Isnin, 6 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Masalah Air di Pahang sendiri tak selesai.. Najib beri jaminan masalah air di Kelantan akan selesai?

Posted: 06 Aug 2012 08:12 AM PDT


Kata Najib ketika melawat Kelantan, Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan masalah air yang kritikal di Kelantan jika ia menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di Kelantan hingga membebankan rakyat yang selama ini memberi mandat kepada Pas untuk memerintah sejak 1990 tambahnya lagi..

Dengan bongkaknya beliau menambah "Tidak usah bercakap soal lain, kalau masalah air pun tidak boleh diselesaikan. Saya beri jaminan dalam tempoh terdekat ini boleh diselesaikan oleh kerajaan BN.


Kalau diikutkan kata Najib itu.. beliau sendiri yang tak perlu bercakap tentang soal lain..

Ini kerana sejak empat tahun yang lalu, beberapa kawasan kampung di sekitar Temerlohm Pahang negeri yang dikuasai oleh UMNO/BN sendiri berhadapan masalah bekalan air paip yang kritikal.

Paling terjejas, Kampung Lebak Seberang dan Kampung Paya Badak, dengan kebanyakan penduduknya masyarakat orang asli.

Isunya ialah kebelakangan ini, mereka amat sukar untuk meredah hutan mencari bekalan air bersih kerana perigi dan telaga dicemari racun tanaman.

Ikuti laporan Puspavathy Ramaloo dalam segmen Aduan Rakyat TV3..

Penduduk di perkampungan orang asli ini menerima bekalan air paip pada 2006.

Semuanya berjalan lancar dan bekalan air paip nyata memudahkan kehidupan mereka yang sebelum ini hanya bergantung kepada air hujan dan telaga buatan sendiri.

Namun sejak tiga tahun lalu bekalan air paip di kampung mereka sering kali terputus.

Ada kalanya melarat sehingga tiga bulan.

YUSNIZAL MAHTIAR/ PENDUDUK..
Rosaknya kita tak tahu, dia cakap cuci tangkilah, baiki tangkilah kita tak tahu. Apa masalah dia . Kalau Tok Batin pergi tanya dia bagi surat kata akan datang check. Datang check je gitu je buat tidak jugak.

Sumber air semulajadi dari perigi atau telaga juga bukan semudah yang disangka untuk diperolehi.

Penduduk mengadu ia tercemar dengan racun tanaman yang digunakan di ladang berdekatan.

KHAIRI MADAN/ PENDUDUK.
Memang tercemar sebab sana racun, sini racun baja memang tercemar. Tapi apa boleh buat dah nasib kami terpaksa minum, dah beracun pun kami minum.

HASHIMAH MANG/ PENDUDUK.
Masa ini orang asli hidup serba moden, keperluan asas dah ada. Jadi tak naklah susah-susah. Biar majulah.

Kami juga merakamkan kekecewaan penduduk beragama Islam yang tinggal di Kampung Paya Badak serta Kampung Lebak Seberang.

Persiapan menyambut hari lebaran terganggu dan menyusahkan penduduk.

JAMALUDDIN SHAMSUDDIN/ PENDUDUK.
At least JBA hantar wakil tahu apa problem. Sampai tak boleh selesai. Kita pun hairan. Orang dah pergi bulan, pergi dasar laut, takkan masalah air JBA tak boleh selesaikan. Depan tu ada sungai itu yang kita sangat kecewa.

Ketika tinjauan dibuat sehari sebelum umat Islam menyambut Aidil fitri,  penduduk Kampung Lebak Sebarang dan Kampung Paya Badak bersyukur bekalan air paip sudah mula pulih.

Apabila Jabatan Bekalan Air Pahang, dihubungi, kami dimaklumkan masalah bekalan air paip yang dihadapi penduduk di kampung terbabit disebabkan Loji Air Lubuk Kawah yang tidak dapat menampung kapasiti air diperlukan penduduk terutamanya sejak Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh memulakan operasi.

Justeru, operasi Loji Air Seberang Temerloh yang masih belum siap sepenuhnya dimulakan pada kadar 40 peratus kapasiti iaitu dua juta gelen sehari bagi menampung keperluan penduduk.

Apabila siap sepenuhnya loji ini dapat beroperasi pada kapasiti 5 juta gelen sehari.

Dan sebentar tadi penduduk di kampung terbabit ketika dihubungi mengesahkan sudah mula menerima semula bekalan air paip tanpa henti sehingga hari ini.

Aduan Rakyat juga pernah menyiarkan kesukaran hidup penduduk di gugusan Bera terutamanya di Felda Purun dan Felda Mayam Triang Pahang akibat masalah bekalan air paip yang kritikal.

Selepas lebih setahun, tinjauan di Felda terbabit mendapati masih ada masalah bekalan air paip terutama ketika menjelang Aidil fitri baru-baru ini.

Ketika tinjauan ini dibuat, sebahagian penduduk masih menerima bekalan air paip.

Manakala beberapa kawasan terletak di atas bukit bekalan air sudah terputus.

Bagimanapun bekalan air yang berterusan sebelum itu, kolah dan tangki air sudah penuh diisi air.

Justeru masalah bekalan air yang tidak begitu menentu tidak menjejaskan keceriaan sambutan hari raya oleh penduduk Felda ini yang pada satu masa dulu pernah mengadu anak-anak tidak mahu pulang ke rumah kerana ketiadaan bekalan air paip.

MOHAMAD NOOR/PENEROKA.
Sekarang ni ok, siang-siang lagi dah balik semua. Dia tengok air ada terus balik.  Makcik betul-betul bersyukur kerana anak-anak semua balik termasuk yang duduk jauh, suka sangat.

Jabatan Bekalan Air Pahang mengesahkan, masalah bekalan air untuk jangka pendek berjaya diselesaikan dengan pemasangan 'inline booster pump' di Loji Sungai Bera.

Bagaimanapun gangguan masih berlaku ketika sambutan hari raya baru-baru ini disebabkan peningkatan penggunaan air sekali ganda menjelang musim perayaan.

Masalah dijangka selesai apabila kerja-kerja mengubahsuai sistem perpaipan dan menaik taraf pam siap sepenuhnya menjelang 2012.

Video sila lihat di ( SINI )

Akaun Twitter DS Anwar Ibrahim diklon..

Posted: 06 Aug 2012 02:07 AM PDT


Akaun Twitter DS Anwar Ibrahim @anwaribrahim telah diklon dengan nama @awaribrrahim telah diwujudkan dipercayai bertujuan memfitnah DS Anwar Ibrahim.

Sekali imbas ianya kelihatan sama kerana ianya menggunakan gambar yang sama Cuma jika diperhatikan pada @anwaribrahim dan juga @awaribrrahim, akaun palsu mempunyai dua 'r'.


Akaun ini dipercayai diujudkan oleh Cybertrooper UMNO bagi merealisasikan kerja-kerja tak bertamaddun mereka..

Ini yang asal..



Tak ada kerja sungguh pencacai UMNO nih!

FB Filem Tanda Putera Kantoi guna gambar 1984 untuk fitnah Kit Siang kencing bawah tiang bendera pada 13 Mei..

Posted: 05 Aug 2012 10:15 PM PDT


Separuh dari bajet sebanyak RM4.5 juta filem arahan Shuhaimi Baba ini dibiayai oleh agensi kerajaan, Perbadanan Pembangunan Filem National (Finas).

Oleh itu tidak menghairankan jika ianya dipergunakan oleh UMNO/BN untuk meraih kembali sokongan orang-orang Melayu yang semakin hari semakin terhakis.

Sebagai satu alat propaganda yang murah untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu dan bagi menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap orang-orang Cina dan etnik-etnik yang lain.

Mesej Umno mudah: "Undilah Umno jika kita mahu hak istimewa, nasib masa depan dan kuasa politik terus kekal di tangan orang-orang Melayu."


KUALA LUMPUR, 6 OGOS – Filem Tanda Putera mengenai tragedi 13 Mei yang bertujuan membangkitkan kebencian rakyat terhadap DAP sekali lagi mencteus kontroversi apabila dikatakan memuatkan adegan Lim Kit Siang kencing di bawah tiang bendera Selangor pada 1969.

Filem yang belum ditayangkan itu tetapi telah disebarkan adegan-adegan yang terkandung di dalamnya di laman-laman internet membuktikan fitnah baru yang sedang dicipta oleh mereka yang benci kepada perpaduan kaum di negara ini.

Fitnah kencing di bawah tiang bendera

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan karut dan bohong itu yang telah dipaparkan dalam laman sosial  Facebook bagi filem Tanda Putera kononnya beliau telah kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah kediaman Menteri Besar Selangor semasa rusuhan 13 Mei.


Beliau menjelaskan bahawa fitnah itu tidak masuk akal sama sekali kerana beliau tidak pernah berada di Kuala Lumpur mulai 10 Mei hingga 13 Mei 1969, malah sewaktu rusuhan berlaku, beliau berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelum ini, laman-laman web dan Facebook pro-UMNO telah menyebarkan fitnah dengan mendakwa Kit Siang memaki hamun orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur di antara 11 Mei dan 13 Mei 1969, walau pun hakikatnya beliau tidak ada di Kuala Lumpur pada masa tersebut.

Menurut Kit Siang, pada tahun 1969, beliau tidak tahu di mana letaknya kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, apatah lagi kewujudan tiang bendera yang "terletak di dalam perkarangan rumah MB yang dipagari dan dikawal oleh 'jaga'".

"Tulisan ini mendedahkan fitnah, kepalsuan dan pembohongan bahawa saya atau sesiapapun boleh kencing di bawah tiang bendera rumah Menteri Besar Selangor – apabila ianya jelas tidak boleh dilakukan kerana ianya berada dalam kawalan dan pengawasan keselamatan," jelas beliau.

Kit Siang menjelaskan bahawa kedua-dua 'Kertas Putih' yang telah dikeluarkan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada 9 Oktober 1969 yang bertajuk "The May 13 Tragedy" serta buku Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman "May 13 – Before & After"  tidak pernah membuat apa-apa rujukan pun kepada insiden kencing di rumah Menteri Besar Selangor.

"Ini merupakan satu skandal "Urine-Gate" atau "Pee-Gate" Malaysia.

"Rakyat Malaysia mesti menyiasat terlebih dahulu "siapa, bila dan apa" berhubung dengan asal-usul tipu helah insiden "kencing" di bawah tiang bendera di rumah Menteri Besar Selangor yang telah mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 – kerana sekiranya tiada apa-apa unsur kebenaran dalam dakwaan tersebut, ianya mesti dikuburkan sekarang juga," tambah beliau.

Fitnah gambar 1984 yang dikatakan diambil pada 13 Mei 1969

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, ada satu lagi tulisan yang membuat fitnah 13 Mei 1969 yang dipaparkan dalam laman rasmi Facebook Tanda Putera tetapi menggunakan gambar lain, iaitu pada 26 Ogos, 1984 di terminal lama lapangan terbang Kota Kinabalu.

Katanya, beliau ke Kota Kinabalu pada pagi tersebut melalui Sandakan untuk  menyahut cabaran Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Datuk Haris Salleh untuk mengulangi ucapannya pada 23 Julai 1984 di luar Parlimen tanpa perlindungan hak istimewa Parlimen berhubung dengan penyalahgunaan kuasa Ketua Menteri Sabah terutamanya dengan perbuatan Haris menyerahkan Labuan kepada kerajaan persekutuan.

"Akan tetapi di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, saya tidak dibenarkan masuk diatas arahan Ketua Menteri Sabah yang pada awalnya telah mencabar saya untuk mengulangi ucapan Parlimen saya terhadapnya di Sandakan pada pagi hari yang sama jua!" ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa pihak imigresen Sabah telah memaksa beliau meninggalkan Sabah dan memaksa beliau duduk atas kerusi roda serta diangkat masuk ke dalam kapal terbang.

"Gambar tersebut merupakan gambar yang diambil pada tahun 1984 di Kota Kinabalu dimana ianya telah disalahgunakan dalam laman Facebook rasmi Tanda Putera sebagai salah satu gambar 13 Mei 1969," tambah beliau.

Katanya, amat menyedihkan kerana semua usaha menjelang sambutan Kemerdekaan yang ke-55/Hari Malaysia Ke-49 sepatutnya berfokuskan perpaduan yang diversif dan berbilang kaum.

Namun, ujar beliau, ada elemen-elemen anti-nasional yang mengapi-apikan syak wasangka buruk diantara kaum dan memporak-perandakan keharmonian di negara ini dengan penyebaran kepalsuan dan fitnah berhubung dengan sejarah tanahair ini. – Roketkini.com

Menteri Pengajian Tinggi guna harta Kerajaan untuk merayu undi.. lihatlah!

Posted: 05 Aug 2012 05:00 PM PDT

Sekitar June 2011, Najib dilaporkan telah mencampuradukkan agenda peribadi dengan agenda rasmi kerajaan bilamana beliau dilaporkan telah mengambil kesempatan dari lawatannya ke Kazakhstan.

Dalam agenda rasmi Kerajaan iaitu menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam di negara tersebut, Najib dan Rosmah telah mengambil kesempatan untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Noryana Najwa dengan seorang anak pembesar negara itu.

Dewan Rakyat telah diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM 1,072,213.22, telah dihabiskan oleh rombongan Najib bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam di samping menguruskan perkahwinan anaknya itu - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Ini bukanlah pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.


Dan ketika negara menyambut hari Kemerdekaan yang ke 54 pula, Najib dilaporkan telah menggunakanJet rasmi Kerajaan untuk bercuti ke Australia.. daca di ( SINI )

Muhyiddin pula dilaporkan telah menggunakan pesawat NURI milik TUDM untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kudat pada 15 Ogos 2009.

Selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kudat beliau dilaporkan akan merasmikan mesyuarat Umno bahagian Penampang pula.

Malangnya Helikopter Nuri milik TUDM yang membawa beliau terpaksa membuat pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Sebagai Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin memang layak menggunakan Helikopter Nuri itu untuk tugas-tugas rasmi.. tetapi beliau telah menggunakan Helikopter Nuri itu atas kapasiti Timbalan Presiden UMNO yang mempengerusikan mesyuarat UMNO..

Bukan sebagai Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang akan mempengerusikan mesyuarat kerajaan Negeri..

Bak kata pepatah Melayu "Kalau bapa kencing berdiri, anak kencing berlari".. tindakan menyalahgunakan harta kerajaan kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO itu ternyata telah menjadi ikutan pemimpin bawahan mereka..

Baru-baru ini, seorang pembaca telah memaklumkan akan penyalahgunaan kuasa atau penyalahgunaan harta kerajaan oleh seorang Menteri.

Bersama e-mail yang dikirimkannya itu disertakan tiga keping gambar yang membuktikan bahawa Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggunakan dana kerajaan untuk tujuan kempen politiknya.

Menurutnya Ahli Parlimen Barisan Nasional Pasir Gudang, DS Khalid Nordin telah menggunakan sampul surat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dibayar dengan setem RM0.70 untuk menghantar surat rayuan kepada graduan yang bakal mengundi di Parlimen Pasir Gudang.


 Graduan-graduan tersebut adalah pengundi baru yang telah didaftarkan di Kawasan Parlimen Pasir Gudang.

Dalam surat rayuannya itu Khalid Noordin telah merayu kepada pengundi baru yang akan membuang undi buat kali pertama agar mengundi Barisan Nasional dalam PRU yang akan datang ini..


Dan surat rayuan tersebut telah disertakan dengan flyers atau risalah tentang Karnival Kerjaya yang diadakan oleh Pemuda BN di Pasir Gudang.


Itulah budaya UMNO.. baik pemimpin mahupun pancacai mereka menganggap Harta Kerajaan itu adalah Harta UMNO dan harta UMNO itu pula adalah harta Mak Bapak mereka...

Satu kepercayaan yang menjadikan apa yang dinamakan sebagai salahguna hak kerajaan itu tidak wujud dibenak pemikiran mereka..

Sebabnya semua Harta Kerajaan itu dianggap sbagai Harta Mak Bapak mereka.. contoh yang terdekat dengan kita adalah Balai Raya.. bila mereka kalah dibeberapa buah negeri dalam PRU yang lalu habis segala harta kerajaan di dalam dewan dijarah mereka..

Tiada ulasan: