Blog-list Malaysia |
- Shafie: Jangan politikkan RCI pendatang haram
- RM50 Ribu Upah Untuk Calarkan Imej Islam
- Arab Saudi sumbang AS$50 juta
- Tidak Yakin Kepada Najib Punca Mereka Mahu Lompat Parti
- Bukan Mahu Mendabek Dada.., Tetapi Separuh Sabah Sudah Dalam Genggaman
Shafie: Jangan politikkan RCI pendatang haram Posted: 12 Aug 2012 10:14 PM PDT Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) tidak dipolitikkan bagi merungkai penyelesaian terbaik mengenai masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah. Mohd Shafie berkata semua pihak seharusnya membenarkan suruhanjaya yang dianggotai pakar-pakar perundangan berpengalaman itu mengemukakan cadangan, menyiasat dan mengkaji segala perkara dan isu-isu yang berkaitan. "Penubuhan suruhanjaya itu merupakan satu landasan terbaik dari segi peraturan dan perundangan yang membolehkan siapa layak mendapat kerakyatan atau sebaliknya," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan warga emas di Masjid pekan Kota Belud di Kota Belud, malam tadi. Beliau berkata fokus sebenar RCI juga dapat menyelesaikan status sesetengah rakyat tempatan yang tidak mempunyai sijil kelahiran berikutan pendaftaran lewat kelahiran terutama di kawasan pedalaman. Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan terma rujukan (TOR) lapan perkara bagi RCI yang dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong itu dan menurutnya telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Sambil mengalu-alukan suruhanjaya itu, Mohd Shafie berpendapat tempoh enam bulan adalah masa terbaik untuk membuat siasatan dan kajian mengikut terma dan syarat yang digariskan demi kepentingan rakyat di negeri ini. "...ada sesetengah rakyat tempatan yang daftar lewat (kelahiran) jangan pula ia dikatakan pendatang tanpa izin dan RCI ada spesifik dan fokus agar jangan orang asing mendapat tempat dan orang tempatan tidak dapat," kata naib presiden Umno itu. Beliau turut menafikan pilihan raya umum akan diadakan selepas tempoh enam bulan suruhanjaya itu menyiapkan siasatan. "Tempoh enam bulan yang diberikan itu akan mengemukakan cadangan dan ia akan berjalan sehingga perkara ini selesai dan saya yakin (selesai) kerana data yang ada selain kerjasama semua pihak jika tidak dipolitikkan, benda ini akan selesai," katanya. Pada majlis yang turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak itu, Mohd Shafie menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada 337 anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, fakir miskin serta 38 penerima zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. - Bernama | ||
RM50 Ribu Upah Untuk Calarkan Imej Islam Posted: 12 Aug 2012 04:49 PM PDT Pada 7 Ogos lalu, Utusan melaporkan tentang seorang tokoh ulama di Kelantan yang mengeluarkan fatwa tentang haram menyokong DAP. Dalam laporan tersebut, Abdullah Saamah dikatakan berkata, "Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP." ADUN Kelaboran, YB Mohd Zaki Ibrahim menjelaskan siapa sebenarnya Abdullah Saamah. Mohd Zaki mendedahkan bagaimana Abdullah Saamah menerima cek bernilai RM50,000 dari Muhyidin Yasin untuk bantuan kepada Pondok Geting. Mohd Zaki juga mendedahkan bahawa Pondok Geting sebenarnya tidak wujud dan gelaran Tuan Guru yang diberikan kepada Abullah Saamah hanyalah dibuat untuk mengaburkan pandangan rakyat. Tontoni video dibawah. | ||
Posted: 12 Aug 2012 02:52 PM PDT
Menurut sebuah kumpulan hak asasi manusia, penduduk Muslim itu menjadi sasaran serangan pembunuhan, rogol, perpindahan secara paksa dan pembersihan etnik. "Raja Abdullah telah mengarahkan bahawa bantuan berjumlah AS$50 juta akan diperuntukan kepada warga Muslim Rohingya di Myanmar," menurut satu laporan yang disiarkan media Arab Saudi semalam. Bagaimanapun, media itu tidak menyatakan pihak yang melakukan penderaan ke atas etnik Rohingya. Pertubuhan hak asasi Human Rights Watch menyatakan pada 1 Ogos lalu bahawa etnik Rohingya ditangkap beramai-ramai, dibunuh dan dirogol anggota-anggota pihak berkuasa. Terdapat 800,000 etnik Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai penduduk di Myanmar. Pada minggu lalu, Kabinet Arab Saudi mengutuk keganasan terhadap penduduk Muslim di Myanmar. Dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 31 Julai lalu di Jeddah, Arab Saudi, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mendesak anggota-anggotanya menghantar bantuan kepada etnik Rohingya. Keganasan di Rohingya bermula pada Jun lalu setelah beberapa orang daripada etnik itu dituduh merogol seorang wanita etnik Rakhine yang beragama Buddha. Kumpulan etnik Rakhine kemudian menyerang penduduk Rohingya sehingga menyebabkan sebahagian mereka melarikan diri ke Bangladesh. - Agensi | ||
Tidak Yakin Kepada Najib Punca Mereka Mahu Lompat Parti Posted: 12 Aug 2012 06:58 AM PDT KOTA MARUDU: Senator Datuk Maijol Mahap tidak yakin terhadap kewibawaan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang diumum Datuk Seri Najib Razak, pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13. Bercakap di perhimpunan Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Kota Marudu, beliau berkata, rakyat Sabah menunggu bertahun-tahun lamanya tetapi masalah pendatang tanpa izin tidak pernah selesai. Justeru, katanya, bekas Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu mengisytihar keluar BN kerana tiada sebab untuk beliau yakin dengan pengumuman pada saat-saat akhir yang dibuat Perdana Menteri itu. Pada 11 Ogos lalu, Najib mengumumkan pembentukan RCI berhubung pendatang tanpa izin di Sabah dan akan dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Steve Shim dan dianggotai empat lagi panel. Dalam majlis itu, Maijol menyatakan beliau meninggalkan BN adalah kerana hilang keyakinan bahawa BN benar-benar bersungguh-sungguh mahu membela nasib penduduk Sabah. "Saya tidak ingin dimaki oleh generasi akan datang kerana tidak berjuang," katanya yang turut mengumumkan untuk meninggalkan semua jawatannya dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan Turut hadir, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution; Naib Presiden, Tian Chua; dan pengasas APS, Datuk Seri Wilfred Bumburing. Dalam pada itu, Bumburing dalam ucapannya berkata, Najib hanya mengumumkan pembentukan RCI apabila protes untuk meninggalkan BN mencapai tahap tertinggi. "BN kata Sabah adalah fixed deposit (simpanan tetap). Saya nak tanya, fixed deposit daripada siapa? Orang Sabah atau pendatang tanpa izin?" katanya lagi. | ||
Bukan Mahu Mendabek Dada.., Tetapi Separuh Sabah Sudah Dalam Genggaman Posted: 12 Aug 2012 02:32 AM PDT Mungkin terlalu awal untuk saya mengatakan Sabah akan tumbang dan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi kalau orang bertanya saya mengenai Sabah, saya akan jawab Sabah kini sudah separuh dalam genggaman Pakatan Rakyat. Kedudukan Sabah kini berbanding dengan Sarawak, Sabah lebih bahaya kepada BN. Wajar kalau Najib Razak perlu kerap turun ke Sabah untuk menyelamatkan kapalnya yang bakal karam. Alhamdulilah saya dapat saksi sendiri apa yang berlaku di Sabah kini. Berbaloilah saya turun ke Sarawak dan Sabah bagi mengikuti perkembangan yang sedang berlaku. Sabah kini bagi UBN ibarat sebuah kapal yang sedang karam. Makin hari kapal itu makin senget dan bakal ghaib akan ditelan lautan. Sudah tidak ada iktiar dan usaha untuk menyalamatkan Sabah. Umno kini hanya boleh berdoa dan menyediakan mangku untuk menanda air mata saja. Selepas ini ketua menteri Sabah bukan lagi dari Umno tetapi dari Pakatan Rakyat. Seorang pegawai tinggi kerajaan dipetik sebagai berkata, ..Najib bawalah berapa ratus billion ke Sabah tidak boleh menyelamatkan Sabah. BN akan kalah di Sabah. Sejajar itu saya teringat kata-kata seorang hartawan Sarawak malam tadi yang mengatakan dia kini sedang berkempen supaya rakyat Sarawak ambil duit tetapi undi pembangkang. Maksudnya wang tidak akan memberi apa-apa erti dan jaminan lagi untuk Umno selamatkan Sabah. Rakyat Sabah memang mahukan wang, tetapi kali ini mereka tidak mungkin akan mengundi BN lagi. Mungkin kerana menyedari itu... dengan melihat body language rakyat Sabah menyebabkan pegawai kerajaan itu bermadah demikian. Ertinya Sabah sudah tenat dan sukar untuk diselmatkan lagi. Cerita Sabah akan tumbang ini saya dengar sejak beberapa minggu lagi. Sejak keberanian Lajim Ukin dan Wilfread Bamburing mengambil tindakan keluar parti meninggakkan BN. Tindakan itu mencetus semangat baru di kalangan rakyat Sabah dan menjadi membentuk momentum hari ini. Tetapi saya tidak begitu yakin kerana saya tidak apat melihat sendiri perkembangan di Sabah. Menjadi perangai saya sukar untuk mempercayai sesuatu yang hanya di khabarkan sehinggalah saya lihat, rasa dan alamai sendiri. Semasa di Makkah dua minggu lepas juga saya sudah medapat berita berkenaan. Bahawa berlaku gelombang dan kesesaran politik besar di Sabah. Anihnya gelombang itu bukan kerana ia meriak dari Kuala Lumpur, tetapi ia meletus di Sabah sendiri. Gelombang yang bakal menenggelamkan kerajaan UBN Sabah bukan panggilan dari Kuala Lumpur tetapi ia muncul dari Sabah sendiri. Atas tanggungjawab itu maka saya menyusahkan diri terbang ke Kuching kemudian ke Sabah untuk semata-mata untuk melihat dengan mata kepala saya sendiri mengenai apa yang berlaku. Pada catatan permulaan ini saya tidak mahu membongkar berbagai kepelikan dan keanihan yang berlaku di Sabah yang mengarah kepada perubahan besar politik di negeri bawah bayu ini. Cukup kalau saya menyebut pertemuan Anwar dengan para pemimpin politik Sabah tengah hari tadi mengesahkan kata-kata bahawa Sabah di ambang kehancur buat UBN. Para arkitek politik Sabah sedang merangka bagaimana proses penumbangan itu dan memikirkan pula bagaimana untuk membangun bentuk politik baru yang lebih diterima serta menyakinkan. Belum pernah rasanya peristiwa seperti ini berlaku. Dan ini amat menggembirakan Anwar saya kira yang secara tidak langsung perjuangan Anwar selama 10 tahun dalam kandang penderitaan sudah disedari akan kepentingan dan keperluannya. Anwar kini sedang mengutip hasil dari perjuangannya menyedar dan membela rakyat yang dilakukannya. Bagaimana apa yang Anwar sebutkan, kebangkitan adalah kebangkitan rakyat yang perlu ditangani sebagai mungkin hendaklah tersemat di dalam hati. Bertempat di sebuah hotel di bandaraya Kota Kinabalu Anwar mengadakan satu pertemuan separuh sulit dengan beberapa tokoh politik Sabah. Sebaik tiba di airport Anwar ke hotel berkenaan. Di situ sudah sedia menanti tokoh-tokoh politik Sabah untuk berjumpa dengan beliau. Anwar hari ini diletak sebagai dewa yang akan membuka lembaran baru di Sabah. Ketika saya menjenguk masuk ke dalam bilik pertemuan itu ditingkat satu hotel berkenaan, ternampak Yong Teck Lee, Jefery Ketingan serta beberapa orang pimpinan kanan PKR dan juga DAP serta beberapa tokoh lain termasuk dari parti Star. Sejurus itu mereka berdua keluar dan menaiki ke tingkat atas untuk bertemu dengan Anwar. Lajim Ukin dan beberapa tokoh lain sudah pun bersama Anwar, mungkin dalam bilik peristirehatan Anwar. Menurut maklumat pertemuan itu antara lain memulakan rangka kerja lebih mantap bagaimana hendak menyelaraskan parti-parti politik yang akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Mungkin formula dicari bagaimana strategi tepat bagi menumbangkan kerajaan UBN Sabah. Ikut sama hadir dalam pertemuan itu ialah pemimpin DAP Sabah dan Kuala Lumpur. Tokoh yang saya nampak dan kenal ialah Teresa Kok. Pertemuan itu mesra dan penuh bersemangat. Setiap wajah yang tersapa oleh mata cerita dan sumringah. Cuma apa yang mungkin sedikit mengilankan, saya tidak nampak wakil Pas yang hadir. Kalau wakil Pas turut sama hadir maka boleh disifatkan pertemuan tengah hari tadi penting dan menjadi titik tolak ke arah pakatan menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Musa Aman. - MSO |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan