Rabu, 29 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Harga getah dah jatuh ni.. Tak nak berterima kasih kepada Barisan Nasional ke?

Posted: 29 Aug 2012 08:09 AM PDT


Terima Kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, Kerana Barisan Nasional Harga Getah naik, Harga Kelapa Sawit Naik dan harga Kelapa naik..

Begitulah mudahnya Pemimpin-pemimpin UMNO/BN memperbodohkan rakyat yang hidupnya sukar untuk mendapatkan berita alternative selain dari Utusan dan TV3 sahaja, apa yang dibaca didepan mata itulah yang dipercayai mereka.

Sedangkan kesemua komoditi diatas naik harganya tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional dan UMNO langsung.. Harganya ditentukan oleh pasaran dunia dan pasaran dunia tidak dikawal oleh Barisan Nasional mahupun UMNO.

Sekarang.. harga salah satu dari komoditi tersebut di atas telah menjunam.. nak berterima kasih lagi ke?

Penoreh gesa media dedah harga getah semasa 

BALING: Seorang penoreh getah dari Kampung Caruk Bemban, Kupang, Zakaria Abdul Wahab, 58, mencabar media massa di negara ini membuat tinjauan segera mengenai harga getah semasa yang makin jatuh merudum.

Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh beberapa minggu lagi.

Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan 2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh.

"Saya cabar media massa di negara ini buat tinjauan segera tentang harga getah yang dah merudum teruk. Dulu tinggi sehingga mencecah RM4.50 sehingga RM5.00 sekilo tetapi kini jatuh tertiarap RM2.30 sehingga RM2.70 sekilo," ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, media pro Umno dan Barisan Nasionall (BN) bertindak tidak adil kerana enggan melaporkan sebarang berita mengenai harga pasaran getah sekarang berbanding dahulu di mana mereka sanggup turun ke ladang getah semata-mata bertemu penoreh dengan tujuan mengambil gambar kononnya para penoreh mulai menikmati kehidupan yang lebih sempurna hasil pentadbiran BN.

Katanya, ada juga yang mengambil gambar penoreh datang menoreh dengan kereta kerana menikmati harga yang melambung dan mewawancara golongan bergelar 'makcik dan pakcik' demi memuaskan kehendak politik Umno dan BN.

Tidak dinafikan tambah beiau, dulu terdapat kakitangan kerajaan atau mereka yang berpendapatan tinggi turun ke ladang getah menoreh semata-mata mahukan pendapatan lebih.

"Contohnya guru yang mengajar di sebelah petang akan menoreh di sebelah pagi manakala bagi mereka yang mengajar pagi mengambil kesempatan berbuat demikian di sebelah petang.

"Kadang-kadang jika dilihat ianya macam nak tergelak," jelas beliau yang lebih mesra di panggil Pak Ya Baling. - Harakah Daily.

Kalau dulu pemimpin-pemimpin UMNO boleh menaikkan banner mengucapkan terima kasih kepada BN kerana harga getah naik..

Aku rasa.. tak salah kalau rakyat yang terdiri dari penoreh getah pula menaikkan banner 'Haram Jadah Kerajaan Barisan Nasional' pula kerana menyebabkan harga getah jatuh... he..he..

Bikini Wars di Kuala Lumpur.. siapa luluskan nih?

Posted: 29 Aug 2012 05:16 AM PDT


Dijangka diadakan bermula jam 7 malam ini sehingga awal pagi esok, parti bikini serta perang bikini yang tersiar di sebuah laman sosial kini sedang giat disebarkan.

Bertempat di salah sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur, parti ini menggalakkan pengunjung supaya hanya memakai bikini (pakaian renang wanita) sebagai syarat utama untuk memasuki pesta tersebut.

Dipercayai juga, pesta yang ada kaitan dengan cuti sambutan kemerdekaan yang akan disambut lusa ini bakal menarik kira-kira 300 peserta wanita tidak termasuk kaum lelaki yang juga akan berada di dalamnya berdasarkan kapasiti tempat tersebut.

Menurut poster yang disebarkan, parti itu juga akan memberi 100 pengunjung wanita pertama dengan hidangan minuman keras berjenama mahal secara percuma selain daripada minuman keras jenis biasa untuk wanita yang memakai pakaian tersebut sepanjang pesta itu berlangsung.

Jelaslah bahawa akhlak muda-mudi yang akan mengunjungi pesta tersebut bakal tergugat selain menambahkan masalah sosial di kalangan remaja terutamanya yang beragama Islam.

Parti tersebut yang bakal diadakan di Jalan Ampang juga turut membariskan pelbagai jenis muzik kegilaan remaja ibu kota selain penyertaan DJ terkenal yang sering mengadakan persembahan dalam majlis sebegini.

Menurut poster itu lagi, tujuh wanita yang memakai bikini paling menarik akan diberikan minuman keras istimewa dipercayai berharga lebih RM300 ke atas.

Persoalannya, di manakah suara-suara bantahan NGO Islam terutamanya pro-Umno-APCO yang seringkali menempelak apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam usaha mencgah kegiatan mungkar ini dari terus berleluasa?

Di mana suara Jamil Khir Baharom dan timbalannya Mashitah Ibrahim dalam isu sebegini?

Paling penting, siapakah yang bertanggungjawab meluluskan permit hiburan sebegini walaupun pihak penganjur pastinya telah mengemukakan permohonan mereka kepada pihak berkuasa?

Jalan Pulang

PANAS!! Suspek Sumbang Mahram akan saman Blog-blog yang fitnahnya..

Posted: 29 Aug 2012 02:19 AM PDT


Printscreen diatas adalah printscreen artikel dari Blog Pencacai UMNO iaitu Medan Info Kita yang secara jelas membuat tuduhan bahawa Mohd Nor adalah pelaku sumbang mahram.

Malah bukan saja blog tersebut di atas menyiarkan fitnah ini boleh dikatakan hampir keseluruhan Blog pencacai UMNO menyiarkan fitnah ini.

Mohd Nor adalah suspek kes ini tetapi pencacai-pencacai UMNO telah menjatuhkan hukuman terhadapnya dengan mengatakan bahawa beliau adalah Pelaku Sumbang Mahram.

Ini semua dilakukan mereka kerana perasaan benci dan marah terhadap PKR terutamanya DS Anwar Ibrahim..

Ini kerana semasa PRU12 yang lalu Mohd Nor telah bertanding atas tiket PKR, kini beliau bersama Parti KITA.

Hasil dari menulis mengikut perasaan itu.. mereka bakal berdepan dengan saman dari Mohd Nor...

Suspek Kes Sumbang Mahram Kaji Failkan Saman Putar Belit Media Serta Blog Terhadapnya !

Suspek utama yang dikaitkan dengan isu "sumbang mahram" yang sedang hangat dipertakan sekarang ini iaitu Mohd Nor Jaafar (foto), akan menfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog yang sewenangnya mengekploitasikan isu kononnya beliau telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu.

Malah ada blog-blog yang sewenangnya mengeluarkan gambar saya dengan dakwaan seolah-olah saya telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah.

"Saya hanyalah suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan pihak polis. Tetapi mereka melayan saya seolah-olah keputusan mahkamah telah dibuat atas kes ini dan saya didapati bersalah. Maruah dan imej saya sebagai pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini.

Peguam saya telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog yang didapati cuba menghukum saya dan mendahului mahkamah. Ini tidak adil dan satu hukuman yang jelas untuk menghancurkan masa depan saya", kata beliau

Tinjauan kami terhadap kebanyakkan blog-blog pro UMNO mengaitkan kes ini dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat (PR).

Kononnya moral beliau (Mohd Nor) rosak gara-gara terikut-ikut dengan pemimpin yang rosal moral seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, laporan yang dibuat oleh Bernama, Utusan Malaysia, TV3 serta lain-lain media arus perdana juga dilihat sengaja mahu menjatuhkan hukuman terhadap Pakatan Rakyat.

Sedangkan, Mohd Nor sudah lama meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Datuk Zaid Ibrahim dan kini memimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) peringkat negeri Pahang.

Tuduhan-tuduhan ini seolah-olah menggambarkan satu usaha terdesak media UMNO menyerang pembangkang menjelang PRU ini sebenarnya.

Sumber laporan : Pahang Daily Online
lagi blog yang menyairkan fitnah itu sila lihat di  Pahang Daily Online

Kakitangan KTMB diupah RM30 untuk ke Himpunan Janji Dicapati

Posted: 28 Aug 2012 10:47 PM PDT


Semakin hampir dengan hari kemerdekaan, semakin terdesak nampaknya kerajaan UMNO/BN dalam menghimpunkan seramai mungkin rakyat Malaysia bagi menjayakan Himpunan Janji Dicapati.

Jika semalam telah beredar dialam cyber sekeping surat mengerahkan kakitangan DBKL untuk keprogram itu, hari ini terdedah pula bahawa kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga menjadi mangsa kerahan.

Kehadiran kakitangan DBKL adalah diwajibkan dan akan direkodkan menurut pekeliling yang beredar itu.. sila lihat di ( SINI )

Namun begitu kakitangan KTMB yang menjadi mangsa kerahan bolehlah dianggap lebih beruntung dari Mahasiswa yang menjadi mangsa kerahan itu.

Ini kerana Kakitangan KTMB dikatakan akan dibayar RM30 seorang berbanding Mahasiswa yang hanya dibayar RM20 seorang untuk ke himpunan itu.. sila baca di ( SINI )

KUALA LUMPUR 29 Ogos: Kerajaan Umno BN didedah mengerahkan kakitangan awam dan badan berkanun hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan bagi menjayakan Himpunan Janji Ditepati yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos ini.
 
Menurut sumber daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), surat pengerahan kakitangan mula dihantar melalui Unit Sumber Manusia dengan mewajibkan setiap jabatan menghantar wakil.

"Berdasarkan surat tersebut, KTMB diwajibkan menghantar 100 penyertaan dan setiap jabatan wajib hantar wakil.

"Mengikut surat itu, mereka akan diberikan RM30 dan sehelai t-shirt, tetapi tidak diketahui bila duit itu akan diberikan," katanya .

Bagaimanapun kata beliau, sebagai balasan, mereka yang hadir akan diberikan cuti ganti sehari.

"Kalau ikutkan surat tersebut, pihak penganjur mahu capai 'target' lebih 100,000 hadir program itu," katanya.

Pengerusi KTMB, Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed merupakan Koordinator BN Selangor yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Ramadan lalu, kakitangan KTMB dijadikan alat kempen kerajaan semasa program penyampaian kurma di beberapa stesen terpilih dengan memakai baju korporat BN.

Pada April pula, 30 bendera BN dipasang di Stesen Komuter Batu Tiga dan 10 lagi di Stesen Komuter Shah Alam.

Baru-baru ini, iklan kempen 'Sayangi Selangor' yang menampilkan gambar Datuk Seri Najib Razak mula ditampal di tangga, tiang dan gerabak komuter, terutama di laluan menghala ke Pelabuhan Klang.

Gambar Perdana Menteri itu diiringi slogan 'Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan' dan 'Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup - Keadilan Daily

Kenapa jelas sangat terdesaknya Kerajaan UMNO/BN untuk memenuhkan himpunan Himpunan Janji Dicapati itu..

Selama ini apa yang kita dengar Najib sering berkata sokongan rakyat terhadap UMNO/BN semakin kukuh dan meningkat..

Kalau kukuh dan meningkat kenapa terdesak pula.. tak perlu dikerah.. rakyat akan turun tanpa kerahan jika benar apa yang Najib katakan itu...

Mahathir buat 'U' Turn.. dia kata tak pernah tolak Hudud..

Posted: 28 Aug 2012 06:35 PM PDT


Itulah.. bila dinasihatkan oleh DS Anwar Ibrahim supaya duduk rumah diam-diam sambil jaga cucu, petang-petang pergi ke Masjid.. Mahathir tak mahu dengar, dia nak bercakap juga, hasilnya jadi macam nilah...

Sinar Harian hari ini melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas..

Oooo... dia tak pernah tolak Hudud rupanya.. aku kata dia nyanyuk nanti ada pulak pencacai UMNO yang marah..

Dulu bila dia tolak perlaksanaan hukum Hudud tak pulak dia nyatakan hukum Hudud PAS yang ditolaknya itu.. tapi bila pulak PAS gubal hukum Hudud?

Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan, mempersoalkan Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?

Pada 3 Mac 1994 juga di tempat yang sama.. Mahathir berkata Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.

Lagi apa kata Mahathir pasal Hudud sila baca di ( SINI )

Hmmm.. Nampaknya pemimpin Agong parti Syaitan ini cuba nak buat U Turn pula pasal isu hudud.. mungkin dia terlupa kita sekaran bukannya hidup pada tahun 60 atau 70an..  orang yang tak ada capaian internet bolehlah dia perbodohkan...

Tapiiii... yang aku hairannya ada juga yang tahu gunakan internet, tapi masih tak tahu nak bezakan mana yang benar dan mana yang bohong... awatlah bengong sangat depa tu??

Ini laporan dari Sinar Harian ..

Mahathir: 'Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam'

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.

"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.

"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.

Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.

"Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya.

Pemimpin PKR ditahan kerana sumbang mahram? Betul ke?.. apa kata Fuziah Salleh..

Posted: 28 Aug 2012 09:55 AM PDT


Boleh dikatakan hampir seluruh Blogger-blogger Pro UMNO memainkan isu kes sumbang mahram yang melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan anaknya ditahan  Polis.

Berbagai-bagai tajuk mereka keluarkan, walaupun apa tajuknya tujuannya hanya satu iaitu memburukkan Pakatan Rakyat terutama sekali PKR..

Kebanyakkan dari mereka menuduh ianya dilakukan oleh Pemimpin dari PKR, ini kerana suspek dilaporkan telah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas.

Tetapi suspek telah kalah kepada calon Barisan Nasional..

PapaGomo mengeluarkan satu nama.. menariknya kali ini beliau bukan menuduh tapi bertanya.. mungkin takut kena saman kot..


Sebelum korang baca apa kata Fuziah Salleh yang merupakan Naib Presiden PKR dan juga Ahli Parlimen Kuantan baca dulu apa yang dilaporkan oleh BERNAMA di bawah ini.. terutama sekali ayat yang aku merahkan tu..

Kes sumbang mahram: Pemimpin kanan parti pembangkang, anak ditahan

JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Mereka dibebaskan semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - Bernama

 Ini jawapan dari Fuziah Salleh melalui Twitter..


Dan jawapan kepada soalan PapaGomo yang tak faham Bahasa Malaysia itu pula ialah..

Tidak ada calon PKR yang bernama Mohd Noor Yaacob yang bertanding di DUN Jerantut pada PRU12 lalu.. yang ada ialah Mohd Nor Jaafar.

Beliau adalah abang kepada Calon PAS yang bertanding di Kerusi Parlimen Jerantut iaitu  Dr Hamzah.

Pada PRU12 lalu  Mohd Nor Jaafar telah tewas ditangan calon BN Cikgu Koh Boon Heng.. Beliau tekah mendapat 5165 undi manakala calon BN mendapat 5674 undi..

Sekarang Cikgu Koh Boon Heng dari BN telah menyertai DAP danberjaya mengembangkan 4 cawangan DAP di Jerantut..

Manakala Mohd Noor Jaafar bukanlah seorang Ahli PKR lagi kerana beliau kini adalah Pengerusi KITA Jerantut...

Tiada ulasan: