Khamis, 16 Ogos 2012

Addin

Addin


Gadis Di Bakar Teman Lelaki Sempat Tulis Nota Sebelum Koma

Posted: 16 Aug 2012 10:07 AM PDT


KUALA LUMPUR: "Anak sempat memberitahu ibunya dan menulis nota kepada pemandu ambulans memaklumkan teman lelaki yang membakarnya sebelum tidak sedarkan diri," kata bapa gadis mangsa yang dibakar kekasih, Mat Zaki Mat Hussin, 45.

Menurutnya, mangsa, Nurul Firzanah, 16, masih dalam keadaan kritikal kini dirawat di unit kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).Katanya, anak keduanya itu sudah tidak bersekolah sejak tingkatan dua seorang yang cekal apabila melarikan diri dengan hanya memakai pakaian dalam untuk meminta bantuan.

"Mujur ada seorang lelaki yang membantu anak selepas melihat dia berlari meminta bantuan."Pada masa sama, lelaki itu melihat terdapat dua motosikal milik teman lelaki anak dan rakannya ada di situ, manakala mereka sudah melarikan diri," katanya di sini, semalam.

Mat Zaki berkata, hari ini anak gadisnya itu akan menjalani satu pembedahan di bahagian tengkuk ekoran terbakar teruk yang mungkin akan menyebabkan anaknya itu tidak boleh bercakap."Saya harap anak akan sedar dan dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa," katanya yang mahu keadilan ditegakkan dan individu yang terbabit menerima hukuman setimpal.


Awang Adek Bela Ust Nasha..

Posted: 16 Aug 2012 08:02 AM PDT

BACHOK – Pandangan yang disuarakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkemungkinan mewakili ramai lagi ahli Pas lain yang enggan bersuara.Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, apabila pandangan sedemikian dilontarkan ia adalah suatu pandangan yang berani daripada seorang seorang bekas pemimpin tertinggi parti itu.Menurutnya, beliau sendiri pernah menerima maklum balas daripada golongan profesional yang tidak menyenangi gandingan Pas dan DAP."Saya percaya beliau tidak sendirian dalam pandangan itu kerana bersamanya masih ada segelintir lagi ahli Pas lain yang turut tidak menyenangi gandingan Pas DAP.

"Namun ahli lain mungkin tidak seberani Nasharudin yang telah melihat hala tuju Pas kini semakin terpesong dari landasan perjuangan asal dan kini mengikut haluan DAP," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan di dewan Haji Hussin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan Nasharudin yang mencadangkan Pas keluar dari Pakatan Rakyat apabila DAP enggan menerima hudud.Mengulas mengenai desakan Dewan Pemuda Pas Kelantan yang mahukan Nasharudin melepaskan jawatan Ahli Parlimen Bachok, Awang Adek berkata, ia adakan desakan yang tidak munasabah.

"Ia adalah desakan yang mengikut nafsu dan bulan Ramadan ini kita tidak boleh mengikut nafsu. Sementelah tempoh pilihan raya semakin dekat, jadi saya rasa desakan begitu tidak perlu dilayan kerana beliau dipilih oleh rakyat.

"Biarlah tempoh berkhidmatan beliau tamat sehingga parlimen dibubarkan dalam sedikit masa lagi," katanya.Dalam PRU Ke-12 pada 2008, Awang Adek tewas kepada Nasharudin dengan majoriti 2,896 daripada 55,575 jumlah pengundi. Awang Adek menang kerusi Bachok dengan majoriti 6,272 undi pada 2004.~sinarharian

"Saya Tidak Ada Niat Masuk Umno"

Posted: 16 Aug 2012 06:19 AM PDT

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan, beliau tidak ada niat untuk masuk Umno, sekali gus menafikan tanggapan banyak pihak bahawa kemunculannya di Makkah pada majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sebagai isyarat akan melangkah ke parti teras Barisan Nasional (BN) itu."Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno.Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuk lah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.

Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah," kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.Mengenai pertemuan dengan Najib di Makkah, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, "kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah,  ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari hari terakhir ramadan ini."Katanya, beliau kesian melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal."Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam."Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam," katanya.Nasharudin menjelaskan beliau telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di tanah suci bersama denganPerdana Menteri bersempena dengan persidangan khas OIC."Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut."Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidilharam. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya."Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam," katanya.Katanya, pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno."Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum."Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?" katanya. Berikut kenyataan penuh Nasharudin Mat Isa:Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012, dan beberapa ulasan dari pelbagai pihak sehubungan dengan kenyaataan saya di Makkah Al Mukaramah adalah dirujuk.HududSaya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang undang Islam.Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost' untuk mempertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan Syariah ALLAH SWT, namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh. Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.Isu Pertemuan Di MakkahKepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam.Saya telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di Makkah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas YAB Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidilharam. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?Tiba-tiba dikaitan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.
~sinarharian

Kroni Umno Makin Kaya, Kini Mau Beli Kelab Indon Pulak

Posted: 16 Aug 2012 04:39 AM PDT

JAKARTA – Ketua Pegawai Eksektuif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, yang baru saja memindahkan operasi syarikatnya dari Kuala Lumpur ke kota raya Jakarta, telah diminta melibatkan diri dalam arena bola sepak Indonesia.

Tuan punya kelab Queens Park Rangers (QPR), England itu berkata beliau sebenarnya ditawarkan untuk membeli sebuah kelab bola sepak Indonesia.

"Saya berminat, ini satu penghormatan kerana ada orang meminta saya melibatkan diri dalam bola sepak Indonesia. Jadi, kita tunggu dan lihat, ini begitu mengujakan," kata beliau dalam temubual selepas pelancaran AirAsia Asean, pejabat pangkalan rantauan di sini semalam.

Fernandes bagaimanapun enggan menamakan kelab bola sepak yang membuat tawaran itu.

Menurut laporan media asing, Tune Group milik Fernandes membeli 66 peratus taruhan dalam kelab QPR tahun lepas daripada ketua Formula One Bernie Ecclestone dan rakannya Flavio Briatore, dengan baki saham kekal di tangan keluarga Lakshmi Mittal, seorang bilionair besi waja.

Urusniaga itu bernilai 35 juta paun. ~bernama



Malaysia Juga Boleh Tenggelam Jika Ais Di Greenland Cair

Posted: 16 Aug 2012 03:19 AM PDT


"Apabila air laut meningkat maka daratan Malaysia akan ditenggelami air laut terutama kawasan pesisir pantai yang berada pada kedudukan rendah."Risiko ini bagaimanapun tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana pencairan ais di Greenland akibat pemanasan global berlaku secara berperingkat-peringkat," katanya ketika dihubungi Kosmo.

(Gambar) Aisberg yang besar tiba di Newfoundland, Goose Cove pada pertengahan bulan Julai. "Bongkah ais terapung ini datang dari Greenland.

Beliau mengulas kejadian kecairan glasier yang luar biasa di Greenland pada bulan ini yang membabitkan kawasan lebih luas berbanding sepanjang tempoh 30 tahun lalu.

Imej satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan hampir 97 peratus permukaan glasier di Greenland mula mencair.

Sebuah bongkah ais gergasi dua kali lebih besar daripada Manhattan, Amerika Syarikat atau hampir menyamai saiz Pulau Tioman di Malaysia turut pecah.

Ibrahim berkata, fenomena pemanasan global menjadi punca lapisan ais di Greenland cair dan ini telah mengakibatkan paras air laut di Malaysia meningkat satu hingga dua milimeter setiap 10 tahun.

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata, langkah terbaik untuk memperlahankan pencairan ais di Greenland ialah dengan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan pemanasan global.

Sementara itu, Pakar Oseanografi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus pula memberitahu, peningkatan paras air laut akan menyebabkan kawasan-kawasan rendah di negara ini dinaiki air dan banjir kilat berlaku lebih kerap

"Kawasan rendah yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini berkemungkinan berlaku banjir dan proses untuk air surut akan mengambil masa lebih lama," jelasnya.

Menurut Kamaruzaman, kecairan ais yang berlaku dan kesannya kepada negara ini adalah berpunca daripada pemanasan global yang disebabkan oleh pembuangan sisa industri yang tidak dikawal, pembebasan karbon dioksida (CO2) dan pertambahan penduduk manusia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Yap Kok Seng pula ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang memantau perkembangan di Greenland serta akan mengkaji kesan fenomena itu terhadap Malaysia. ~kosmo

Di India, Keretapi Jadi Tandas Terbuka

Posted: 15 Aug 2012 11:00 PM PDT

NEW DELHI – Menteri Pembangunan Luar Bandar India, Jairam Ramesh mencadangkan projek bernilai AS$130 juta (RM411.35 juta) untuk membersihkan landasan kereta api di negaranya yang dianggapnya sebagai 'tandas terbuka' yang terbesar di dunia, menurut beberapa laporan semalam. 
Gambar fail menunjukkan seorang pekerja perkhidmatan kereta api India memeriksa landasan di Mumbai. Ramai penduduk India membuang air dalam kereta api.

Beliau menyatakan demikian pada satu mesyuarat di sini kelmarin bahawa terdapat 130 juta isi rumah yang tidak mempunyai kemudahan tandas.

"Ia merupakan sesuatu yang amat memalukan, dukacita dan marah," kata Ramesh seperti yang dilaporkan akhbar Times of India.

Menteri itu mencadangkan supaya sebanyak AS$28 juta (RM88.59 juta) diperuntukkan untuk menyediakan 100,000 tandas mesra alam di kampung-kampung di seluruh India.

Menurutnya, kereta api di India membawa 11 juta penumpang setiap hari.

Justeru, katanya, landasan kereta api di negara ini merupakan tandas terbuka yang paling besar di dunia. ~AFP

Raja Petra Buat Hal Lagi

Posted: 15 Aug 2012 09:06 PM PDT

Peguam terkemuka M. Puravalen mahu permohonan maaf dari pencetak, penyunting, dan wartawan akhbar harian The New Straits Times, dalam tempoh tujuh hari kerana fitnah yang dikatakan dalam dua artikel dalam minggu lepas berkaitan artikel penulis blog Raja Petra Kamarudin (gambar) tentang bukti detektif swasta P. Balasubramaniam dalam pembunuhan jurubahasa Mongolia lima tahun lalu.

Peguambela jenayah itu telah menghantar dua surat berasingan kepada The New Straits Times Press (M'sia) Bhd, editor dan wartawan Audrey Dermawan untuk berita bertajuk "Pendedahan Raja Petra akan disiasat" (Raja Petra's expose to be investigated) yang telah disiarkan dalam akhbar New Sunday Times pada 12 Ogos 2012 dan "Peguam berdiam diri mengenai dana Suaram" (Lawyer keeps mum over Suaram funding) dalam New Straits Times pada 14 Ogos 2012.

"Kenyataan fitnah merupakan penyebaran fitnah secara bertulis kepada pelanggan kami dan oleh kerana penerbitan berunsur fitnah itu, pelanggan kami telah dilibatkan ke skandal awam, kebencian, penghinaan, dan cemuhan dan telah mencederakan wataknya, kredit dan reputasi dalam kapasiti peribadi dan kapasiti profesional beliau sebagai peguam bela dan peguam cara dan telah dirosakkan, "kata kedua-dua surat dihantar oleh peguam Puravalen, Vazeer Akbar Majid & Co.

Dua surat tersebut, ditandatangani oleh rakan kongsi firma kanan Stanley Sinappen, membuat lima tuntutan dari akhbar pro-kerajaan yang dimiliki oleh kumpulan Media Prima Bhd yang berkait — Umno.

Tuntutan adalah New Straits Times Press perlu menarik balik penyata fitnah, memberhentikan dan berhenti daripada mengulangi kenyataan fitnah, menyiarkan permintaan maaf yang diluluskan oleh Puravalen, memastikan permohonan maaf yang disiarkan dalam semua akhbar arus perdana dan membayar ganti rugi teladan kerana memburukkan Puravalen.

Kedua-dua surat telah dihantar pada hari Selasa 14 Ogos, selepas kedua-dua artikel telah diterbitkan oleh akhbar dan edisi hujung minggu akhbar tersebut.

Dalam artikel yang pertama, New Sunday Times, Ahad lalu melaporkan artikel Raja Petra dan temubual dengan bekas pembantu Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang meminta Puravalen untuk menjelaskan peranan beliau seperti yang ditulis tentang peranan beliau dalam penangkapan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Penganalisis politik dan polis Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar pada awalnya didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Pembelaan Abdul Razak tidak dipanggil tetapi Azilah dan Sirul diminta untuk membuat pembelaan mereka kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Raja di antara 21:45 pada 18 Oktober, 2006 dan 21:45 pada hari berikutnya.

Mereka telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 tetapi kedua-duanya telah merayu hukuman tersebut.

Peguam Puravalen berkata kandungan artikel yang pertama adalah difahami merujuk kepada pelanggan mereka dan bermakna bahawa beliau adalah "peguam tidak profesional dan tidak beretika "," telah terlibat dalam perbuatan menyalahi undang-undang, kelakuan menyalahi, jenayah dan tidak profesional dan / atau tidak beretika "," mempunyai penglibatan dalam kelakuan yang amat tidak sopan dan tidak sesuai untuk menjadi peguam bela dan peguam cara", dan" tidak layak untuk menjadi peguam bela dan peguam cara ".

Artikel kedua yang telah disiarkan dalam akhbar New Straits Times Selasa lepas merujuk kepada pembiayaan kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan kekurangan Puravalen yang tidak merespon kepada soalan yang dikemukakan oleh akhbar tersebut.

Peguam beliau berkata, kandungan artikel kedua telah difahami merujuk kepada pelanggan mereka yang bermakna bahawa beliau "terlibat dalam atau dengan hal yang dipersoalkan mengenai Suaram "," terlibat dalam, atau mempunyai pengetahuan, tentang pembiayaan Suaram yang dipersoalkan"," yang terlibat dalam, dan / atau sedar, pembiayaan yang didakwa diterima oleh P. Subramaniam yang menandatangani Perakuan Bersumpah bertarikh 1 Julai, 2008 mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu "dan" yang terlibat dalam konspirasi dengan pihak lain untuk memburukkan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Najib Altantuya ".

New Straits Times masih belum bertindak balas terhadap surat daripada peguam Puravalen.

Selain daripada New Straits Times, akhbar pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3 juga telah didakwa kerana memfitnah dan fitnah oleh ahli-ahli politik atas sebahagian daripada kisah-kisah mereka, terutama sejak 2008 apabila pembangkang Pakatan Rakyat (PR) memenangi empat negeri dalam pilihan raya dan menafikan majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) di parlimen. ~tmi



Peluk Islam 30 Minit Sebelum Mati Syahid

Posted: 15 Aug 2012 07:41 PM PDT


Ini seorang lelaki Kristian bernama Husam Mikhail. Dia membantu tentera Bebas Syria dan akhirnya memeluk Islam. Menemui syahid selepas setengah jam memeluk Islam dan tidak pernah solat walau satu rakaat.

Mikhail memperingatkan kita kepada seorang sahabat Rasulullah yang bernama Al-Asiram (atau namanya 'Amru bin Thabit bin Qais) yang memeluk Islam dalam Perang Uhud lalu menemui syahid dalam perang tersebut dan dikhabarkan oleh Baginda SAW bahawa beliau berada dalam syurga Allah.

Sumber: Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria


Tuan Guru Nik Aziz Tak Hairan Ust Nasha Keluar PAS

Posted: 15 Aug 2012 04:56 PM PDT

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden Pas tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, semalam.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharudin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Nasharudin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam Pas ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-Pas sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Pada Muktamar Agung Pas tahun lepas, Nasharudin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga berkata, adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan Pas daripada menimbulkan masalah kepada parti. ~sinarharian
 
 
 

Tiada ulasan: