Anak Sungai Derhaka |
- Rais orang tua yang tak faham keperluan semasa kata Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis.
- Undian The Malay Mail tunjukkan 94% tolak tema Merdeka Rais..
- Kalau sayang Mahathir jangan biarkan BN kalah - Mukhriz
- 'Tiada Air macam mana nak wuduk?'..Awatlah bodo sangat depa ni?
Rais orang tua yang tak faham keperluan semasa kata Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis. Posted: 03 Aug 2012 06:54 AM PDT Kejam betul mamat nih!! dia belasah Rais sungguh-sungguh.. langsung tak berlapik.. sedap saja dia kata Rais orang tua yang tak faham keperluan semasa.. "Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa... bukan aku kata tapi Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis yang kata.. Selain itu kata dia Rais tidak faham erti tronsfarmasi yang Najib lakukan, Rais juga dah rosakkan momentum transformasi yang Najib lakukan.. Kerana Rais juga sekarang orang ramai menyalahkan UMNO/BN.. Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menyelar Datuk Dr Rais Yatim dan menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai punca kontroversi sambutan hari merdeka 31 Ogos ini. Aku ingatkan orang-orang Pakatan Rakyat saja yang menyampah dengan dia.. Orang-orang UMNO pun sama rupanya.. Kalau macam tu... letak jawatanlah Rais.... |
Undian The Malay Mail tunjukkan 94% tolak tema Merdeka Rais.. Posted: 03 Aug 2012 01:23 AM PDT Satu pungutan suara Malay Mail untuk meninjau kesukaan pembacanya antara tema Merdeka 'Janji Ditepati' dan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' bakal membawa tekanan pada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Setakat ini, pungutan suara yang berumur sehari itu telah menunjukkan satu keputusan yang jelas bahawa tema Merdeka, yang juga slogan kempen Barisan Nasional ditolak hampir sepenuhnya oleh pembaca Malay Mail. Pagi tadi, daripada 265 undi, 94 peratus atau 248 undi memilih tema Pakatan Rakyat sebagai tema yang lebih disukai untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Ketika cuba dimasuki sekali lagi pada jam 4.00 petang, laman The Malay Mail di alamat http://www.mmail.com.my didapati laman itu 'off-line'. Apakah ia benar-benar bermasalah teknikal sehingga menyebabkan ia 'off-line' tidak dapat disahkan. Sehingga kini, Rais masih bertungkus-lumus mempertahankan slogan "Janji Ditepati" walaupun diserang daripada pelbagai pelusuk. Logo Kemerdekaan yang terlalu simplistik yang dipertahankan Rais dulu telahpun ditarik balik dengan alasan yang dilihat amat tidak munasabah dan logik. Rais, yang sebelum ini mempertahankan logo tersebut telah bertukar nada menyatakan bahawa tiada logo rasmi untuk sambutan Merdeka tahun ini selain logo 1Malaysia. Bukan itu sahaja, laju tema sambutan Merdeka tahun ini – 'Janji Ditepati' yang liriknya ditulis Rais turut mengundang kritikan ramai. Ramai yang berpendapat bahawa lagu tersebut dengan lirik berbunyi, "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" amat menyinggung perasaan. Selain itu, lagu tersebut kini turut dituduh menyamai lagu kerohanian Kristian Indonesia yang dipopularkan oleh kumpulan True Worshippers semenjak tahun 2008. Dakwaan itu memaksa penggubahnya Jasnie Mohd Yaakub untuk tampil memberikan penjelasan bahawa lagu 'Janji Ditepati' masih di peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan. "Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan. "Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun," tegas Jasnie yang dipetik Sinar Harian. Jawapan itu jelas bercanggah dengan Rais, yang sebelum ini bertanyakan kepada rakyat di Twitter, apakah pandangan mereka kepada lagu tersebut yang sudah ditonton 304,276 kali dan mendapat 32,902 yang mengundi 'Tidak Suka' berbanding '523' yang mengundi suka. Apakah ini penghujung kareer politik Rais jika ketiga-tiga logo, tema dan lagu Merdeka hasil usaha kementerian ditarik balik kerana memalukan keseluruhan BN dan khasnya perdana menteri Datuk Seri Najib Razak? Harakahdaily |
Kalau sayang Mahathir jangan biarkan BN kalah - Mukhriz Posted: 02 Aug 2012 08:32 PM PDT "Kalau sayang Dr Mahathir jangan bagi dia malu kali kedua," kata Mukhriz pada majlis berbuka bersama media di Kuala Lumpur petang semalam. Terdesaknya dia... tapi.. masih ada yang sayang ke Dr. Mahathir tu? Mukhriz: Kalau sayang Dr M, jangan malukannya lagi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menggesa rakyat Kedah mengembalikan pentadbiran BN jika masih sayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurutnya, kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu satu tamparan hebat kepada Dr Mahathir kerana beliau mantan perdana menteri daripada negeri itu. "Kekalahan pada tahun 2008 mengaibkan kita. Antara yang malu adalah Tun Mahathir sebab dia orang Kedah. "Kalau sayang Dr Mahathir jangan bagi dia malu kali kedua," kata Mukhriz pada majlis berbuka bersama media di Kuala Lumpur petang semalam. Tambahnya lagi, tinjauannya juga mendapati pimpinan PAS Kedah sedang bergelut berebut kuasa sesama sendiri untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. "Dalam PAS Kedah wujud perebutan kerusi kerana mereka tahu mereka bukan lagi pembangkang," katanya yang juga anggota parlimen Jerlun. Anak ketiga Dr Mahathir itu juga berkata, kerajaan negeri semakin tidak sensitif kepada bukan Muslim apabila mendiskriminasikan golongan itu berkaitan peraturan kunjungan pusat hiburan. "Mereka (bukan Muslim) semakin tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri. "Kenyataan mereka seolah-olah menggambarkan orang bukan Islam sentiasa mengunjungi pusat hiburan dan tidak bermoral," katanya. Kedah sebelum ini mengeluarkan arahan melarang orang Islam daripada berkunjung ke pusat hiburan pada bulan Ramadan tetapi bukan beragama Islam dibenarkan. Mengulas ura-ura akan dicalonkan menjadi menteri besar Kedah jika BN kembali memerintah, Mukhriz hanya menjawab "sedia membantu Kedah sejak dahulu lagi". "Dari dahulu lagi saya sedia bantu Kedah sedaya-upaya untuk menangkan Kedah semula. "Perpaduan adalah penting untuk memenangi Kedah semula. 'Kalau tidak bersatu, jangan mimpi kita boleh menang semula dan mungkin nanti akan menyesal tak sudah," katanya tampa menyentuh secara langsung kesediaannya. Malaysiakini |
'Tiada Air macam mana nak wuduk?'..Awatlah bodo sangat depa ni? Posted: 02 Aug 2012 05:00 PM PDT Orang kata kalau kita berkawan dengan orang bijak pandai sikit sebanyak kita juga akan menjadi bijak.. begitulah juga jika kita berkawan dengan orang bodoh.. kita juga akan terikut-ikut kebodohannya itu.. Gambar di atas adalah gambar sekumpulan manusia yang dipimpin oleh seorang Pemimpin Melayu yang bodoh iaitu Ibrahim Ali.. Mereka terdiri dari ahli-ahli Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK)yang menyokong tindakan Ibrahim Ali untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Pas Kelantan serta syarikat miliknya, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). Ini kerana menurut mereka kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan masalah bekalan air bersi.. Malangnya dalam demo mereka itu, mereka secara tidak sengaja telah mempamirkan kebodohan dan kejahilan mereka sendiri. Dari banner mereka itu tertera 'Islam PAS macam mana nak wuduk, Tiada Air'.. dan laporan dari Lidah Rasmi UMNO di bawah pula mengatakan sudah empat hari bekalan air di Pasir Mas terputus. Oleh kerana tiada air mereka tidak boleh mengambil wuduk untuk menunaikan solat.. oleh itu mereka juga telah memberikan alasan kenapa mereka tidak solat.. iaitu tiada air untuk berwuduk.. Itulah.. bila orang bodoh dijadikan pemimpin.. begitulah hasilnya... Kalau dah tak ada air tu.. tayammum kan boleh... "Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau setelah buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, SEDANGKANKAMU TIDAK MENDAPAT AIR, maka BERTAYAMUMLAH kamu dengan debu tanah yg baik (suci)i" (Surah An-Nisa ayat 43/Surah Al- Maidah ayat 6) Kalau mahu air juga.. suruhlah Raja Katak tu panggil hujan... Laporan berkaitan.. Semakin dekat dengan PRU.. semakin haru biru Ibrahim Ali ni... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan