:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
selamat hari raya dari tukar tiub. kah Kah kah. Posted: 22 Aug 2012 08:21 AM PDT |
Posted: 22 Aug 2012 01:28 AM PDT 1- Apa hukum hukum solat diatas sejadah yang tApa hukum hukum solat diatas sejadah yang terkena najis kat bawahnya? Jwpn - solat sah, selama badan, pakaian dan tempat tidak bernajis. Maksud tempat yang bernajis adalah terkena pada badan. Adapun jika tidak kena seperti najis berada dibawah sejadah, maka ia tidak termasuk terkena najis. Wallahu 'alam. 2- Kalau perempuan nak bertaubat dalam keadaan uzur. Boleh tak? Jwpn - boleh, samada uzur seperti sakit pinggang, demam dll ataupun uzur bermaksud kedatangan haid dan nifas. Kedatangan haid dan nifas bukan penghalang untuk bertaubat. Wallahu 'alam. 3- Apa hukum perempuan berforum dihadapan khalayak orang lelaki? Jwpn - harus, selama ia tidak membuka aurat dan melakukan tindakan yang mengghairahkan. Ramai mendakwa bahawa suara perempuan adalah aurat. Ia tidak benar, krn jika suara perempuan aurat, bagaimana ramai sahabat mendengar hadis dari Aisyah, isteri Nabi SAW. Disamping itu juga, hendaklah perempuan yang berforum menghindarkan diri dari mengungkap perkataan yang berunsur mengghairahkan, juga ia dibenarkan dalam uruf masyarakat yang tidak memandang aib perempuan berforum dihadapan orang ramai. Sebab, kalau di saudi dan pakistan, perkara ini cukup aib, tetapi di malaysia dan mesir, ia tidak menjadi apa2 pun. Wallahu 'alam. 4- Seorang lelaki kencing berdiri. Selepas dia kencing, dia tak basuh kemaluannya dan terus pergi solat. Apa status solatnya itu? Jwpn - hukum asal kencing berdiri adalah makruh, tetapia ia boleh jadi haram seperti boleh merencik kena pakaian solat yg mengakibatkan solat tidak sah. Juga, hukumnya boleh jadi harus, jika dia terpaksa kencing dlm keadaan berdiri krn faktor sakit. Adapun dia solat dalam keadaan tidak basuh kencingnya, itu adalah perkara yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kecuali dia tidak basuh tetapi dia istinjak dgn batu atau tisu.. Dalam mazhab Hanafi, istinjak dengan batu atau tisu sahaja dgn kewujudan air adalah sah, sedangkan ia tidak sah dalam mazhab syafie. Wallahu 'alam. 5- Bulu betis lelaki terlalu lebat, boleh tak mahu dinipiskan? Jwpn - boleh, jika bulu kaki itu lebat sehingga kelihatan seperti kaki beruk, juga dibenarkan itu sehingga tidak kelihatan seperti kaki perempuan. Nanti jadi awww, maka hukumnya haram krn menyerupai perempuan... Wallahu 'alam. 6- Apa makna mukjizat? Jwpn - mukjizat dari kalimah a ji za. Bermakna lemah. Mukjizat, maknanya melemahkan musuh.. Wallahu 'alam. 7- Kalau solat subuh tak buat qunut, sah tak solat? Jwpn - sah, jika qunut itu tidak digantikan dengan menyanyi.. Qunut subuh, dlm mazhab syafie sahaja. Dan ia pula hanya sunat muakkad, bukan rukun solat. Wallahu alam. 8- Apa hukum mukir janji dengan non muslim? Jwpn - hukumnya serupa sahaja, iaitu haram. Ia akan jadi double haram jika dgn tidak tunai janji tu boleh merosakan imej islam. Wallahu 'alam. 9- Jiran sebelah buat makan ekoran kematian. Apakah boleh kita pergi jika dijemput atau tidak boleh? Jwpn - ia berlaku selisih dikalangan ilmuan2 islam mutaakhirin ttg hukum buat makan selepas kematian. Ada melarang, ada yng mengizinkan. Jadi, kalau nak elak dari bermasam muka, lebih baik pergi. Wallahu 'alam. 10 -Apa hukum wanita pakai gelang kaki? Jwpn - harus, jika di rumah dan depan kaum keluarga. Haram, jika dihadapan lelaki ajnabi. Sunat, jika boleh menaikan nafsu suami. Makruh, jika terasa nak tiru lembu. Wallahu 'alam. |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan