Rabu, 1 Ogos 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Amaran dari Makcik-Makcik Felda buat Najib.. tepati janji atau kami tukar Kerajaan..

Posted: 01 Aug 2012 09:14 AM PDT


Sebelum itu.. Aku mohon maaf kepada Makcik-makcik dan Pakcik-Pakcik Felda kerana semlama ini aku telah menganggap kesemua mereka adalah mangsa pembodohan pemimpin UMNO..

Ini kerana hakikatnya bukan semua yang berjaya diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO kerana ramai juga yang sedar bahawa selama ini pemimpin-pemimpin UMNO cuba memperbodohkan mereka.

Makcik-makcik Felda ini menuntut janji Pengerusi Felda,Isa Samad yang sebelum ini menyatakan mereka layak menerima separuh daripada duit durian runtuh fasa kedua iaitu sebanyak RM2,500.

Ini kerana menurut mereka sebelum ini Najib telah menyatakan wang durian runtuh itu adalah imbuhan daripada hasil titik peluh peneroka dan penerokawati ketika membangunkan tanah Felda dahulu.

Sekiranya sebahagian durian runtuh seperti yang dijanjikan tidak diagihkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), mereka menganggap kerajaan tidak menepati janji dan mereka tidak teragak-agak untuk memilih kerajaan baru pada PRU akan datang.

Serah wang atau kami tukar kerajaan baru.. - Bekas isteri peneroka Felda

Bekas isteri peneroka menuntut janji Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang sebelum ini menyatakan mereka layak menerima separuh daripada duit durian runtuh fasa kedua iaitu sebanyak RM2,500.

Aminah Zulkifly, 46, berkata, mereka berhak mendapat duit berkenaan memandangkan sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan wang durian runtuh itu adalah imbuhan daripada hasil titik peluh peneroka dan penerokawati ketika membangunkan tanah Felda dahulu.

"Satu negara jelas mendengar pengumuman Perdana Menteri yang menyatakan durian runtuh ini sebagai ganjaran menghargai jasa peneroka dan penerokawati yang bersusah-payah di awal kemasukan ke tanah rancangan dahulu.

"Dengan apa yang telah dinyatakan Perdana Menteri itu jelas membuktikan kami layak untuk menerima durian runtuh ini biarpun kami bukan lagi isteri peneroka dan sudah berkahwin lain," katanya.

Aminah berkata, lebih 20 tahun dia menduduki tanah rancangan dan bekas suaminya adalah peneroka Felda Jengka 24.

Katanya, adalah sesuatu yang tidak adil sekiranya dia tidak menerima durian runtuh tersebut.

"Ketika masuk ke tanah rancangan dahulu, kami bekas isteri peneroka ini turut sama turun ke ladang dan merasai kepayahan hidup di tanah rancangan.

"Kami yang bersusah payah, tetapi isteri bekas suami yang baru berkahwin tiga atau empat tahun pula dengan senang-lenang dapat durian runtuh," katanya.

Aminah berkata, sekiranya sebahagian durian runtuh seperti yang dijanjikan tidak diagihkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), mereka menganggap kerajaan tidak menepati janji.

Justeru katanya, mereka tidak teragak-agak untuk memilih kerajaan baru pada PRU akan datang.

Rungutan Aminah turut disokong seorang lagi bekas isteri peneroka Felda Lepas Utara 1, Rozita Jantan, 47.

Rozita berkata, dia telah mengajukan perkara itu kepada pihak pengurusan Felda di tanah rancangan yang penah didudukinya dari 1984 sehingga 2000.

"Apabila ditanya, saya dimaklumkan durian runtuh tersebut adalah duit imbuhan kerajaan kepada peneroka Felda. Persoalannya, jika ia adalah imbuhan kerajaan, mengapa masyarakat kampung tidak menerima duit tersebut?" katanya.

Bekas isteri peneroka Felda Lepar Utara 3, Kamyah Mat Kamis, 48, pula berkata, bukan hanya mereka bertiga sahaja yang tidak berpuas hati, malah ramai lagi bekas isteri peneroka menghadapi masalah sama.

"Ramai tidak berpuas hati lebih-lebih lagi bagi bekas isteri yang menetap di tanah rancangan kerana merasakan mereka ini lebih layak menerima durian runtuh tersebut, bukan mereka yang meninggalkan tanah rancangan dan menetap di luar.

"Tambahan pula, saya dapati masih ramai lagi bekas isteri yang tidak berkahwin lain, tidak menerima durian runtuh ini. Ini menimbulkan kekeliruan kami, justeru kami mohon diberikan penjelasan," katanya - Utara News

Najib kata.. janji ditepati.. tapi apa cerita nih?

Facebook "Kami Bersama Rafizi" Dilancarkan, Ramai Kecam Penahanan Rafizi

Posted: 01 Aug 2012 07:28 AM PDT


Sebuah laman Facebook bernama "Kami Bersama Rafizi" dilancarkan oleh para penyokong Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli petang tadi. Setakat ini sudah lebih 800 orang LIKE laman FB tersebut.

Rafizi yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi tadi. Beliau telah dibebaskan dan diikat jamin berjumlah RM15,000.

Beliau dijamin oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad. Kes ditetapkan pada 10 September nanti.

Pihak pengendali laman Facebook tersebut memberikan tiga perkara yang harus diketahui umum:

1) Cara pihak polis & Bank Negara MENYERBU rumah Rafizi pagi ini adalah tidak munasabah langsung, sedangkan suami Shahrizat pun tidak dilayan sebegitu.

2) Tuduhan terhadap Rafizi adalah untuk MENDIAMKAN beliau yang dalam proses mendedahkan penyalahgunaan kuasa PM Najib

3) "Najib, rakyat memerhatikanmu"

Sementara itu, ramai pemimpin-pemimpin termasuk tokoh agama mempersoalkan penahanan dan pendakwaan Rafizi diantaranya termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan tangkapan Rafizi sebenarnya adalah untuk menututup penyelewengan Umno BN.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi.

Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan pendakwaan ke atas Rafizi sebagai tindakan terdesak mereka yang bakal kehilangan kuasa.

Sementara AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar pula berkata, segala janji transformasi Najib adalah pembohongan apabila mendakwa Rafizi hari ini.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam twitternya menyebut: "Tidak pelik jika pencuri telur didakwa, cuma pelik di dalam masa yang sama pencuri ayam, kambing, kerbau dll bebas berkeliaran.

LINK FB : "Kami Bersama Rafizi"

Sumber : Greenboc

Guru hina sahabat Rasulullah S.A.W. mohon maaf

Posted: 01 Aug 2012 04:01 AM PDT


Beberapa hari lepas, Kosmo ada menyiarkan satu laporan tentang sebuah Pusat Tuisyen di Tangkak, Johor yang menggunakan karikatur nota ringkas menghina sahabat nabi dalam mata pelajaran sejarah tingkatan 4.

Didalam nota ringkas yang mempunyai karikatur menghina sahabat nabi itu, terdapat 16 gambaran sahabat nabi yang dilukis mencerminkan perwatakan tidak baik yang dilukis oleh tenaga pengajar pusat tuisyen tersebut, Mr. Fu. Antara bentuk karikatur yang jelas menghina sahabat nabi adalah lukisan sahabat nabi yang menyerupai wajah khinzir.


Nota ringkas yang menghina sahabat nabi ini pada mulanya dijumpai oleh seorang pelajar di tepi longkang sebuah sekolah menengah di Tangkak pada 4 Julai lalu sebelum menyerahkannya kepada guru agama sekolah tersebut dan guru agama tersebut menyerahkanya kepada Pejabat Agama Daerah Ledang (PADL)

PADL telah pun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ledang pada 26 Julai lalu.

Dan semalam Guru dan pengusaha pusat tuisyen di Tangkak, Muar yang menimbulkan kontroversi itu telah tampil memohon maaf secara terbuka..

JOHOR BAHRU – Guru dan pengusaha pusat tuisyen di Tangkak, Muar yang menimbulkan kontroversi apabila memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas yang diedarkan kepada pelajar baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka semalam.

Ku Chong Yoong, 22, yang merupakan guru dan individu yang bertanggungjawab menyediakan bahan tersebut serta pengusaha pusat tuisyen Indah Permai Jaya, Lim Lee Yee, 26, mengaku tidak berniat untuk menyentuh sensiviti umat Islam apatah lagi menghina sahabat Nabi.

"Saya kesal perkara ini berlaku. Niat saya hanya ingin membantu pelajar agar lebih mudah faham dan saya tidak berniat untuk menyentuh isu sensitif orang Islam.

 "Di sini, saya dengan ikhlas ingin memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya di Tangkak serta di seluruh dunia. Saya mengaku, tindakan saya ini kurang matang dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi," kata Chong Yoong yang sudah dua tahun mengajar di pusat tuisyen terbabit.

Sementara itu, Lee Yee pula mengaku tidak tahu mengenai bahan yang disediakan tenaga pengajarnya sehinggalah isu terbabit disiarkan di akhbar.

"Selepas ini, saya janji akan lebih berhati-hati dan memantau bahan-bahan yang digunakan oleh guru tuisyen untuk mengajar. Kami juga telah meminta balik semua nota tersebut daripada pelajar dan telah menerangkan hal sebenar kepada mereka," katanya.

Sekurang-kurangnya Guru yang bukan berugama Islam ini telah meminta maaf apabila menyedari perbuatannya menyinggung perasaan ummat Islam..

Puak yang satu lagi tu.. ala puak yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan ugama Islam di Malaysia ni..

Sudahlah menolak hukum Allah dipermainkannya pula.. nak minta maaf? jauh panggang dari babi laaa...

Rafizi dilepas dengan ikat jamin RM15,000 , 10 Sept. bicara

Posted: 31 Jul 2012 09:11 PM PDT


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi.

Pertuduhannya adalah mengeluarkan data-data perbankan mengenai Pusat Fidlot Nasional (NFC) milik keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.

Jika disabit kesalahan, beliau akan didenda RM3 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaraya memohon mahkamah supaya Rafizi diikat jamin RM100 ribu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah tetapi peguambela yang diketuai Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membantah kerana alasan nilai terlalu tinggi selain Rafizi tidak mungkin ke luar negara tanpa kelulusan parti.

Beliau juga memohon hakim Tuan Aslam Zainuddin supaya wang ikat jamin dikurangkan kepada nilai kurang dari RM5 ribu.

Bagaimanapun, hakim memerintahkan supaya Rafizi diikat jamin RM15 ribu dan dijamin oleh ADUN seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.

Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi, Johari Muhamad.

Beliau yang hanya bergaji RM3 ribu aebulan selain menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan mempunyai tiga anak diarah supaya hadir juga pada 10 September nanti.

Dalam realsi segera, Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi Ramli atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

"Saya mengecam tindakan polis dan pendakwaan ke atas Rafizi," kata Azizah dalam mesej twitternya pagi ini.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga dalam satu mesej di Twitter menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos guaman yang akan dikenakan sepanjang perbicaraan berlangsung kelak.

Khalid juga mengecam tindakan polis yang diarah Perdana Menteri Najib yang menggunakan kaedah keganasan menahan Rafizi.

Pada 27 Jun lalu, empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi beberapa jam selepas beliau mendedahkan perkara itu.

Rafizi ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7.42 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang 10 minit selepas itu.

Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.

Rafizi juga difahamkan Johari turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.

Johari – bekas kerani Public Bank, dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.

Johari ditahan di tempat letak kereta di pejabatnya jam 7.30 pagi sewaktu baru hendak memulakan tugas.

Rafizi sebelum ini disiasat mengikut BAFIA berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.

NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.

Pihak media sedang berada di perkarangan mahkamah bagi menunggu perkembangan lanjut penahanan Rafizi dan Johari.

Menurut ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Rafizi diugut akan dipecahkan pintu rumahnya sekiranya tidak keluar dan bekerjasama dengan polis yang menahannya yang menjerit-jerit di luar rumah yang dianggar sekitar 10 orang termasuk seorang pegawai.

Tambahnya lagi, Rafizi tidak melawan malah meminta polis bertenang kerana perlu menghubungi peguamnya yang juga Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bagi meminta nasihat lanjut berhubung proses penahanannya - Jalan Pulang




Rafizi ditahan dan didakwa di bawah Akta Bank dan Institusi kewangan (Bafia)

Posted: 31 Jul 2012 08:12 PM PDT


Pada pukul 6.50 pagi tadi Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah ditahan oleh sepasukan anggota terdiri daripada pegawai polis dan Bank Negara.

Menurutnya, dia diberitahu penangkapan dibuat di bawah Bafia kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFCorp.

6.50 pagi rumahnya diserbu dan pintu rumah diancam akan dipecahkan oleh anggota Polis yang menyerbu, seolah-olah apa yang Rafizi lakukan adalah satu jenayah yang sangat serius buat negara..


Padahal Rafizi hanya mendedahkan penyelewengan RM250Juta wang milik rakyat oleh ahli Keluarga pemimpin UMNO ..

Adakah anggota Polis juga bertindak mengancam untuk memecahkan pintu rumah Sharizat ketika mereka menahan suaminya suatu masa dulu?

Yakinlah... selagi UMNO/BN kekal berkuasa segala bentuk salah laku mereka akan dilindungi oleh pihak berkuasa yang diperkudakan mereka.

Penahanan Rafizi ini hanyalah bertujuan menakut-nakutkan lain-lain pemimpin atau penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak lagi mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN dan juga kaum keluarga mereka..

NFC: Rafizi dicaj di bawah Bafia

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dicaj di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini dibawah Akta Bafia berhubung isu NF Corporation (NFC)\
 
Di bawa ke Mahkamah Seksyen 6, dihadapan hakim Aslam Zainuddin, dikenakan tuduhan dibawah Sesyen 997 Akta Bank dan Institusi kewangan (Bafia) 1989

BERITA TERDAHULU

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang menjadi perhatian sejak akhir tahun lalu berhubung isu NFC Corporation, ditahan polis awal pagi tadi.

Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini.

Rafizi sekarang berada di bangunan mahkamah, kata beliau yang juga seorang peguam ketika dihubungi Sinar Harian Online pada jam 9.15 pagi tadi.

"Jangan risau saya OK. Dah nak sampai mahkamah, " kata Rafizi dalam mesej twitter 16 minit yang lalu.

Dalam satu mesej beliau kira-kira sejam yang lalu, sekitar 8.30 pagi, Rafizi berkata, "aaya baru dimaklumkan bahawa saudari Johari Mohamad juga telah ditahan dan akan didakwa pagi ini bersama-sama."

Dalam mesej kira-kira 7.30 pagi tadi, Rafizi menulis, "Saya telah ditahan dibawah Bafia kini dalam perjalanan ke balai polis. Akan dicaj di mahkamah Shah Alam."

"Sampai balai polis Hulu Kelang. BNM akan buat laporan polis sekarang dan rasanya dari situ ditahan secara rasmi," kata beliau dalam mesej seterusnya.

Beliau yang menjadi tumpuan dalam isu NFCorporation, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, akan didakwa di bawah Akta Bank dan Institusi kewangan (Bafia) 1989 - Sinar Harian

Updated! Rafizi dilepas dengan jaminan RM15,000 sila baca di ( SINI )

Siapa pamer Botol Arak Gergasi di Penang ni?

Posted: 31 Jul 2012 05:30 PM PDT


Tanpa menoleh ke belakang melihat akan sejarah Blogger-blogger Pro UMNO menjadikannya satu isu untuk menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang apabila Bernama menyiarkan satu laporan Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam di Georgetown.

Ada yang menulis.. Regim Pulau Pinang hari ini boleh diistiharkan sebagai syurga arak dan mempunyai botol arak tertinggi di Asia.

Kejayaan ini sudah pasti tidak mampu dibuat oleh BN walaupun ketika dahulu lebih 50 tahun memerintah.

Ada juga yang mengatakan ini perbuatan melampau kerana mempromosikan botol arak gergasi dibulan Ramadhan yang mulia ini. Lantas mempersoalkan di manakah adab dan sensitiviti pihak yang membina replika tersebut?

Apakah mereka terlalu bodoh hingga tidak tahu bahawa bulan ini adalah bulan Ramadhan dan mereka sepatutnya menghormati perasaan umat Islam negeri ini?

Ada juga yang mengucapkan syabas buat Pakatan kerana hanya di Pulau Pinang arak dipromosikan secara besar-besaran sempena Aidilfitri..

Ini apa yang telah dilaporkan oleh Bernama..

GEORGE TOWN, 31 Julai -- Replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal di sini, hari ini.

Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan ditempat awam bersebelahan dengan perhiasan mempromosikan bulan Syawal.

 Lebih 400 botol-botol arak kosong disusun di dalam sebuah ruang pameran di kawasan awam yang dikunjungi oleh orang-ramai.-Bernama

Bukan aku bersetuju dengan tindakan mempromosikan botol arak gergasi itu cuma bagi aku sebelum kita menulis sesuatu untuk dijadikan isu menyerang pihak lawan, ada baiknya kita lihat pada diri kita sendiri..

Supaya jangan jadi seperti ayam bapak yang kokoknya berdegar-degar tapi ekor bergelumang najis..


Jika Blogger-blogger Pro UMNO mahu menjadikan arak yang dipamirkan  ini untuk menyerang pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, mereka seharusnya tahu bahawa manusia yang telah merasmikan kilang arak yang pertama di Malaysia adalah bapak kepada Presiden Parti mereka sendiri.


Perasmian kilang Carlsberg Brewery (M) Berhad telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein Al-Haj iaitu bapa kepada Perdana Menteri Malaysia yang ada sekarang sekitar April 1972.

Jika Blogger-blogger Pro UMNO mahu menjadikan arak yang dipamirkan itu sebagai isu mereka sepatutnya sedar anak Idola merek sendiri merpakan pemegang saham terbesar syarikat yang membekal dan mengedar arak di Filipina..

Mirzan Mahathir dikatakan menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.

Berbalik kepada botol arak gergasi di atas ianya dikatakan dilakukan oleh pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya Georgetown .

Pihak pengurusan pusat-beli belah itu telah mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria"..

Pihak pengurusan itu sudah tentu bukan berugama Islam..

Jadi kalau nak dibandingkan dengan pemimpin UMNO berugama Islam yang rasmi kilang arak dan anak pemimpin UMNO yang juga berugama Islam yang memiliki kilang arak tu… korang bandingkanlah sendiri.. siapa lebih teruk…

Mana Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri nih?? Nak tengok saja ka?

Tiada ulasan: