Addin |
- Penipuan Tahap ‘Gaban’, Mamat Ni Mengaku Doktor Bedah, Siap Masuk TV3!
- Sah!! BN Adalah Syaitan.. Ini Buktinya
- PAS Akan Mansuhkan Faedah Perumahan Kakitangan Awam Jika Kuasai Putrajaya
- Panas!! Menteri Kabinet Di Panggil Mengadap, Parlimen Bakal Di Bubarkan?
- Khaled Nordin "Sekolahkan" MB Johor
- Harga Minyak RON 97 Naik Semula, Bukti Umno "Janji Di Capati"
- Tertidur Di Pesawat, Penumpang Makan Angin 18 Jam
Penipuan Tahap ‘Gaban’, Mamat Ni Mengaku Doktor Bedah, Siap Masuk TV3! Posted: 25 Aug 2012 10:25 AM PDT KUALA LUMPUR – Seorang lelaki sanggup mendakwa dirinya sebagai doktor pakar bedah bagi meminta derma daripada orang ramai untuk membantu mangsa perang di beberapa buah negara. Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan mendapat pendidikan di Sekolah Perubatan dan Pergigian King's College London, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Peking dan Royal College of Surgeons of England sebelum menjadi doktor bedah trauma dan bertugas dalam kawasan yang diancam peperangan. Dia kemudiannya menulis sebuah buku autobiografi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat di Haiti, Libya, Nicaragua, Somalia, Afghanistan dan beberapa negara lain.Buku yang berharga RM50 itu berjaya meraih simpati orang ramai untuk menderma bagi membeli ubat kepada mangsa peperangan dan bencana alam melalui akaun peribadinya. Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil laporan tersebut, dia bersama empat peguam menjalankan penyelidikan ke atas buku dan lelaki yang mendakwa dirinya doktor pakar bedah.Menurutnya, nama lelaki tersebut didapati tidak diiktiraf sebagai doktor oleh Persatuan Perubatan Malaysia. "Untuk menjadi seorang pakar memerlukan masa lebih kurang lapan hingga 10 tahun tetapi mustahil bagi pemuda ini untuk bergelar pakar dalam usia muda," katanya pada sidang media di Bangunan MCA, Ampang, di sini, semalam.Chong berkata, selepas mendapati kegiatannya disedari, lelaki tersebut memohon maaf melalui akaun Facebooknya pada 14 Ogos lalu dan akan memulangkan RM38,099 sumbangan yang telah diberikan kepadanya. Menurut Chong, pihaknya mendapati, doktor palsu tersebut telah menerima RM48,792 sumbangan di Melaka yang terimanya pada April lalu."Jumlah ini bertentangan dengan yang diberitahunya sebelum ini, dan mahu polis menyiasat kes ini kerana menipu," katanya.Beliau berkata, empat laporan melibatkan penipuan doktor bedah palsu tersebut telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat lalu, bagi tindakan selanjutnya. Chong berkata, lelaki tersebut pernah mendapat liputan meluas daripada media tempatan kerana menjadi pakar bedah termuda dan menghulurkan kepakarannya di negara yang bergolak dan dilanda bencana. ~info |
Sah!! BN Adalah Syaitan.. Ini Buktinya Posted: 25 Aug 2012 08:16 AM PDT Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN."Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan. "Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan.Beliau menjelaskan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" yang disebut dalam tulisan di blog chedet.cc pada hari Rabu lalu. Tulisan itu menggesa pembacanya supaya tidak menyokong Anwar yang disifatkannya sama dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.Obama, kata Mahathir banyak menjanjikan perubahan tanpa jaminan untuk menunaikannya. ~mkini |
PAS Akan Mansuhkan Faedah Perumahan Kakitangan Awam Jika Kuasai Putrajaya Posted: 25 Aug 2012 06:43 AM PDT KUALA LUMPUR - Di sebalik spekulasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil bila-bila masa, Pas berjanji untuk memansuhkan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak empat peratus yang dikenakan sekarang.Parti itu berkata perkara tersebut akan dikemukakan kepada rakan-rakannya untuk dimasukkan dalam manifesto PRU13 Pakatan Rakyat (PR).Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, usul ini akan dikemukakan kepada PR sebagai agenda bagi menghadapi PRU13. Perikatan belum didaftarkan ini dibentuk selepas PRU12.Sebelum PKR berjanji untuk menyediakan pendidikan percuma peringkat institusi pengajian tinggi jika menguasai Kerajaan Pusat.Baru-baru ini ia juga menawarkan untuk menurunkan harga kereta. ~sinarharian |
Panas!! Menteri Kabinet Di Panggil Mengadap, Parlimen Bakal Di Bubarkan? Posted: 25 Aug 2012 05:30 AM PDT Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Perdana Menteri, Najib Razak memanggil semua menteri kabinet mengadapnya hari ini."Kita mendapat maklumat, Najib memanggil semua menteri kabinet mengadap beliau hari ini, mungkin parlimen akan dibubarkan, ada berani ke Najib bubar parlimen sekarang"."Kita tidak kisah parlimen bubar bila-bila pun, kita sudah lama bersedia, esok, lusa, bulan hadapan atau tahun hadapan sama sahaja" ujar beliau. Salahuddin berkata demikian pada ceramah majlis malam bintang dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Pay Fong, Bandar Melaka anjuran Majlis Tindakan Dun Bukit Baru malam tadi.Turut berceramah malam tadi ialah Bob Lokman, Aisyah dan pimpinan PR negeri Melaka. Majlis tersebut dihadiri lebih separuh oleh kaum Tionghua di seluruh negeri Melaka.Mungkinkah Parlimen akan dibubarkan selepas Najib menyampaikan amanat kepada semua menteri. ~mutaligat |
Khaled Nordin "Sekolahkan" MB Johor Posted: 24 Aug 2012 11:26 PM PDT JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri dirayu supaya memandang serius dan menyegerakan proses pemberian hak milik tanah yang dipohon penduduk di 10 perkampungan setinggan di Parlimen Pasir Gudang.Ahli Parlimennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman diharapkan dapat mengotakan janji dibuat ketika Bajet Negeri Johor 2003 untuk memberikan hak milik tanah yang diterokai kepada penduduk. Menurutnya, kira-kira 10,000 penduduk di kampung terbabit sudah lama bersabar untuk mendapatkan hak masing-masing ke atas tanah yang mereka terokai sejak 20 hingga 100 tahun dahulu."Usia perkampungan terlibat ada yang mencecah sehingga 100 tahun dan sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat, hak mereka selaku peneroka awal kampung berkenaan harus diiktiraf dengan memberikan (hak milik) geran tanah yang telah dijanjikan. "Umno Bahagian Pasir Gudang sudah kemukakan kepada Kerajaan Negeri mengenai tanah-tanah ini dan sehingga hari ini, hanya Kampung Pasir Gudang Baru sahaja yang telah mendapat geran masing-masing (Notis 5A)," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, hal berkenaan perlu dibangkitkan semula memandangkan ia berkait rapat dengan tema Hari Merdeka iaitu '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' dan juga sempena menyambut Aidilfitri."Tema ini menunjukkan bahawa apa yang kerajaan buat dan janjikan, sentiasa cuba dicapai dan dilaksanakan. Oleh itu, kita berharap apa sahaja perkara yang perlu dilaksanakan di Parlimen Pasir Gudang dapat dilaksanakan. "Kita tidak mahu perkara-perkara yang dijanjikan kepada rakyat tidak tertunai sekali gus mencemarkan nama baik kerajaan."Justeru, saya berharap dalam mengambil kira tema Hari Kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi, Kerajaan Negeri dapat menunaikan janji mengenai soal tanah setinggan yang dipohon penduduk," katanya.Mohamed Khaled juga percaya Kerajaan Negeri mampu mengendalikan isu berkenaan dengan kadar segera walaupun tanah di kampung terlibat dimiliki oleh dua pihak iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Teguh Tebrau Berhad. Katanya, KPRJ adalah milik penuh Kerajaan Negeri dan dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengotakan janji yang telah dilafazkan, manakala tanah milik Teguh Tebrau diharap dapat diselesaikan dengan cara yang baik."Beberapa penyelesaian telah dicadangkan termasuk menukar pemilikan tanah kerajaan di tapak bekas Penjara Air Molek, di sini dengan tanah milik syarikat tersebut yang menempatkan sebahagian kampung berkenaan."Apabila ia berjaya dilaksanakan, saya rasa isu pemberian geran tanah itu tidak lagi menghadapi sebarang masalah besar," katanya. ~sinarharian |
Harga Minyak RON 97 Naik Semula, Bukti Umno "Janji Di Capati" Posted: 24 Aug 2012 09:27 PM PDT KUALA LUMPUR 24 Ogos: Kerajaan cuba bermain silap mata apabila menaikkan harga RON97 secara senyap untuk menutupnya daripada pengetahuan rakyat, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.Beliau berkata, kerajaan sebelum ini mendakwa mereka prihatin apabila menurunkan harga RON97 sebanyak 20 sen, walaupun ia tidak diikuti dengan penurunan kos sara hidup dan lain-lain barangan keperluan."Tetapi sebulan kemudian, mereka naikkan kembali harga (RON97) tanpa buat sebarang pengumuman. Tindakan ini seperti bermain silap mata dengan rakyat," katanya ketika dihubungi.Azan berkata, silap mata itu akhirnya mendedahkan kebodohan Umno BN sendiri kerana rakyat semakin bijak dan mendapat maklumat dari pelbagai sumber.10 Ogos lalu, harga petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.70 seliter. Tiada sebarang makluman rasmi dibuat berhubung kenaikan itu.Walhal, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah baru sahaja mengumumkan penurunan harga minyak itu sebanyak 20 sen kepada RM2.60 seliter pada 4 Julai lalu.Justeru, Azan menggesa kerajaan menghentikan 'silap mata' sedemikian dan berterus terang kepada rakyat dalam setiap keputusan yang ditetapkan. "Dahulu, tiada sesiapa pertikai proses dan pelaksanaan projek sebesar KLIA dan KLCC yang dilihat hebat tetapi terpalit dengan kekotoran (penyelewengan)."Kerajaan tidak lagi mempu berbuat demikian kerana setiap tindakan mereka akan dinilai. Rakyat sudah nampak muslihat dan cara silap mata mereka," kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu itu lagi. ~keadilandaily |
Tertidur Di Pesawat, Penumpang Makan Angin 18 Jam Posted: 24 Aug 2012 06:16 PM PDT LAHORE - Gara-gara tertidur, seorang penumpang Pakistan International Airlines (PIA), yang sepatutnya turun di Paris terpaksa patah balik ke Lahore sebelum meneruskan penerbangan ke ibu negara Perancis itu.Penumpang itu hanya tersedar dari tidur apabila pesawat hendak mendarat di Lahore, tempat dia berlepas pada hari sebelumnya.Patrice Christine Ahmed, seorang warganegara Perancis, berlepas dari Lahore menggunakan PIA, Selasa lepas dan sepatutnya terbang ke Paris melalui Milan, Itali. Setibanya di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, dia sedang tidur dan tidak dikejutkan oleh krew penerbangan semasa pesawat melakukan singgah selama dua jam.Apabila tersedar, dia mendapati dirinya kembali ke Lahore. Patrice, yang berkahwin dengan lelaki Pakistan, tidak memberitahu krew kabin mengenai situasinya dan kesilapan itu hanya dapat dikesan apabila pegawai imigresen mendapati visanya telah tamat setibanya di Lahore pada pagi Rabu.Dia telah mengembara selama 18 jam dan melalui perjalanan sejauh 12,000 kilometer. Berikutan itu, keluarga wanita tersebut merancang semula perjalanannya ke Paris tetapi menggunakan syarikat penerbangan berbeza.Jurucakap syarikat penerbangan sedang menyiasat kejadian itu, tetapi menjadi tanggungjawab penumpang untuk mendarat di destinasi mereka. ~sinarharian |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan