Rabu, 8 Ogos 2012

Addin

Addin


Penjelasan Terkini Nizar Berkenaan "Jalur Malang"

Posted: 08 Aug 2012 09:35 AM PDT

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar)menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian. Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.

Bercakap kepada Harakahdaily, Nizar berkata pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiringkan bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina. "Umno dan BN yang menghina Jalur Gemilang apabila meletakkan tema kempen politik mereka seiring dengan bendera negara.

Itu yang saya ingin bawakan pemikiran rakyat supaya berfikir usaha Umno itu," tegas beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kecaman yang diterima beliau ekoran tweet beliau berkenaan Jalur Gemilang dan kemerdekaan.

Isnin lalu, Nizar dlam tweetnya menulis "Janji ditepati: malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!".

Mengulas lanjut, Nizar berkata apa yang dimaksudkan beliau ialah Jalur Gemilang itu yang malang, bukannya menukarkan nama Jalur Gemilang kepada Jalur Malang.

"Saya katakan malang perayaan merdeka kali ini dibuat BN keraa slogan politik mereka, hingga menyebabkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang luntur. Malanglah Jalur Gemilang bila tidak dikibarkan. Jalur Gemilang itu yang malang," jelas beliau lagi.

Mengakui penggunaan ayat di laman maya, khususnya laman sosial boleh menimbulkan pelbagai pemahaman yang berbeza, Nizar bagaimanapun berkata ramai yang mengecam tweet beliau itu menunjukkan betapa tidak fahamnya mereka terhadap patriotisme.

"Ramai di kalangan yang mengecam saya tidak faham tentang semangat patriotisme. Sebaliknya, hanya menunjukkan tahap patriotisme yang dididik Umno selama 54 tahun ini," tegas beliau. ~harakahdaily


Awas!! 6 Makanan Tiruan Yang Merbahaya Dari Negara China

Posted: 08 Aug 2012 08:12 AM PDT


Sememangnya kita sudah ketahui, semua perkara-perkara pelik kebanyakannya datang dari China, dahlu pernah seluruh dunia digemparkan dengan kewujudan telur palsu yang dikatakan dijual secara meluas di seluruh dunia.

 Namun bukan itu sahaja yang palsu, sebenarnya ada banyak lagi cuma tidak dihebah-hebahkan. Pada kali ini kami akan membawa anda menerjah beberapa makanan palsu yang dihasilkan di China


1)Kacang walnut palsu




Kacang walnut yang ori dikeluarkan dan diganti dengan konkrit yang dibalut kertas agar lebih kemas kemudian dimasukkan ke dalam kulit kacang walnut yang ori dan digam.


2)Madu lebah palsu




Madu palsu ini terhasil dari campuran air gula, manisan malt, sirap jagung atau beras, jaggery (sejenis gula yang tidak bertapis), pemanis barley malt atau bahan tambahan lainnya dengan hanya sedikit madu.Ia dipasarkan meluas melalui India ke U.S.


3)Daging lembu palsu




Daging palsu ini hasil dari campuran daging ayam dan babi yang kemudian diperap selama 90 minit dengan sedikit daging lembu gred tinggi. Bahan perap yang digunakan ini boleh meracun organ dalaman manusia dan boleh membawah penyakit kanser.

4)Beras palsu




Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek.Beras ini nampak ori tetapi bila dimasak ia kelihatan kenyal dan keras."Makan tiga mangkuk beras palsu ini seperti makan satu beg plastik," kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina.


5)Telur palsu




Ia terdiri daripada bahan kimia, asid alginic, kalium, kalsium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air.Telur ini direbus dalam air kencing kanak-kanak lelaki (mendapatkan warna) dan kulit telur dibuat dari kapur.Memakan telur palsu secara berterusan boleh menyebabkan kehilangan memori dan demensia.

6)Ban kitar semula




Beberapa kedai runcit telah dituduh menghantar ban yang telah tamat tempoh kembali kepada pembuat mereka, Shanghai Shenglu Food Company, di mana ban basi ini akan dikitar dengan cara memasukkannya dalam campuran tepung, air, pewarna makanan kuning yang haram dan pemanis tiruan. Ban kemudian dipakej semula dan dijual sebagai ban baru.

Harap benda-benda macam ni tak sampai kat Malaysia.. susah untuk kita mengenalpasti makanan yang "original" dengan makanan yang "palsu". Kepada semua pembaca blog Addin berhati-hatilah dalam membeli makanan..


Najib Lebih Biadap Dari DAP.. Ini Buktinya

Posted: 08 Aug 2012 07:26 AM PDT

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Umno-BN tidak akan melaksanakan hukum hakam berlandaskan syariat Islam (hudud) di negara ini adalah lebih biadap dan menghina kesucian Islam jika dibandingkan dengan DAP yang tidak bersetuju perlaksanaan hukum hudud. Demikian kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam reaksinya berhubung isu adalah haram dan berdosa menyokong DAP seperti yang dipaparkan dalam akhbar pro Umno-BN hari ini.

"Kalau beliau benar-benar mengikuti kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek lebih biadap daripada DAP dalam menghina hudud dan memberi amaran keapda Umno-BN sendiri sehingga Perdana Menteri, Najib Razak sanggup dan terpaksa buat kenyataan bahawa Umno-BN tidak melaksanakan hudud.

"Oleh kerana itu bagi kita, kenyataan dari Najib sudah cukup sebagai bukti bahawa selagi Umno-BN memerintah sampai bila-bila pun hukum syariat Islam tidak akan dilaksanakan walaupun Umno mendakwa mereka mewakili orang melayu yang beragama Islam," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Kenyataan beliau ekoran susulan paparan muka depan media pro-BN hari ini yang memetik kenyataan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah.

Abdullah dalam kenyataannya berkata adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Menurut beliau lagi, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Umno-BN yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan agama dan umat Islam sendiri.

Tuan Ibrahim menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Abdullah dibuat tanpa mengikut maklumat yang betul dan hanya bersandarkan kepada penyampaian pihak tertentu.

Malah jelas beliau kenyataan tersebut nyata tidak membantu menggambarkan persepsi Islam yang luas dan syumul di mata masyarakat bukan Islam.

Ujar Tuan Ibrahim, hubungan 'tahalul siasi' (kerjasama politik) Pas dan komponen Pakatan Rakyat berlangsung dalam kontek hubungan baik dan mengamalkan sikap saling menghormati meskipun berbeza pandangan.

Sebelum ini, Adun Umno Johor dari Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu namun dibidas Soi Lek yang beranggapan hasrat itu sebagai "hilang akal" dan kehabisan idea. ~selangorku


BN Sabah Makin Goyah.. Lagi Pimpinannya Keluar Sokong Pakatan Rakyat

Posted: 08 Aug 2012 01:10 AM PDT


Sokongan rakyat Sabah terhadap Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Seri Wilfred Bumburing terus menggegarkan politik negeri itu apabila ramai lagi pimpinan BN mengikut jejaknya menyokong Pakatan Rakyat.

Terbaru, John Hussein meletak semua jawatan sebagai ahli Parti Bersatu Sabah (PBS-BN) dan ketua kampung bagi kawasan Kiulu dalam Parlimen Tuaran.

Menurut beliau, notis 30 hari diserah kepada partinya dan kerajaan negeri sejak 1 Ogos lalu.

John turut meletak jawatan Ketua PBS Cawangan Kampung Simpangan Lama dan Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu dan kini menyertai APS.

"Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Wilfred bahawa sistem penyampaian BN gagal memenuhi matlamat yang dikehendaki rakyat.

"Sebagai contoh, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu mengambil masa yang sangat lama untuk dilaksanakan dan kini pembinaannya terus terhenti tanpa penjelasan munabasabah," kata John dalam satu kenyataan.

Beliau akan bekerjasama dengan dua bekas pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Bahagian Tuaran, Lesaya Lopog Sorudim dan Daukim Gilu untuk membentuk dan menggerakkan APS Bahagian Kiulu.

Sebelum ini, Naib Presiden Upko yang juga Senator Datuk Maijol Mahap; Pengerusi Tetap, Datuk Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi, Denis Gimpah dan Petrus Guriting turut mengisytihar keluar BN bersama Wilfred pada 29 Julai lalu.

Wilfred merupakan Ahli Parlimen Tuaran, bekas Timbalan Presiden Upko, Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka dan bekas Pengerusi BN Tuaran.

APS adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokus pengundi Bumiputera Bukan Islam Sabah bagi menyokong Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia.

Wilfred memulakan jelajahnya sejak 1 Ogos lalu dengan menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan Parlimen Keningau yang diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin mewakili kedua-dua kawasan itu sejak 1976 hingga kini dengan beliau ketika ini turut menjawat Timbalan Ketua Menteri Sabah. ~keadilandaily


Sanggup Buka Tudung Semata-Mata Untuk Menyertai Program Realiti "On Air"

Posted: 07 Aug 2012 11:39 PM PDT

Salam sejahtera… Ada peserta wanita yang sanggup buka tudung untuk jadi popular (glamour). Selain itu, ada juga yang sanggup tidur di dalam kereta semata-mata untuk mendapat borang peryertaan uji bakat 'Program Realiti ON AIR' oleh ASTRO. Betapa murahnya iman mereka ini.

Kata Aznil Nawawi dalam kolumnya di HM, 12 Februari lalu mendedahkan gelagat peserta-peserta dalam rancangan realiti On Air yang kini sedang disiarkan di Astro. Kata Aznil, ada yang terus menunggu walaupun borang yang dikhususkan untuk uji bakat itu telah habis diedarkan. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menyertai program itu.

Yang paling mengejutkan, Aznil juga mendedahkan ada peserta bertudung yang gagal dalam uji bakat pada hari pertama sanggup menanggalkan tudung untuk mencuba nasib pada hari kedua uji bakat.

Betapa hebatnya penangan program realiti yang mampu membuat mereka popular sehinggakan mereka terlupa pada kemurkaan Allah SWT.. ~info


Respon Pembaca Berkenaan Chong Wei Jadi Winnable Candidate PRU13

Posted: 07 Aug 2012 05:22 PM PDT

SHAH ALAM - Sebahagian besar peminat Datuk Lee Chong Wei, yang mengharumkan negara dengan dua pingat perak dalam Sukan Olimpik, berpendirian bahawa bintang badminton itu tidak wajar menyertai politik dan tidak harus diperalatkan oleh mana-mana parti sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pendirian itu disuarakan menerusi bancian online yang diadakan oleh Sinar Harian Online dan juga respons kepada berita bertajuk Chong Wei 'winnable candidate' PRU13?' yang diposkan lewat petang semalam.

Kepada soalan online, "Datuk Lee Chong Wei" wajar diberi peluang tanding PRU13?", respons setakat 6 pagi tadi menunjukkan, 83 peratus tidak bersetuju.

Semalam, beberapa peminat termasuk artis terkenal menyuarakan pandangan bahawa mereka akan mengundi Chong Wei jika bertanding dalam PRU13.

Sementara itu, analisis ke atas respons pembaca berita berkaitan menunjukkan ramai tidak mahu imej 'bersih' Chong Wei tercemar kerana politik.

Ada pembaca yang bimbang bahawa sebagai orang yang tidak berpengalaman, beliau tidak wajar menyertai politik.

Ada pembaca berkata mereka menyokong Chong Wei kerana sukan, bukan kerana sentimen politik dan tidak wajar dijadikan calon PRU13.

Berikut pandangan beberapa pembaca:

Lan XCassanova: "Chong Wei bertanding atas tiket MCA... haramjadah, saya tidak akan undi dia."

Akira Bakhtiar: "Chong Wei kalau tanding atas tiket BN jawabnya Chong Away le. Pandai orang Malaysia dalam berpolitik... orang yang tak ada pengetahuan tentang politik di berikannya jadi calon."

Shaz Hafizi: "Saya cadangkan beliau bertanding di kawasan (Adun Kota Alam Shah) Manoharan, tengok macam mana."

Farouq Omar: "Itu betul... baru panas..."

Mohd Fuad: "Saya sangat setuju di atas jasa serta sumbangan beliau yang telah mengharumkan nama negara. Beliau adalah seorang yang sangat komited terhadap apa yang beliau lakukan sementara disiplin diri yang telah membawa kepada kejayaannya akan menjadi kayu pengukur kepimpinan beliau terhadap masyarakat sejagat."

Ari Zain: "Tidak usahlah masuk politik, politik Malaysia ini banyak sangat mengarutnya baik PR or BN."

Ahmad Nordin: "Kalau (artis) Adibah yang masuk, boleh ke pangkah dia? Datuk LCW elok kekal je dengan badminton kerana itu kepakarannya tersendiri."

Shaikh Mohamed Noordin: "Aku tidak setuju Chong Wei dijadikan 'winnable candidate' oleh mana-mana parti politik lebih-lebih lagi jika beliau masih ingin berkecimpung dalam bidang sukan. Ini adalah kerana ahli sukan sama saja kedudukannya dengan artis, mereka seharusnya tidak dijadikan hak milik oleh mana-mana parti politik kerana mereka adalah hak rakyat. Rakyat tampa mengira latar belakang politik seharusnya memberi penghormatan dan sokongan di atas bakat dan sumbangan mereka terutama yang sudah mengharumkan nama negara. Jika mereka mengambil sikap berpihak, sudah tentu mereka akan dikritik oleh pihak lawan lebih-lebih lagi tak kala prestasi mereka sudah menurun. Akhirnya diri mereka sendiri yang menjadi mangsa kerana diperalatkan oleh parti politik berkenaan. Bagaimanapun secara peribadi mereka berhak untuk sokong siapa saja yang mereka suka tetapi sokongan mereka itu hendaklah disimpan sebagai hak peribadi mereka saja. Kecualilah bila mereka sudah bersara dari bidang sukan dan mempunyai minat pula dalam bidang politik, ketika itu tidak ada siapa lagi yang boleh membidas mereka sekali pun mereka mahu menyokong mana-mana parti secara terbuka atau berhajat menjadi wakil rakyat untuk parti berkenaan."

Zayyadi Salleh: "Jangan diberi amanah kepada yg bukan kepakarannya"

Pakatan Gemilang: "Elok elok sekarang ni disanjung, kalau masuk politik ramai yang menyampah... baik jadi jurulatih...bantu anak Malaysia lagi bagus..." ~sh


Akibat Mulut Cabul.. Najib Di Saman 8 Peneroka

Posted: 07 Aug 2012 05:02 PM PDT


Lain kali cakap biarlah berlapis, jangan ikut sedap mulut je.. kan dah kena saman. Baka kata pepatah.. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Akibat mulut yang cabul.. kini Najib berhadapan dengan saman oleh 8 peneroka kerana mengeluarkan perkataan 'haram jadah".

Lapan Peneroka Saman PM

TEMERLOH - Lapan peneroka memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan perkataan 'haram jadah' yang digunakan beliau ketika berucap mengumumkan durian runtuh di Felda Jengka 8, 8 Mei lalu.

(Gambar) Mohd Harris (dua, kanan) bersama sebahagian daripada plaintif di pekarangan Mahkamah Tinggi Temerloh, hari ini. Turut hadir Presiden Anak, Mazlan Aliman (tiga, kanan).
Kesemua mereka hadir ke Mahkamah Tinggi Temerloh di sini, hari ini memfailkan saman tersebut melalui peguam Mohd Harris Abdullah.

Plaintif terdiri daripada Samat Yusof dari Jengka 4, Alias Ibrahim (Jengka 15), Idris Mat Sah (Jengka 14) dan Syed Jamaluddin Syed Muhamed (Felda Jengka 17) manakala empat lagi dari Felda Jengka 15 iaitu Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong.

Berdasarkan tuntutan plaintif, mereka mendakwa kesemua 40,000 peneroka yang hadir pada pengumuman durian runtuh di Felda Jengka 8, pada 8 Mei lalu akan terpengaruh dengan ucapan Perdana Menteri itu.

Mohd Harris berkata, dalam ucapan tersebut, Najib mengeluarkan perkataan 'haram jadah' yang menggambarkan lapan peneroka yang telah memulakan tindakan mahkamah menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad.

Menurutnya, ucapan mengaibkan dan penghinaan yang diucapkan defendan telah menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat Felda sehingga plaintif dipulaukan.

"Plaintif menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, faedah lima peratus setahun, kos tindakan dan lain-lain seperti mana yang ditaksirkan oleh mahkamah nanti," katanya, hari ini. ~sinarharian

Tiada ulasan: