Addin |
- Di Hasut Murtad Ketika Berbuka
- Rafizi Ramli Umum Pusat 'Whistler Blower'
- Adun PAS Kelaboran Nafi Nikah Abby Abadi
- Tudung Al-Humaira Pertahan Tindakan Tamat Kontrak Abby Abadi
- Misteri Makhlus Halus Tumpang Solat
- Kerajaan China Larang Pegawai, Pelajar Berpuasa
- Panas!! Blog Addin Kena Warning..
Di Hasut Murtad Ketika Berbuka Posted: 02 Aug 2012 07:20 AM PDT GEORGETOWN – Ketika sedang berbuka puasa di sebuah pusat membeli belah, Mohd Noor Farid Mohd Alwi, 28, dan tiga lagi rakannya didatangi dua lelaki asing yang juga dipercayai pelancong luar negara. Pada masa itu, dia dan rakan hanya menunggu waktu untuk berbuka puasa, sementara dua lelaki yang dipercayai pelancong itu mendekati mereka secara tiba-tiba. Mohd Noor Farid berkata, pada mulanya dia menyangka lelaki berkenaan mahu bertanya jalan atau tempat. (Gambar) Dua lelaki asing ini dirakam sedang menyampaikan fahaman agama mereka. Namun, sangkaannya meleset kerana mereka bertanya tentang ibadah puasa. "Kami tertarik kerana ada juga pelancong asing yang mahu bertanya tentang puasa sedangkan mereka bukan orang Islam, mereka tanya 'kamu berpuasa ya?' dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya kami mengangguk dan bercerita waktu bersahur dan berbuka. "Soalan mereka tidak sampai di situ sahaja kerana mereka bertanya kenapa perlunya umat Islam berpuasa. "Saya dan rakan-rakan jawab dengan penuh keyakinan dan kami saling menyampuk untuk menjawab soalan 'mat saleh' berkenaan," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Hampir 15 minit berlalu menceritakan ibadah berpuasa umat Islam, lelaki asing terbabit menanyakan soalan yang agak mengejutkan Mohd Noor dan rakannya yang lain. "Kenapa kamu perlu percaya kepada tuhan kamu? Mari percaya kepada agama kami," kata lelaki berkenaan tanpa ragu-ragu. Agak lama bercerita mengenai agamanya, lelaki berkenaan seolah-olah menyampaikan dakyahnya dalam keadaan yang amat halus dan seolah-olah memujuk. Namun, Mohd Noor Farid dan rakannya cuba mematikan perbualan dengan alasan mahu berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib segera. Menurutnya, ia adalah kali pertama kejadian sebegitu berlaku ketika dia berkunjung ke pusat membeli-belah. "Bagi saya perkara ini tidak sepatutnya terjadi memandangkan kita berada dalam bulan Ramadan dan seolah-olah mereka bebas dan tidak menghormati kita yang beragama Islam. "Tindakan perlu diambil memandangkan mereka bukan penduduk negara ini dan hanyalah pelancong, sudah begitu berani mendekati dengan cara sedemikian rupa, nasib baik saya bersama kawan-kawan, jika berseorangan bagaimana," katanya. Bukan itu sahaja, melalui tinjauan dalam laman sesawang Facebook, Sinar Harian menemui seorang pengguna yang juga anggota sukarelawan berkongsi gambar yang disyaki dua pelancong asing sedang menyampaikan ceramah agama kepada seorang lelaki Melayu Islam. Gambar yang dirakam sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling itu mendapati dua lelaki bangsa asing sedang berbual dengan pengayuh beca yang sedang berehat. Melalui laman berkenaan, pengguna Facebook Asti Toba berkata, gambar berkenaan dirakamkan semasa mereka menjalankan program mengumpul data golongan gelandangan. Namun, tiba-tiba terdengar perbualan dua 'pelancong' dengan seorang pengayuh beca yang tidak berumah. "Apa yang mengejutkan saya, dua 'pelancong' itu tadi memberikan ceramah agama, bukan agama Islam sedangkan pakcik berkenaan ialah orang Islam. "Dipercayai mereka ialah ketua agama dan menyamar sebagai pelancong, malah dia juga menyogok pakcik berkenaan dengan RM50 dan berkata, 'Muhammad tidak betul," katanya. Itu antara cerita yang dikongsi Asti dan tidak ketinggalan dia juga sempat memberi nasihat kepada penduduk Pulau Pinang supaya berhati-hati. Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan pandangan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Salleh Man Mat Aji. Salleh Man berkata, setakat ini dia masih tidak menerima sebarang aduan mengenai kes sedemikian. Menurutnya, namun tidak dinafikan Jabatan Mufti Pulau Pinang ada menerima beberapa risalah penyebaran agama yang diedarkan kepada orang ramai. "Bagi saya perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia berlaku semasa bulan Ramadan bulan yang amat suci buat umat Islam. "Bila ada perkara sebegini sememangnya menggusarkan kita dan sekiranya terdapat aduan dari orang ramai boleh segera ke Jabatan Mufti kerana di sana ada bahagian yang akan menguruskan aduan sebegini," katanya. Beliau juga menegaskan terdapat enakmen yang diperuntukkan sekiranya mendapati sememangnya ada pihak yang cuba memesongkan akidah umat Islam secara terang-terangan. "Kita memang boleh ambil tindakan namun wajah individu berkenaan perlu dikenal pasti supaya dapat membuat pencegahan, dan saya ingin nasihatkan kepada umat Islam di negeri ini supaya ambil langkah berjaga-jaga. "Tambahan lagi sekarang bulan Ramadan, pelbagai ujian yang datang dan kita perlu hadapi dengan baik dan tidak terpesong," katanya. ~info |
Rafizi Ramli Umum Pusat 'Whistler Blower' Posted: 02 Aug 2012 05:13 AM PDT SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang didakwa di mahkamah hari ini berhubung pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek National Feedlot Corporation (NFCorp) berkata, pihaknya akan menubuhkan pusat lindungan National Oversight & Whistle Blowers Center (Now) untuk rakyat yang bersuara demi keadilan. "Kita memang membuat persiapan seperti pejabat, koordinator dan pendaftaran pusat, cuma kita nak pastikan semua selesai sepenuhnya, baru kita umum. Tapi dah kena tangkap tad, esok saya akan umumkan. "Kalau ikut rancangan asal, ia akan dirasmikan pada 30 Ogos depan. "Pusat ini bertujuan memberi perlindungan dan dana kepada 'whistle blower' agar mereka berani bersuara dan tahu bahawa mereka dilindungi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Rafizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun NFCorp yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal media. Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lalu. Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah. Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama. Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 10 September ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak. Kedua-dua tertuduh diwakili peguam N. Surendran. Mengenai ikat jamin, Rafizi berkata, beliau diikat jamin kira-kira jam 3 petang oleh Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Adun Seri Setia. Diminta mengulas mengenai ura-ura wang jaminan RM15,000 dikumpul melalui dana awam, Rafizi menjelaskan beliau belum pasti perihal itu. ~sinarharian |
Adun PAS Kelaboran Nafi Nikah Abby Abadi Posted: 02 Aug 2012 05:05 AM PDT SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zak Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup. Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karierbeliau. "Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya," katanya ketika dihubungi hari ini. Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abbyatau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah dalam sebuah program dianjurkan dikawasan beliau 3 Julai lalu. "Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah. "Saya masih memberi masa untuk pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnahnya itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil langkah seterusnya yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya," kata bapa kepada lima cahayamata ini. Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium laman sosial Twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya untuk mendoakan semoga jodohnya cepat sampai. Seorang pengikut Twitternya @wariechemanan bertanyakan "hai abby...betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran" dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan itu semua adalah fitnah semata-mata. Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat 'jodoh' hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik. ~sinarharian |
Tudung Al-Humaira Pertahan Tindakan Tamat Kontrak Abby Abadi Posted: 02 Aug 2012 01:00 AM PDT SHAH ALAM - Al-Humaira Contemporary (AHC) mempertahankan tindakan syarikat butik tudung itu membatalkan kontrak Duta Tudung yang digalas oleh pelakon, Arbaiyah Abdul Manan atau yang lebih dikenali sebagai Abby Abadi baru-baru ini. Al-Humaira Contemporary berkata, keputusan tersebut diambil kerana objektif sebenar perniagaan pihaknya kini tidak lagi selari dan tidak mencapai matlamat diharapkan. Menerusi kenyataan di Facebook AHC, yang diposkan Isnin lalu, pengurusan Al-Humaira Contemporary menjelaskan bahawa pihaknya terkilan kerana dituduh oleh pelbagai pihak dengan kata-kata kurang elok, cacian dan ugutan yang diterima daripada peminat selebriti itu selepas Abby menaikkan status mengenai isu penamatan kontrak Duta Tudung di laman Twitternya, baru-baru ini. Al-Humaira Contemporary tidak menyebut nama Abby tetapi merujuk kepadanya melalui tulisan "seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC." Kenyataan Al-Humaira Contemporary menambah, "tindakan untuk menamatkan kontrak beliau tiada kaitan dengan penolakan kami kepada ajaran Islam atau pun menolak konsep rezeki ALLAH seperti yang diperkatakan oleh pengikut beliau." "Cuma objektif sebenar kontrak yang telah kami tandatangani sebenarnya tidak mencapai matlamat seperti yang kami harapkan dan pihak kami sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masaselaras mengikut situasi dan keadaan," kata kenyataan syarikat tersebut. Al-Humaira Contemporary turut berharap semua pihak akan menghormati keputusan yang telah dibuat syarikat berkenaan. Dalam satu mesej Twitter semalam, susulan kepada entri sebelum itu, Abby yang menyertai Pas baru-baru ini sebagai ahli seumur hiudp berkata, dia menerima penamatan kontraknya sebagai Duta Tudung dengan terbuka. "Tentang kontrak Duta Tudung tu, takpe sahabat-sahabat ku, rezeki di mana-mana. Saya terima itu memang bukan rezeki saya. Insya-ALLAH, ada je rezeki lain nanti," kata beliau menerusi laman Twitternya semalam. Abby yang terkenal dengan gelaran Inspektor Haliza menerusi drama Gerak Khas, menyerahkan borang keahlian bulan lalu. Abby menyatakan kesungguhan beliau mendekati Pas adalah kerana parti itu ikhlas memperjuangkan Islam berdasarkan al-Quran. ~sh |
Misteri Makhlus Halus Tumpang Solat Posted: 02 Aug 2012 12:07 AM PDT Berhadapan situasi takut, pelik, tergamam seperti terjumpa dengan makhluk halus mungkin menyebabkan kita menjadi lemah semangat. Perasaan ini juga yang sedang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus. Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka. Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka. Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut. Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat. "Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan. "Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak. "Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap 'mereka' hanya menumpang solat," katanya kepada Sinar Harian. Kain batik lepas terbentang sendiri Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah. Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah. "Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri. "Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah. "Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia," katanya. Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah. Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun. ~sinarharian |
Kerajaan China Larang Pegawai, Pelajar Berpuasa Posted: 01 Aug 2012 09:32 PM PDT "Para pegawai Parti Komunis, kakitangan awam (termasuk mereka yang bersara) dan pelajar dilarang daripada menyertai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan," menurut pekeliling berkenaan. Xinjiang dihuni oleh sembilan juta etnik minoriti Uighur yang beragama Islam. Penduduk Islam sebelum ini mendakwa sering menjadi mangsa penganiayaan pemerintah China. Keganasan etnik terburuk berlaku di Xinjiang pada 2009 apabila penduduk Uighur menyerang bangsa Han di bandar Urumqi yang menyebabkan 200 orang terbunuh. – AFP |
Panas!! Blog Addin Kena Warning.. Posted: 01 Aug 2012 07:56 PM PDT Ekoran keluarnya posting di atas nih blog Addin kena warning.. Kena warning dengan blog Luna, siapa blog Luna nih? Blog nih tuan empunya gambar-gambar dalam posting di atas. Addin kena warning kerana di tuduh menyebarkan fitnah dan aib orang.. Macam mana Addin boleh di tuduh sebar fitnah dan aib orang.. bab nih tak berapa paham. Ini posting warning dari blog Luna terhadap blog Addin.. Baca lanjut komen blog nih di sini. Addin tak berniat nak ulas panjang lebar tetapi kerana blog nih dah posting panjang lebar komennya jadi.. Addin terpaksa menjawabnya.. First.. Addin tak berniat sebar fitnah dan tuduhan ni tidak berasas sama sekali.. ini adalah pandangan peribadi mengenai isu tersebut dan kebetulan blog Luna nih siarkan gambar-gambar berkenaan suasana berbuka di Padang MPK1 di depan Masjid Negeri Kuantan. Kenapa blog Luna tuduh sebar fitnah?? sedangkan fitnah adalah perkara yang diadakan sedangkan dalam gambar tersebut jelas menunjukkan lelaki dan wanita duduk bersama-sama ketika berbuka. Adakah mereka-mereka nih muhrim di antara sesama mereka.. itu persoalannya. Addin berpendapat suasana berbuka seperti nih mencemar kesucian Ramadhan SEKIRANYA, mereka-mereka yang berbuka nih bercampur gaul antara lelaki dan wanita bukan muhrim, tidak menghormati waktu solat dan bersegera dalam menunaikan solat sedangkan jarak padang dengan masjid adalah terlalu hampir. Dan yang paling malang.. lepas berbuka terus balik rumah. Apa pun Addin mohon maaf sekiranya posting tersebut menyinggung perasaan Luna dan rakan-rakan. Addin akan tarik balik gambar dan kandungan yang tidak sesuai. Namun posting tersebut terus dikekalkan dengan sedikit pengubahsuaian.Tujuan posting ini adalah supaya para alim dan pihak berkuasa memberi pencerahan berkenaan isu ni dan harap ianya berhasil. Seperkara lagi, Addin menasihati.. jikalau tidak mahu gambar bersifat peribadi di gunakan oleh orang lain pada masa akan datang jangan publish di dalam medium internet. Once.. jika di publish ianya akan tersebar.. Namun Addin percaya Luna dan rakan-rakan tidak mencemarkan kemuliaan bulan Ramadhan ini. Posting ini sekadar menasihati, dalam Islam sendiri memberi peringatan.. "Jikalau kamu nampak perkara mungkar berlaku, nasihatilah dengan tangan kamu atau dengan lidah kamu ataupun dengan hati kamu.. sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.." Addin hanya risau.. jikalau tiada yang menegur bala Allah SWT akan turun tanpa mengenali sesiapapun.. Luna.. sempena kemuliaan Ramadhan ini mohon maaf sekali lagi. Addin |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan