Isnin, 20 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anwar akan pertahan Kerusi Parlimen Permatang Pauh dan akan ditentang oleh..

Posted: 20 Aug 2012 08:50 AM PDT


Sebelum itu... antara individu yang telah dinamakan sebagai calon UMNO/BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh ialah ADUN Seberang Jaya iaitu Arif Shah Omar Shah.

Sumber dari UMNO Permatang Pauh mengatakan perkara ini masih menjadi pertikaian dalam UMNO.

Menurutnya Ariff Shah akan dicalonkan bagi membolehkan karrier politiknya dikuburkan kerana mereka yakin Ariff Shah yang pernah bertanding menentang Anwar sebelum ini tidak mampu menandingi pengaruh Anwar di Permatang Pauh.

Kekalahan Ariff Shah kali ini akan menyebabkan karrier politiknya berkubur kerana semasa menentang DS Anwar Ibrahim dulu beliau merupakan ADUN Seberang Jaya..

Jadi kalahpun bukan satu isu besar buat beliau pada masa itu kerana masih merupakan seorang ADUN 

Tetapi kali ini namanya telah digugurkan dari dicalonkan sebagai ADUN Seberang Jaya, Kerusi ADUN Seberang Jaya bakal ditandingi oleh Shamsut Tabrej yang juga seorang Pesuruhjaya Sumpah yang berpejabat di Seberang Jaya.

Selain Ariff Shah, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Jalil juga turut disenaraikan sebagai calon..

Bagaimanapun Datuk Jalil juga yakin kalah..

Tetapi kalah atau menang itu bukan persoalan kerana yang penting bagi mereka ialah wang saku berjumlah RM3 Juta yang akan disalurkan kepada sesiapa yang menjadi calon Ahli Parlimen.

Menurut sumber itu juga.. boleh dikatakan kebanyakkan pemimpin-pemimpin UMNO di Pulau Pinang lebih berbahagia jika mereka kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang kerana peruntukkan dari UMNO Pusat melimpah ruah..

BUTTERWORTH, 20 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pengesahan tersebut ketika ditanya mengenai calon PKR yang akan dikemukakan oleh parti itu pada pilihan raya umum nanti.

"Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undang Negeri (DUN) UN mana, kecuali saya yang sah akan bertanding di Permatang Pauh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat Khidmat PKR Guar Perahu di sini hari ini.

Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding pada pilihan raya kecil untuk kerusi tersebut.

Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dengan majoriti 15,671 undi.

Dalam pada itu, Mansor berkata PKR Pulau Pinang akan mengemukakan 30 peratus muka baharu sebagai calon pada PRU ke-13.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan dan identiti calon terbabit, sambil menyifatkan mereka dipilih berdasarkan sifat tanggungjawab untuk berjuang dan berkhidmat demi masyarakat.

Mansor juga enggan mengulas sama ada beliau akan mempertahankan kerusi DUN Penanti dan bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal. Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti. — Bernama

Khairy kata ini bukan kerja pencacai UMNO..

Posted: 20 Aug 2012 01:44 AM PDT

SHAH ALAM - Pemuda Umno menafikan laman rasmi Facebook kontroversi, yang mendakwa undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, dikendalikan oleh sayap itu.

Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu membuat laporan polis esok.

"Ya, bukan laman FB kami," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin menerusi mesej Twitter lewat malam tadi menjawab pertanyaan susulan pengikutnya.

Menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan."

"Kami akan membuat laporan polis esok (hari ini)," kata beliau.
Bagaimanapun dalam mesej yang dikemaskinikan hari ini, Khairy berkata, laporan polis akan dibuat esok.
Laman sosial itu mengakui ia sebagai milik Pemuda Umno memuatkan mesej itu awal pagi kelmarin tetapi telah dikeluarkan selepas ditegur oleh kepimpinan PR termasuk Ketua Pembangkangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kandungan awal mendapat reaksi daripada kedua-dua PR dan penyokong Barisan Nasional (BN).

Malah perkara itu turut dinafikan oleh Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN kelmarin dan berjanji akan menyiasat siapa pengendali dan pentadbirnya.

Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)."

Pemaparan bahan berkenaan menjadi perhatian ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat.

Sinar Harian

Kalaulah Facebooker pro PR yang siar kenyataan ini.. sudah tentu kena tangkap..

Posted: 19 Aug 2012 09:26 AM PDT


Baru-baru ini seorang pengasas Sekolah Pondok telah menerima imbuhan berjumlah RM2 Juta kerana seminggu sebelumnya beliau telah mengeluarkan fatwa 'Haram mengundi DAP'.

Haram kerana menurut pengasas Sekolah Pondok itu DAP menentang penubuhan negara Islam dan juga menolak hudud - laporan penuh sila baca di ( SINI )

Tanpa memperdulikan sensitiviti penganut agama bukan Islam, sekali lagi UMNO mengunakan isu agama demi meraih sokongan orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Petang kelmarin satu poster yang menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son'. telah disiarkan di Facebook yang dipercayai milik Pemuda UMNO.

KUALA LUMPUR, Ogos 19 - Satu gambar yang dipapar di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno kelmarin kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.

Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)."

Gambar yang diposkan di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan segelintir pengguna Internet menyokong kenyataan itu.

Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentimen agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

"Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP sependapat dgn umno ttg hudud, tu je," [Bodoh punya Pemuda Umno, dah terang-terang dalam Perlembagaan (bahawa) Islam agama rasmi...DAP pun sokong Perlembagaan, saja nak tunjuk bodoh! Tapi DAP sependapat dengan Umno tentang hudud, itu saja] kata seorang pengguna internet yang hanya dikenali sebagai Mohd Ghazali di laman Facebook Umno Pemuda itu.

"Org islam/melayu pun x sokong dgn gambar nie...so, someone go report this admin to police station...this is serious matter [jadi sila laporkan admin ini kepada balai polis...ini hal serius] ... boleh masuk ISA nie kalo ISA masih wujud," kata seorang lagi pengguna Facebook yang mengelar dirinya sebagai Ellvin Jesele.

Seorang pengguna Facebook yang hanya dikenal pasti sebagai Firdaus Adnan telah menuliskan komen yang menghina DAP, salah satu parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Firdaus menuduh pengerusi DAP, Karpal Singh telah berkali-kali menghina agam Islam tetapi pengguna Facebook itu tidak memberi bukti untuk tuduhan itu.

"Babi punya DAP jgn nk kait dap k.karpal sigh hram jdah byk kali hina islm. org islm bleh wt apa? dap komunis mlaysia," [Babi punya DAP jangan nak kait DAP ok. Karpal Singh haram jadah banyak kali hina Islam. Orang Islam boleh buat apa? DAP komunis Malaysia] beliau berkata di laman Facebook Pemuda Umno.

Seorang pengguna Facebook lagi, Agazaman Awang, kelihatan turut menyokong amaran tersirat Umno supaya orang Islam di kalangan rakyat Malaysia tidak menyokong PR.

"Orang yang kata pisahkan politik dari agama aadlah tak berpijak di bumi yang nyata. sedangkan apa yang kita perjuangkan seperti agama bangsa dan negara matlamat politik kita. bagaiamana kamu hendak pisakan islam dari politik melainkan kamu ada agenda lain dalam politik unutk kepentingan peribadi," tulis Agazaman.

DAP telah berulang kali digambarkan sebagai anti-Islam oleh media arus perdana yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno, hanya disebabkan DAP menentang pelaksanaan hukum hudud.

Kontroversi yang terbaru ini timbul selepas debat yang hangat akhir-akhir ini mengenai penubuhan teokrasi Islam di Malaysia, dengan panggilan untuk melaksanakan hukum hudud.

Debat itu dilihat sebagai percubaan untuk mendapatkan sokongan pengundi orang Melayu yang juga penganut agama Islam pada pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada April tahun depan.

Gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda Umno menjadi peringatan kepada laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu. Tahun lepas, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia.

Pemimpin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap parti politik tersebut. Beliau turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.

"That was not sanctioned by Umno Youth. The FB page is not administered by Umno Youth anymore. I am trying to find out who is responsible for this," [Itu tidak dipersetujui oleh Pemuda Umno. Laman FB itu tidak lagi diurus oleh Pemuda Umno. Saya sedang cuba mencari siapa yang bertanggungjawab untuk ini] Khairy memberitahu The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Gambar yang menyinggung perasaan itu ditarik balik dari "Wall" Facebook pada kira-kira 6.30 petang, tetapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat memberi komen ke atas gambar itu.

"Tdk waras utk nyalakan sengketa antara agama. (Tidak waras untuk nyalakan sengketan antara agama)," kata ketua de facto PKR itu di akaun Twitter @anwaribrahim apabila disuruh untuk memberi komen ke atas isu itu oleh seorang pengguna Twitter @kayheshyutaibah - The Malaysian Insider

Sudah tentu, UMNO/BN tidak akan mengaku dan bersikap "Baling batu, Sembunyi tangan"

Taktik ini mereka gunakan di Sarawak dalam pilihan raya negeri yang lepas di mana poster YB Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) mengaitkan bahawa Sarawak akan menjadi sebuah negeri Kristian jika PKR menang di Sarawak dan telah menakutkan pengundi Melayu/Islam.

Kalaulah poster di atas itu disiarkan oleh facebokers yang menyokong Pakatan Rakyat.. rasanya jika tiada laporan Polis dibuatpun, pegendali atau admin Facebook tersebut akan disiasat Polis..

Tapi oleh kerana ianya menggunakan platform UMNO maka tidak menjadi kesalahan...

Tiada ulasan: