Biaqpila |
- Gadis Dirogol dan Dibunuh dengan Kejam di Ambang Aidilfitri
- Kafir harbi celah mana?
- Jual Beli Fatwa Lebih Untung Daripada Jual Beli Unta
Gadis Dirogol dan Dibunuh dengan Kejam di Ambang Aidilfitri Posted: 15 Aug 2012 07:00 AM PDT KAJANG – Hasrat seorang pekerja kilang untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Tawau, Sabah tidak kesampaian apabila dia dirogol dan dibunuh dengan kejam di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong di sini kelmarin. Mayat Sabturiah Faisal, 19, berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam. Kakak mangsa, Samsiah Faisal, 27, ketika ditemui berkata, dia dan suaminya yang pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama Sabturiah terkejut melihat adiknya yang sudah tidak bernyawa di atas lantai di dalam bilik tidur gadis itu. Saya balik kerja kerana hendak berbuka puasa bersama-sama tetapi apabila sampai di rumah saya melihat tubuhnya terlentang dan sudah tidak bernyawa. "Ketika saya jumpa, dia berpakaian lengkap (baju T dan seluar sukan) tetapi ada kesan lebam pada tangan kanan," kata Samsiah ketika ditemui di tempat kejadian di sini. Polis yang menyiasat mayat mangsa mendapati ada kesan lebam pada leher, perut dan tangan kanan anak ketujuh daripada 12 beradik itu. Difahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya. Menjelas lanjut, Samsiah memberitahu, dia dan suami yang membuat pemeriksaan di dalam rumah mendapati beberapa barang berharga dan wang tunai sebanyak RM500 miliknya lesap. "Tiada kesan umpil dan keadaan rumah saya juga tidak berselerak seolah-olah penjenayah terbabit tahu tempat kami menyimpan barang berharga," katanya dengan memberitahu jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM3,000. kakisembang KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 15 Aug 2012 04:18 AM PDT Tak terhujah dek UMNO-BN perihal rasuah dan perasuah yang tak terjawab tu. Tak terbalas pantun yang dijual, tak terkejar angin bertiup. Maka terpaksalah mereka cipta fitnah dan tohmah terbaru, atau tidak-tidaknya memuntahkan kembali modal politik lama. Kepada yang belum faham, ketahuilah bahawa DAP bukanlah parti 'agama', DAP juga tidak gemar menggunakan hujah agama, akan tetapi, sering sahaja DAP diheret ke kancah politik 'agama'. Sudah beberapa kali Utusan Malaysia kalah saman tapi nampaknya mereka makin tidak serik dan tidak cerdik. Modal terbaru mereka katanya "Haram sokong DAP". DAP si kafir harbi, kata pecacai UMNO. Ini kerja buat yang bahaya dan ancaman terhadap keamanan Malaysia dan mampu menggugat demokrasi berparlimen. Rasanya, Utusan dan UMNO peduli apa kan? Dulu kena 'kafir, sekarang kafirkan orang Dulu UMNO kata PAS kafirkan dia. UMNO juga menuduh PAS merasuah syurga kepada pengundi. Kemudian bila PAS bekerjasama dengan DAP, PAS pula dianggap berkawan dengan 'syaitan'. Sekarang, UMNO melalui Utusan Malaysia keluar fatwa "Haram sokong DAP". Dulu UMNO 'kena" kafir, sekarang kafirkan orang pula. Ini politik balas dendam. Mudahnya mereka memijak agama. UMNO sering saja menuduh orang lain menggunakan agama untuk kepentingan politik sedangkan mereka sendiri yang memperkudakan agama demi kepentingan politik mereka. Bukti dah depan mata kan? Masa demonstrasi BERSIH, UMNO sibuk-sibuk minta Majlis fatwa keluarkan fatwa berdemo. Tapi dalam isu "Haram sokong DAP", cukuplah Utusan Malaysia menjadi 'wakil' majlis fatwa. UMNO tidak akan peduli apa kalau mereka terdesak, sejarah takkan padam. Lihatlah gelagat dan gelojohnya UMNO melawan raja-raja Melayu. Mungkin mereka ingat orang Melayu sudah lupa kebiadapan mereka terhadap raja-raja. Mereka sudah lama menderhaka. Ini satu hal juga. Bintang UMNO semakin malap. Justeru, tidak boleh tidak terpaksalah mereka menubuhkan tim Ulama Muda UMNO (ILMU). Mereka juga mahu ikut arus 'Islam' sepertimana yang lain. Inilah 'Islam' gaya UMNO yang lebih berbau opportunis daripada menegakkan keadilan dan menentang rasuah serta salah guna kuasa. Mana Negara Islam UMNO? Katanya "Haram sokong DAP" sebab DAP menentang negara Islam dan golongan ini disebut kafir harbi. Tapi kita pun harian, bila pula Malaysia menjadi sebuah 'Negara Islam'? Perlembagaan Persekutuan itulah yang kita guna sampai sekarang dan perjuangan DAP pula berpegang teguh kepada perlembagaan sedia ada. Ini fakta sebenar Malaysia. Timbul pula persoalan lain. Kalau UMNO mahukan negara Islam, mana dia kerangka negara Islam yang UMNO mahukan? Mana dia 'Dokumen Negara Islam UMNO?' Kalau Malaysia 'Negara Islam', Perlembagaan Persekutuan itu sudah tidak ada lagi. Atau mungkin sebab Tun Mahathir pernah isytihar Malaysia sebagai negara Islam? Dan selepas diisytiharkan, rasuah, penyelewengan terus bergelumang. Hak asasi dan kebebasan disekat. Inikah "negara Islam" yang dibangga-banggakan UMNO? Memanglah mudah sebab lidah tak bertulang. Kalaulah begitu, suruh sahaja Najib isytihar Malaysia ni negara Melayu. Kan senang… Usah dikira PAS. PAS sejak dahulu lagi jelas dan terang mahukan Negara Islam, mereka bersetuju untuk berbeza pendapat dengan perjuangan DAP dan mampu mencapai kata sepakat bersama PKR dalam memperjuangkan kemaslahatan umum. Malah ciri dan nilai negara Islam PAS telah termaktub dalam Negara Berkebajikan. Yang penting isinya, bukan nama indah tapi bergelumang dengan kezaliman dan kekejaman. Pakatan Rakyat terbukti mampu bertoleransi demi membina sebuah Malaysia yang baru. UMNO bagaimana? Soal cita-cita politik merupakan soal terakhir, pokok pangkalnya sekarang adalah bagaimana memainkan peranan dalam real politik semasa. Nampaknya UMNO semakin celaru dan tenggelam dalam mainan politik mereka. Delusi Utusan Malaysia Utusan Malaysia terus hidup dalam delusi dan cuba menarik seramai mungkin rakyat terutamnya orang Melayu untuk sama-sama berdelusi. Mereja menjaja isu perkauman, membakar sentimen agama. Isu kafir harbi yang ditimbulkan merupakan isu mengarut dan terpesong. Suka saya memetik tulisan Dr. Maszee Malik ketika mengulas isu ini antara lain katanya; "Di zaman ini, warga atau rakyat non-Muslim yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi. Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan non-Muslim." Malaysia tak pernah jadi negara Islam Hakikatnya, sejak kemerdekaan dicapai Malaysia merupakan sebuah kerangka negara demokrasi dan sekular serta meraikan kepelbagaian budaya dan agama dengan meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. Merdeka Malaya adalah mengikut acuan British. Kalaulah UMNO bermodal kepada pengurusan dan pembangunan Islam untuk merujuk Malaysia sebagai Negara Islam, mereka salah. Di negara-negara majoriti umat bukan Islam, banyak sahaja masjid-masjid dibina dan diimarahkan, ada sistem perbankan Islam, ada takaful Islam, ada agensi yang memantau produk makanan halal, mereka juga menghantar wakil untuk bertanding ke Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa. Seperti di Amerika syarikat sendiri, termasuk Hong Kong, China dan sebagainya, mereka juga punya Pusat Islam malah negara jiran kita di Singapura juga mempunyai Majlis Ugama Islam Singapura. Begitu juga hal yang sama di Kemboja serta banyak lagi negara bukan Islam. Ini termasuklah badan-badan yang menguruskan hal ehwal umat Islam untuk menunaikan haji. Soal untuk mengumumkan negara Islam perlulah betul dan bukan sekadar bukan cakap semberono. Selagi ada Perlembagaan Persekutuan, selagi itu kita adalah negara majoriti umat Islam dengan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Biarpun laporan Utusan tersebut bahaya, tetapi ada juga yang lucu, sudahlah Malaysia bukan negara Islam (yang UMNO sendiri tidak benarkan penubuhan negara Islam). Tiba-tiba muncul pula golongan kafir harbi menentang negara Islam tersebut. Kafir harbi celah mana datang? Segala tuduhan dan dakwaan yang tidak bertanggungjawab Utusan Malaysia ini tidak lain untuk mengalihkan perhatin rakyat kepada perkara pokok permasalahan utama di Malaysia. Ingin saya memetik kata mutiara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng "Jika kita hapuskan rasuah, BN mati… Tapi jika kita tak hapuskan rasuah Malaysia akan mati…" – Roketkini.com KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Jual Beli Fatwa Lebih Untung Daripada Jual Beli Unta Posted: 14 Aug 2012 08:37 PM PDT Fatwa oleh ulardalamsemak penjilat umno/apco. MINGGU lepas, pada 8 Ogos 2012, seorang pengasas pondok Geting, Abdullah Sa'amah mengeluarkan fatwa mengharamkan orang Islam mengundi DAP. Malah beliau turut mengharamkan orang Islam mengundi parti-parti yang bekerjasama dengan DAP sambil menggelarkan parti itu sebagai kafir harbi. Nampaknya pengasas pondok ini mengeluarkan fatwa pelik kerana ada imbuhan besar bakal diterimanya. Selang tidak sampai seminggu fatwanya disiarkan dalam Utusan Malaysia, beliau menerima sumbangan RM2 juta. Abdullah Sa'amah dapat wang sogokan segera berjumlah RM2 Juta kerana mengeluarkan fatwa 'loqlaq' untuk menyelamatkan umno/apco yang sudah nyawa-nyawa ikan. ReJaM© "Jual beli fatwa lebih untung daripada jual unta... " mafiaboss2u KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan