Jumaat, 3 Ogos 2012

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


ROYALTI KELANTAN - UMNO SEMAKIN TERDESAK

Posted: 03 Aug 2012 12:04 AM PDT


KUALA LUMPUR: PAS Kelantan yakin kesediaan Umno Kelantan untuk menyelesaikan tuntutan royalti minyak sebelum pilihan raya umum ke-13 disebabkan kebimbangan terhadap kebangkitan anak muda yang menyokong tuntutan tersebut.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof berkata, Umno Kelantan berasa ketinggalan dalam menjaga kebajikan rakyat negeri itu dan berusaha mengambil hati mereka semula.

"Umno Kelantan rasa rugi kalau tak turut serta dalam isu ini. Apatah lagi bila melihat mood orang muda yang menyokong NGO menuntut royalti minyak ini dikembalikan. Umno fikir mereka kena beri perhatian isu yang mendapat sokongan pengundi muda," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa Umno Kelantan akan berusaha menyelesaikan isu berbangkit termasuk tuntutan royalti minyak.

Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan sebelum ini menubuhkan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR) dan mendapat sambutan yang hebat daripada golongan muda.

Wan Nik juga berkata, Umno tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil sebarang tindakan berhubung tuntutan ini kerana ianya sudah dibawa ke mahkamah.

"Saya yakin Mustapa mesti sudah berbincang dengan perdana menteri untuk uruskan hal tuntutan ini.

"Masalah tuntutan minyak ini sudah jadi kes mahkmah. Kalau betul Umno nak selesaikan, mereka kena selesai cara mahkmahlah. Hal ini tak mudah walaupun Mustapa cakap macam mudah sahaja," katanya.

Tambah beliau lagi, Mustapa dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain terlebih dahulu perlu menarik balik kenyataan mereka sebelum ini yang menafikan hak rakyat ke atas royalti minyak.

"Sebelum ini Mustapa, Dr. Awang Adek dan pemimpin Umno Kelantan yang lain kata Kelantan tak layak dapat royalti. Jadi kalau nak selesaikan isu ini, mereka kena tarik balik semua kenyataan sebelum ini," katanya.


Ogos 2010, PAS Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung royalti minyak yang didakwa bukan terletak di perairan negeri.

FGVH - PEMBANGKANG RUGI SAHAM FELDA JATUH

Posted: 02 Aug 2012 08:08 PM PDT



Sebelum ini puak-puak dari keturunan bani UMNO beria-ia mempertahankan Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham. Kata mereka kelak hanya akan merugikan pihak pembangkang, bukan warga Felda.

Kata juak-juak itu lagi, pembangkang mengetahui undi di kalangan warga Felda akan merosot sebaik sahaja FGVH disenaraikan berikutan pelbagai hasil dan keuntungan yang akan dinikmati warga Felda hasil penyenaraian itu.

"Itu sebab mereka (pembangkang) memomokkan warga Felda dengan pelbagai tohmahan mengenai penyenaraian FGVH sebab mereka mahu rakyat menolak kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagi mereka (UMNO) dalam Pakatan tiada pakar-pakar ekonomi yang setanding dengan mereka yang boleh meramal akan perkiraan untung rugi saham FGVH. Mereka anggap pakar-pakar ekonomi kita (Pakatan) bodoh serupa mereka juga. Ternyata perkiraan mereka silap. 

Sekarang apa sudah jadi dengan saham FGVH!?... makin naik atau makin turun... Dengar cerita orang felda sekarang tengah bengang. Cerita kedai kopi selepas terawih terus jadi bualan hangat. Nasi dah jadi bubur. Bila saham nak naik... belum tentu.

Tengoklah saham ASN suatu ketika dulu naik sementara tetapi selepas tahun 1997 terus merudum tak naik-naik sampai sekarang. Kepada puak-puak keturunan bani UMNO, tolonglah jawap. Peneroka felda tengah hangin ni...

Tiada ulasan: