Isnin, 20 Ogos 2012

Addin

Addin


Pemuda Umno Nafi Tadbir Laman FB Kontroversi

Posted: 20 Aug 2012 03:30 AM PDT

SHAH ALAM - Pemuda Umno menafikan laman rasmi Facebook kontroversi, yang mendakwa undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, dikendalikan oleh sayap itu.Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu membuat laporan polis esok."Ya, bukan laman FB kami," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin menerusi mesej Twitter lewat malam tadi menjawab pertanyaan susulan pengikutnya.

Menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan.""Kami akan membuat laporan polis esok (hari ini)," kata beliau.Bagaimanapun dalam mesej yang dikemaskinikan hari ini, Khairy berkata, laporan polis akan dibuat esok.

Laman sosial itu mengakui ia sebagai milik Pemuda Umno memuatkan mesej itu awal pagi kelmarin tetapi telah dikeluarkan selepas ditegur oleh kepimpinan PR termasuk Ketua Pembangkangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kandungan awal mendapat reaksi daripada kedua-dua PR dan penyokong Barisan Nasional (BN).

Malah perkara itu turut dinafikan oleh Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN kelmarin dan berjanji akan menyiasat siapa pengendali dan pentadbirnya.Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversial itu menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)."Pemaparan bahan berkenaan menjadi perhatian ketika spekulasi mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat. ~sinarharian



Pengacara Imam Muda 2 Kemalangan, Nyaris Maut

Posted: 20 Aug 2012 12:48 AM PDT

Petaling Jaya: Pengacara Imam Muda musim kedua (IM2), Dzulkarnain Hamzah atau ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, ustaz Dzul mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.

Dzul yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa berkata, semasa kejadian dia baru selesai mengadakan ceramah pertamanya di Subang Bistari dekat sini dan ingin ke Port Dickson melalui laluan di Sepang."Semasa saya tiba di satu laluan di Sepang itu, saya ingin memotong sebuah lori muatan kepala sawit.

Malangnya pada waktu itu juga lori berkenaan membelok ke kanan tanpa memberikan lampu isyarat menyebabkan kenderaan saya merempuhnya," katanya.Disebabkan kejadian itu, ustaz Dzull tidak sedarkan diri sehinggalah ketika dirawat di Hospital Putrajaya.Katanya, kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kirinya.

"Saya terpaksa menerima 12 jahitan pada bahagian lutut serta lapan jahitan pada bahagian dalam mulut termasuk bibir. Alhamdulillah, tiada kecederaan dalaman semasa imbasan x-ray dibuat oleh doktor," jelasnya.Dia yang trauma dengan kejadian itu memberitahu, kemalangan tersebut menyebabkan bahagian depan sebelah penumpang keretanya remuk selepas terperosok dalam perut lori berkenaan.

"Saya juga bersyukur kerana hanya saya sahaja di dalam kereta berkenaan," katanya.Berikutan itu dia terpaksa berehat untuk mengacarakan rancangan Iman Muda 2 sehinggalah benar-benar pulih sepenuhnya.Sementara itu Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, tempat ustaz Dzull akan digantikan sementara oleh pelakon Fahrin Ahmad.

Pada Jumaat ini, rakaman peringkat separuh akhir rancangan tersebut akan disiarkan bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) yang dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. ~mstar



MB Selangor Lancar Bas Khas Kempen PRU13 Yang Di Biayai Oleh Beliau Sendiri

Posted: 19 Aug 2012 05:39 PM PDT

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantupemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat.



"Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila-bilamasa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, bas tersebut telah digunakan untuk sambutan Aidilfitri hampir seminggu sebelum digunakan untuk kempen politik.Bas berkenaan boleh membawa sehingga 19 penumpang pada sau-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.

Sementara itu, kira-kira 30,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi rumah terbuka itu sempena Aidilfitri anjuran bersama PerbadananKemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).Antara mereka yang hadir pada majlis yang bermula 11 pagi hingga 3 petang itu ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan anggota exco kerajaan negeri.  ~bernama


Tiada ulasan: