Biaqpila |
- Usah 'jadi lembu' pengakhiran Ramadan ini
- Panas! KAPAL UMNO/BN DISABAH DAH MULA KARAM ???
- LIVE: Chelsea vs Manchester City
- GADIS KEMBAR SIAM BERKONGSI BADAN
- LAWAK AHAD: JIN PUN TAKLEH CARI MAKAN
- Dato' Tamrin Tun Ghafar sertai PAS
Usah 'jadi lembu' pengakhiran Ramadan ini Posted: 12 Aug 2012 03:00 PM PDT Oleh Lanh PADA hari-hari menjelang Raya ini terkenang saya akan 'seni kerja tangan unik' orang tua-tua Melayu-Melaka yang sudah pupus. Jika pembaca anak Melaka yang membesar pada tahun-tahun 70-an atau lebih awal, mungkin perasaan kerja tangan mudah ini ketika berkunjung ke rumah-rumah orang veteran. Ketika era 1960-an, saya cukup teruja dengan susunan botol-botol berisi air berwarna yang dipamerkan di rak-rak yang orang Melaka panggil para. Ada barisan air berwarna merah, hijau, biru dan sebagainya. Apabila botol-botol air warna yang sama bentuk dan saiznya disusun sedemikian rupa (mungkin 20 atau 30 botol), ia dengan serta-merta menjadi tarikan kanak-kanak seperti saya ketika itu. Ada kalanya ketika cahaya matahari menyimbah ke dalam rumah dan mengenai botol-botol berwarna itu, ia menghasilkan cahaya berwarna yang sungguh cantik (bagi sayalah ketika itu). "Nek, nak air sirap tu!" pinta saya, tak tahan melihat 'godaan' air berkilauan itu. Tetapi sungguh memeranjatkan apabila tuan rumah yang saya panggil 'nenek' itu dengan lembut memberitahu saya bahawa air itu bukan untuk diminum. Ia hanya sebagai perhiasan saja! Sungguh menghairankan saya, 'air secantik' itu hanya menjadi hiasan, kalaulah boleh masuk ke dalam tekak saya, tentu sedappp! Lama kemudian barulah saya tahu, 'air cantik' itu dihasilkan daripada air yang direndam dengan kertas warna. Air itu kemudian ditapis; sisa kertas warna dibuang manakala air dimasukkan dalam botol-botol berkenaan. Botol-botol itu kemudian disusun di para-para, biasanya para di atas sekatan ruang tamu dan dapur supaya tetamu dapatlah melihat dengan jelas keindahan botol-botol berisi air berwarna itu! Ya hasil seni ini cantik tetapi awas, airnya bukan untuk diminum! Sekarang ini tiada satu pun rumah orang Melayu yang saya kunjungi pada hari raya ada dipamerkan air berwarna. Ia hanya berada dalam memori orang seangkatan saya atau orang lebih tua. Sempena kehadiran penghujung Ramadan ini, teringat juga saya 'kerja seni' orang lama Melayu-Melaka yang bermati-matian membuat kuih tradisional untuk sambutan hari raya. Antara kuih itu adalah dodol dan wajik. Dodol seolah-olah hidangan kemestian pada hari raya. Hampir setiap rumah, anggota keluarganya akan terbabit membuat dodol. Kerja membuat dodol terutama mengacaunya amat berat dan lama. Berdasarkan pengalaman saya, sebaik saja selepas sahur, kuali besar sudah diletakkan di atas tungku, api mulai dinyalakan dan santan dituang dan dikacau. Kerja mengacau kelihatan mudah, tetapi awas, bahan dikacau itu semakin lama semakin pekat dan likat, maklumlah selepas dimasukkan gula melaka dan sebagainya. Kerja mengacau itu tersangat lama, mungkin hanya berakhir selepas zuhur atau asar! Pertengahan waktu sebelum dodol masak adalah saat ditunggu kanak-kanak seperti saya (belum balighlah) kerana kami akan dipanggil beramai-ramai untuk makan dodol cair yang diseduk dan diletakkan di atas daun pisang. Ya, di kalangan keluarga kami, hanya kanak-kanak yang dibenarkan makan dodol cair itu, orang dewasa tidak sama sekali. Namun saya dimaklumkan, di sesetengah tempat, ada orang tua pun mencuba dodol yang sedap itu apatah lagi mereka sudah berlalu penat, berhempas pulas 'mendayung' (mengacau) dodol dari subuh sampai asar. Mereka tak puasa pun. Ada yang tertinggal solat subuh, zuhur dan asar kerana leka membuat dodol. Sama seperti 'seni' membuat 'air warna', 'seni' membuat dodol pun sudah mati. Sudah puluhan tahun, saya tidak lagi 'mengacau' dodol. Kalau teringin makan dodol 'order' saja atau pergilah ke gerai-gerai di tepi jalan. Tetapi semua itu tidak dapat menyaingi 'dodol cair' yang saya nikmati puluhan tahun lalu! Kalau ada orang boleh tak puasa kerana dodol, hari membantai (bergotong royong menyembelih lembu, kambing) menjelang Aidilfitri juga menjadi penyebab segelintir orang tak puasa. Mereka berkata nak rasa daging baru. Namun sama seperti 'seni' membuat dodol, acara membantai juga kian pupus. Kebanyakan urusan sekarang dilakukan secara komersial. Sekarang ini akan muncullah gerai-gerai menjual daging di tepi jalan menjelang hari berbahagia itu. Namun apa yang saya perhatikan, ada orang bagaikan 'sudah jadi lembu' dalam mengendalikan perniagaan. Siang malam dengan bisnes lembunya malah tengah hari Jumaat ketika orang sibuk ke masjid, mereka tetap tekun di gerai daging lembunya. Demikian juga orang yang terbabit dalam bisnes lain dan para pembeli. Siang malam, berniaga dan 'bershopping' sakan untuk beraya. Tidak kira waktu sembahyang ke, malam ganjil 10 hari terakhir Ramadan ke, mereka tidak peduli. Yang penting hajat mereka untuk melaram raya ini tercapai. Kesimpulannya, ingatlah wahai diri sendiri terutamanya dan semua, janganlah kita 'jadi lembu' pada hujung Ramadan ini dengan membuat perkara atau 'seni sia-sia' sebaliknya berusaha keras untuk mendapatkan tawaran istimewa Allah SWT termasuk dalam memburu Lailatulqadar-Nya! DD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Panas! KAPAL UMNO/BN DISABAH DAH MULA KARAM ??? Posted: 12 Aug 2012 08:37 AM PDT Pertemuan Sulit Yang Terbuka Di Sabah Mungkin terlalu awal untuk saya mengatakan Sabah akan tumbang dan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi kalau orang bertanya saya mengenai Sabah, saya akan jawab Sabah kini sudah separuh dalam genggaman Pakatan Rakyat. Kedudukan Sabah kini berbanding dengan Sarawak, Sabah lebih bahaya kepada BN. Wajar kalau Najib Razak perlu kerap turun ke Sabah untuk menyelamatkan kapalnya yang bakal karam. Anwar berkata sesuatu sebelum memasuki ke bilik pertemuan. Alhamdulilah saya dapat saksi sendiri apa yang berlaku di Sabah kini. Berbaloilah saya turun ke Sarawak dan Sabah bagi mengikuti perkembangan yang sedang berlaku. Sabah kini bagi UBN ibarat sebuah kapal yang sedang karam. Makin hari kapal itu makin senget dan bakal ghaib akan ditelan lautan. Sudah tidak ada iktiar dan usaha untuk menyalamatkan Sabah. Umno kini hanya boleh berdoa dan menyediakan mangku untuk menanda air mata saja. Selepas ini ketua menteri Sabah bukan lagi dari Umno tetapi dari Pakatan Rakyat. Seorang pegawai tinggi kerajaan dipetik sebagai berkata, ..Najib bawalah berapa ratus billion ke Sabah tidak boleh menyelamatkan Sabah. BN akan kalah di Sabah. Sejajar itu saya teringat kata-kata seorang hartawan Sarawak malam tadi yang mengatakan dia kini sedang berkempen supaya rakyat Sarawak ambil duit tetapi undi pembangkang. Maksudnya wang tidak akan memberi apa-apa erti dan jaminan lagi untuk Umno selamatkan Sabah. Rakyat Sabah memang mahukan wang, tetapi kali ini mereka tidak mungkin akan mengundi BN lagi. Mungkin kerana menyedari itu... dengan melihat body language rakyat Sabah menyebabkan pegawai kerajaan itu bermadah demikian. Ertinya Sabah sudah tenat dan sukar untuk diselmatkan lagi. Cerita Sabah akan tumbang ini saya dengar sejak beberapa minggu lagi. Sejak keberanian Lajim Ukin dan Wilfread Bamburing mengambil tindakan keluar parti meninggakkan BN. Tindakan itu mencetus semangat baru di kalangan rakyat Sabah dan menjadi membentuk momentum hari ini. Tetapi saya tidak begitu yakin kerana saya tidak apat melihat sendiri perkembangan di Sabah. Menjadi perangai saya sukar untuk mempercayai sesuatu yang hanya di khabarkan sehinggalah saya lihat, rasa dan alamai sendiri. Semasa di Makkah dua minggu lepas juga saya sudah medapat berita berkenaan. Bahawa berlaku gelombang dan kesesaran politik besar di Sabah. Anihnya gelombang itu bukan kerana ia meriak dari Kuala Lumpur, tetapi ia meletus di Sabah sendiri. Gelombang yang bakal menenggelamkan kerajaan UBN Sabah bukan panggilan dari Kuala Lumpur tetapi ia muncul dari Sabah sendiri. Atas tanggungjawab itu maka saya menyusahkan diri terbang ke Kuching kemudian ke Sabah untuk semata-mata untuk melihat dengan mata kepala saya sendiri mengenai apa yang berlaku. Pada catatan permulaan ini saya tidak mahu membongkar berbagai kepelikan dan keanihan yang berlaku di Sabah yang mengarah kepada perubahan besar politik di negeri bawah bayu ini. Cukup kalau saya menyebut pertemuan Anwar dengan para pemimpin politik Sabah tengah hari tadi mengesahkan kata-kata bahawa Sabah di ambang kehancur buat UBN. Para arkitek politik Sabah sedang merangka bagaimana proses penumbangan itu dan memikirkan pula bagaimana untuk membangun bentuk politik baru yang lebih diterima serta menyakinkan. Belum pernah rasanya peristiwa seperti ini berlaku. Dan ini amat menggembirakan Anwar saya kira yang secara tidak langsung perjuangan Anwar selama 10 tahun dalam kandang penderitaan sudah disedari akan kepentingan dan keperluannya. Anwar kini sedang mengutip hasil dari perjuangannya menyedar dan membela rakyat yang dilakukannya. Bagaimana apa yang Anwar sebutkan, kebangkitan adalah kebangkitan rakyat yang perlu ditangani sebagai mungkin hendaklah tersemat di dalam hati. Bertempat di sebuah hotel di bandaraya Kota Kinabalu Anwar mengadakan satu pertemuan separuh sulit dengan beberapa tokoh politik Sabah. Sebaik tiba di airport Anwar ke hotel berkenaan. Di situ sudah sedia menanti tokoh-tokoh politik Sabah untuk berjumpa dengan beliau. Anwar hari ini diletak sebagai dewa yang akan membuka lembaran baru di Sabah. Ketika saya menjenguk masuk ke dalam bilik pertemuan itu ditingkat satu hotel berkenaan, ternampak Yong Teck Lee, Jefery Ketingan serta beberapa orang pimpinan kanan PKR dan juga DAP serta beberapa tokoh lain termasuk dari parti Star. Sejurus itu mereka berdua keluar dan menaiki ke tingkat atas untuk bertemu dengan Anwar. Lajim Ukin dan beberapa tokoh lain sudah pun bersama Anwar, mungkin dalam bilik peristirehatan Anwar. Menurut maklumat pertemuan itu antara lain memulakan rangka kerja lebih mantap bagaimana hendak menyelaraskan parti-parti politik yang akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Mungkin formula dicari bagaimana strategi tepat bagi menumbangkan kerajaan UBN Sabah. Ikut sama hadir dalam pertemuan itu ialah pemimpin DAP Sabah dan Kuala Lumpur. Tokoh yang saya nampak dan kenal ialah Teresa Kok. Pertemuan itu mesra dan penuh bersemangat. Setiap wajah yang tersapa oleh mata cerita dan sumringah. Cuma apa yang mungkin sedikit mengilankan, saya tidak nampak wakil Pas yang hadir. Kalau wakil Pas turut sama hadir maka boleh disifatkan pertemuan tengah hari tadi penting dan menjadi titik tolak ke arah pakatan menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Musa Aman.-MSO DEMOLONIE KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
LIVE: Chelsea vs Manchester City Posted: 12 Aug 2012 05:37 AM PDT FULL TIME: CHELSEA 2-3 MANCHESTER CITY Live Streaming Video Football : Community Shield action from Villa Park Sunday (12 August 12) 20:30 (GMT +8) JIKA TIDAK BERFUNGSI SILA KLIK DI SINI. KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
GADIS KEMBAR SIAM BERKONGSI BADAN Posted: 11 Aug 2012 10:21 PM PDT TERKENAL... pasangan kembar itu belajar di sekolah swasta dan popular di kalangan rakan. MEREKA diberi harapan untuk hidup hanya beberapa hari saja. Namun, kembar Siam, Abigail dan Brittany Hensel, bukan saja membuktikan doktor tersilap, malah mengejutkan pakar perubatan dengan perkembangan mereka, daripada kanak-kanak comel, kemudian menjalani kehidupan seperti remaja lain dan yang terbaru, membesar menjadi gadis menawan. Kini, kembar berusia 22 tahun itu yang berkongsi satu badan, akan muncul dalam rancangan realiti sendiri, mengisahkan kehidupan mereka selepas menamatkan pengajian di Universiti Bethel, Minnesota, Amerika Syarikat, usaha mencari kerja dan lawatan ke seluruh Eropah bersama rakan. IKATAN LUAR BIASA... Abigail dan Brittany diberikan peluang menerbitkan rancangan realiti televisyen mereka sendiri. PERKEMBANGAN MENAKJUBKAN... kembar siam berusia 22 tahun itu berkongsi satu badan, menamatkan pengajian di Universiti Bethel di Minnesota. TOLAK ANSUR... pasangan kembar itu ketika kanak-kanak. MENUNGGANG MOTOSIKAL... Abigail dan Brittany ingin menikmati kebebasan seperti remaja normal lain. Kembar Siam itu mula mendapat perhatian dunia pada 1996 apabila muncul dalam The Oprah Winfrey Show dan menghiasi muka depan majalah Life. Sejak itu mereka menjalani kehidupan biasa bersama keluarga di Minnesota, jauh daripada tumpuan media sehingga mereka bersetuju muncul dalam rancangan dokumentari untuk TLC apabila mencecah usia 16 tahun. Stesen penyiar itu kemudian memberikan mereka rancangan sendiri berjudul 'Abby and Brittany' dengan siri pertama disiar pada 28 Ogos ini. Ketika Abigail dan Brittany dilahirkan pada 7 Mac 1990 di Minnesota, doktor memberitahu ibu bapa mereka, Patty, jururawat dan Mike, tukang kayu dan pereka seni taman - jangka hayat bayi mereka hanya setakat malam itu. Namun, ramalan itu jelas silap. Ketika membesar, mereka, seperti kebanyakan kembar, mempunyai personaliti dan cita rasa berbeza. Abigail yang lebih agresif dan keras hati gemar jus oren untuk sarapan manakala Brittany yang suka bergurau, hanya mahu meminum susu. Mereka juga mengejutkan doktor dengan kemampuan untuk bekerjasama ketika bermain piano. Abigail akan bermain sebelah kanan dan Brittany pada di sebelah kiri. Mereka juga gemar bermain boling, bola tampar, menunggang basikal, sofbol dan berenang. Pada hari jadi mereka ke-16, pasangan itu lulus ujian memandu, usaha yang memerlukan kerjasama mencabar untuk mengawal stereng. Ia sungguh merisaukan Patty. "Saya tidak pasti apa akan berlaku jika mereka disaman kerana memandu laju. Adakah kedua-duanya akan disaman atau Abigail saja kerana kakinya yang mengawal pemecut?" Kembar Hensel itu dipercayai satu daripada segelintir kembar Siam dicephalus dalam sejarah yang berjaya menjalani kehidupan ketika bayi. Mereka hanya bersedia berkongsi kejayaan hidup mereka dengan dunia selepas mencecah usia 16 tahun. Brittany berkata pada hari itu: "Percayalah, kami berbeza sama sekali." Namun, setakat ini tidak diketahui bagaimana mereka memutuskan untuk memilih pakaian bagi menggambarkan cita rasa unik mereka. Hanya sepasang kembar dalam setiap 40,000 dilahirkan melekat dan hanya satu peratus dari kalangan mereka berjaya hidup menjangkau usia setahun. Namun, Patty, 46, dan Mike, 47, tidak pernah terbayang untuk memisahkan anak mereka kerana bimbang seorang daripada mereka akan mati atau cacat teruk. Pemisahan mereka, jika berjaya, akan menyebabkan kedua-duanya menjalani kehidupan di atas kerusi roda kerana masing-masing akan mempunyai satu tangan dan satu kaki saja. Patty tidak tahu anak dikandungnya kembar sehingga melahirkan mereka di sebuah hospital tempatan, tempat dia bekerja. "Doktor memberitahu anak saya melekat tetapi mempunyai dua kepala," katanya ketika diwawancara pada 2006. "Mereka anak yang cantik dan istimewa. Itu yang kami rasakan sejak kali pertama melihat mereka. Saya mencium Abigail dan kemudian Brittany dan memeluk mereka. Itu yang saya lakukan setiap kali mengambil mereka dari sekolah," katanya. Keluarga Mike dan Patty tinggal di daerah pertanian yang penduduknya hanya 300 orang sejak beberapa generasi lalu dan di situlah mereka membesarkan pasangan kembar itu serta adik, Dakota, 20, dan Morgan, 18, jauh daripada tumpuan media. Meskipun Brittany lebih alah kepada kesejukan dan dua kali mengalami pneumonia, kesihatan mereka tetap baik walaupun pernah menjalani beberapa pembedahan. Ketika bayi, tangan ketiga yang tidak menjadi dibuang dari dada mereka. Pada usia 12 tahun pula, mereka menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang dan meluaskan ruang dada bagi mengelak masalah bernafas pada masa depan. Mereka belajar di sekolah swasta dan popular di kalangan rakan yang melayan mereka sama seperti orang lain. Hanya apabila keluar dari daerah kediaman mereka, perasaan pasangan itu akan terhiris kerana renungan orang yang tidak dikenali terhadap keadaan mereka. "Apabila ada kanak-kanak bertanya Abigail dan Brittany sama ada mereka mempunyai dua kepala, mereka akan berkata tidak. Kami menggalakkan mereka berkata demikian untuk memberi keyakinan kepada mereka supaya dapat mengembangkan keperibadian masing-masing seboleh mungkin," kata Patty. Ini bermakna mereka terpaksa membeli dua tempat duduk setiap kali ke pawagam walaupun hanya satu digunakan, makanan berasingan dan dua kek berbeza dengan lilin setiap tahun. Meskipun mempunyai selera tersendiri terhadap makanan, minuman, pakaian dan memiliki personaliti berbeza, badan mereka bertindak sebagai satu, walaupun mempunyai gesaan berlainan untuk makan dan tidur. Ketika makan, mereka mempunyai pinggan berbeza. Seorang memegang garpu dan seorang pisau untuk memotong makanan dan mereka bergilir-gilir menyuap makanan ke dalam mulut satu sama lain. Yang lebih menyentuh perasaan mengenai Abigail dan Brittany ialah keupayaan mereka meneruskan kehidupan seharian. Mereka sering bertengkar dan Abigail sentiasa mahu menjadi ketua. Jika gatal, seorang akan menggaru tempat yang tidak boleh dicapai oleh kembarnya. Ketika belajar matematik, seorang akan mendiamkan diri untuk membolehkan kembarnya menggunakan tangan mereka untuk mengira. Ketika Brittany menghidap pneumonia dan tidak boleh menelan ubat, Abigail dengan sukarela memakan ubat itu dengan harapan kembarnya akan sihat. Hanya sekali pasangan itu bercakap untuk berpisah, iaitu ketika kanak-kanak, apabila Abigail bosan kerana Brittany yang sakit kerana pneumonia memaksa mereka terlantar di katil. Dia mencadangkan supaya mereka dipisahkan tetapi apabila Brittany mula menangis, Abigail memberi jaminan mereka tidak akan berpisah. Setakat ini tidak jelas sama ada mereka pernah jatuh cinta atau akan bercinta dan dengan siapa? Tiga tahun lalu, laporan yang tidak dapat disahkan mendakwa Brittany bertunang tetapi butir mengenai tunangnya tidak diperoleh. Apa akan terjadi jika seorang daripada mereka berkahwin? Adakah mereka akan mempunyai anak? Ia pilihan yang perlu mereka putuskan secara bersama kerana mereka berkongsi satu sistem pembiakan. Tidak ada alasan perubatan yang menunjukkan mereka tidak boleh melahirkan anak dan kedua-duanya pernah berkata, mereka gembira jika dapat mempunyai keluarga sendiri. HM KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
LAWAK AHAD: JIN PUN TAKLEH CARI MAKAN Posted: 11 Aug 2012 06:00 PM PDT Tersebutlah kisah seorang tua miskin di sebuah negara bernama Malaysia yang menghabiskan sisa hidupnya dengan memancing di sebuah sungai, kononnya pada suatu hari dia telah menemui sebuah botol yang terapung dan tertutup rapi. Disebabkan merasa pelik, maka orang tua itu pun membuka penutup botol tersebut untuk melihat isi di dalamnya. Tiba-tiba dari dalam botol keluar asap tebal yang berkepul-kepul dan perlahan-lahan membentuk sebuah lembaga Jin raksasa. Tanpa berlengah lagi Jin itu pun bersuara "Terima kasih tuan, tuan telah membebaskan saya dari kurungan yang telah membelenggu saya selama 5000 tahun. Untuk itu tuan bolehlah meminta tiga permintaan, semuanya akan saya kabulkan dengan kuasa sakti milik saya" kata Jin. Setelah perasaan terkejut orang tua itu kembali mereda, orang tua itu pun diam sejenak untuk memikirkan permintaannya. Tidak lama kemudian dia berkata, "Baiklah Jin saya ingin tahun ini tiga kejadian besar terjadi di negara saya, pertama saya ingin melihat semua stesen tv tidak mengampu kerajaan, kedua saya mahu semua wang hasil rasuah baik oleh pihak swasta ataupun kerajaan dikembalikan semula kepada rakyat dan kesemua pelakunya dipenjarakan, ketiga saya ingin undang-undang benar-benar ditegakkan di negara saya tanpa mengira pangkat dan kedudukan." Jin itu pun berfikir sejenak, kemudian menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak bersetuju, perlahan-lahan jasadnya bertukar semula menjadi asap lalu berkumpul masuk ke dalam botol tersebut. Dari dalam botol itu si Jin berteriak, "Tuan, minta tolong agar botolnya ditutup kembali...!!!!!" KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Dato' Tamrin Tun Ghafar sertai PAS Posted: 11 Aug 2012 03:00 PM PDT Alhamdulillah, mlm ini (malam tadi) di KUIZM Taman Melewar, Dato' Tamrin serah borang menyertai PAS kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS. Saya mula rapat dengan beliau setahun yang lalu dalam majlis makan tengahari bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau kerap menghubungi saya kerana berminat dengan perjuangan membela warga Felda. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang adalah rutin kami bila bertemu di KL. Beliau juga memperkenalkan kepada saya ramai bekas pemimpin UMNO dan tokoh2 VIP yang ingin tahu mengenai isu Felda. Saya seronok bersahabat dengan beliau. Apapun persepsi orang mengenai beliau, saya punya keyakinan dan sangka baik yg mendalam kesedaran beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan. Banyak yang beliau ceritakan mengenai sejarah perjuangan ayahndanya, Tun Ghafar Baba. Bahkan kisah silamnya pun dia bagi tau. Dia tak mahu hipokrit; seolah2 masuk PAS ada agenda tertentu. Saya mula cadangkan beliau sertai PAS sebulan setengah yang lalu. Walaupun dia dapat tawaran yg sama dari kekawan lain, dia setuju dengan pandangan saya. Saya bertemu dengan beliau di Masjid Negara pada 11 Julai lalu dan menziarahi Maqam Pahlawan khususnya kubur Allayarham Tun Ghafar. Selepas itu ke rumahnya kerana beliau mengisi borang PAS di situ. Saya pencadang kepada borang keahlian beliau. Saya cuma maklumkan hal ini kepada Dr Samsuri, Setpol Presiden PAS, Nasaie Ismail, SU Akhbar Presiden dan Sdr Adly Zahri Pesuruhjaya PAS Melaka agar dpt dibincangkan tarikh sesuai beliau sertai PAS. Borang beliau saya serah kepada Ust Md Khairul SU Kerja PAS Pusat. Beliau maklumkan ujian nak sertai PAS. Ada pihak nak ugut beliau jika teruskan hasrat sertai PAS. Semlm lepas majlis buka puasa ANAK di Gombak, kami masih bincang lagi. Saya kata pada dia, PAS adalah parti yang memperjuangkan kebenaran dan Gerakan Islam. Sisa hidup kita;sumbang tenaga, idea dan wang ringgit utk ISLAM. Tentulah saya gembira bila Dato' Tamrin masuk PAS. Masa dia isi borang PAS, menitis airmata saya terharu atas kesediaannya. Kalau ada orang nak perlekeh dan kutuk dia, terpulanglah. Kita bukan maksum, sempurna dari sebarang kesilapan... Meskipun detik bersejarah malam ini, saya tidak dpt bersamanya, namun jauh di sudut hati saya timbul rasa bangga anak Bekas Timbalan Perdana Menteri bersama PAS. Alhamdulillah, syukur pada Allah! fb Mazlan Aliman KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan