Anak Sungai Derhaka |
- Daniyar Nazarbayev bersama Najib kerumah terbuka Mahathir.. dah berapa lama dia sembunyi di Malaysia agaknya?
- UMNO/BN bayar RM100 untuk Mahasiswa ke sambutan Hari Kebangsaan
- TV3 Media Penipu ditipu seorang penipu akhirnya..
- "Ya, bukan laman FB kami " kata Khairy Jamaluddin.. tapi akhirnya.. KANTOI!!
Posted: 26 Aug 2012 06:34 AM PDT Daniyar Nazarbayev , Bakal Menantu Najib dilaporkan telah menghilangkan diri setelah penipuannya didedahkan oleh The New York Times. 11 June lalu The New York Post melaporkan satu dokumen mahkamah yang telah difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan. Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan. Dokumen tersebut yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu. Bagaimanapun sumber yang rapat dengan keluarga bakal menantu Najib itu mengatakan "Daniyar berada di Sandhurst sekarang. Mereka menerimanya tahun lepas," sepenuhnya sila baca di ( SINI ) Penipuan itu terbongkar bila beberapa keping gambar yang disiarkan oleh Malaysia Today menunjukkan bakal menantu Najib itu berada di Kolej Tentera Darat (KTD), Ulu Tiram, Johor. . sila baca di ( SINI ) Dalam hal menerima latihan ini satu persoalan yang lain pula timbul kerana bakal menantu Najib itu mengenakan celoreng Angkatan Tentera Malaysia. Sedangkan pada kebiasaannya pegawai tentera dari luar negara yang menerima latihan di negara ini tidak akan mengenakan celoreng ATM tetapi mereka akan memakai pakaian tentera negara mereka.. Adakah bakal menantu Najib ini telah menjadi rakyat Malaysia?.. hanya Rosmah dan Najib yang tahu.. Dan Daniyar Nazarbayev turut kelihatan bersama Najib kerumah terbuka Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya semalam..
Berapa lamakah beliau telah bersembunyi di Malaysia sebenarnya dan disembunyikan oleh siapa? Takkan lah dia terbang dari Kazakhstan ke Malaysia hanya untuk bersama tunangnya berhari raya kot? Sumber gambar : Pulakdah | ||
UMNO/BN bayar RM100 untuk Mahasiswa ke sambutan Hari Kebangsaan Posted: 25 Aug 2012 10:22 PM PDT Apa nak jadi ni?? nak panggil mahasiswa untuk mengambil bahagian dalam sambutan hari Kebangsaan pun UMNO/BN terpaksa bayar.. kah..kah..kah.. The Malaysian Insider melaporkan satu e-mel dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mendedahkan bahawa Putrajaya akan menawarkan ganjaran RM100 dan cenderamata kepada kira-kira 1,000 pelajar universiti yang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan.
Kabinet Najib telah memilih "55 tahun kemerdekaan, Janji Ditepati" sebagai tema Hari Merdeka yang telah mendapat tentangan oleh kerana pengkritik mengatakan tema tidak sesuai oleh kerana ianya lebih kepada agenda politik BN. | ||
TV3 Media Penipu ditipu seorang penipu akhirnya.. Posted: 25 Aug 2012 08:13 PM PDT TV3 yang terkenal dengan agenda menipu dan memutarbelit fakta untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat akhirnya telah mempromosikan seorang penipu sebagai yang mendakwa dirinya doktor pakar bedah. Perlu diketahui bahawa kerana tindakan pihak TV3 mengheret Ibu Azmin Ali yang diperkudakan oleh Umi Hafilda untuk memburukkan Azmin Ali, Azwan Ali telah memutuskan tali persaudaraannya dengan Umi Hafilda .. baca di ( SINI ).
Pihak Polis juga sewajarnya menyiasat TV3 kerana membantu mempromosikan seorang penipu untuk menipu melalui slot Malaysia Hari ini pada 13 March 2012 yang lalu.. Ini promosinya.. Akhirnya media penipu kena tipu oleh penipu... kah..kah..kah.. | ||
"Ya, bukan laman FB kami " kata Khairy Jamaluddin.. tapi akhirnya.. KANTOI!! Posted: 25 Aug 2012 09:30 AM PDT Itu kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin apabila laman Facebook Pemuda UMNO Malaysia menyiarkan poster yang membawa mesej menghasut di atas. Kata Khairy lagi menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan." Kemudiannya bagi menyakinkan rakyat Malaysia bahawa bukan Pemuda UMNO yang menyiarkan poster itu Khairy Jamaluddin menegaskan, pihaknya akan membuktikan laman sosial Facebook kontroversi, yang didakwa membawa mesej berbaur hasutan, bukan dikendalikan oleh pihaknya. Untuk lebih menyakinkan lagi rakyat Malaysia.. Pemuda Umno Pusat mahu pihak polis menyiasat kewujudan akaun laman sosial Facebook kontroversi tersebut. Sehubungan itu satu laporan Polis telah dibuat oleh Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN), Ibdillah Ishak di Balai Polis Tun H S Lee. Ibdillah memberitahu, insiden seperti itu boleh memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah serta memberi imej yang salah. "Kami jelas-jelas menolak kenyataan siapa-siapa berhubung isu agama tidak kira daripada pihak kita mahupun pembangkang," tegas beliau. Sehubungan itu katanya, Pemuda Umno berharap siasatan segera dapat dijalankan pihak polis bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengendalikan akaun laman sosial terbabit dan memuat turun poster berbaur hasutan tersebut. "Pihak yang memuat turun poster itu harus bertanggungjawab dan dikenakan tindakan," katanya. Oleh kerana Pemuda UMNO telah buat laporan Polis... Polis telah memulakan siasatan berkenaan dengan kewujudan akaun laman sosial Facebook tersebut. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Bagaimanapun belum sempat pihak Polis mengumumkan hasil siasatan mereka.. Khairy Jamaluddin telah mendahului mereka dengan mengumumkan hasil siasatannya sendiri.. Dan pada sebelah malamnya setelah Sinar Harian melaporkan hasil siasatan Khairy Jamaluddin itu.. tiba-tiba terpapar kenyatan minta maaf kerana mengeluarkan gambar yang tidak sepatutnya di laman Facebook Pemuda UMNO Malaysia.. Dan Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage.. Jadi.. Admin yang dikeluarkan dari Fanpage Pemuda UMNO Malaysia itu.. sudah tentulah seorang Pemuda UMNO.. takkan Pemuda PAS atau Pemuda PKR kot?? Itulah budaya UMNO.. buat kerja tanpa menggunakan otak.. berani baling batu tapi takut nak tunjuk tangan.. Apabila menyedari tindakan mereka bakal mengundang padah buat UMNO dan Barisan Nasional.. dengan segera mereka menafikan itu adalah kerja bodoh mereka. Padahal selama ini laman Facebook Pemuda UMNO Malaysia itu menyiarkan berbagai aktiviti Pemuda UMNO.. Apa hasil siasatan Polis? dihentikan begitu saja ke sebab yang buat kerja menghasut itu adalah Pemuda UMNO?? Apa khabar pencacai UMNO yang kata ini satu black op pihak pembangkang untuk memalukan parti UMNO? Patutlah CyberTrooper UMNO bangang-bangang belaka.. tenaga pengajar utamanya pun bangang rupanya.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan