Jumaat, 27 Julai 2012

shalehudin

shalehudin


SIAPA dia ahli politik berperangai HARAM neh

Posted: 27 Jul 2012 09:27 AM PDT

Ahli politik, Tan Sri antara beli ijazah palsu

Tun Hisan Tun Hamzah (dua kiri) menunjukkan gambar cop rasmi Universiti, semasa sidang media Pemalsuan Ijazah, di IPK Selangor di Shah Alam, hari ini. – Foto Bernama

SHAH ALAM - Kejayaan polis menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati 525 orang 'graduan' tempatan serta asing dikesan terlibat membeli sijil palsu sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, identiti semua 'graduan segera' yang terlibat, termasuk ahli politik dan individu bergelar Tan Sri, sedang dikenal pasti.

"Berdasarkan risikan serta gambar-gambar yang dirampas, kita kenal pasti ada individu-individu berstatus yang terlibat. 
"Apabila maklumat sudah mencukupi, kita akan panggil mereka bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK), Selangor, hari ini.

Menurutnya, sepasang suami isteri yang merupakan dalang sindiket menjual sijil palsu terbabit ditahan pihaknya semalam.

Katanya, suspek lelaki yang juga pengarah syarikat berusia 37 tahun, ditahan di Cheras, manakala isterinya, seorang pensyarah berusia 36 tahun, ditahan di pejabat mereka di USJ 10, Subang Jaya.

"Kedua-dua mereka direman empat hari sehingga esok mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Tun Hisan berkata, dalam serbuan di pejabat suspek, pihaknya merampas senarai-senarai penerima sijil, dokumen-dokumen permohonan, sijil ijazah palsu, gambar konvokesyen, kad pelajar serta pelbagai risalah.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek menjalankan operasi terbabit sejak 2003 dan mendapat pelanggan melalui ejen tertentu yang dihantar untuk mencari pembeli termasuk secara online.

Katanya, suspek menawarkan sijil palsu dengan harga RM6,500 bagi ijazah, RM8,500 (sarjana) dan RM10,500 (doktor falsafah) dalam pelbagai jurusan yang kononnya diiktiraf oleh lima universiti luar negara, antaranya University of Rockhampton, Harvey International University, Cannington Brook University dan Charles Molnar University.

"Bagaimanapun tidak semua universiti terbabit wujud dan setakat ini suspek dikenal pasti mengaut keuntungan melebihi RM5 juta hasil kegiatan berkenaan. Pembeli sijil juga maklum sijil diterima adalah palsu. 
"Pelanggan juga hanya perlu membayar wang mengikut sijil yang dikehendaki dan mereka tidak perlu belajar, mengambil ujian atau menghantar kertas kerja," katanya.

Tun Hisan berkata, setelah jumlah pelanggan yang didaftarkan mencukupi, satu majlis konvokesyen akan diadakan di mana-mana hotel terkemuka di Lembah Klang, kononnya untuk mengiktiraf penerima ijazah atau 'graduan' terbabit.

Menurutnya, majlis itu dijalankan sama seperti majlis konvokesyen yang diiktiraf dan penerima ijazah palsu turut memakai pakaian konvokesyen selain ahli keluarga dijemput hadir. Katanya, bayaran lain turut dikenakan bagi sesi konvokesyen itu.- SH


BEBAS kepala hotak hampa lagu neh...

Posted: 27 Jul 2012 02:25 AM PDT

14 tahun Utusan fitnah saya, inikah kebebasan media? – Anwar

KUALA LUMPUR 26 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebebasan media yang dimaksudkan Umno BN adalah akhbar yang dikuasai mereka bebas memfitnah parti Pembangkang setiap hari.

"Mereka (Umno BN) hentam, maki dan fitnah kita setiap hari, inikah dinamakan kebebasan media? " katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya kerajaan tidak menyekat kebebasan media di negara ini dan sentiasa mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan media memainkan peranan dalam proses demokrasi.

Anwar berkata demikian di hadapan 3,000 hadirin pada Ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, 19 Julai lalu.

Menurut Ketua Umum KEADILAN itu, berikutan fitnah melampau Umno BN, beliau memutuskan menyaman akhbar kawalan parti itu, Utusan Malaysia.

"Peguam Utusan Malaysia kata ini bukan fitnah, ini hanya keterangan. Utusan tiada maksud nak memfitah..Utusan tak pernah kata Anwar menyokong homoseksual. 
"Saya kata sudah 14 tahun Utusan fitnah saya. Tidak ada langsung nilai akhlak yang baik untuk menjaga maruah orang. 
"Langsung tiada perasaan untuk menolak makan duit haram tetapi memilih untuk menipu dan memfitnah setiap hari. 
"Apa yang tidak fitnah? Kata saya ajen Israel, Kristian kemudian Hindu…(hubungan) dengan lelaki, perempuan. Lepas ni dengan 'lembu' pula. Saya memilih untuk saman sebab sudah keterlaluan," katanya.

Anwar hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 18 Julai lalu sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadap Utusan berkaitan isu memutar belit kenyataannya dalam wawancara BBC.

Tindakan itu ekoran akhbar tunggangan Umno itu mengatakan beliau menghalalkan homoseksual dalam terbitannya 17 Januari lalu.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau tidak pernah mendukung hubungan sejenis tetapi tidak bersetuju dengan undang-undang sedia ada kerana dianggap zalim.

"Bila ditanya BBC, selepas dibebaskan daripada tuduhan liwat apa pendapat kamu tentang hubungan sejenis? Saya jawab, sebagai orang Islam dan saya percaya orang bukan Islam di negara kita menerima kemuliaan institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan. 
"Kita tidak mendukung hubungan sejenis. Cuma saya tidak bersetuju dengan undang-undang sedia ada kerana zalim. Tak 'bocor' dan tiada saksi pun dia boleh dakwa. Tapi tafsiran Umno dan Utusan Malaysia saya menyokong homoseksual," katanya.- KD


Pasai nie la Abby Abadi teruk kena TIBAI...

Posted: 26 Jul 2012 10:26 PM PDT

Abby jawab Zunar, 'Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang'

KUALA LUMPUR - Pelakon yang baru-baru ini menyertai PAS, Arbaiyah Abdul Manan (gambar), yang popular dengan panggilan Abby Abadi menjawab kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai "artis sertai Pakatan Rakyat (PR) hanya berceramah tetapi tidak berkarya" dengan mengatakan beliau hanya akan kembali berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Abby Abadi juga berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

"Dalam situasi artis yang berhijrah (menyertai PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita. 
"Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem, drama dan rancangan yang bercorak Islamik. 
"Artis-artis seperti kami hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan 'padang' yang bersesuaian dengan Syariah Islam. 
"Dan kerana itulah Abby dan artis-artis lain yang berhijrah perlu bersama PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam PRU kali ini supaya tertubuhnya kerajaan baru yang pastinya akan memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan memastikan juga wujudnya industri hiburan yang mesra Syariah," kata Abby Abadi kepada The Malaysian Insider dalam temuramah melalui kiriman pesanan ringkas WhatsApp sebentar tadi.

Sebelum ini Zunar dalam temuramah bersama The Malaysian Insider membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan.

Menurut Zunar, PR juga perlu menyokong golongan artis yang menyertai mereka dengan memberi sokongan dana dan ruang untuk berkarya.

Menurut Abby Abadi lagi, hiburan bercorak Islamik sahaja tidak mencukupi tetapi perlulah mendorong ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Bukan sekadar Islamik tetapi menuntut kepatuhan 'Amal Maaruf Nahi Mungkar," kata bekas pelakon drama "Gerak Khas" terbitan Skop Production yang popular di RTM.

Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan kenyataan Zunar bahawa negeri-negeri PR tidak memberikan sokongan kepada golongan artis yang menyertai mereka untuk berkarya.

Katanya lagi, perubahan dalam industri seni dan hiburan tidak dapat dilakukan oleh kerana PR masih belum memerintah Malaysia.

"Negeri-negeri di bawah PR (Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang) memberi perhatian kepada industri (seni dan hiburan), kerana mereka mengakui industri ini mempengaruhi kehidupan manusia. 
"Cuma dari peringkat dasar, memerlukan PR menang dan memegang kuasa 'kerajaan pusat' untuk merealisasikan industri seni berdasarkan syariat. 
"Penghijrahan artis-artis kebelakangan ini adalah kerana kasih sayang Allah. 
"Kebetulan pula waktu hampir dengan PRU, inilah medium terbaik untuk para artis yang nak dekat pada agama Allah ni. 
"Kami gunakan platform yang ada untuk berikan kesedaran pada rakyat Malaysia," katanya lagi.

Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan dakwaan Umno bahawa PAS terdesak meraih sokongan sehingga terpaksa menggunakan golongan artis kerana baginya, BN lebih banyak memperalatkan golongan tersebut.

"Terdesak gunakan artis? 
"Rasanya soalan ini patut diajukan kepada pihak belah sana (BN) sebab mereka lebih nampak terdesak untuk mempertahankan kuasa yang mereka ada," kata Abby Abadi.

Pelakon drama gerak khas itu membuat 'penjenamaan semula' terhadap dirinya dengan menampilkan ciri-ciri yang lebih Islamik selepas isu penceraiannya bersama pelakon Norman Hakim menjadi sensasi dalam media arus perdana.

Baru-baru ini, Abby Abadi menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian ahli seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga merupakan menteri besar Kelantan.


BUKTI, Najib dimalukan oleh ORANG sendirI

Posted: 26 Jul 2012 07:40 PM PDT

Hari Koperasi Gagal- 5 Pengarah JPK di Tukarkan Serta Merta

KUALA LUMPUR: Ekoran kegagalan Hari Koperasi Negara 2012 baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Pembangunan Koperasi dan Hal Ehwal sedang melakukan pertukaran Pengarah Negeri.

Sehingga kini, sudah empat pengarah Jabatan Pembangunan Negeri telah diarahkan bertukar 24 jam pada 16 Julai lalu manakala seorang Pengarah Bahagian di ibu pejabat juga ditukar.

Pengarah JPK itu adalah dari negeri Kedah, Pahang, Terengganu and Negeri Sembilan.

Menurut blogger Rocky Bru, Pengerusi Eksekutif dan timbalan Pengerusi Lembaga Koperasi Malaysia juga bakal diambil tindakan.

Hari Koperasi Negara 2012 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di Stadium Bukit Jalil telah benar-benar memalukan Datuk Seri Najib Razak.

Sudahlah kedatangan ke majlis itu sangat menghampakan, sambutan peserta perhimpunan ketika Najib sedang berucap juga amat memalukan.

Menurut sumber, Najib tepaksa meminta orang ramai dalam majlis agar diam ketika mendengar ucapan beliau.

Ini kerana, orang ramai bukan sahaja keluar ketika beliau berucap, ramai juga antara mereka meniup serunai ketika Najib berucap, seumpama menyaksikan pertandingan bola sepak.

Ekoran itu, Datuk Seri Ismail Sabri terpaksa memohon maaf kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas.- Harakahdaily


ANEH: Dia rasa tak selamat di tangan POLIS...

Posted: 26 Jul 2012 03:00 PM PDT

'Saya rasa tak selamat selepas ditangkap polis'

KUALA LUMPUR: Seorang petugas media memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa beliau hanya berasa tidak selamat di perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu selepas ditangkap dan dikasari polis.

Wartawan Malaysiakini, Koh Jun Lin yang membuat liputan pada perhimpunan tersebut sebaliknya berkata, sebelum polis melepaskan gas pemedih mata dan menangkap beliau, beliau berasa selamat dan teruja bertugas pada perhimpunan tersebut.

"Selepas saya ditangkap, saya berasa tidak selamat berada di situ sedangkan sebelum itu perhimpunan itu aman dan meriah seperti karnival. Saya pun gembira bertugas," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Koh ditangkap polis ketika mengambil gambar di Jalan Raja Laut. Polis ambil kad media dan kamera saya. Saya dibawa ke Pulapol walaupun saya bagitahu saya wartawan.

"Di Royal Club, saya dapat kembali kamera saya tapi kad memori polis rampas. Saya dibawa ke Pulapol dan dibebaskan selepas kira-kira 7.45 malam. 
"Polis juga mengakui melakukan kesilapan menangkap saya," katanya.

Tambah Koh lagi, beliau tidak menyangka akan dikasari polis kerana beranggapan akan berada dalam keadaan selamat apabila membawa kad media.

"Sebelum ini wartawan senior ada memberitahu saya, saya tidak akan selamat jika membawa kad media ketika bertugas. Tapi sebaliknya yang berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.- Harakahdaily


Israel nak serang Syria

Posted: 26 Jul 2012 01:00 PM PDT

BAITULMUQADDIS - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menegaskan, negaranya akan bertindak dengan segera jika para pejuang Hezbollah Lebanon menyerbu tempat simpanan senjata kimia dan biologi milik Syria.

Beliau membuat kenyataan itu di Radio Israel semalam.

Beberapa pemimpin Israel sebelum ini menyatakan bahawa ia akan melakukan serangan di tempat simpanan senjata Syria bagi menghalang senjata kimia dan biologi jatuh ke tangan para pejuang Hezbollah.

Para pemimpin Israel bimbang jika rejim Presiden Bashar Al-Assad tumbang, senjata itu akan diperoleh para pejuang Hezbollah dari Lebanon.

Sementara itu, Turki menutup laluan komersial di sempadan Syria.

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu memberitahu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai pelarian bahawa sempadannya itu masih dibuka untuk para pelarian dari Syria.

Sementara itu, keganasan di bandar raya kedua Syria, Aleppo, memuncak kelmarin ekoran pertempuran tentera pemerintah dengan kumpulan pemberontak, kata pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia.

Badan pemantau yang beribu pejabat di Britain itu melaporkan pertempuran berlaku di daerah Bustan Al-Qasr, selatan Aleppo dengan tentera Bashar menggunakan beberapa helikopter tempur di kawasan penempatan penduduk.

Kebangkitan penduduk di Syria bermula pada Mac lalu apabila kumpulan pemberontak menentang tentera Bashar.

Kumpulan pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran kabangkitan rakyat berlaku di Tunisia dan Mesir.

Tentera Pembebasan Syria yang turut mewakili pemberontak turut terlibat dalam serangan menentang tentera Bashar.

Setakat ini lebih 20,000 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak itu dengan tentera Bashar.

- Agensi


Tiada ulasan: