Khamis, 30 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Dataran Merdeka dikepung, lebih dari 5,000 peserta banjirinya.. (Gambar)

Posted: 30 Aug 2012 09:02 AM PDT


Peserta Gabungan Janji mula membanjiri kawasan sekitar Dataran Merdeka dengan diiringi tiupan "vuvuzela" dan juga memakai baju T kuning sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan gabungan tersebut.

Walaupun acara dijadualkan hanya akan bermula sekitar jam 11 malam, mereka sudah mula membanjiri kawasan dataran bersejarah tersebut bermula sekitar jam 9 malam.

Tepat jam 11.05 malam, peserta yang dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mula tiba di Dataran Merdeka dan beliau disambut dengan laungan takbir oleh peserta perhimpunan dan beliau juga sempat bertemu dengan beberapa peserta golongan kelainan upaya yang cacat penglihatan yang turut menyertai perhimpunan tersebut.

Dianggarkan lebih daripada 5,000 peserta menyertai perhimpunan yang menuntut kerajaan menunaikan lapan tuntutan Bersih ini.

Kelihatan juga beberapa peserta memakai baju T kuning mengedarkan bunga kuning kepada pengguna jan raya dan pemandu kenderaan di sekitar kawasan Lebuh Pasar.

Bagaimanapun keadaan masih lagi terkawal dan pihak polis turut berada di lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan - The Malaysian Insider

Sementara itu Penyelaras serta aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim mengatakan bahawa seluruh jalan menuju Dataran Merdeka kini sudah dikepung polis!

Beliau yang memberitahu perkara tersebut menerusi laman sosial Twitter berkata, laluan masuk dari Masjid Negara menuju dataran tersebut sudah ditutup dan hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki sahaja.

Haris juga memberitahu kehadiran anggota polis diperhatikan lebih ramai daripada biasa, petanda jelas bahawa sekali lagi polis diperalatkan pemimpin Umno-APCO untuk menghalang sambutan 'Janji Demokrasi' yang dijadualkan jam 11 malam nanti.

Sementara iru, jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan "Janji Demokrasi" akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka.

Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning.

"Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown," katanya lagi.

"Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi."

Menurutnya, pihaknya sudah menjangka bahawa pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung di Dataran Merdeka - Jalan Pulang




































Gambar dari pelbagai sumber....

Notis dari Polis buat penganjur 'Janji Demokrasi'

Posted: 30 Aug 2012 03:26 AM PDT

Polis menetapkan perhimpunan "Janji Demokrasi" di Dataran Merdeka malam ini bertentangan dengan undang-undang negara.

Anggota jawantankuasa penganjur Maria Chin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya.

Alasan yang diberikan kepada penganjur:

(1) Gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada ketua polis daerah Dang Wangi.

(2) Gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012.

(3)
Akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.



Oleh kerana perkara ini telah dijangkakan jawatakuasa janji demokrasi yang telah membincangkan hal ini kelmarin telah sependapat:

1 - Meminta semua warga yang ingin datang akan merayakan 'count down' di mana sahaja di dalam kota kuala lumpur jika tidak dapat masuk ke dataran merdeka

2 - Jangan melanggar rintangan di dataran merdeka

3 - Rayakan dimana sahaja secara bersantai

4 - Rayakan dengan memakai baju kuning

5 - Tidak ada slogan

6 - Tidak ada kain rentang

7 - Masuk ke dalam kota jam 11:00 malam

Harap Maklum!!

Utusan disahkan sebagai penyebar fitnah oleh Mahkamah..

Posted: 30 Aug 2012 12:50 AM PDT


Sekitar December 2011, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah mengesahkan Ketua Menteri Y.A.B Tuan Lim Guan Eng bukanlah anti Melayu atau anti Islam sebagaimana yang difitnahkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Oleh itu Hakim Vargahse a/l George Varughese dalam penghakiman kewangan mengarahkan Utusan membayar denda RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 kos kehakiman.

Laporan berkenaan sila baca di ( SINI )

Dan pertengahan June 2012 pula sekali lagi Guan Eng memenangi satu lagi saman fitnah ke atas Utusan Malaysia di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Saman itu berhubung satu laporan pada 15 Mac 2008 yang disiarkan akhbar milik Umno tersebut, mengenai dakwaan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru..sila baca di ( SINI )

Biarpun berulang kali kalah di Mahkamah dan dikehendaki membayar ganti rugi namun mereka terus menyebar fitnah seolah olah ianya ditadbir oleh Yahudi..

Hari ini... Utusan sekali lagi disahkan sebagai penyebar fitnah oleh Mahkamah..

****************************************

WWW1: Utusan diperintah bayar gantirugi pada Nizar 

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu. 

Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.

Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

"TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.

ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter.

Malaysiakini

PANAS!! Video Seks Pemimpin Kanan Pembangkang tersebar.. Saksikan!!

Posted: 29 Aug 2012 08:40 PM PDT

Jika anda berada dipejabat sila pastikan tiada sesiapa disebelah atau tiada sesiapa yang memerhatikan tingkah laku anda.. supaya tak kantoi menonton video seks ketika waktu pejabat.

Jauhkan anak-anak kecil dari PC anda sebelum anda mula menontonnya jika anda sedang berada dirumah.

Tajukpun aku dah tulis video seks.. jadi risiko menonton ketika waktu pejabat korang tanggunglah sendiri, jangan nanti bila kena pecat korang salahkan aku pulak..

SAKSIKAN!!!!


Faham apa yang disampaikan?.. Kalau faham bagus!!! sebarkanlah kesegenap alam..

Kalau tak faham ulang sekali lagi..

Buat pencacai UMNO yang terkena tu.. Nasib hangpa la!!

Nak bagi ramai ke himpunan janji dicapati.. Najib terpaksa diadakan cabutan bertuah..

Posted: 29 Aug 2012 05:00 PM PDT

Adoii.. tak pernah lagi sepanjang hidup aku ini aku mendengar ada negara yang sangat terdesak untuk mengajak rakyanya hadir ke perhimpunan menyambut Hari Kemerdekaan negara mereka..

Inilah yang pertama kali aku mendengarnya, bukan dari negara luar atau negara jiran tetapi dari negara kita sendiri.

Sebelum ini.. Mahasiswa dikatakan dibayar RM100 untuk hadir ( baca di SINI ), lepas tu Kakitangan DBKL pula dikerah untuk hadir ( baca di SINI ).. lepas tu pula Kakitangan KTMB diupah RM30 untuk hadir ( baca di SINI )

Ini pula.. kerana terpaksa untuk menarik minat rakyat untuk turut hadir dalam Himpunan 55 Tahun Merdeka 'Janji dicapati', kerajaan Barisan Nasional terpaksa mengumpan rakyat Malaysia dengan berbagai hadiah menarik cabutan bertuah.



Laporan berkaitan..

PROTON PREVE, CHEVROLET CRUZE, MOTOSIKAL ANTARA HADIAH CABUTAN BERTUAH HIMPUNAN MERDEKA

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Sebuah kereta Proton Preve, kereta Chevrolet Cruze, tiket penerbangan ke London dan Sydney, empat motosikal Modenas, sebuah Vespa Naza adalah antara hadiah menarik cabutan bertuah untuk orang ramai yang berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada sebelah malam 31 Ogos bagi memeriahkan acara ''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati''.


Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata hadiah lain berupa sebuah Motorbike 125, tiga unit telefon pintar Blackberry, 50 unit Huawei Tablet dan 10 unit basikal Fixie.

Semua hadiah tersebut merupakan tajaan daripada syarikat korporat iaitu Yayasan Al-Bukhary, Naza Motor, MAS, Celcom, Axiata dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak satu juta kad cabutan bertuah yang juga kad ucapan khas Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disediakan dan sebahagian besarnya telah diedarkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kad cabutan bertuah itu juga akan diedarkan di semua pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos dan orang ramai perlu mengisi butiran seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon di sebahagian keratannya sebelum memasukkannya ke dalam kotak yang disediakan di pintu masuk stadium," katanya.

Beliau juga mengingatkan kepada semua yang memiliki kad cabutan bertuah itu agar datang menyaksikan pelbagai acara yang disediakan pada malam himpunan itu bersama-sama kad cabutan bertuah mereka.

"Cabutan akan dibuat selepas pukul 10.30 malam, jadi pastikan pengunjung kekal sehingga ke penghujung acara sambil menikmati konsert daripada ramai artis terkenal," katanya.

Kamaruddin juga berharap dengan adanya segmen cabutan bertuah itu dapat menarik lebih ramai pengunjung ke himpunan itu dan menjangkakan seramai 80,000 ke 200,000 yang akan hadir.

"Kita harap dapat tarik seramai mungkin pengunjung, kalau di dalam stadium penuh, kita juga sediakan pentas dan kerusi serta pancaran LCD di luar bagi membolehkan orang ramai mengikuti ucapan Perdana Menteri," katanya.

 ''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati'' yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula seawal 3.30 petang dengan aktiviti jualan Merdeka Raya dan persembahan artis manakala pada sebelah malamnya diadakan perarakan perpaduan, anugerah Pencapaian Cemerlang Tokoh Negara dan ucapan Najib.

Tiada ulasan: