Rabu, 8 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rais kata Pakatan Rakyat tiru tema Jabatan Penerangan

Posted: 08 Aug 2012 08:40 AM PDT

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pihak pembangkang kini sudah kekeringan ilham sehingga terpaksa 'mencedok' hasil kerja kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk dijadikan sebagai ilham sendiri.

Mengulas tindakan pembangkang yang tampil dengan tema Hari Kemerdekaan mereka sendiri, beliau berkata tema itu sebenarnya pernah dipakai oleh Jabatan Penerangan dalam buku-buku perpaduan yang diterbitkan pada tahun 2009.

Beliau juga menganggap langkah itu sebagai permainan politik pembangkang yang sengaja mahu memperlekeh kejayaan BN di mata rakyat, lebih-lebih lagi tahun ini diramal sebagai tahun yang akan diadakan pilihan raya umum ke-13.

"Mereka terdesak dan kekeringan ilham. Mereka juga iri hati terhadap kejayaan dan janji yang ditepati kerajaan selama ini.


Macam balas dendam saja Menteri Re-Cycle ni..

Bila kena kat dia pandai pulak ugut nak guna saluran undang-undang.. bila dia pulak menuduh tak apa..

Yang aku tak faham ialah apa kena mengena tema hari kemerdekaan Pakatan Rakyat dengan iri hati terhadap kejayaan dan janjiUMNO/BN...

Tengok nih! Siapa Presiden MUAFAKAT label sebagai golongan kafir harbi ni...

Posted: 08 Aug 2012 06:37 AM PDT

Pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan Pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah supaya umat Islam tidak menyokong DAP.

Ini kerana DAP didakwa secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

"Allah telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya," katanya kepada Bernama hari ini.

Tambahnya umat Islam perlu mendidik golongan bukan Islam serta mendekatkan diri dengan mereka agar golongan ini menerima maklumat yang tepat mengenai dakwah Islam yang suci dan murni.



Ha..ha..ha.. nampaknya Ulama Muda UMNO ini sendiri yang telah mensia-siakan akal serta fikiran yang Allah kurniakan kepadanya..

Yalah… kalau dia tak sia-siakan akal serta fikiran yang Allah kurniakan kepadanya tentu di mampu membaca dan membezakan pihak mana yang sebenarnya patut tidak disokong..

Dalam hal Hudud ini hanya Karpal seorang dari DAP yang menentang perlaksanaannya berbeza dengan MCA yang mana boleh dikatakan hampir keseluruhan pemimpinnya menentang hudud.


Malah baru-baru ini MCA telah mengugut untuk meninggalkan BN sekiranya Umno cuba melaksanakan hukum hudud - rancangan yang disifatkan parti itu sebagai cadangan yang "hilang akal".

Itu ulasan seorang Ulama Muda UMNO yang telah mensia-siakan akal serta fikiran yang Allah kurniakan kepadanya.. sepertimana yang telah dilaporkan oleh The Malaysian Insider.

Dari laporan The Malaysian Insider itu, sebenarnya aku lebih tertarik dengan ulasan dari Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) ini..

Katanya "Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi.


Aku ulang..  Katanya "Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi.

Tengok video ini.. siapa yang menghalang atau menentang pelaksanaan hukum Islam ini sebenarnya..


Pencacai UMNO yang membaca ni, jangan tuduh aku fitnah pula.. sebab yang kata macam tu ialah Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia bukannya aku...

Lagi seorang yang tergolong dalam golongan yang dikatakan oleh Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia itu sila lihat di ( SINI )

Haram sokong DAP sebab DAP tolak Hudud.. eh! Najib pun tolak Hudud kan?

Posted: 08 Aug 2012 02:29 AM PDT


Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini memetik Abdullah sebagai mendakwa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Bagaimanapun, Abdullah mendakwa MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang menganggap kenyataan Abdullah itu tidak bermaklumat serta tidak sahih, dan PAS tidak perlu melayaninya.

"Orang awam juga dapat membezakan sama ada kenyataan itu dibuat dengan ilmu atau mengikut parti pemerintah," katanya sambil mendakwa rakyat di Kelantan 'mengenali' guru pondok itu.

"Kenyataan itu saya lihat sama (dengan kisah). Beliau tidak menasihati mengikut hukum, tetapi lebih kepada mahu senangkan pemimpin Umno.

Utusan: Guru pondok kata haram sokong DAP

Pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini mendakwa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."


Bagaimanapun, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan Abdullah sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".

MCA malah pernah mengugut untuk meninggalkan BN sekiranya Umno cuba melaksanakan hukum hudud - rancangan yang disifatkan parti itu sebagai cadangan yang "hilang akal".

Pengerusi biro profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan ancaman itu pada awal bulan lalu susulan cadangan daripada seorang ADUN Umno Johor supaya Umno melaksanakan hudud di negeri itu dan juga di seluruh negara.

Seterusnya, Abdullah mendakwa umat Islam berdosa jika menyokong parti yang membawa kepada kemenangan DAP dalam pilihan raya.

"Perjuangan DAP tidak terima perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata.

"Wajib orang Islam dalam PAS, Umno dan PKR menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Beliau memberi alasan, parti yang bekerjasama dengan DAP itu bergabung di bawah satu pakatan.

Laporan berkenaan turut menampilkan keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Mei 1990 berhubung syarat yang dikemukakan pemimpin DAP, Karpal Singh supaya PAS mengugurkan niat untuk membentuk negara Islam sekiranya ingin bekerjasama dengan DAP - Malaysiakini


Najib pun tolak Hudud nih.. apa cerita?

PANAS! Lagi pemimpin BN Sabah keluar BN!!!

Posted: 07 Aug 2012 10:33 PM PDT


Sokongan rakyat Sabah terhadap Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Seri Wilfred Bumburing terus menggegarkan politik negeri itu apabila ramai lagi pimpinan BN mengikut jejaknya menyokong Pakatan Rakyat.

Terbaru, John Hussein meletak semua jawatan sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dan ketua kampung bagi kawasan Kiulu dalam Parlimen Tuaran.

Menurut beliau, notis 30 hari diserah kepada partinya dan kerajaan negeri sejak 1 Ogos lalu.

John turut meletak jawatan Ketua PBS Cawangan Kampung Simpangan Lama dan Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu dan kini menyertai APS.

"Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Wilfred bahawa sistem penyampaian BN gagal memenuhi matlamat yang dikehendaki rakyat.

"Sebagai contoh, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu mengambil masa yang sangat lama untuk dilaksanakan dan kini pembinaannya terus terhenti tanpa penjelasan munabasabah," kata John dalam satu kenyataan.

Beliau akan bekerjasama dengan dua bekas pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bahagian Tuaran, Lesaya Lopog Sorudim dan Daukim Gilu untuk membentuk dan menggerakkan APS Bahagian Kiulu.

Sebelum ini, Naib Presiden Upko yang juga Senator Datuk Maijol Mahap; Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi, Denis Gimpah dan Petrus Guriting turut mengisytihar keluar BN bersama Wilfred pada 29 Julai lalu.

Wilfred merupakan Ahli Parlimen Tuaran, bekas Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan bekas Pengerusi BN Tuaran.

APS adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokus pengundi Bumiputera Bukan Islam Sabah bagi menyokong Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.

Wilfred memulakan jelajahnya sejak 1 Ogos lalu dengan menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan Parlimen Keningau yang diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin mewakili kedua-dua kawasan itu sejak 1976 hingga kini dengan beliau ketika ini turut menjawat Timbalan Ketua Menteri Sabah.

http://www.keadilandaily.com/?p=34153

Nasihat Akhil Hayy kepada golongan artis yang baru berhijrah..

Posted: 07 Aug 2012 08:23 PM PDT


Ini adalah nasihat Ustaz Akhil Hayy kepada golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam.

Nasihatnya ialah mereka perlu berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini ada sumber mengatakan bahawa Amy Search telah mendakwa ketika beliau merapatkan diri dengan PAS, beliau telah dipergunakan oleh individu tertentu dalam PAS.

Yang dimaksudkan mereka ialah Individu tertentu dalam PAS.. bukannya Parti PAS..

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.

"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.

Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.

Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?

"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.

"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.

"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

"Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya - mStar Online

Kenapa tidak pihak PAS memberikan ilmu kepada artis yang berhijrah berupa usrah dan lain2.. Jangan hanya dibawa ke pentas2 PAS dari satu taman ke taman yang lain, dari satu daerah ke daerah yang lain, dari satu negeri ke negeri yang lain sehingga akhirnya mereka merasakan mereka diperguna oleh PAS.. sedangkan awalnya mereka memilih kerana kesedaran.. perlu seiiring dengan tarbiyyah..

Lagi satu.. kalau korang nak tahu.. Amy Search dakwa dia dah ditipu lebih dari RM100K oleh individu yang mendakwa dirinya Ahli PAS…

Siapakah individu yang mengambil kesempatan itu?? Pimpinan PAS.. sila ambil perhatian ya...

SYABAS cuba sabotaj ekonomi Selangor pula..

Posted: 07 Aug 2012 09:50 AM PDT


Adakah ini antara agenda Najib dalam usaha mahu merampas semula Selangor negeri yang punya hampir RM2 Billion simpanan tunai dari Pakatan Rakyat?


Dalam hal ini SYABAS yang bertanggungjawab mengurus rawatan air mentah dan mengagihkan air terawat di seluruh Selangor diperkudakannya..

Dengan mendakwa ada masalah kekurangan bekalan air terawat pihak SYABAS telah menolak atau menangguhkan permohonan dari 234 pemohon dari pelbagai bidang industri di Selangor.

Tindakan menolak atau menangguhkan permohonan ini adalah merupakan satu sabotaj kepada ekonomi Negeri Selangor oleh SYABAS.

Baca apa kebimbangan dan rungutan daripada beberapa komuniti perniaga di Selangor yang menghadapi masaalah ini..

Uncertainty hits hundreds of Selangor projects after water denial

SHAH ALAM, Aug 7 — Manufacturers and developers in Selangor are complaining that they have been left high and dry after being denied water service from the state's sole water distribution company and say that the ongoing uncertainty could have an economic fallout.

This comes after the power struggle between Selangor and the state government over the state's water assets resurfaced recently with another round of finger pointing on both sides over who is responsible for the current impasse on the restructuring of the critical water industry in the state.

Businesses said at a forum organised by Selangor today that the uncertainty of not having water could have significant repercussions and in some cases have cost money to their respective companies.
A representative from rubber glove manufacturer Top Glove said Syabas rejected its application for water to be connected to its new headquarters.

"The repercussions to the state are obvious," he said. "The effect (of water shortage) on businesses in Selangor will be severe."

According to Nor Azme Diron, who is deputy director of the Selangor state economic planning unit, 234 projects have had their applications for water service "postponed" by Syabas.

No officials from Syabas were available to respond at the forum.

A representative from consumer goods manufacturer F&N said it suffered a five-day period with no water at its new RM300 million factory in Pulau Indah, a shortage which had cost the company "a lot".

He noted that the company continues to use its factory in Petaling Jaya because Syabas was able to supply water to the older location although it was not able to supply to Pulau Indah.

"Pulau Indah is very crucial," he said.

An assistant manager from the Mewah group, which also has a factory in Pulau Indah, said its previously approved application for water for its expanded factory there was cancelled in July. 

"Our construction is ongoing," he lamented.

One developer said he had "quite a number" of applications for water rejected by Syabas.

"As developers we feel jittery," he said. "We are in a dilemma. Once we commit to deliver and if there is no water once a project is completed, we will be in deep trouble."

"We are unsure what to do," he added.

Selangor state officials maintain however that there is no need for water rationing as there is sufficient supply of treated water and a special water committee has been formed by the state that meets with Syabas daily to resolve disputes and issues.

Nor Azme noted that usage was currently well below Syabas' distributive capacity — at 2,944 million litres per day (MLD) versus 4.34 MLD respectively.

The "gap" of 1.34 MLD or 32 per cent of the total was either wasted water through leakage or stolen water.

He said that several mitigation projects such as boosting capacity at the Sungai Labu treatment plant were currently under way.

Pakatan Rakyat, which helms the state, has accused the Barisan Nasional federal goverment of "manufacturing" a water crisis.

Observers however have said that the current stalemate was due to politics, with neither side willing to budge.

Selangor state executive councillor Teresa Kok said today that there has still been no response from the federal government, which has its own committee to look into the issue, to overtures made by the state to return to the bargaining table.

"The people and industries are facing problems," she told reporters. "We urge the deputy prime minister (who chairs the federal committee) to sit down with Selangor."

She also said that it was not that the state was opposed to the Langat 2 treatment plant per se, but the plant had to be part of a holistic restructuring of the state's water industry.

Selangor is Malaysia's richest and most developed state.

A lack of progress on restructuring the water industry could not only hit the state's residents and industries but also that of the nation's capital Kuala Lumpur which is also covered by Syabas - The Malaysian Insider

Meskipun tindakan SYABAS ini akan membantutkan perkembangan ekonomi Selangor yang akhirnya juga akan membantutkan cukai yang perlu dibayar oleh pihak Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat itu semua tidak menjadi hal bagi UMNO dalam merealisasikan impian Najib untuk kembali merampas Selangor.

Apa yang penting bagi mereka RM2 Billion simpanan tunai yang ada itu perlu dijarah dan dibahagikan sesama mereka..

Oleh itu apa yang menjadi keperluan rakyat dipergunakan mereka untuk menimbulkan rasa kurang senang rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri yang ada..

Padahal merekalah dalang sebenar yang menjadikan ianya sebagai masaalah..

Tiada ulasan: