Anak Sungai Derhaka |
- Ibu Azmin Ali kecewa Azmin tak balik beraya?
- Jika Karpal tentang Hudud, apa beza dengan Najib dan Mahathir?
- PANAS!! Rumah Terbuka Anwar Ibrahim hambar sekali..
Ibu Azmin Ali kecewa Azmin tak balik beraya? Posted: 21 Aug 2012 06:16 AM PDT Bulletin Utama TV3 sebentar tadi ada menyiarkan satu slot laporan luahan kekecewaan Ibu Azmin Ali yang terkilan apabila anaknya itu tidak pulang menjenguknya pada Aidilfitri ini. Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada disebelahnya.. Aku ingatkan Azmin Ali tak balik beraya itu hanya dilaporkan oleh TV3 tapi dalam Utusan pun ada juga laporannya..
Kalau korang pernah tengok siri-siri penyiasatan di TV antara taktik yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk melemahkan atau memujuk penjenayah ialah menggunakan orang-orang yang tersayang dan rapat dengan penjenayah itu.. Kini.. kerana terdesak UMNO/BN terpaksa menggunakan cara itu, dimana Mak Tom iaitu Ibu kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali digunakan untuk memujuk Azmin supaya tidak bersama Anwar dalam PKR.. Tapi.. kalau betul apa yang Mak Tom tu kata.. memang tak patut Azmin Ali berikan layanan sebegitu rupa terhadap ibunya.. Hargailah dia semasa dia masih ada.. Orang kata.. Isteri kita boleh ganti tapi Ibu tiada gantinya.. baik atau buruk dia tetap seorang wanita yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan.. Pesan aku buat diri aku dan juga semua yang membaca.. Rasulullah SAW pernah bersabda antara maksudnya: Politik tu politik lah juga.. tapi ibu bapa wajib kita hormati walaupun berlainan ideologi.. |
Jika Karpal tentang Hudud, apa beza dengan Najib dan Mahathir? Posted: 20 Aug 2012 09:29 PM PDT "Justeru hujah-hujah yang dihulurkan kepada Karpal, itulah yang dihulurkan buat Tun Mahathir. Jika Karpal terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno? Sedikit tambahan.. Apa bezanya dengan Najib yang juga secara terbuka mengatakan Kerajaan UMNO/BN tidak akan melaksanakan hukum hudud di negara ini?
|
PANAS!! Rumah Terbuka Anwar Ibrahim hambar sekali.. Posted: 20 Aug 2012 06:00 PM PDT Secara rasminya DS Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan Kerusi Parlimen Permatang Pauh (P044) yang di sandangnya kini. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat Khidmat PKR Guar Perahu di sini semalam. Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding pada pilihan raya kecil untuk kerusi tersebut. Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dengan majoriti 15,671 undi - laporan penuh sila baca di ( SINI ) Malangnya kehadiran beliau mula kelihatan ditolak oleh rakyat Permatang Pauh sendiri dengan tidak memberikan sambutan terhadap majlis yang melibatkan DS Anwar Ibrahim. Contoh terbaru ialah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DSAI dan TKM1 yang telah berlangsung semalam ini.. Tengoklee.. betapa hambarnya sambutan rakyat Permatang Pauh.. Hambar?? kalau betul-betul hambar TV3 akan siarkan laporan tentang ini tiga hari tiga malam berturut-turut dan Utusan Malaysia akan jadikan tajuk utama terbitannya hari ini.. Tapi tidak.. kerana majoriti rakyat Permatang Pauh bukanlah begitu bodoh untuk mudah terpedaya dengan propaganda yang di mainkan oleh TV3 dan Utusan.. Biarpun hebahannya kurang menyeluruh dan majlis diadakan pada hari raya yang kedua ketika ramai antara kita sibuk menziarahi rumah sanak saudara.. majlis tetap mendapat sambutan hangat.. Tahniah buat semua yang menjayakan majlis!!! Sumber gambar dan lagi gambar sila lihat di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan