Selasa, 7 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Peminat Lee Chong Wei Mati bila tonton beliau kalah..

Posted: 07 Aug 2012 06:37 AM PDT


Pingat emas tidak kita perolehi walaupun bermain di hadapan seorang wanita yang tersohor di seluruh dunia kini yang tergesa-gesa terbang ke London untuk menyaksikan perlawanan.

Selain itu mungkin ramai yang tidak tahu bahawa seorang lelaki telah meninggal dunia ketika menonton perlawanan badminton yang sengit antara pemain kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan di kedai kopi di Serian, Sarawak.

Mangsa yang dikatakan sedang makan mee kolok, rebah sejurus Lin Dan meraikan kemenangan emas olimpiknya.

Menurut Ketua Polis Daerah Serian, DSP Mohd Jamali Umi, pihak polis masih lagi cuba untuk mengenalpasti identiti mangsa serta menjejak keluarga mangsa.

Maklumat awal, mengatakan, mangsa berasal dari Taman Angerik, Serian, Sarawak.

Mesti fanatik gila dia ni....

UMNO/BN edar baucar BR1M palsu di Sabah?

Posted: 07 Aug 2012 01:38 AM PDT


Berikut adalah surat dari seseorang yang mengelarkan dirinya sebagai 'Warga Desa Pendalaman' yang mempersoalkan tentang BR1M yang diedarkan di Sabah.

Persoalan timbul apabila dua warga desa yang pada awalnya dikatakan layak menerima Baucar Tunai BR1M RM 500 setiap seorang oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri dinafikan kelayakkannya oleh pihak institusi kewangan.
Saudara Pengarang,
PERIBAHASA ada menyatakan 'Sudah Jatuh Ditimpa Tangga'. Demikianlah nasib yang telah menimpa dua keluarga suku kaum Murut yang berasal dari Kampung Buntulan, Pensiangan semasa pelancaran program BR1M di kawasan Pendalaman peringkat pertama yang lepas.
Sepertimana yang kita tahu bahwa semua rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 adalah layak untuk menerima bantuan RM500 daripada Kerajaan melalui Program Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) dengan syarat permohonan mereka telah ditapis dan dilulus oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri yang mengeluar dan mengagehkan pemberian Baucer BR1M 500 itu kepada semua Rakyat Malaysia yang layak.
Berbalik kepada intro cerita kekecewaan ini, dua anggota keluarga suku kaum Murut yang telah mendapat kelulusan dan layak untuk menerima bantuan di bawah program tersebut ialah Juffiry Bin Bakasut (MyKad 910511-12-5159 yang menerima Baucer BR1M RM 500 bernombor siri 1780474 dan Jusliah Bte Bakasut (MyKad 900210-12-6378) Baucar BR1M RM 500 bernombor siri 1780473.
Mereka telah menerima baucer-baucer tersebut dari Pejabat Hasil Dalam Negeri cawangan Nabawan.
Apa yang dianggap 'Pelik dan Aneh' atau sungguh menghairankan ialah apabila kedua dua warga luar kota ini pergi ke Bank Simpanan Nasional, Pekan Keningau untuk menukarkan Baucer tersebut kepada tunai; usaha mereka sia-sia sahaja kerana Kerani atau Juru Wang yang bertugas di kaunter pada hari itu memberi penjelasan bahawa mereka tidak LAYAK!
Dengan rasa tidak putus asa dengan penjelasan itu kedua-dua mereka itu yang disertai bersama-sama dengan bapa mereka terus menuju ke Maybank yang berhampiran untuk tujuan yang sama, tetapi mereka mendapat penjelasan yang sama di waktu berurusan di BSN.
Persoalannya sekarang, mengapakah permohonan bagi kedua-dua warga desa ini dapat diluluskan pada peringkat awalnya dan layak menerima Baucar Tunai BR1M RM 500 setiap seorang tetapi TIDAK diterima oleh pihak institusi kewangan ataupun bank yang dilantik oleh kerajaan untuk membayar tunai kepada setiap pemegang BR1M yang sah itu?
Kejadian yang menimpa kedua-dua warga desa itu amatlah dikesali dan menjadi tanda tanya sebagai Pelik dan Hairan. Seorang Peguam tempatan yang berasal dari Kawasan Pendalaman, Martin Tommy Durasim, juga Ketua Bahagian STAR, Pensiangan, telah menerima aduan daripada kedua warga Desa tersebut dan beliau telah mengambil langkah pertama ini melalui penyiaran perkara yang menghairankan ini ke saluran media untuk berkongsi pendapat bersama -sama orang ramai di luar sana.
Beliau juga berharap agar pihak yang berkenaan dapat menjalankan penyiasatan di atas peristiwa yang telah menghancurkan harapan dua Warga Desa yang telah bersusah payah datang dari kampung terletak jauh terpencil di Pedalaman hanya untuk menerima HAK mereka sebagai Rakyat Malaysia tetapi mereka hanya menerima KEKECEWAAN yang berbunyi "Kamu Tidak Layak Menerima Brim".
Salam Hormat,


WARGA DESA PENDALAMAN

Oleh kerana mereka itu tinggal di pendalaman, mungkinkah pihak UMNO/BN merasakan jika ditipu sekalipun mereka-mereka itu hanya mereka yang tahu, tiada pihak lain yang akan tahu kerana suara mereka jauh di pendalaman..

Itu yang kita tahu... yang kita tak tahu berapa ramai agaknya yang dah ditipu?

Tiga Pencacai UMNO didenda RM700 kerana tampal poster menghina Guan Eng dan Ambiga

Posted: 06 Aug 2012 10:03 PM PDT

Selama ini aku sangkakan semua pencacai dan juga pemimpin UMNO kebal atau dikecualikan dari undang-undang... bukan semua rupanya ..

Hanya yang bernilai bagi UMNO rupanya kebal atau dikecualikan dari undang-undang.. kalau dah tak bernilai baik pemimpin mahupun pencacai tidak ada imuniti lagi..

Contoh pemimpin ialah Khir Toyo.. manakala contoh pencacai adalah tiga orang di bawah ini..

Hukuman tampal poster menghina
KUALA LUMPUR: Tiga sahabat didenda masing-masing RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah atas tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga, Februari lalu.

Majistret Zulkpli Abdullah memutuskan demikian terhadap kerani hospital, Muhammad Nizam Ali, 24, pemandu, Hamzah Mahmood, 32 dan juruteknik, Shahir Saarani, 30, selepas mereka menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah, semalam.
Ketiga-tiga tertuduh turut berdepan dengan hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda.

Bagaimanapun dua lagi tertuduh, juruteknik, Mohd Norizam Che Othman, 31 dan peniaga, Mohd Jamil Jamaluddin, 36, masih mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, semua mereka bersama lima lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan sedemikian di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 3.40 pagi, pada 4 Februari 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan - myMetro

Atau.. mungkin kad keahlian UMNO mereka-mereka di atas ni dah expired kot..

Saifuddin mangsa akaun twitter klon Datuk Seri Anwar Ibrahim

Posted: 06 Aug 2012 05:00 PM PDT


Ada juga Menteri yang terpedaya dengan akaun twitter klon Datuk Seri Anwar Ibrahim ini rupanya..

Di sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian banyak pihak,  Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menolak 'tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim', yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter.


"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi semalam.

Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).


Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim.

Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai parti mesra perikatan itu.

Ia semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu.

Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang.

"Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya masih kena jawab."

Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah palsu.

"Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu - akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.

Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih atas penjelasan -  gentleman." - Sinar Harian



Tiada ulasan: