Khamis, 9 Ogos 2012

Addin

Addin


Mahathir Mengakui BN Akan Kalah PRU 13

Posted: 09 Aug 2012 09:25 AM PDT

SHAH ALAM - Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah."Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.

Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang."BN, perikatan 13 parti memerintah Kerajaan Pusat sejak negara merdeka. 

Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 31 Ogos ini. Ia akan disusuli dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.Hasil kajian Merdeka Center diumumkan bulan lalu menyebut bahawa Najib, Perdana Menteri yang keenam, masih menikmati paras populariti 'stabil' yang positif.

Bulan lalu, dua ahli Parlimen BN dari Sabah mengisytiharkan tindakan memutuskan 'hubungan dengan parti masing-masing. Empat tahun lalu parti komponen BN di Sabah, Sapp telah keluar daripada perikatan tersebut.Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 - setahun selepas PRU12, yang menyaksikan BN hilang majoriit dua pertiga di Parlimen selain kehilangan kuasa kerajaan di empat lagi negeri.

Dalam temu bual itu, Dr Mahathir berkata, rakan Umno dalam BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC telah berhadapan dengan masalah kepimpinan sehingga menyebabkan perikatan itu lemah.Pun begitu menurut beliau, kedudukan BN lebih baik berbanding 2008."Najib lebih popular sekarang," kata Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno.

"Sebelum ini, rakyat bukan menentang BN, tetapi mereka marah dengan perdana menteri sebelum ini, keluarganya dan menantunya," kata beliau dengan merujuk kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi. ~sinarharian

Bekas Pegawai Kementerian, VIP Antara Bakal Sertai PAS

Posted: 09 Aug 2012 07:00 AM PDT

SENAI – Seorang bekas pegawai tinggi yang memegang jawatan dalam kementerian dijangka akan menyerahkan borang untuk menyertai Pas, Sabtu ini.Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed  mengesahkan perkara itu membabitkan pesara awam yang berasal dari Muar, mengikut jejak beberapa pegawai atasan kerajaan sebelum ini yang berlaku di negeri lain untuk menyertai Pas.

Beliau juga mendedahkan beberapa individu termasuk individu bergelar 'Datuk' bakal menjadi ahli Pas seumur hidup, dalam tempoh terdekat."Majlis pengistiharaan dan penyerahan borang pesara 57 tahun ini  dijadualkan akan berlangsung pada Sabtu ini jam 9.30 malam di Kompleks Pas Kawasan Batu Pahat, Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat. Majlis ini bersempena sambutan Badar Qubra Peringkat Pas Negeri Johor.

"Lelaki ini yang telah dua tahun bersara datang ke rumah empat hari lalu, dan menyatakan hasrat untuk menjadi ahli Pas seumur hidup."Perkara ini merupakan khabar gembira sekaligus memberi impak kepada rakyat Johor keseluruhan dan penerimaan perjuangan Pas oleh mereka khususnya yang pernah berkhidmat dengan kerajaan,"katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.Mohfodz berkata, terdapat dua, tiga calon ahli pas bakal menyertai parti itu selepas Aidilfitri termasuk seorang ahli perniagaan bergelar 'datuk'.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu terbabit dan berkata alasan yang penyertaan mereka kerana yakin dengan perjuangan Pas.Mahfodz juga tidak menolak kemungkinan bekas penjawat awam ini akan dipilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13. 

"Alasan mereka kerana cukup yakin dengan perjuangan Pas, kerana mereka ini sudah lama berkhidmat dalam kerajaan dan tahu banyak masalah dalam pentadbiran lalu memilih Pas."Mereka menyertai Pas bukan kerana mahukan jawatan kerana mereka sudah tidak bersara dan berkepentingan itu perkara seperti itu, sokongan terhadap Pas adalah memberi ikrar taat setia dan memperkukuhkan parti ini," katanya. ~sinarharian

(Gambar) Perogol Ini Di Hukum Tembak Di Kepala Di Khalayak Ramai

Posted: 09 Aug 2012 03:32 AM PDT


Yehya Hussein al-Raghwah bekerja sebagai tukang gunting rambut di Sanaa, ibu kota Yaman. Beliau telah didapati bersalah merogol dan kemudian membunuh budak lelaki berusia 11 tahun Hamdi al-Kabas yang datang ke kedai gunting rambut beliau untuk menggunting rambut untuk Hari Raya.

Saya tidak tahu apa jenis kaedah soal siasat polis menggunakan di Yaman, tetapi Yehya Hussein al-Raghwah mengaku untuk merogol dan membunuh budak  berusia 11 tahun.Terdapat 59 buah negara di dunia yang masih mengamalkan hukuman mati.

Pelaksanaan pelaksanaan nineth Yehya Hussein al-Raghwah Yaman tahun ini, menjadikan mereka salah satu pengguna yang paling prolifik hukuman mati (menurut Amnesty International). Yaman tidak dikenali terutamanya untuk mempertahankan hak asasi manusia yang sama ada Yehya Hussein al-Raghwah menerima perbicaraan yang adil dipersoalkan.

Perhatikan bagaimana hukuman mati awam sentiasa dihadiri oleh kanak-kanak. Dan sorakan semua orang selepas pukulan seolah-olah seseorang hanya menjaringkan gol kemenangan dalam permainan bola sepak. Galeri gambar dari pelaksanaan ini di Yaman adalah di bawah.






~info

Hanya Kerana Cukur Jambul Anak Dengan TGNA, Pegawai Umno Di Pecat

Posted: 09 Aug 2012 12:25 AM PDT

Kerana gambar inilah pegawai Umno di pecat
Kesalahannya hanya sedikit sahaja kerana membawa anaknya cukur jambul dengan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz seorang pegawai di ibu pejabat Umno dipecat dari jawatannya. Begitulah kekejaman Umno di atas muka bumi ini.Kejadian ini berlaku penghujung bulan lepas. 

Pegawai berkenaan yang dikatakan seorang dedikasi tidak pun diberi peluang untuk membela diri atau menjelaskan kenapa beliau membawa anaknya bercukur jambul dengan Nik Aziz.

Ekoran tindakan itu pegawai berkenaan yang sudah berkhidmat bertahun-tahun dengan ibu pejabat Umno kehilangan kerja.Tindakan memecat kaki tangan tanpa kesalahan fatal menjelaskan kerakusan dan kezaliman parti berfahaman kebangsaan itu. Tindakan ini jelas berbeza dengan cara Pas menangani masalah perbezaan fahaman politik.

Misalnya di Kuala Krai salah seorang pengerusi Ladang Rakyat yang menyokong salah seorang bakal calon Umno tidak dikenakan apa-apa tindakan.Perbuatan pengerusi Ladang Rakyat itu bukan secara senyap tetapi terang-terangan yang sepatutnya sudah dipecat kerana membantu bakal calon lawan.Umno perlu memperbetulkan tindakan rakus seperti ini untuk mengelakkan ianya dianggap zalim.

Apalah salahnya kalau pegawai berkenaan membawa anaknya cukur jambul. Mungkin dia berbuat demikian kerana di dalam Umno tidak ada mana-mana tokoh yang pandai dan arif dengan budaya cukur jambul.Jamil Bahrom walaupun menteri agama tetapi jarang nampak dia mencukur jambul budak sebaliknya jambul beliau yang terlihat apabila beliau terlupa memakai songkong.

Khabarnya tindakan ke atas pegawai ini dilakukan selepas sebuah blog liar pro Umno menyiarkan gambar pegawai berkenaan yang sedang mencukur jambul anaknya dengan Nik Aziz. Umno oh Umno! ~mso



"Umno Hina Jalur Gemilang, Bukan Saya" - Nizar

Posted: 08 Aug 2012 10:30 PM PDT

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian.Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.

Dipetik Harakahdaily, Nizar berkata, pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiring bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina."Umno dan BN yang menghina Jalur Gemilang apabila meletakkan tema kempen politik mereka seiring dengan bendera negara."Itu yang saya ingin bawakan pemikiran rakyat supaya berfikir usaha Umno itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kecaman yang diterima beliau ekoran tweet beliau berkenaan Jalur Gemilang dan kemerdekaan.Isnin lalu, Nizar dlam tweetnya menulis  "Janji ditepati: malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!"Mengulas lanjut, Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata, apa yang dimaksudkan beliau ialah Jalur Gemilang itu yang malang, bukannya menukarkan nama Jalur Gemilang kepada Jalur Malang.

"Saya katakan malang perayaan merdeka kali ini dibuat BN keraa slogan politik mereka, hingga menyebabkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang luntur. Malanglah Jalur Gemilang bila tidak dikibarkan.  Jalur Gemilang itu yang malang," jelas beliau lagi.

Mengakui penggunaan ayat di laman maya, khususnya laman sosial boleh menimbulkan pelbagai pemahaman yang berbeza, Nizar bagaimanapun berkata, ramai yang mengecam tweet beliau itu menunjukkan betapa tidak fahamnya mereka terhadap patriotisme."Ramai di kalangan yang mengecam saya tidak faham tentang semangat patriotisme. Sebaliknya, hanya menunjukkan tahap patriotisme yang dididik Umno selama 54 tahun ini," tegas.~sinar harian

Gempar!! Mufti Pahang Kata Berdosa Dan Haram Sokong BN Kerana Tolak Islam?

Posted: 08 Aug 2012 07:01 PM PDT


Wow!! ini tamparan hebar buat puak-puak Umno BN. Apa tidaknya.. Mufti Pahang nih terang-terang mengatakan berdosa sokong parti tolak Islam. Dia tak cakap parti mana-mana pun. Jadi.. parti mana yang tolak Islam pada pandangan anda?

Pada pandangan Addin sudah tentu lah Umno BN .. Umno jelas tak laksanakan hukum Islam secara menyeluruh selama 55 tahun pemerintahannya. Najib secara terang-terang tolak hukum hudud baru-baru nih tak percaya.. baca sini.


Berdosa Sokong Parti Tolak Islam

KOTA BHARU 8 Ogos - Selepas Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah semalam menegaskan adalah haram umat Islam menyokong DAP, seorang lagi tokoh agama hari ini mengingatkan umat Islam tidak boleh sama sekali menyokong mana-mana golongan atau parti bukan Islam yang tidak menerima pemerintahan Islam.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

Sebaliknya kata beliau, adalah menjadi kewajipan kepada pemerintah Islam menjaga kebajikan orang bukan Islam yang menyatakan taat setia mereka.

"Kalau bukan Islam menyatakan dia menentang, tidak setuju, tidak taat setia, maka tidak wajib bantu mereka. ~utusan


Tiada ulasan: