Tukar Tiub |
- MENCARI TEMPAT ADA MENJUAL DAGING KUDA
- SATU INGATAN UNTUK PAKATAN
- SELAMAT BERBUKA PUASA
- SABAH AKAN JATUH KE TANGAN PAKATAN - HANYA MENIPU SAJA YANG AKAN MENYELAMATKAN GEROMBOLAN
- MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT?
- PILIHANRAYA AKAN DI TANGGUHKAN LAGI KERANA RAMAI YB SABAH AKAN LARI
- HIDUPKAN NASIONALISMA KADAZAN - BANGASA MAJORITI DI SABAH
MENCARI TEMPAT ADA MENJUAL DAGING KUDA Posted: 30 Jul 2012 06:06 PM PDT BASASHI - DAGING KUDA MENTAH Di mana nak cari tapai?hahahahaha By 6803man sarawak on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/31/12 Kalau daging badak aku ada info la... By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12 mau daging kuda TT? datang aje batu gantong,penang. tiap hari minggu ada boyan sembelih kuda lumba yang dah kondem..mau? sms di 012.4036165 By cucupakkasim on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12 makan kuda bukan haram ke????? By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12 WA ADA KUDA......kalau lu nak lu sembelih sendiri, masak la ape2....... Wa bole tolong pegang je masa lu nk sembelih. Lu cari gua....KUDA KEPANG.....Parit Sonto... By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12 mana2 tempat ada race track boleh cari...daging kuda panasss...ditambah dgn makan mcm2 ubat kimia nak kuat memecut di atas litar lumba kuda...mmg bagus...ini bukan kuda gipsi/ atau kuda padi ka By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12 Cuba tanya tpu.upm.edu.my depa ada gak bela kuda mana tau ada daging kuda sembelih hehe.. :D By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12 Brader isam bila nk start kempen turun sambut mlm merdeka pakai baju kuning bersih nieeeee...bg meriahhh skit siap ada bunga api tu....bkn senang nk dpt rai camtu...bleh tgk isteri bik mama merah muka...kahkahkahkah.. By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12 kah kah kah ni aku ni yg komen pasal daging kuda tu. kalau ada lebai internet yg nak kecoh, setahu hamba yg dangkal agama ni daging kuda adalah halal. (pengakuan: macam la gua peduli pun kah kah kah) hujung tahun lepas aku ada gi Bistro a Table kat seksyen 17, PJ. situ ada salami kuda. pastu ada satu restoran Jepun kat Jln Sultan Ismail, Tokutoku. depa ada basashi (daging kuda mentah). tekstur dia cam salmon yg lebih kenyal. sedappppp pastu kat Penang, ada satay kuda. Ah' Basri Satay kat Sg Ara Bayan Lepas. ni aku tak pasti ada lg ke tak. aku gi sekali je 2 tahun lepas. RM 2 secucuk kalau tak silap. berbalik kat itik. kat area2 Tg Karang.. kat Sekinchan pun ada satay itik, melayu buat. pastu Sen Kee Satay kat Kepong pun ada itik. ni kedai Cina so ditanggung sendiri la bak kata Isham kah kah kah. By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12 tempat tinggal aku kt pekeliling ada kedai kuda tt...tpi bkan kuda yg berlari 2 nie kuda yg org tikam no...leh x ?.....x smeke........hahahahaha........ #nuajr# By Anonymous on MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? on 7/30/12 |
Posted: 30 Jul 2012 12:06 PM PDT DUA EKOR INI KEPALA KONSIRASI KOMENTAR TUKAR TIUB kalau mengikut akal kalau mengikut bancian kalau mengikut politik semasa kalau mengikut sokongan orang ramai jelas menunjukkan bahawa pakatan akan menang tetapi awas dan waspada pru13 yang akan datng ini bukan membuktikan sokongan bukan membuktikan dasar dan program bukan membuktikan siapa lebih popular bukan membuktikan siapa yang lebih mendapt undi pru13 ini adalah medan penipuan dimana spr sedang merancang tahukah para pembaca bahawa ada satyu bentuk undi baru ini dipanggil undi awal ini untuk mereka yang bertugas dihari buang undi spr ada 240,000 pengundi awal tetapi spr tidak mahu pengundi awal ini dikenakan dakwat kekal apa tujuan ini kalau tidak untuk menipu? ini salah satu bukti penipuan sedang dirancang INI DIA 8 TUNTUTAN 14 KERUSI UNTUK PAKATAN? - harakah daily KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya 14 kerusi di Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN menyokongnya baru-baru ini. Ini bermakna, simpanan tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu tulisannya. Beliau berkata, 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan BN mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini. "Hari ini ramalannya ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan mudah-mudah tumbang kepada Pakatan Pembangkang," tulis beliau. Anggota Parlimen Kuala Selangor itu mengulas tindakan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing yang meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat. "Kejutan buat Najib bukan kepalang, amat menyiksakannnya. Mimpi ngerinya semakin menjadi realiti, tambahan masa bukan disebelahnya untuk membuat apa jua percaturan strategik kecuali memandang ke hujung tahun atau dilajakkan ke tahun depan," ulas beliau ekoran kenyataan kedua-dua anggota Parlimen BN dari Sabah itu. RAKYAT TELAH BERI INGATAN NOTA: kalau gerombolan menang dengan cara tipu maka rakyat wajib keluar ke jalan raya ini bukan satu ancaman ini satu janji! |
Posted: 30 Jul 2012 03:44 AM PDT SATU HARI MUSIM PANAS DI STESEN INI PETANG INI AKU TERIGAT HARI ITU aku ingin menuliskan lagi kesah dan cerita sama tentang hikayat kuno tentang perjalanan hidup tentang pertemuan tentang perpisahan biarlah aku kesahkan disatu musim panas di perhentian kereta api di kota yang bagitu asing di wilayah yang bagitu jauh aku ternampak seorang perempuan tua aku ternampak seorang lelaki tua bersandar ditembok dinding menunggu kesampaian kereta api mereka pastilah sepasang kekasih mereka pastilah sedang berkasih aku perhatikan topinya aku perhatikan kaca mata hitam mereka aku perhatikan beg selendang mereka lalu aku ternampak bekalan air dan roti lalu aku bertanya diri apakah aku akan berkasih sademikian rupa apakah aku akan bersandar di tembok yang sama apakah aku akan menunggu kereta api distesen ini aku tidak dapat menjawab soalan itu aku tidak berani menjawabnya imijan ini sering berligar imijan ini terakam ke akhir hayat kenapa agaknya aku akan teringat kepada pasangan itu kenapa agaknya ingatan itu tidak pernah hilang kereta api aku sampai dahulu mereka tidak menumpang sama ertinya mereka dalam pejalanan yang maha jauh apakah mereka dari utara yang gadisnya bermata biru atau apakah mereka dari selatan yang gadisnya berambut hitam sampai kiamat tidak akan aku temui jawapannya kemana agaknya mereka bercanda kemana agaknya mereka bertenet kemana agaknya mereka menginang-inang pada petang ini aku teringat akan petang itu tidak mungkin akan aku lupakan biarlah aku kesahkan biarlah aku riwyatkan agar imijan ini akan terus terakam dalam perajalanan ketika aku berkelana AKU MASIH TERINGAT LAGI PETANG ITU selamat berbuka puasa |
SABAH AKAN JATUH KE TANGAN PAKATAN - HANYA MENIPU SAJA YANG AKAN MENYELAMATKAN GEROMBOLAN Posted: 30 Jul 2012 03:16 AM PDT INI BUKAN PERSENDA INI KUTUK LAJIM DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB, DIANGGAP PERSENDA UMNO - minsider KUALA LUMPUR, 30 Julai — Ibu Pejabat Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Datuk Seri Lajim Ukin berkaitan dengan mengapa beliau tidak boleh dipecat oleh Umno berikutan dengan tindakan ahli parlimen Beaufort itu mengumumkan meletakkan jawatan dalam Umno dan Batisan Nasional (BN) Sabtu lalu kata setiausaha agung, Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar). Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan Umno, katanya. "Umno memandang serius apa yang dilakukan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim Bin Ukin khususnya dalam pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) selain hubungan akrab dengan pakatan pembangkang yang seolah-olah mempersenda kepimpinan dalam Umno," kata Tengku Adnan seperti yang dilapor oleh web portal Umno Online. Di dalam perlembagaan Umno Fasal 20.8 menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti kata ahli parlimen Putrayajaya itu. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.... LAJIM DAPAT SURAT KERANA PERSENDA GEROMBOLAN...kah kah kah.. woit.... BILA NAK HANTAR SURAT PADA ZUNAR.... kah kah kah.. kah kah kah.. ZUNAR HARI HARI PERSENDA GEROMBOLAN...kah kah kah... kah kah kah...MALAH ZUNAR DAH LAMA BUAT KERJA PERSENDA INI...kah kah kah.. kah kah kah...DULU DFIA PERSENDA HIDUNG MADEY...kah kah kah.. kah kah kah...PERSENDA TETEK ROSMAH YANG BERCABANG TIGA.... kah kah kah.. kah kah kah...SAMPAI ZUNAR SEKRANG DI PANGGIL MAT PERSENDA...kah kah kah kah kah kah...RAKYAT SATU MALAYSIA INI PUN SELALU PERSENDA GEROMBOLAN..kah kah kah woit...KALU BERANI HANTAR LAAA SURAT.... kah kah kah |
MENCARI DAGING KUDA - SIAPA ADA MAKLUMAT? Posted: 29 Jul 2012 10:56 PM PDT NOTA: daging kuda adalah diantara daging yang masih belum di cemar kuda saperti itik berlari liar tidak suka dikandang justeru dagingnya bersih dari hormon moden di belgium daging kuda satu makanan yang termahal manakala di sepanyol daging kuda untuk si gipsi NOTA: di kuala lumpur dulunya hanya orang boyan yang tahu di mana boleh didapati daging kuda ini kerana mereka banyak menjadi penunggang kuda lumba mana kuda yang terjatuh makan akan disembelih untuk dijadikan makanan PEBCERAHAN DARI PEMBACA aku bet mesti ramai yg mengidam itik lepas kau da heboh2 pasal itik ni. lepas ni daging kuda lak. ni aku tahu kat mana ada kat kl ni kah kah kah By Anonymous on MENCARI ITIK PANGGANG DAN GULAI ITIK on 7/30/12 Hidup ketuanan daging itik!!! By Anonymous on MENCARI ITIK PANGGANG DAN GULAI ITIK on 7/30/12 Engkau ni TT, tak habis-habis dengan mencari gulai itik, sampaikan gaya jalan pun dah macam itik. Kalau nak panjangkan tengkuk (tiada tengkuk) kau tu tak payahlah nak berdiet dengan itik, gantung aje tengkuk kau tu kat kipas angin siling kat rumah, dah tentu tengkuk kau akan jadi jenjang..... Kalau kempunan sangat, kau pergi cari itik gantung kat restoran Hokkien Ipoh, dah tentu sattle. Kau tu bukannya puasa pun....tak gitu TT. Kalau tak betul telahan ini, aku mohon maaf OK. By 1Crony on MENCARI ITIK PANGGANG DAN GULAI ITIK on 7/30/12 RENDANG DAGING KUDA MASAKAN BATAK Bro TT...semalam aku ke bazar SS14..ade terserempak dgn itik panggang..ade 3 4 ekor yg masih tergantung...harge tak tahu berape...bole dtg test try itik subang...lepas tu bole tgk2 awek2 subang yg cun dan begetah...sume slim2...takde yg gemok2 pendek2 takde leher...kahkahkah... By Hasrul Affandi a.k.a CarbonizerFreak on MENCARI ITIK PANGGANG DAN GULAI ITIK on 7/30/12 seterusnya - DI MANA NAK CARI TAPAI?? By Johan H on MENCARI ITIK PANGGANG DAN GULAI ITIK on 7/30/12 |
PILIHANRAYA AKAN DI TANGGUHKAN LAGI KERANA RAMAI YB SABAH AKAN LARI Posted: 29 Jul 2012 09:48 PM PDT KEMARAHAN RAKYAT SABAH KENYATAAN MEDIA | 30 JULAI 2012 KEADILAN melihat perkembangan politik Negeri Sabah sebagai kejayaan agenda reformasi yang disemai lebih 10 tahun yang lalu dan kini menyaksikan hasilnya dengan kebangkitan rakyat Sabah yang berani meruntuhkan tembok ketakutan dan kezaliman; lalu menuntut reformasi yang tulen. Dua pengumuman penting di Tuaran dan di Beaufort pastinya mengubah landskap politik Sabah dan menzahirkan iltizam politik rakyat Sabah untuk mencetus serta melaksanakan agenda perubahan. KEADILAN mengalu - alukan pengumuman Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang meletakkan semua jawatan dari parti masing-masing; UMNO dan UPKO serta kesediaan mereka untuk bersama Pakatan Rakyat dalam usaha melakukan perubahan dalam sistem kenegaraan. Kita juga menyambut baik iltizam mereka untuk menjana kekuatan rakyat bagi melakukan perubahan di Negeri Sabah. Makanya kerana komitmen yang jelas di kalangan pimpinan Negeri Sabah yang berani mengambil risiko; KEADILAN tidak teragak-agak untuk bersama-sama mereka demi rakyat Sabah. Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Slogan 'Ini kali-lah' menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi Sabah. Sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sendiri menentukan masa depan Negeri Sabah serta menikmati hasil kekayaan Negeri yang selama ini diagihkan secara tidak adil oleh pentadbiran UMNO - Barisan Nasional (BN). Rakyat Sabah juga perlu menolak UMNO - BN yang mengkhianati semangat pembentukan Malaysia. RAKYAT SABAH JADI MONORITI Dua pengumuman penting yang bersejarah itu menjadi bukti betapa rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dan BN. Tambah pula, pentadbiran Dato' Seri Najib hanya sekadar menabur janji dan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ianya ditandai kegagalan untuk menepati janji. Tekad rakyat Sabah untuk bersama Pakatan Rakyat pada hari ini adalah berpaksikan kepada keyakinan mereka terhadap agenda Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perubahan. Mereka yakin dengan dasar - dasar Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga dan perlaksanaannya akan menepati dan memenuhi hasrat dan cita - cita murni rakyat Malaysia yang mahukan urus tadbir yang baik serta pengagihan ekonomi yang adil kepada semua rakyat. KEADILAN turut mengalu - alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) serta kesediaannya bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat untuk menjana arus perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Ini menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama dalam Pakatan Rakyat yang insha Allah akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7. Semoga kebangkitan rakyat Sabah pada hari ini akan menghasilkan kejayaan dengan tertubuhnya Kerajaan Rakyat Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Salam reformasi Mohamed Azmin Ali |
HIDUPKAN NASIONALISMA KADAZAN - BANGASA MAJORITI DI SABAH Posted: 29 Jul 2012 08:11 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB satu segi ini berita baik tapi sebenarnya ini berita tak baik dengan beita ini gerombolan akan lebih bersedia dengan pelbagai bentuk tipu helah di sabah akan lagi ramai warga pilipina akan mengundi di selangor akan ramai lagi pengundi hantu di datangkan MAKNA DALAM BERIAT INI dari berita ini kita faham bahawa gerombolan telah bungkus disabah gerombolan akan kalah di sabah berita ini adalah trend politik sabah tapi awas! gerombolan akan menipu sama saperti di selangor walau pun rakyat berpadu sokong kerajaan pakatan tetapi melalui penipuan gerombolan akan menang! NOTA: warga asli sabah amat marah kepada gerombolan kerana memberikan kad pengenalan segera kepada beratus ribu pilipina yang kini boleh mengundi inilah kemarahan rakyat sabah inilah sebab mereka melaungkan sabah untuk sabahan hidupkan nasiolisma kadazan! KAD PENGENALAN SEGERA KERAJAAN BN SABAN PASTI TUMBANG PRU13 KALAKU UNTOL - keadilan daily KOTA KINABALU 29 Julai: Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Kalakau Untol. Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik. Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno. Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Salleh Sulung dan Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu. "Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985. "Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak," katanya kepada Keadilan Daily. PENGUNDI HANTU BANYAK MASUK KE SABAH Kalakau adalah Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun sejak 1985 sebelum meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat pada 16 Februari 2010. Beliau juga adalah presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005. Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh. APS yang didominasi suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai Ahli Parlimen Tuaran dari BN, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim. "Apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti terjadi. "Ia tentunya melakar kemenangan dan meroboh kerajaan BN Sabah, sekali gus melengkapkan lanskap perubahan politik di Malaysia," katanya. |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan