Sabtu, 7 Julai 2012

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


‘Sekarang Kita Dikuasai Mafia’

Posted: 07 Jul 2012 09:26 AM PDT


SELAYANG 7 JULAI : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan pemimpin di negara ini mentadbir kerajaan dengan cara ala 'mafia'.
Katanya, pentadbiran di Malaysia kini dicemari dengan budaya rasuah dan jenayah yang semakin menular.
"Ini masalah besar yang dihadapi oleh kerajaan Umno-BN ketika ini iaitu rasuah dan penyelewengan.
"Hadirin sekalian, rasuah campur jenayah dicampur gerakan mafia antarabangsa inilah yang menguasai pentadbiran Malaysia sekarang. Bolehkah lagi kita bernaung di bawah pemerintah yang dikuasai oleh mafia?
"Dulu negara-negara Amerika Latin dikuasai oleh mafia dadah. Sekarang kita dikuasai oleh mafia. Terdedah perbincangan hal Scorpene, rasuah di Parlimen Malta, terdedah di Hong Kong, di sini (Malaysia) kita tidak tahu apa-apa," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramah Merdeka Rakyat, di sini, semalam.
Jelasnya, persoalan-persoalan sebegini seharusnya didedahkan kepada rakyat di negara ini kerana rakyat berhak tahu bagaimana wang negara dibelanjakan.
"Kini, Umno-BN sudah tiada modal dan tertekan serta terdesak oleh kerana itu mereka tiupkan api perkauman. Semua cerita yang keluar mesti berkisar mengenai perkauman. Tetapi saya rasa rakyat sudah tahu sekarang," katanya.
Kira-kira 3,000 hadirin yang hadir dalam ceramah Merdeka Rakyat itu.
Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, Adun Teja Chang Lih Kang dan Timbalan Pengerusi DAP, A.Sivanesan.
Sementara itu, Adun Teja Chang Lih Kang berkata Umno-BN bukan sahaja tidak membela Melayu malah menjadikan Melayu golongan termiskin di negara ini.
Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata 75 peratus rakyat termiskin adalah orang Melayu.
"Sekiranya Umno-BN membela orang Melayu seperti yang dilaungkan, mengapa sudah lebih 50 tahun orang Melayu tetapi miskin malah menjadi golongan termiskin.
"Kalau bela betul-betul, benda ini tidak akan berlaku," jelasnya.

Peguam LFL kesahkan mogok lapar ISA ditamatkan

Posted: 07 Jul 2012 09:25 AM PDT

Peguam Lawyers For Liberty (LFL), Afiq M. Nor yang menziarahi tahanan ISA pada hari ini, mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa tahanan telah menamatkan mogok lapar dua hari yang lalu, lantaran "badan lemah".  Di samping itu, Afiq juga mengesahkan bahawa tahanan Razali Kassan dipukul dan diludah pegawai penjara dalam Kem Tahanan Kamunting.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Afiq berkata dirinya bersama Farhana Halim, seorang lagi peguam LFL telah tiba di Kamunting pada jam 10 pagi, hari ini.  Namun mereka hanya dibenarkan masuk untuk berjumpa dengan anak guam mereka pada jam 4 petang.

Menurut Afiq, lapan orang tahanan terpaksa menamatkan mogok lapar mereka dua hari lalu, kerana terlalu lemah.  Mohamad Fadzullah Razak adalah tahanan terakhir untuk menamatkan mogok lapar.  Afiq berkata, pihak peguam mendapat pengesahan daripada tahanan, bahawa Razali Kassan dipukul dan diludah kerana mogok lapar.  Salah seorang tahanan, Fadzullah Razak juga diberi amaran, berbunyi, tiada masalah jika mogok lapar hanya untuk dua tiga hari, tetapi jika lebih dari tiga hari, maka tindakan itu dilihat sebagai mencabar pegawai penjara.
Sembilan orang tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) telah memulakan mogok lapar mereka sejak 21 Jun, menuntut agar 45 orang tahanan ISA yang masih ditahan di Kamunting dibebaskan selepas pemansuhan ISA.  Pada masa yang sama, Kementerian Dalam Negeri didesak untuk menyiasat dakwaan tahanan dipukul dan menutup KemTa.  Bagaimanapun, Razali Kassan terpaksa mengakhiri mogok laparnya pada hari ke-13 kerana terkena jangkitan Hepatitis B.  Lapan orang tahanan yang lain juga menamatkan mogok lapar pada keesokannya.
Lamb Chop pilihan Hishammuddin Hussein

Sementara itu, Afiq berkata "tiada apa untuk diulas" berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dalam laman sosial twitternya yang mengundang pertikaian.  Semalam, ketika membalas tweet pengikutnya Haziq Abdul Aziz yang berbunyi "Amboi tahanan ISA mogok lapar kau makan lamb chops...", Menteri Dalam Negeri ini menjawab, "pilihan mereka, lamb chops pilihan aku ;) ".

Untuk Afiq, Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri tidak pernah menjawab soalan yang berbangkit berhubung tahanan ISA.  Malah, sejak hari pertama mogok lapar dilancarkan tahanan, menteri KDN ini tidak menjawab soalan.  Oleh itu, biarlah beliau jika beliau mahu terus bergurau di twitter dirinya, kata Afiq.

Di samping itu, pihak KemTa juga melarang kakitangannya daripada menyambung mana-mana panggilan media kepada pengarah KemTa.  Ketika dihubungi MerdekaReview petang tadi, kakitangan yang mengangkat panggilan berkata, "Kami dapat arahan tak boleh sambung mana-mana panggilan media untuk pengarah, kami dapat arahan macam itu."

Apabila ditanya bila arahan ini dikeluarkan, beliau menjawab, "Semalam, urusetia bagi tahu.  Malaysiakini pun dah telefon dah."
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks penuh.

WOIIII LU DIAM LA MAHATHIR

Posted: 07 Jul 2012 09:23 AM PDT


SELAYANG 7 JULAI : Dalam nada sinis Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menjaga syarikat anak-anaknya dan jangan mencampuri urusan politiknya.
Bercakap dalam satu sidang media baru-baru ini mantan perdana menteri itu mengesa Ketua Umum PKR itu agar meninggalkan politik dengan segera.
Dr Mahathir berkata Anwar tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya umum ke-13.
"Dia Dr Mahathir suruh saya bersara, saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat.
"Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu.
"Seorang pemimpin tetapi puluh bilion kekayaan anak-anaknya," kata Anwar dalam ceramah Merdeka Rakyat di sini semalam.
Bercakap dihadapan kira-kira 3,000 hadirin, Anwar turut mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu 'marah' kepadanya.
Sebaliknya, Anwar berkata beliau tidak pernah mengacau dan sudah memaafkan bekas pemimpin nombor satu Umno itu.
"Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan.
"Yang kamu takut ini apa. Dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia agaknya.
"Ya lah sebab dulu dia pernah minta saya tolong anaknya, minta supaya saya bagi RM2 bilion tetapi saya tidak mahu, kemudian dia meminta duit dari petronas. Sebab itu lah punca dia marah saya," katanya yang mengimbas perselisihan beliau dengan Dr Mahathir ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.

RAKYAT DIGESA BERHIMPUN SEBAGAI BANTAHAN

Posted: 07 Jul 2012 09:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Save Malaysia Top Lynas (SMSL) akan menganjurkan demonstrasi aman pada 14 Julai ini bagi membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Demostrasi kempen 714 itu akan diadakan serentak di 30 lokasi terpilih di seluruh negara.

Jelas Pengerusi SMSL, Tan Bun Teet pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur, semalam sudah sampai masanya kerajaan perlu tahu bahawa Lynas bukan hanya melibatkan kepentingan orang Kuantan tetapi seluruh rakyat negara ini.

"Kita ingin perjelaskan kepada kerajaan isu Lynas ini bukan hanya tertumpu kepada masyarakat Kuantan tetapi juga seluruh rakyat negara ini bahawa bahayanya kesan radioaktif.

"Kempen ini juga menunjukkan bahawa rakyat menentang keras pembinaan Lynas itu," katanya.

Tambahnya lagi, perhimpunan selama satu jam setengah itu akan bermula pada jam 5 petang.

"Lokasi di Kuantan kita telah memilih untuk berkumpul di Bukit Roga dan selepas itu kita akan mendaki bukit berkenaan.

"Setelah mendaki setiap peserta akan mengundi sama ada menyokong Lynas atau menentang, kita akan mengumumkan pihak mana yang menang berdasarkan pengundian tersebut," katanya lagi.

Menurutnya, ini merupakan satu simbolik dan juga isyarat kepada kerajaan bahawa kuasa yang akan menentukan kemenangan kepada sesebuah parti itu terletak pada tangan rakyat.

Tan Bun Teet juga menegaskan bahawa kumpulan SMSL akan menyokong kumpulan yang berjaya menghentikan Lynas tanpa mengambil kira latar belakang politik.

"Kita akan menghantar surat jemputan kepada pemimpin parti politik untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut," ujarnya lagi.

Kempen 714 itu mensasarkan antara 15,000 hingga 20,000 orang akan mengikut demonstrasi untuk ke semua lokasi.

Antara lokasi yang dipilih ialah, Pahang: Kuantan, Temerloh, Jerantut, Raub, Sri Jaya, Triang.

Terengganu: Kuala Terengganu.

Kelantan: Kota Bharu.

Pulau Pinang: Pulau Pinang.

Perak: Ipoh, Kampar, Bukit Merah.

Selangor: Cheras Mahkota, Rawang.

Melaka: Melaka.

Negeri Sembilan: Seremban, Air Itam.

Johor: Segamat, Pengerang, Batu Pahat, Jementah, Tangkak, Simpang Renggam, Kluang, Kulai, Bekok, Yong Peng, Johor Bahru, Labis, Muar.

Sabah: Kota Kinabalu.

Australia: Perth, Sydney, Melbourne.

Tiada ulasan: