Rabu, 29 Ogos 2012

Biaqpila

Biaqpila


MANA AHMAD MASLAN,TAK NAK PI MOTONG GETAH KA?

Posted: 29 Aug 2012 05:00 AM PDT




Penoreh gesa media dedah harga getah semasa

BALING: Seorang penoreh getah dari Kampung Caruk Bemban, Kupang, Zakaria Abdul Wahab, 58, mencabar media massa di negara ini membuat tinjauan segera mengenai harga getah semasa yang makin jatuh merudum.


Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh beberapa minggu lagi.


Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan 2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh.


"Saya cabar media massa di negara ini buat tinjauan segera tentang harga getah yang dah merudum teruk. Dulu tinggi sehingga mencecah RM4.50 sehingga RM5.00 sekilo tetapi kini jatuh tertiarap RM2.30 sehingga RM2.70 sekilo," ujarnya ketika ditemui.


Menurutnya, media pro Umno dan Barisan Nasionall (BN) bertindak tidak adil kerana enggan melaporkan sebarang berita mengenai harga pasaran getah sekarang berbanding dahulu di mana mereka sanggup turun ke ladang getah semata-mata bertemu penoreh dengan tujuan mengambil gambar kononnya para penoreh mulai menikmati kehidupan yang lebih sempurna hasil pentadbiran BN.


Katanya, ada juga yang mengambil gambar penoreh datang menoreh dengan kereta kerana menikmati harga yang melambung dan mewawancara golongan bergelar 'makcik dan pakcik' demi memuaskan kehendak politik Umno dan BN.


Tidak dinafikan tambah beiau, dulu terdapat kakitangan kerajaan atau mereka yang berpendapatan tinggi turun ke ladang getah menoreh semata-mata mahukan pendapatan lebih.

"Contohnya guru yang mengajar di sebelah petang akan menoreh di sebelah pagi manakala bagi mereka yang mengajar pagi mengambil kesempatan berbuat demikian di sebelah petang.

"Kadang-kadang jika dilihat ianya macam nak tergelak," jelas beliau yang lebih mesra di panggil Pak Ya Baling.

HD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PARTI KOLAM MANDI - BIKINI WARS

Posted: 29 Aug 2012 02:22 AM PDT



DEY MACHA!!!
KITA DOK SIBUK JANJI DICAPATI
DEPA SIBUK BUAT PARTI KAT SINI
KAH! KAH! KAH!

MOHON FRU PI SEMBOQ AYAQ KIMIA
ADA JUGAK PEKDAH
PASAI YANG NI LAGI BAHAYA DARI BERSIH 3
KAH! KAH! KAH!

MENTERI KEBUDAYAAN PUN KENA SIASAT
INI BUDAYA DARI MANA
BUDAYA K-POP KESUKAAN MENTERI K-POP KA APA?
MOHON ASAN ALI JUGAK PI SIASAT AKIDAH SORANG-SORANG
KAH! KAH! KAH!

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PEKERJA DIPAKSA HADIR PROGRAM JANJI DICAPATI

Posted: 28 Aug 2012 09:00 PM PDT



DEY MACHA!!!
REJIM UMNOBN MAKIN TERDESAK CARI SOKONGAN
TERPAKSA PAKSA PEKERJA KE PROGRAM JANJI DICAPATI
KAH! KAH! KAH!

BUKAN SAJA KAKITANGAN DBKL YANG DIPAKSA
DENGAQ CERITA BADAN KERAJAAN,BADAN BERKANUN,LEMBAGA
SEMUA DEPA PAKSA PI JANJI DICAPATI
KAH! KAH! KAH!

AGAK-AGAK BOLEH LAWAN DENGAN HIMPUNAN JANJI DEMOKRASI
RAIS YATIM TUKANG KIRA KEHADIRAN JANGAN DOK MARK UP LEBIH SANGAT
KAH! KAH! KAH!

HIMPUNAN JANJI DEMOKRASI TAK KENA PAKSA
ITULAH BEZANYA DENGAN JANJI DICAPATI
KAH! KAH! KAH!

JADI KITA PAKAT TURUN RAMAI-RAMAI
KE DATARAN MERDEKA PADA MALAM MERDEKA NI
KITA SAMBUT JANJI DEMOKRASI


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

JENAKA PA SYSTEM DI ZAMAN WIRELESS

Posted: 28 Aug 2012 06:00 PM PDT


Oleh Abu Nawas

Jika dulu ramai orang melayu marahkan komunis kerana kononnya komunis ini zalim dan kejam dengan berbagai kesusahan telah di timbulkan kepada rakyat. British bakar kampong-kampung kemudian kata komunis yang bakar.

British bunuh orang melayu lepas tu kata komunis yang bunuh. Komunis penjarakan orang melayu mereka kata komunis yang tangkap dan kurung orang melayu. Jika sewaktu itu pun bukan semua orang percaya dengan propaganda pihak British, apakah pihak yang sedang memperbodohkan rakyat sekarang ini yakin bahawa propaganda yang sedang mereka lakonkan, rakyat akan percaya?

Di zaman maklumat hanya mengunakan ibu jari pada hari ini apakah mereka masih merasakan tahap pemikiran generasi hari ini sama seperti generasi zaman Knight Rider atau Airwolf.

Mungkin pada ketika itu manusia akan kagum dengan kereta yang boleh bercakap dan pandu sendiri seperti Knight Rider dan Helikopter yang boleh memusing 360darjah seperti Airwolf.

Silalah tayang kembali gambar-gambar yang mereka rasa hebat pada ketika itu kepada anak-anak 5 atau 6 tahun pada zaman sekarang ini. Ianya hanyalah sama taraf dengan rancangan raja lawak bagi mereka.

Maka dengan itu kepada golongan yang merasakan perang saraf mereka untuk mencetuskan pergaduhan kaum dan agama dengan membuang kepala babi di masjid, bolehlah kita samakan dengan mereka ini peminat rancangan TV pada tahun 80an. Zaman ketika TV di Malaysia baru menerima gambar berwarna.

Maka adalah menjadi satu kesedihan kepada mereka ini juga apabila lawak mereka tidak pernah menjadi. Mereka sepatutnya tahu generasi hari ini bukannya seperti penyiasat pujaan hati mereka si Jefri Zain lakonan Senator Jins Shamsudin tu tetapi generasi hari lebih yakin dengan cara penyiasatan penyiasat pesendirian Detektif Conan…

Oleh itu apalah yang ada bagi anak muda pada jenaka PA Sistem akan rosak kalau orang datang beramai2 sambut medeka di dataran...

credit to wasiatpejuang.blogspot.com

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: