Khamis, 9 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kata mereka UMNO tiada hubungan dengan Komunis.. tapi ini berita apa?

Posted: 09 Aug 2012 07:53 AM PDT


Kata seorang Naib Presiden UMNO yang bernama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

Bila dan di mana Zahid Hamidi kata macam tu sila baca di ( SINI )

Cuba korang baca berita yang terbaru tentang UMNO dan Komunis di bawah ini..


Gambar di atas sekali ialah gambar Muhyiddin yang mewakili DAP sedang bersalaman dengan Zhao Leji Setiausaha Parti Komunis China (CPC)..

Muhyiddin mewakili DAP lah.. pasal UMNO tak pernah ada hubungan dengan Komunis...

Videoclip animasi Altantuya tuntut 'Janji ditepati' disebar..Saksikan!

Posted: 09 Aug 2012 12:45 AM PDT


Zulkiflee Anwar Alhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar hari ini melancarkan klip pendek animasi politik bertajuk "1 Funny Malaysia".

Animasi berdurasi 5 minit ini merupakan klip animasi politik yang pertama di Malaysia.

"1 Funny Malaysia adalah kartun satira komedi yang mengisahkan seorang mangsa korban C-4 yang juga bekas model yang bernama ANTU TUYA bangkit dari kubur bersama anaknya dan mencari DATO NAZAK di pejabat pentadbiran beliau di PUTARJAYA.

Setelah tiba di sana, ANTU TUYA meminta DATO NAZAK supaya TEPATI JANJI dengan memberi sebahagian komisyen kepada beliau," katanya dalam kenyataan.

Kesudahan klip animasi 1 Funny Malaysia boleh disaksikan melalui link zunarcartoonist.com.

"Dengan siapnya klip animasi ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua kartunis, artis, animator dan editor yang menjayakan produksi dengan bajet rendah ini," kata beliau.

Zunar juga bercadang mahu meneruskan kesinambungan klip animasi ini jika mendapat sumbangan dan bantuan orang ramai.

"Saya bercadang untuk menyambung untuk siri-siri berikutnya, tetapi memandangkan produksi animasi memerlukan dana, saya berharap peminat dan penyokong dapat menyumbang dana melalui web saya iaitu zunarcartoonist.com," katanya - Keadilandaily


 Bersamalah kita nantikan apakah tindakan yang akan diambil oleh SKMMM pula terhadap Zunar..

Haram sokong DAP?.. Apa kata Dr. Asri..

Posted: 08 Aug 2012 10:33 PM PDT


Bagi menjayakan misi menakut-nakutkan pengundi-pengundi yang tiada capaian internet agar mereka kekal menyokong UMNO/BN dalam PRU13 ini, semalam media tunggangan UMNO telah menyiarkan 'Haram Sokong DAP' sebagai headline nya.

Ini berdasarkan fatwa Pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah yang mendakwa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Kemudiannya muncul pula Ulama Muda yang bergantung hidup dengan mencari makan dalam UMNO iaitu Fathul Bari menyokong fatwa itu.

"Allah telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya," katanya.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) juga turut menyampuk dengan mengeluarkan satu kenyataan yang agak keras.

Katanya "Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi - sepenuhnya sila baca di ( SINI )


Hari ini Utusan menyiarkan kenyataan dari Mufti Pahang pula yang mengatakan berdosa sokong parti tolak Islam.

Katanya "adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud." - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Makcik-makcik dan Pakcik-pakcik di Felda tentu yakin semua ulama sepakat mengatakan bahawa mengundi DAP itu haram dan berdosa..

Sebenarnya ianya ditujukan kepada Najib.. sebabnya Najib yang secara terang-terang telah menolak perlaksanaan hukum hudud di Negara ini.. lagipun majoriti yang mengundi DAP itu bukannya orang Islam..

Jadi apa kejadahnya Ulama-ulama di atas tu sibuk nak keluarkan fatwa sokong DAP itu haram..

Lihat video ini (siaran ulangan) dan fahamilah siapa yang tidak wajar disokong sebenarnya..



Dan apa pandangan Dr. Asri tentang fatwa demi UMNO oleh mereka-mereka di atas tu..


Katanya "Jika mengundi wakil rakyat bukan Islam semuanya haram, maka memberikan mereka jawatan Menteri atau Timbalan Menteri lebih haram lagi, Fikir sebelum mengeluarkan fatwa"

Siapa yang memberikan mereka itu jawatan?? Tentulah Najib...

APA?? Mufti Pahang kata Berdosa sokong UMNO?

Posted: 08 Aug 2012 06:20 PM PDT

Baca dan fahamkan betul-betul kalau boleh sebarkan apa yang dikatakan oleh Mufti Pahang ini sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Katanya "adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud."


Tak perlu nak diperjelaskan berulang kali parti mana yang telah menghalang dan menentang secara terang-terangan penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hukum Hudud di negara kita ini.

Sekutu UMNO dalam Barisan Nasional iaitu MCA secara total menentang perlaksanaan hukum hudud malah baru-baru ini sambil menyifatkan rancangan itu sebagai cadangan orang hilang akal, MCA telah mengugut untuk meninggalkan BN sekiranya Umno cuba melaksanakan hukum hudud.


Tak perlu kita hairankan kerana MCA menolak kerana kesemua ahlinya adalah terdiri dari bukan Islam, meskipun sudah 55 tahun mereka bersekutu bersama UMNO mereka tidak pernah mendekatkan diri dengan ajaran Islam kerana UMNO sendiripun tak berapa dekat dengan ajaran Islam.

Tetapi penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hukum Hudud ini secara jelas dan terang telah ditentang oleh Presiden UMNO iaitu Najib seorang lelaki yang berugama Islam.

Tentangan secara terbuka ini telah disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia kerana ianya telah disiarkan oleh media tunggangan UMNO iaitu TV3.

Ini kerana menurut Najib, Hudud tidak berpaksi kepada realiti.. dan Zambry menjadi saksi kata-katanya itu…

Saksikan!!

Jadi.. PRU ini jangan sokong atau undi UMNO/BN ya.. pasal MuftiPahang dah kata "Berdosa sokong parti tolak Islam"...

Tiada ulasan: