Selasa, 14 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bekas Timbalan Presiden PAS ikut Najib ke Mekah?

Posted: 14 Aug 2012 06:44 AM PDT


Tengok betul-betul gambar di atas tu.. siapa yang sedang duduk tersengih disebelah Najib di Mekah itu??

Ketika pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah sibuk menjauhkan diri dari Najib kerana janji yang tak ditepatinya.. pemimpin kanan PAS ini sebaliknya pula..  

Apa hal mamat nih??


MAKKAH, 14 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) mendengar penerangan dari Tokoh Ulama Arab Saudi Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat di sini pagi ini.

Turut hadir (dari kiri) Mufti Masjid Haram Makkah, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi dan Anggota Parlimen Bachok " Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Sebelum itu, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongannya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad Al-Saggaf dilaporkan telah memulakan ibadah umrah dengan tawaf mengelilingi Kaabah.

PRU13: Najib tertekan, perisik lapor peralihan kuasa

KUALA LUMPUR: PAS melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi menghadapi Pilihanraya Imum ke-13 (PRU13).

Kenyataan tersebut disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) apabila 'task force' rasmi yang terdiri daripada perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melaporkan akan berlaku peralihan kuasa pada PRU13 nanti.

"Melihat kepada apa yang berlaku sekarang pada senario politik negara, Najib terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi mengadakan PRU13.

"Tekanan itu lebih teruk lagi apabila laporan dari perisik rasmi kerajaan yang telah menyatakan rakyat telah menunjuk sikap tidak selesa mereka kepada kerajaan, malah menjangkakan akan ada perubahan kuasa," jelasnya sewaktu majlis berbuka puasa di sebuah hotel semalam.

Mahfuz yang turut menjangkakan Najib akan mengadakan pilihanraya pada awal tahun hadapan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Katanya lagi, faktor kesuntukkan masa iaitu sambutan kemerdekaan, musim haji dan juga peperiksaan kepada pelajar-pelajar sekolah juga antara sebab utama PRU13 dibawa ke tahun hadapan.

"Sudah pasti pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji kerana rakyat negara ini akan keluar untuk menunaikan haji dan begitu juga musim peperiksaan yang mana ibubapa akan lebih tumpukan kepada peperiksaan anak mereka.

"Jika Najib ingin mengadakan pada musim peperiksaan ia akan menimbulkan kemarahan kepada ibubapa, malah peglibatan guru-guru dalam menguruskan peperiksaan juga akan turut terganggu," sambungnya.

Menurutnya, kerajaan akan menggunakan sebaik mungkin belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.

"Sokongan rakyat sudah semakain menurun dan saya pasti Najib akan menggunakan sepenuhnya kelebihan senjata terakhir mereka pada belanjawan kali ini untuk menarik undi rakyat.

"Apatah lagi senario perubahan yang besar akan berlaku di Sabah, Najib dijangka bertindak luar biasa kepada rakyat di sana.

Sebelum itu, menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat turut mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.

Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan. -HarakahDaily

Yakin tumbang selepas PRU13, Ibrahim Ali nak jadi Penerbit Filem pula?

Posted: 14 Aug 2012 01:02 AM PDT


Filem pertama yang dijangka diterbitkan oleh Ibrahim Ali Production ialah filem yang mengisahkan perjalanan hidup Anwar Ibrahim.. tajuknya mungkin 'Anwar Ibrahim The Movie' kot...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mahu filem kontroversi Tanda Putera ditayangkan tanpa sebarang tapisan dan pihaknya akan memberi sokongan padu kepada Pengarahnya, Datuk Paduka Suhaimi Baba.


Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata filem yang dikatakan mempunyai unsur perkauman oleh Pakatan Rakyat (PR) adalah tidak benar kerana filem itu dibuat berdasarkan sejarah.

Menurutnya PR tidak perlu mempersoalkan plot ceritanya walaupun ada adegan yang menimbulkan sensitiviti kepada masyarakat kerana itu berkaitan dengan sejarah.

"Kami akan berunding dan membantu pengarah filem Tanda Putera itu untuk meneruskan penyiarannya tanpa 'sensor'.

"Filem itu berkaitan sejarah, bagaimana plot atau adegannya walaupun agak kontoversi, kita tak boleh nak ubah sejarah dan PR tak perlu nak jadikan itu isu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum ini, PR menyatakan filem arahan Suhaimi itu bakal menimbulkan kembali semangat dan menegangkan kembali hubungan perkauman di Malaysia seperti kejadian 13 Mei dahulu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata sebolehnya filem tersebut ditayangkan dahulu kepada pemimpin PR sebelum ditayangkan kepada masyarakat untuk dinilai dan diberi pandangan.

Beliau juga mendesak kerajaan supaya membuat penapisan dan memilih filem yang sesuai untuk ditayangkan di negara ini.

Sementara itu, Ibrahim berkata pembangkang tidak seharusnya menjadikan filem sejarah ini sebagai agenda lain untuk kepentingan parti sendiri.

"Jangan jadikan hal ini untuk kepentingan parti, filem berunsur Sejarah ini perlu ditayangkan untuk rakyat ingat semula dan menghayati keamanan negara dan jangan berfikir negatif sahaja.

"Saya cadang kalau PR masih nak isukan filem ini, saya akan buat filem Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pula selepas ini," katanya lagi dalam nada bergurau.

Menurutnya, filem yang berkaitan sejarah seharusnya diperluaskan untuk rakyat menghayati sejarahnya bukan memberi gambaran yang negatif terhadap usaha itu.

Sinar Harian

Pasangan gay jemput Anwar Ibrahim ke majlis perkahwinan?

Posted: 13 Aug 2012 09:08 PM PDT


Baca dulu apa yang blogger pencacai UMNO ini tulis untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap DS Anwar Ibrahim ini..

Kononnya...

Lewat malam semalam, Semut terima satu email dari seorang rakan yang mengirimkan kad kahwin paling Ekslusif dalam Malaysia.

Mulanya, Semut tak perasan lansung kad kahwin tu ditujukan kepada siapa. Ingatkan kad kahwin member - member yang tak sempat untuk dipos.

Tapi, bila tengok nama jemputan tu, memang patut sangat la kad tu disenaraikan sebagai eksklusif sebab jemputannya bukan sebarangan orang.


Orang yang dijemput ni pun memang cukup terkenal dengan sifat 'dwi-alam' dia di Malaysia. Malah seluruh dunia pun mengakui perkara tersebut.

Katanya, kad kahwin tu adalah untuk majlis resepsi Paderi Kristian yang berkahwin 'Sesama Jenis' sebelum ini!!! Berita tu pun dah tersebar luas dalam dunia maya. (klik sini)

Persoalannya, jika benar perkara tersebut, kenapa pulak pasangan 'Luar Tabiee' tu nak jemput Si Ketua Penipu tu sebagai jemputan khas dengan memberikan kad eksklusif ni?

Bukan ke Si Ketua Penipu tu menentang golongan LGBT tu dalam kenyataan dia sebelum ini? Kalau dia tentang, menda kejadah pulak dia dapat kad kahwin ni?

Itu penulisan blogger pencacai UMNO yang sedang bergelut untuk mendapatkan duit Raya bagi menyambut Aidilfitri yang akan tiba nanti..

Ngeo Boon Lin dalam kad jemputan di atas adalah Paderi gay (bila pulak Paderi dibenarkan berkahwin?) yang berbaju kot merah dalam gambar di bawah. Manakala Phineas pula adalah lelaki berkulit hitam berbaju kot biru . Mereka berkahwin di Amerika dan perkahwinan tersebut didaftarkan di New York.


Baru2 neh mereka kembali ke Malaysia dan menjemput sekumpulan wartawan hadir ke majlis resepsi mereka di salah sebuah restoran cina. Lokasi kuala lumpur.

Ali Rustam telah mengadakan demo jarak jauh untuk mereka ini.. Jauhlah pasal demo tu di Melaka sedangkan majlis mereka berdua ini di Kuala Lumpur.. gambar Ali Rustam belajar demo tu sila lihat di ( SINI )

Persoalan yang timbul dari persoalan yang ditimbulkan oleh pencacai UMNO itu iaitu "Persoalannya, jika benar perkara tersebut, kenapa pulak pasangan 'Luar Tabiee' tu nak jemput Si Ketua Penipu tu sebagai jemputan khas dengan memberikan kad eksklusif ni?" ialah...

Jika benar Kad Jemputan itu dikirimkan kepada DS Anwar Ibrahim, kenapa pula ianya berada ditangan Blogger pencacai UMNO itu?

Ya lah.. kad dikirim kepada Anwar tapi pencacai UMNO itu yang dapat.. atau boleh jadi pencacai UMNO itu sendiri yang dijemput ke majlis itu..

Dia dapat kad jemputan yang tidak ditulis nama.. ditulisnya nama Anwar Ibrahim..

Terdesak sangat ke nak cari duit raya??

Seksyen 114A: Undang-undang kandang lembu?

Posted: 13 Aug 2012 05:30 PM PDT


Seksyen 114A adalah satu pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membolehkan penguatkuasa undang-undang untuk menjadikan anda bertanggungjawab kerana menyiarkan bahan yang menghasut, memfitnah atau libel secara online, asalkan bahan yang didakwa fitnah itu boleh dijejak kembali ke kata laluan, alat elektronik, atau rangkaian WiFi milik anda. Seksyen 114A mengandaikan anda bersalah kerana menyiarkan bahan terbabit di internet, kecuali jika anda boleh membuktikan sebaliknya. Pendek kata, anda bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah.

Seksyen 114A: Undang-undang kandang lembu? 

Kalau kita ini tuan kedai, dan kita tangkap seorang anak muda mencuri coklat, kemudian mahu didakwa anak muda itu di mahkamah; adalah menjadi tanggungjawab tuan kedai untuk membuktikan bahawa coklat yang yang dicuri itu miliknya, dan hak milik itu dirampas tanpa izinnya.

Mudah begitu. Kalau kita ini tuan kedai, dan ada anak muda lalu di depan kedai kita dengan memegang sekeping coklat yang kebetulan dijual di kedai kita, adalah tidak masuk akal untuk kita mengheretnya ke mahkamah dan menyuruh si anak muda itu untuk membuktikan bahawa coklat yang dipegangnya itu tidak dicuri dari kedai kita.

Ini undang-undang mudah.

Arwah Tan Sri Harun Hashim, apabila disoal tentang apa itu undang-undang dalam fahamnya, beliau menjawab bahawa undang-undang itu 'common sense'.

Bukan setakat 'common sense' dalam erti kata sesuatu yang 'masuk akal', bahkan mencakupi apa yang dipanggil 'kesepakatan umum'.

Undang-undang mesti masuk akal dan disepakati umum 

Undang-undang dibentuk atas sesuatu yang disepakati umum. Kalau umum tidak sepakat, ia tidak jadi norma dan lantas tidak cukup haul untuk diangkat sebagai umum. Kenyataan ini masuk akal.

Kalau pekerjaan mencuri itu disepakati umum sebagai satu kesalahan, maka salahlah mencuri itu.
Kalau pekerjaan pakai kasut di kepala itu disepakati sebagai salah, maka bolehlah dikanunkan dan dijadikan undang-undang.

Itu konsep kesepakatan umum dalam memahami makna fungsi undang-undang.

Jadi dalam kesepakatan umum selama ini, seorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan adalah tidak bersalah sehingga benar-benar terbukti bahawa dia bersalah; bukan sebaliknya.

Konsep ini difahami pepatah undang-undang, Ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat; cum per rerum naturam factum negantis probatio nulla sit – yang mafhumnya ialah beban bukti letaknya pada yang mendakwa, bukan pada yang dituduh atau menafi, kerana memang fitrahnya, yang menafikan dakwaan selalunya payah untuk membawakan bukti.

 Jika sebaliknya, maka memang terbaliklah sistem manusia ini. Bayangkan, siapa sahaja boleh ditangkap polis, untuk apa sahaja kesalahan sehingga dia boleh buktikan yang dia tidak bersalah.

Sistem yang begitu pastilah tidak adil, bukan?

Namun malang bagi kita yang mendiam di negara Malaysia yang diterajui United Malays National Organisation ini, pihak pemerintah sedang cuba berfikir dan bertindak secara tidak adil.

Ini sebenarnya amat mudah bagi mereka, kerana memang sudah menjadi kelaziman bagi pemerintah untuk berlaku zalim.

Lihat sahaja undang-undang jahat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu yang membenarkan sesiapa sahaja ditangkap dan dipenjara tanpa perlu dibicarakan.

Jadi pemerintah yang nakal ini beberapa bulan lalu telah membuat sebuah pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membuatkan dunia kita semua bakal terbalik.

Pindaan tersebut dikenali sebagai Seksyen 114A.

Apa itu Seksyen 114A? 

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan pada 31 Julai 2012.

Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas untuk bertindak terhadap bahan-bahan 'berbahaya' di internet. Pindaan tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet.

Pindaan terbaru ini meletakkan kebertanggungjawaban kepada pemilik atau penyelaras blog, forum yang membolehkan orang lain menyiarkan komen; pembekal internet dan pembekal webhosting serta mereka yang memiliki komputer atau alat untuk menyiarkan bahan secara online.

Sebagai contoh sekiranya ada apa-apa kenyataan fitnah yang boleh dijejak kembali kepada kata laluan anda, atau alat elektronik anda, bahkan rangkaian internet rumah anda; Seksyen 114A memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya.

Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah seperti yang menjadi amalan kehakiman selama ini di seluruh dunia.

Justeru pindaan gila ini secara tidak adil memindahkan beban bukti kepada pengguna internet yang mungkin didakwa secara salah, untuk sebarang kenyataan fitnah atau menghasut yang terbit daripada rangkaian internetnya.

Malah pentadbir forum-forum juga boleh dikenakan tindakan untuk kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman forum mereka. Apa yang lebih buruk ialah seandainya rangkaian internet seseorang digodam dan digunakan untuk menyiarkan bahan-bahan tersebut.

Inilah yang bakal berlaku… 

Bayangkan seorang nenek yang sendirian di rumah, hanya guna internet untuk buka YouTube buat belajar memasak atau mengait; tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk polis. Mengapa? Kerana ada kenyataan yang menghasut diterbitkan dari rangkaian WiFi rumahnya yang digodam orang.

 Jadi pindaan sebegini ini adalah gila dan tidak masuk akal. Undang-undang begini adalah undang-undang bobrok dan zalim yang mengekang kebebasan bersuara rakyat jelata.

Pemerintah yang mengekang kebebasan rakyat bersuara dan mengkritik ini adalah pemerintah yang selayaknya dihumbankan ke jurang paling dalam apabila selesai sahaja Pilihanraya Umum akan datang.

Kesannya nanti, orang akan takut untuk bersuara dan tidak lagi berani mengkritik. Malah blog-blog juga akan terpaksa menapis komen-komen dengan lebih tegas.

Apa dia garis pemisah antara fitnah, hasut dengan ayat-ayat kritikan dan penegasan untuk mencabar pemerintah yang menzalimi rakyatnya? Ini semua hanya berhak ditafsirkan oleh pemerintah sendiri.

Maka akan takutlah sekalian hamba rakyat untuk mempersoal tindakan pemerintah.

Akan tutuplah WiFi percuma di tempat-tempat lepak awam, risau rangkaian internetnya nanti digunakan untuk menulis ayat-ayat bahaya yang menggugat pemerintah.

Di mana lagi kami semua nak lepak minum teh tarik nanti kalau sudah tak ada WiFi percuma? Bukan sahaja media massa dikawalnya, internet juga mahu dikawalnya.

Ini pemerintah jenis apa ini?

Tetapi apabila pecacainya sendiri menyiarkan fitnah dan tohmah, kebal pula mereka itu daripada tindakan undang-undang.

Lihat sahaja bagaimana mereka menggerakkan tentera siber dan media sosialnya untuk memfitnah dan menyebar berita palsu secara berleluasa, dan tidak pula memberi ruang untuk diskusi dan jawapan balas. Ini halal pula?

Tidak pula dihukum kafir harbi? Undang-undang tidak menyalahkan mereka? Ini undang-undang apa? Undang-undang kandang lembu?

Mungkin lembu lebih mulia daripada segelintir manusia kemaruk kuasa yang berhati busuk serta zalim kerana sanggup mengongkong rakyat sendiri.

Roketkini

Tiada ulasan: