Rabu, 22 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Mahathir kata UMNO Syaitan..

Posted: 22 Aug 2012 08:30 AM PDT


Aku rasa Mahathir kali ni dah silap terjemah.. asalnya kalau tak silap aku ini adalah pepatah Cina yang bermaksud  'Lebih baik hantu yang anda kenali dari hantu yang anda tidak kenali'..

Pepatah Cina membandingkan antara Hantu dengan hantu..

Tapi dia dah terjemah jadi 'Better the devil you know than the angel you don't', maksudnya "Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal..."

Mahathir pula bandingkan Syaitan dengan Malaikat, satu perbandingan yang sangat kontras.

Atau mungkinkah itu pepatah dari Karala?

Dari apa yang ditulisnya dalam Blog Chedet.cc dibawah tajuk 'Change' apa yang dimaksudkannya dengan Syaitan itu adalah UMNO/BN..


Manakala 'Malaikat yang anda tidak kenal itu' pula adalah Pakatan Rakyat..

Syaitan adalah sekumpulan Malaikat yang ego dan ingkar dengan arahan dari Allah s.w.t untuk sembah kepada Nabi Adam.

Syaitan walau dalam apa jua keadaan kita tahu sifatnya memang ego, bongkak, berlagak dan berbagai lagilah.. kalau Mahathir samakan manusia-manusia yang ada dalam UMNO/BN itu dengan Syaitan.. aku sangat setuju... ha..ha..ha..

Lebih baik 'syaitan yang dikenali', pesan Dr M kepada pengundi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih baik mengundi "syaitan yang dikenali" dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.

"BN telah mendengar suara rakyat dan mengubah banyak polisi dan undang-undang," kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.

"Rakyat hanya perlu mendesak BN bagi membawa perubahan yang mereka mahukan.

"Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pilihan raya, tetapi serangan dari PR serta pendedahan skandal melibatkan pentadbirannya telah melambatkan cadangan beliau.

Pentadbiran Najib juga telah memperkenalkan beberapa polisi baru dan perubahan polisi dalam mematahkan serangan PR dana janji reformasi mereka jika mengambil alih kuasa.

Perdana Menteri juga telah menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah selepas berlaku pembelotan beberapa ahli parlimen menyokong PR.

Beliau juga berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan selain menghapuskan beberapa akta keselamatan awal tahun ini.

Tetapi PR telah berjaya membuat serangan dengan mendedahkan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT.

Pembangkang juga berjanji menurunkan harga kereta  lebih rendah untuk rakyat Malaysia.

Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.

"Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan," katanya.

"Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya."

Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.

Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.

"Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.

"Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.

"Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya," kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - The Malaysian Insider

HIDUP TUN!!! HIDUP TUN!!!   Hidup supaya boleh bercakaplah lagi... ha..ha..ha..

Najib ciplak agenda Pakatan Rakyat lagi.. Harga Kereta pula akan diturunkannya..

Posted: 22 Aug 2012 02:00 AM PDT


Apa kejadahnya Perdana Menteri Malaysia yang seorang ni.. apa saja agenda yang di bawa oleh Pakatan Rakyat yang jelas menguntungkan rakyat semua nak diciplaknya.. apa dalam UMNO tu tak ada yang tahu berfikir ke?

Bila Pakatan Rakyat kata nak mansuhkan ISA bila memerintah.. terketar-ketar Najib umumkan ISA dimansuhkan tapi tahanan masih disana..

Bila Pakatan umumkan nak beri imbuhan RM500 buat guru-guru.. Najib pun umumkan perkara itu juga..

Yang menariknya.. bila Pakatan Rakyat umumkan agenda tersebut berbagai komen negatif dilemparkan oleh Pemimpin-pemimpin UMNO..

Antaranya ialah pemansuhan tol di lebuh raya kononnya kata mereka cadangan itu tak masuk akal.. dalam tak masuk akal itu mereka terhegeh-hegeh cuba melaksanakannya..( baca di SINI )

Kali ni.. cadangan menurunkan harga kereta pula yang nak diciplaknya..

Merujuk kepada laporan The Star bertarikh 21 Ogos 2012 bertajuk "Car Prices In Malaysia To Drop Gradually?".

Laporan itu memetik sumber dalaman yang rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta.

Saya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia jelas mengesahkan pendirian KEADILAN selama ini bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat-peringkat adalah sesuatu yang mampu dilakukan.

Ia juga membuktikan bahawa kajian KEADILAN mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan. Pun begitu, ia membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno/Barisan Nasional yang secara berterusan mengkritik cadangan KEADILAN tersebut atas alasan ia akan memufliskan negara.

Pemimpin seperti Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yaakob telah membuat kenyataan rasmi menolak cadangan mengurangkan harga kereta seperti yang dibawa KEADILAN.

Oleh kerana adanya pertembungan maklumat yang disampaikan oleh pimpinan Umno/Barisan Nasional setakat ini, saya menyeru supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mustapha Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan Umno/Barisan Nasional berhubung penurunan harga kereta?

Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan KEADILAN untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional).

Saya juga menyeru supaya Saudara Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan KEADILAN.

Malah, saya mengalu-alukan Saudara Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakereta dengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta kempen.

Saya masih yakin bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat adalah langkah pertama untuk menyelesaikan pelbagai masalah berhubung ekonomi rakyat, pengangkutan, keselamatan dan pencemaran alam sekitar.

KEADILAN percaya dengan harga kereta yang murah:

1. Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain;

2. Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya;

3. Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta;

4. Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya;

5. Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan

6. Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara.

Oleh kerana dasar harga kereta yang lebih rendah ini mempunyai kesan yang besar kepada negara seperti yang dijelaskan di atas, KEADILAN akan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk membawa kempen ini ke bawah tanpa mempedulikan tindakan Umno/Barisan Nasional yang seterusnya kerana saya yakin Umno/Barisan Nasional tidak ikhlas untuk menurunkan harga kereta.


RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
22 OGOS 2012

RafiziRamli.Com 

Kalau macam ni keadaannya lebih baik diberikan tampuk pemerintahan negara kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara..

Heret Ibunya untuk politik kotor UMNO.. Azwan Ali bidas TV3

Posted: 21 Aug 2012 08:33 PM PDT


Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.

Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed Azmin Ali.

"Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Musahabah diri.


"Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating," tulisnya dalam twitter, malam semalam.

Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 (lihat di SINI ) yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.

Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

"Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya," tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.

Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai 'jijik'.

"Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin," tulisnya.


Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ' Ada aku kisah?' dan 'Amboi amboi amboi…', menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.


http://www.keadilandaily.com/?p=34834

MCA Kedah,Selangor dan Johor tolak Hukum Hudud.. tak haram ke sokong MCA ni?

Posted: 21 Aug 2012 05:56 PM PDT


Menurut fatwa termahal abad ini yang telah dikeluarkan oleh Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP.

Ini kerana menurutnya DAP secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud - nilai fatwa sila baca di ( SINI )

Jika itu fatwa yang dikeluarkan untuk DAP kerana kenyataan Karpal Singh seorang yang menentang perlaksanaan hukum hudud.

Maka fatwa tersebut juga sepatutnya  terpakai untuk mengharamkan sebarang bentuk kerjasama atau sokongan terhadap MCA..

MCA secara terang-terangan juga menentang perlaksanaan hukum hudud di negara ini..

Ini tentangan dari MCA Kedah yang pada sebelah paginya dilaporkan oleh Sinar Harian sebagai menyokong perlaksanaan hukum hudud..

Tapi sebelah petangnya mungkin kerana dijentik telurnya oleh Najib menafikan kenyataan yang disiarkan oleh Sinar Harian itu..

Ini pula kenyataan dari MCA Selangor dan juga Johor..

MCA Selangor, Johor tolak hudud

SHAH ALAM – Sementara MCA Kedah menyatakan sokongan kepada pelaksanaan hukum hudud di negara ini, MCA Selangor mempunyai pandangan bertentangan apabila menolak pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Pengerusinya, Datuk Donald Lim menegaskan, MCA tidak pernah menerima pelaksanaan hudud. "Apa yang disuarakan Pengerusi MCA Kedah (Datuk Chong Itt Chew) itu adalah pandangan peribadinya saja," katanya ketika diminta mengulas pendirian MCA Selangor terhadap pelaksanaan hudud di negara ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Itt Chew bersetuju dengan undang-undang Islam berkenaan sekiranya pelaksanaannya membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun pula berkata, MCA sebelum ini pernah berbincang berhubung isu hudud itu di peringkat negeri dan Pusat dan berpendirian tidak menerima undang-undang berkenaan kerana rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum.

"Kalau ikut Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek), memang kita tak setuju. Kalau 80 peratus penduduk sesebuah negara itu orang Islam, sesuailah jika hudud dilaksanakan.

"Susah hendak komen isu ini sebab kalau saya kata sokong (hudud) nanti orang Cina tak suka. Tapi kalau kata tidak sokong, orang Islam pula tak suka," katanya.

Beliau mendakwa, sesebuah negara tidak boleh mengamalkan dua undang-undang pada satu masa dan jika hudud dilaksanakan, bagaimana hukuman itu dijatuhkan jika melibatkan pesalah orang Islam dan bukan Islam.

"Bagaimana jika ada dua atau tiga orang merompak terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Apabila kes di bawa ke mahkamah, ia akan dibawa ke mana? Apakah ia mengikut syariah atau sivil?" katanya.

Sementara itu, MCA Johor turut berpendirian tidak menyokong pelaksanaan hudud.

Naib Presidennya, Datuk Ng See Tiong berkata, MCA tidak pernah menyatakan sokongan malah pendirian pucuk pimpinan di peringkat negeri ini juga sama seperti Pusat yang membantah cadangan pelaksanaan hukum Islam itu.

"Kami tidak pernah bersetuju dan menyokong pelaksanaan hudud oleh Pas. Bahkan pemikiran dan pendirian kami tetap sama dengan pendirian yang pernah dinyatakan oleh MCA Pusat.

 "Lagipun, kami tidak pernah memberi sebarang kenyataan bahawa kami bersetuju tentang pelaksanaannya. Kami yakin dan tetap pada pendirian tersebut," katanya - Sinar Harian

Jadi.. tak salahlah kalau dikatakan Haram dan Berdosa undi MCA pula..

Selain itu lagi umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan MCA pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada MCA... ayat ni aku sesuaikan dari fatwa gila itu..

Kemana menghilang ulama-ulama UMNO yang bersungguh menyokong fatwa gila guru Sekolah Pondok itu dulu?

Tiada ulasan: