Rabu, 15 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anwar terlibat gerakan Freemason?.. Ibrahim Ali kantoi..

Posted: 15 Aug 2012 06:33 AM PDT

Malang sungguh nasib Ibrahim Ali kali ini, niat dihati mahu memburukkan DS Anwar Ibrahim dengan mengaitkannya dengan gerakan Yahudi antarabangsa, Freemason..tapi beliau telah diperbodohkan oleh pemberi maklumatnya sendiri...

Semalam Raja Katak ini telah tampil dengan dokumen yang kononnya adalah bukti keterlibatan DS Anwar Ibrahim dalam gerakan Yahudi antarabangsa, Freemason.

Kononnya beliau terkejut apabila melihat nama Anwar tersenarai sebagai salah seorang ahli dan pemimpin dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.

Ini berdasarkan senarai kedudukan yang disiarkan dalam laman web organisasi tersebut, Civil Service Lodge No. 148 katanya..

Bagi mengelakkan dirinya disaman oleh DS Anwar beliau berkata beliau tidak menuduh tetapi hanya  menuntut DS Anwar memberi penjelasan kerana perkara ini sangat mustahak kononnya...


Oleh kerana beliau tidak menyiasat akan maklumat yang diperolehinya perkara yang hendak dijadikan isu bagi menyerang DS Anwar Ibrahim, beliau telah terbawaisu lapuk yang ditimbulkan oleh Blogger Pro UMNO pada tahun 2008, yang telah memberikan malu besar kepada blogger tersebut.


Laman sesawang yang dirujuk oleh Ibrahim Ali itu sendiri sebenarnya telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim yang dimaksudkan bukanlah Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang parlimen Malaysia.


Di bawah ini Anwar Ibrahim (lelaki paling kanan dalam gambar) yang dimaksudkan, seorang lelaki Arab berperut buncit gemuk pendek seperti Ibrahim Ali.


Terpaksalah Ibrahim Ali cari isu lain pula.. maklumlah PRU dah semakin dekat.. tak ada isu nanti Najib tak nampak pula kehebatan Raja Katak ni....

Sumber Info : MiLo SuaM

Pelajar hanya 25 tetapi dapat RM2 juta .. Raya sakan lah depa..

Posted: 15 Aug 2012 05:19 AM PDT

Dengan memiliki hanya 25 pelajar lelaki, Madrasah Al-Najmiah atau Pondok Genting mendapat sumbangan RM2 juta dari Jabatan Pembangunan Persekutuan semalam, 14 Ogos.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad.

Minggu lalu akhbar Umno membuat kekecohan apabila menyiarkan kenyataan Abdullah Sa`amah kononnya haram mengundi DAP kerana mereka 'kafir harbi'. Ekoran itu, pelbagai bantahan dibuat ke atas akhbar Umno itu khasnya Abdullah Sa'amah.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya misalnya berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi".

Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan"

Namun, tanda tanya mengenai kenyataan itu seolah-olah terjawab semalam apabila Pengerusi Umno Kelantan menyampaikan cek RM2 juta kepada pondok itu.


Pondok ini dinamakan Madrasah Al-Najmiah. Ia diasaskan pada tahun 1983M oleh Abdullah bin Sa`amah.

Ia terletak kira-kira 40 km dari Bandar Kota Bharu dan hanya kira-kira 1 km dari jalan besar Pengkalan Kubor - Kota bharu.

Pengerusi pentadbir pondok ini adalah Haji Abdullah bin Sa`amah.

Antara kemudahan di pondok ini Madrasa, elektrik, air, kolah air, rumah tetamu dan 18 buah pondok untuk pelajar.

Harakahdaily

Beberapa pemimpin BN Sabah akan sertai PAS Aidilfitri ini..

Posted: 15 Aug 2012 01:09 AM PDT


Menurut Lajim Ukim Ahli Parlimen Beufort yang telah meninggalkan BN, perkara ini bukanlah spekulasi ataupun rumors tetapi adalah satu perkara yang benar...

Beberapa orang lagi pemimpin politik Sabah akan menyertai Parti Islam Se-Malaysia PAS, menurut Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu.

Ketika mendedahkan perkara ini kelmarin beliau berkata, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka bakal mengumumkan nama nama pemimpin berkenaan semasa perhimpunan di peringkat negeri yang bakal dianjurkan oleh PAS Sabah bulan depan.

"Sebuah perhimpunan khas yang dinamakan Himpunan Hijau Ke Putrajaya akan diadakan pada 1 September dan bakal dihadiri oleh pemimpin pemimpin PAS diperingkat nasional termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Hj Mohammad Sabu, naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa pusat."

"Juga dijangka kehadiran Tuan Guru Nik Aziz (InsyaAllah) yang akan membuat pengumuman berkenaan beberapa pemimpin di Sabah yang ingin menyertai PAS," ujar beliau kepada wartawan ketika sidang akhbar untuk pengumuman perhimpunan kelmarin.

'Several Sabah leaders to join PAS'

KOTA KINABALU: PAS is preparing itself to receive several Sabah leaders into its fold after the Hari Raya celebrations.

Announcing the party's preparation for a 5,000-strong gathering here on Sept 1, Sabah PAS Youth chief Lahirul Latigu said spiritual adviser and Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat will be receiving these leaders during the event.

"Tok Guru (Nik Aziz) will be announcing the names of several Sabah leaders who will be joining PAS. He will announce the names at a special gathering on Sept 1.

"The special gathering is called Himpunan Hijau ke Putrajaya and will be attended by national PAS leaders, including president Abdul Hadi Awang, deputy president Mohamad Sabu, vice-presidents and committee members, " said Lahirul.

Also expected to be present are PAS Youth chief Nasruddin Hassan Tantawi, deputy chief Nik Abdul Aziz and vice-Youth chief Dr Raja Ahmad Al-Hiss.

This will be the first time that Sabah PAS will hold an event of such magnitude.

According to Lahirul, the event will also celebrate the spirit of independence and "commemorate and appreciate Sabah's 49 years of independence".

Sabah has become the focal point of Pakatan Rakyat's mission to reach Putrajaya.

Pakatan leader Anwar Ibrahim has been wooing MPs in the state, encouraging them to defect and stand as independents or under the Pakatan banner.

According to Anwar, what is important is that they support Pakatan's agenda.

More to defect

Two BN parliamentarians have already jumped ship – Lajim Ukin (Beaufort) and Wilfred Bumburing (Tuaran). On Sunday, Upko vice-president Senator Maijol Mahap also declared his support for Anwar.

Yesterday, Lajim claimed that three more lawmakers from BN will defect after Hari Raya.

"This is not speculation or rumour but something which is true. However, we will not reveal their names.

"They will announce their resignation from the party and support Pakatan in stages from after Hari Raya until the dissolution of Parliament," he told the PKR's Keadilan Daily.

He also claimed that 18 out of 35 committee members of the Beaufort Umno division have resigned and joined his Pakatan Perubahan Sabah (PPS), which is a Pakatan's ally.

"A few more Sabah Umno branch chiefs, former lawmakers and leaders who had been appointed as ministers will also leave the party.

"The announcement will be made at the right time," he added - Free Malaysia Today

Keluar fatwa 'Haram Undi DAP' dapat RM2 Juta??

Posted: 14 Aug 2012 08:49 PM PDT

Nampaknya demi mengekalkan kuasa yang ada satu perniagaan baru telah diwujudkan oleh pihak UMNO/BN..


Pada 7 Ogos lalu Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah telah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan umat Islam menyokong DAP.

Katanya.. Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Selain itu tambahnya lagi umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP - fatwa gila sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Fatwa yang jelas kelihatan berat sebelah dan kelihatan seperti 'Demi UMNO' itu ada ganjaran rupanya..

Satu minggu kemudian iaitu 14 Ogos setelah Fatwa demi UMNO yang dikeluarkan oleh Pengasas Pondok Getting disiarkan Utusan.. beliau menerima sumbangan RM2 Juta..


Itulah perniagaan baru yang terpaksa diujudkan oleh UMNO/BN untuk terus berkuasa.. Jual beli Fatwa.. asal boleh terus berkuasa buat apa pun tak apa.. halal haram belakang kira..

Pemuda UMNO Anjur Tadarus sambil menghina Anak-anak Yatim..

Posted: 14 Aug 2012 05:00 PM PDT


Gambar di atas ialah rakaman yang menunjukkan bebrapa orang anak yatim (bukan anak Rais Yatim) yang berada di meja yang dilabelkan dengan 'AY' dalam proram Tadarus dan Khatam Al-Quran peringkat nasional anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Dengan bertemakan 'Ummah Bersatu Negara Maju',  Majlis diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC selepas solat Asar pada 11 Ogos.

Ianya telah dihadiri oleh seramai 200 orang daripada Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan pelajar dari Tahfiz serta anak-anak yatim sekitar ibu kota.

Turut hadir pada majlis berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B), Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU), Ustaz Fathul Bari. Pelajar Tahfiz dan Maahad sekitar Ibu Kota turut hadir Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran itu.

 

Sejurus selepas selesai majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran, Khairy Jamaluddin telah memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan cenderahati penghargaan kepada pihak penaja.

Yang menjadi persoalan di sini ialah mengapa  layanan dari segi makanan yang diberikan terhadap anak-anak Yatim itu begitu ketara berbeza dengan apa yang dihidangkan untuk VIP UMNO?

Perhatikan gambar-gambar di bawah ini dan nilaikan antara dua darjat yang diujudkan oleh UMNO..

Meja bertanda 'AY' atau Anak-anak Yatim
Meja bertanda 'VIP' perhatikan hidangannya dan bezakan dengan apa yang ada di atas meja 'AY' di atas.




Mengapa harus diberikan layanan yang berbeza biarpun Majlis diadakan di rumah Allah ( Masjid) sedangkan disisi Allah kita semua adalah sama?

Tidakkah ini satu penghinaan buat anak-anak Yatim yang dijemput kemajlis tersebut?

 

Ini pun boleh dianggap sebagai menggunakan Masjid untuk berpolitik... lihat Khairy sedang menggunakan Masjid untuk berpolitik..


Kalau bukan berpolitik dalam Masjid adakah si Khairy ini punya tauliah untuk memberikan kuliah atau tazkirah didalam Masjid As-Syakirin ini?


Ulama Muda UMNO juga memberikan takzirah tanpa tauliah di dalam Masjid ini...

Cuba bayangkan perkara sebegini dilakukan oleh Pakatan Rakyat..  dah tentu riuh rendah Media Tunggangan UMNO mensensasikan perkara ini..

Sumber gambar dari APA dan e-mail aku...

Apa saja kita lakukan, kita harus utamakan rakyat.. kata Najib

Posted: 14 Aug 2012 03:30 PM PDT


Ekoran dari bantahan berbagai pihak terutamanya Pakatan Rakyat, menerusi mesej Twitternya malam tadi, Najib telah meminta Kabinet agar membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang diluluskan baru-baru ini.

"Saya telah meminta kabinet supaya membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950,Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat" katanya.

Aku sokong kata-kata Najib "Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat"

Tetapi dimanakah rakyat pada pandangan Najib ketika beliau mengetuai Kabinet yang meluluskan pindaan Akta ini?

Adakah rakyat ketika itu diletakkan dicelah ketiak? atau di celah kangkang ataupun di bawah tapak kaki?

Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan pada bacaan kedua sekitar April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata penggunaan internet membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan masalah ketanpanamaan pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani jenayah siber dilakukan melalui internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat.

"Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya kesalahan jenayah dilakukan, dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung," kata beliau.

Justeru, Nazri berkata tujuan peruntukan anggapan berasaskan 'owner-onus principle' adalah untuk meringankan beban pembuktian berhubung dengan fakta tertentu.

Nazri Aziz tidak mungkin meluluskan pindaan ini tanpa restu dari Najib sendiri.

Dan kini apabila PRU13 kian hampir.. Najib berkata  "Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat".

Sebenarnya ianya hanyalah satu langkah mengejar populariti oleh Najib dan tindakan ini akan menjadikan beliau kelihatan seorang Perdana Menteri yang prihatin akan pandangan rakyat.

Luluskan dulu tanpa memperdulikan akan rakyat dan bila rakyat bantah kaji semula.. kononnya dikaji kerana mengutamakan pendapat rakyat.

Jika benar kata-kata Najib itu "Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat" kenapa tidak diambil kira pandangan rakyat sebelum akta itu diluluskan?

Najib dengar protes S114A, arah Kabinet kaji

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta Kabinet agar membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang diluluskan baru-baru ini, ekoran bantahan dan kritikan pelbagai pihak - pemimpin Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan.

Menerusi mesej Twitternya malam ini, Najib berkata, sebarang tindakan kerajaan seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat.

"Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat," kata beliau yang kini berada di Makkah.

Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya esok, akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa parti komponen Pakatan Rakyat juga memperlihatkan pendirian menyokong kempen protes  #STOP114A - menggesa Kerajaan Pusat mengkaji semula Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang dikuatkuasakan sejak Jun lalu.

Dalam kenyataan media hari ini, PKR berkata, pihaknya telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat, termasuk dari ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Sim Tze Tzin berkata, pindaan akta itu meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan.

Kelmarin, gesaan berhubung seksyen itu turut dilahirkan oleh Ketua Pemuda BN dan Umno, Khairy Jamaluddin.

Kempen protes turut meminta orang ramai melahirkan sokongan dengan menandatangani petisyen. Laman sosial Facebook juga dibuka bagi tujuan itu.

Dalam kenyataannya dua hari lalu, Khairy yang juga Ahli Parlimen meminta perhatian kerajaan untuk menambahbaik Akta Keterangan 1950 yang berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menurut beliau, akta tersebut dilihat masih ada kekurangan dan mempunyai ruang untuk diperbaiki bagi menjamin kebebasan pemilik laman web walaupun telah dipinda.

Katanya, peruntukan yang dimaksudkan adalah dari segi kebebasan dan kebertanggungjawaban pihak yang mengendalikan web.

"Saya telah bangkitkan isu beban bukti kepada peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz untuk mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan," katanya.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat beberapa kelemahan dalam pindaan akta itu.

Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkian pindaan Fasal 2 yang bertujuan mengantikan takrif Komputer yang baru lebih komprehensif dan selaras dengan takrif Komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.

Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut pula memperuntukkan memasukkan seksyen baru, 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet.

Semalam, beberapa pengikut akaun Twitter Khairy juga meminta beliau membawa perkara itu ke Parlimen.

Pandangan itu disampaikan apabila Khairy berkata Parlimen akan bersidang mulai 24 September hingga 27 November ini - Sinar Harian

Inilah yang dikatakan "Mouth moves faster than the Brain" atau bercakap tak guna otak ... atau memang tak ada otak untuk diguna?

Tiada ulasan: