleh Kristian. Saya tidak tahu siapa yang membayar bil majlis berbuka puasa itu. Apakah bayaran di buat oleh Jabatan Khas Umno (Jasa) yang terletak di bawah kementerian dipegang Rasi Yatim atau pihak mana? Sebab sebelum ini ada majlis yang dihadiri Hasan Akidah kos majlis dibayar menerusi chek Jasa? Langsung tersebut namanya di situ saya jadi teringat kepada Hasan. Kebetulan pengarang Sinar Online, Dr G Manimaran duduk disebelah saya. Manimaran yang juga dijemput untuk berbuka puasa dengan Mahfuz terlewat tiba kerana mengikuti kenyatan akhbara dari Hasan. Saya tidak tanya apa yang dinyatakan Hasan kerana saya pasti Manimaran akan melaporkan dalam portal beritanya. Ternyata benar ada laporan. Manimaran seorang wartawan yang bukan saja rajin tetapi cekap menangkap berita. Kelebihan yang ada kepada bekas editor Malaysia Indsider ini menyebabkan saya memburunya kerana kecepatannya melaporkan berita. Beliau tidak menangguh dan inilah menjadikan apa-a badan dikepalai Manimaran cepat menjadi popular dan hit bertambah. Dalam laporan itu seperti mana dilapor Sinar Online, Hasan menggesa supaya Pas mengkaji balik kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Aik... cari penyakit Hasan ini bisik hati saya. Katanya ini kerana Pas gagal menyatakan pendirian sebelum ini yang hendak menegakkan Islam dan Hudud. Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Dewan Ulamak Pas, Haron Taib yang memberi menegaskan Pas akan menegakkan Islam dan Hdudu dan kalau ada halangan dalam Pakatan, Pas sedia mencari rakan baru. Kenyataan politik itu dipegang dan diramas oleh Hasan. Lucu juga saya apabila Hasan berpegang kepada kata-kata Harun Taib. Apakah beliau faham mengenai kedudukan Harun Taib dan kesesuaian (...........) beliau (Harun) menjelaskan perkara itu pada saat itu? Kalau Hasan Akidah arif dan faham politik dia tidak mengambil serius dengan kenyataan Harun itu. Pertama, (eh tiru bahasa cakap Hasan pulakk...), Harun Taib hanya sebagai ketua ulamak dan pandangan itu adalah pandangan peribadinya. Keduanya, (eh tiru lagi pakai poit..) Harun berkata begitu kerana itulah prinsip Pas. Soal hendak cari akan baru sekiranya Pas bermain dengan hudud dan hukum Islam itu hak Pas bukan Harun Taib. Sebagai ahli politik Harun akan melihat kiri dan kanan sebelum dia berkeras dengan prinsip dan dasar parti itu. Dalam politik untuk pengetahuan San... eh eh... kita tidak boleh jadi bijak sendiri. Betapa pun bijak dan munasbaah tetapi jika tidak mendapat sokongan jemaah, kita akan tertinggal. Sebab itu saya selalu katakan tidak ada kebenaran dalam politik, tidak ada kejujuran dalam politik, dan perjanjian dalam politik bukan untuk ditunaikan tetapi untuk dimungkiri. Jadi Hasan tidak boleh kaitkan kenyataan Harun Taib itu sebagai satu ketetapan dan penegasan Pas. Pas sebagai sebuah badan siasah akan memikirkan sedalam-dalamnya untung rugi buruk dan baik untuk melaksakan apa juga matlamnatnya. Lebih penting Pas akan mengambil kira keutamaaan dan keselamatan parti berkenaan. Saya rasa Harun Taib juga bersikap sama. Sebab kalau Harun Taib bersikap pandai sendiri, seperti Hasan lakukan semasa beliau berada dalam Pas, sudah lama Pas akan hancur dan beliau pun akan ditendang oleh Pas. Dalam pada itu beliau juga menggesa Dewan Ulamak Pas mengkaji semula kedudukanya dalam Pakatan dan mengajar dewan itu tidak boleh bersetuju dengan perkara yang tidak disetujui. Sekali lagi saya hendak nyatakan, daya politik dan akal siasah Harun Taib lebih dalam dan panjang dari Hasan. Kekemetotan akal politik Hasan Akidah tidak boleh ditiru dan dipakai oleh Harun Taib. Bagi Hasan semua perkara senang, sesenang lidah dan mulutnya bercakap. Beliau mudah mengambil kesimpulan atas perkara-perkara yang rumit dan memerlukan tektikal dalam perjuangan. Mungkin kerana amalan itu maka beliau menerima padah dari apa yang dibuatnya kini. Kerana Hasan Akidah mengira dia akan menang ke atas tiga perkara dalam kemelut dihadapiunya maka beliau kini terkanjar dari Pas. Hasan dipecsayai sangat yakin apabila beliau berdepan dengan jawatankuasa Pas beliau akan menang. Dia yakin beliau tidak akan dipecapat dari Pas kerana merasakan dialah tokoh intelektual Islam yang utama dalam parti itu. Dia juga percaya bahawa Sultan Selangor akan mempertahankan dia sebab dia komited dengan Islam serentak itu kedudukannya sebagai Exco tidak akan terusik. Dan dia juga percaya apabila keluar dari Pas nanti berbondong-bodong orang Pas akan mengikut buntutnya macam anak ayam lapar padi. Walhasil, Pas tidak pun memandang keintelektualannya dan mengambil tindakakan memecat atas kesalahannya. Sultan Selangor juga tidak mempertahankan kedudukannya, menyebabkan jawatan Exco agama yang menjadi ruang untuk beliau berjuang dan memberi kawan-kawan makan selama ini terlucut dan terlepas kepada orang lain. Begitu juga yang mengikuti buntutnya bukan orang Pas tetapi orang Umno yang datang bertepuk mendengar ceramah Hasan yang mengutuk Pas. Terlanjur bercakap fasal Hsan Akiah, untuk apa dia memberi nasihat dan peringatan kepada Pas lagi. Tindakan itu menyebabkan orang boleh tuduh beliau kini seperti ayam gilakan sangkak. Untuk apa dia ingatkan Pas lagi kerana dia bukan ahli Pas sudah... eh stail orang Sabah pulak. Sama ada Pas hendak buat Islam, laksanakan Hudus itu Pas punya fasal. Melihat cara Hasan bangkit memberi ingatan kepada Pas itu tidak ubah persis sikap seorang suami yang cuba menasihat isterinya yang sudah diceraikan. Kalau sudah dicerai, tinggal sajalah. Usahkan dikenang dan disebut pun jangan. Apabila Hasan aysik menyebut dan terkenangkan Pas semacam ada sesauatu yang terlekat di hatinya. Hasan kena ingat apabila orang menceraikannya adalah kelemahan dan kecatatan fatal dibatan tubuhnya. Seorang isteri tidak akan minta cerai kalau suaminya penuh pengertian dan ideal. Tetapi bila isteri meminta cerai, adalah kelemahannya yang tidak boleh diatasinya. Kalau Hasan boleh diibaratkan si suami dan Pas adalah isterinya, boleh difahami kenapa Pas menceraikan Hasan kerana kelemahan yang ada kepadanya itu. Selalunya masalah utama antara suami isterinya ialah apabila si sumia impoten (mati pucuk). Tidak usah ceritalah sehebat mana suami, pandai dan petah bercakap berdengar-degar macam pelakar, indah menyusun kata macam pendita tetapi kalau si anuhnya mati, ia tidak memberi guna barang setengah dinar Kelantan pun. Begitulah Hasan Akidah saya lihat dalam konteks memberi teguran kepada Pas, tidak ubah seprerti suami yang mati pucuk dan cuba menarik perhatian si isteri yang ditinggalkan untuk bersatu semula. Ketika ini dan hari ini kalau Hasan Akidah ikhlas dan bersungguh untuk menegakkan Islam dan hukum hudud Hasan cadanglah kepada parti Umno yang kini menjulang dan tertegun dengan pidato bambastiknya. Cubalah.. mana tahu takut-takut berjaya. Mat ... Mat mana? Ahmad Maslan lah... dah sahur ke? Macam mana dengan Sabah dan Sarawak nampak ponat tu? [wm.kl.1:41 am 14/08/12] | ||
Seorang Lagi Tokoh Umno Akan Tinggal Parti Di Sabah? Posted: 13 Aug 2012 06:53 AM PDT SUSUPAN MALAM Seorang lagi tokoh Umno Sabah sedang berkira untuk meninggalkan parti berkenaan dan mengumumkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Tokoh itu yang merupakan anak negarawan Sabah katanya bercadang untuk mengumumkan tindakan keluar parti semasa kunjungan Anwar Ibrahim semalam tetapi tidak jadi kenyataan kerana sebab-sebab tertentu. Mungkin ia ada kena mengena dengan kunjungan pintas Najib Razak kelmarin. Namun begitu tidak ada maklumat mengesahkan apakah tokoh berkenaan ada bertemua dengan Najib. Tindakan tokoh Umno ini akan menambahkan lagi goncangan politik di Sabah. Beliau yang merupakan tokoh boleh menarik sokongan Melayu akan memberi kesan besar kepada Umno. Penghijrahan beliau kelak akan menjadikan Umno Sabah ketiadan tokoh veteran yang menjadi perintis asal Umno di negeri berkenaan. Tokoh-tokoh Umno Sabah kini seperti Musa Aman, Shafei Afdal adalah tokoh baru yang muncul selepas Umno menang di Sabah. Mengenai tokoh Umno itu mungkin beliau akan mengistyharkan lepas raya kelak sempena dengan himpunan besar-besaran Pakatan Rakyat yang akan dirangkakan selepas raya. [wm.kl.9:50 pm 13/08/12] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan