shalehudin |
- PUNCA Najib kena tidoq luaq...
- Guan Eng BIADAB: Mana PERKASA Penang neh...
- BIAQ betoi: Polis SAMUN rantai emas?
- HANGAT: Dari sumber dalaman Umno...
- KES tunjuk samseng tak kena tempat
- Gambar Hj Hadi bersama pemimpin gerakan Islam Maghribi
PUNCA Najib kena tidoq luaq... Posted: 25 Jul 2012 10:08 AM PDT Najib kecut perut, Wilfrid & Lajim keluar dari BN Sabah Nampaknya pemimpin-pemimpin Sabah Wilfrid Bumburing dan Lajim Ukin akhirnya memutuskan untuk berpisah daripada senario politik ganas Umno-BN setelah 5 dekad melalui hegemoni politik dan penyalah gunaan kuasa. Sabah dan juga Sarawak, telah menjadi antara negeri yang paling terpinggir dengan kerajaan persekutuan memberikan lampu hijau kepada pemimpin-pemimpin BN yang sudah sekian lama memimpin kedua-dua negeri di timur Malaysia dengan merompak hasil semulajadi dengan begitu banyaknya untuk menjadikan diri mereka kaya raya selain memberi manfaat kepada rakan-rakan mereka di Semenanjung. Wilfrid, Timbalan Presiden UPKO yang juga merupakan MP Tuaran, menghantar surat peletakan jawatannya pada hari Isnin, dan berhenti sebagai ketua BN bagi kawasan itu. Dia dijangka membuat "pengumuman penting" pada hari Ahad untuk mendedahkan langkah seterusnya. Lajim, MP Beaufort pula, akan menyusul kemudian. "Saya bermula pada hari ini, 23 Julai, 2012, meletakkan jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) bagi P170, Tuaran. Surat perletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baru BN Tuaran untuk membuat persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Bumburing di dalam surat perletakan jawatannya. Blok bebas dan mesra Pakatan Rakyat Berita yang telah dijangkakan selama beberapa bulan itu telah mengejutkan dunia politik di Timur dan Barat Malaysia. Kedua-dua lelaki ini merupakan pemimpin kanan Sabah, yang telah menjadi wakil rakyat selama beberapa tahun. Mereka dijangka membentuk parti bebas yang mesra Pakatan Rakyat dan bukannya terus menyertai parti-parti Pakatan PKR, DAP dan PAS. "Wilfrid akan membawa dan mengumpul beberapa kumpulan pro-Pakatan Rakyat Sabah. Kebanyakannya merupakan Ahli Parlimen dan ADUN. Apabila masa yang sesuai sudah tiba, mereka akan membuat yang pengumuman. Peranan Pakatan adalah untuk membantu kumpulan ini bertanding dalam PRU ke-13 dan untuk berunding dengan kuasa-kuasa lain seperti SAPP untuk mencapai pertadingan satu lawan satu," naib presiden PKR Tian Chua, ketua perunding perjanjian itu berkata kepada Malaysia Chronicle. Penghijrahan bermula dengan debaran: Sarawak fokus seterusnya! Bukan sahaja berita terkini ini menjadikan hati pemimpin BN seram sejuk, terutamanya Perdana Menteri Najib Razak yang telah cuba menghalang pemergian Wilfrid kerana ia akan mencetuskan sebilangan besar daripada gabungannya memasuki parti Pakatan Rakyat yang diketuai oleh pesaing utama mereka Anwar Ibrahim. Spekulasi terakhir pada bulan Jun yang mengatakan 6 pemimpin Sabah bakal lompat masuk parti PKR telah hilang begitu saja selepas orang dalam membocorkan berita kepada akhbar bahawa Ahli Parlimen BN akan menerima RM1.5 juta selepas Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September. Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah juga menunjukkan bahawa PRU ke-13 boleh diadakan hanya pada tahun 2013 apabila mandat 5 tahun BN berakhir pada bulan April dalam usaha mereka untuk melenyapkan keinginan mereka untuk meninggalkan BN. Walau bagaimanapun, yang belum cukup lagi untuk menghalang Bumburing dan mereka yang bersependapat dengan pemimpin itu, yang nampaknya sudah letih akan helah politik UMNO yang bergantung kepada perjuangan perkauman dan ketaksuban agama. Ramai yang terkejut akan banyaknya kes rasuah yang dilakukan tanpa memikirkan kepayahan rakyat biasa tetapi kerana cengkaman kuasa Umno sejak 5 dekad yang lalu, tidak banyak yang boleh dilakukan atau berisiko akan dipulaukan. "Kami gembira untuk melihat angin perubahan yang akhirnya bertiup di Sabah. Ini adalah satu tindakan yang berani dan diharapkan ia akan menjadi inspirasi kepada pemimpin BN yang lain untuk diikuti. Ramai menyedari bahawa BN telah menjadi satu jenama yang buruk. Ini telah kita beri amaran 3 tahun yang lalu dan ia telah menjadi kenyataan kerana UMNO tidak mampu untuk berubah dan Najib terlalu lemah untuk melaksanakan reformasi dalam partinya," kata Tian lagi. Tian menambah bahawa Pakatan seterusnya akan memberi tumpuan kepada Sarawak, di mana Ketua Menteri Taib Mahmud yang kontroversi telah memerintah dengan kuku besi selama beberapa dekad di sebalik dakwaan korupsi yang menggunung terhadapnya. Penghijrahan dan perpecahan BN juga berlaku di Semenanjung Ahli Parlimen PKR Batu itu juga memberi amaran bahawa ini bukanlah permulaan penghijrahan daripada BN Sabah tetapi meramalkan ia akan turut berlaku di Semenanjung. "Semua sedang menunggu masa yang tepat. BN telah menjadi toksik dan terdapat ramai pemimpin dalam MCA, MIC, Gerakan serta Umno sendiri yang menunggu untuk bebas dari belenggu BN," ramal Tian. "Saya tidak pasti jika PRU ke-13 akan berlaku pada September tahun ini atau awal tahun depan tetapi pengakhiran bagi BN semakin ketara. Apa yang rakyat mahukan juga sangat jelas, jadi tidak perlulah takut untuk meninggalkan BN. Malah, jika pemimpin-pemimpin terus berpaut pada Umno, pengundi di kawasan mereka akan menjadi yang pertama untuk tidak mengundi mereka. " Pastinya, PRU ke-13 akan menjadi pilihanraya yang paling sengit, dengan 222 kerusi di peringkat Persekutuan, Parlimen dan 505 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri untuk dipertandingkan. Sudah ada penganalisis politik memanggilnya Ibu segala Pilihanraya Kotor walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya telah menegaskan bahawa pilihanraya adalah bersih. Namun begitu, memandangkan wujud dokumen bukti penipuan pilihanraya yang didedahkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sejak bulan lepas seperti memanipulasi nama, membeli undi dan pengundi hantu, ramai rakyat Malaysia ragu bahawa Umno-BN akan melakukan yang terbaik untuk menipu untuk berpaut kepada kuasa. Ia sangat memalukan apabila diketahui kedua-dua pengerusi SPR dan timbalannya merupakan pemimpin Umno. Tunggu dan lihat! Dalam pilihan raya umum 2008, Bumburing memperolehi 17.645 undi untuk mengekalkan kerusi Tuaran bagi BN dengan majoriti 6622 undi berbanding Ansari Abdullah saingan daripada PKR yang mendapat 11.023 undi. Calon bebas, Ajin Hazin Gagah, hilang wang deposit apabila dia hanya berjaya meraih 879 undi. Bagi Lajim yang berusia 57 tahun, yang juga merupakan Ahli Parlimen Beaufort, dia juga telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai ketua cawangan Umno Kerambai Kebatu, dia juga berkata bahawa tidak akan bertanding semula sebagai ketua bahagian Umno Beaufort. Lajim berjumpa penasihat rohani PAS yang juga Ketua Menteri Kelantan Nik Aziz Nik Mat pada hari Isnin di pejabatnya di Kota Bharu tetapi mesyuarat itu mungkin merupakan kunjungan hormat daripada dirinya dan bukannya menyertai parti itu seperti apa yang dispekulasi. "Surat peletakan jawatan sebagai ketua cawangan Umno telah dihantar kepada setiausaha Umno Beaufort beberapa hari yang lalu. Langkah pertama adalah untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian dan yang kedua adalah untuk berhenti sebagai ketua cawangan Umno dan langkah ketiga - tunggu dan lihat!," Lajim dipetik oleh portal berita New Sabah Times pada hari Isnin. Malaysia Chronicle |
Guan Eng BIADAB: Mana PERKASA Penang neh... Posted: 25 Jul 2012 07:26 AM PDT (Lim Guan Eng berbuka bersama Mujahid dan Salleh) PULAU PINANG: Seperti biasa sebagaimana di tahun-tahun sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak lepas peluang melangkah mendaki tangga masjid, surau atau pun dewan semata-mata untuk meraikan majlis berbuka puasa bersama masyarakat Islam. Beliau lazimnya akan datang bersama rombongan dari pejabatnya, wartawan akhbar Cina dan sebahagian Exco Kerajaan Negeri berbangsa Tiounghua tidak segan silu untuk makan bersama kepimpinan parti PAS dan PKR. Beliau juga kadang-kadang bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) serta masyarakat sekitar dengan duduk bersila, tanpa menggunakan sudu dalam keadaan sentosa dan harmoni. Beliau mula menghadiri majlis berbuka puasa ketika PAS Negeri Pulau Pinang mengadakan majlis di Restoran Nasi Kandar Kassim Mustaffa, Seberang Jaya. Waktu itu Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman menjemput beliau selaku Ketua Menteri untuk merasai bersama kenikmatan Umat Islam menanti saat-saat berbuka. Ramai kepimpinan PAS berbagai peringkat hadir di hari tersebut. Ada yang rasa terkejut melihat kesudian Lim Guan Eng untuk pertama kalinya duduk semeja menikmati juadah berbuka. (Di samping berbuka, Guan Eng juga memberikan sumbangan) Itulah kelainan PAS yang tiada dalam parti lain kerana sanggup melebarkan kebaikan Bulan Ramadhan kepada masyarakat bukan Islam sebagai tanda mereka juga layak merasai apa yang Umat Islam laksanakan ketika bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Peristiwa di tahun 2008 merupakan sejarah yang sukar dipadam sebab itulah kali pertamanya PAS menjemput seorang Ketua Menteri yang bukan Islam dengan harapan menjadi contoh pada pihak lain atau kepimpinan masyarakat lain agar tidak menyempitkan skop dakwah yang hanya tertumpu pada percakapan semata-mata. Sebaliknya perbuatan mengajak masyarakat bukan Islam hadir ke majlis berbuka puasa, mendengar tazkiran pendek, mendengar kuliah sempena bulan keagungan Islam dan sebagainya. Ia adalah satu tugasan yang mungkin dianggap baru selepas fenomena tsunami politik yang menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai beberapa negeri termasuk Pulau Pinang yang selama ini berketua menterikan bukan Islam. Semalam sekali lagi, Lim dan rombongan diraikan dalam majlis berbuka puasa oleh PAS Negeri di Restoran D' Pauh Garden, Jalan Permatang Pauh berhadapan dengan Politeknik Permatang Pauh. Kali ini di bawah kepimpinan Datuk Saleh Man yang meneruskan kelangsungan sikap yang ditunjukkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir dari tahun 1999 sehingga 2008. Cara pendekatan Allahyarham ketika itu banyak digali hasil pengalaman perjuangan bersama Allahyarham Ustaz Haji Zabidi Ali, pesuruhjaya PAS sebelum ini. Selepas daripada menghadiri majlis bersama PAS ketika itu Lim Guan Eng dikatakan kerap dijemput berbuka puasa di serata masjid dan surau. Yang anehnya, beliau tidak pernah menolak sebaliknya memenuhi undangan berkenaan walaupun ada di kalangan Umno menabur fitnah kerana terlalu dengki ekoran kegagalan mereka melakukan perkara yang sama terhadap Koh Tsu Koon. Lim selalu berkata ketika diberikan peluang berucap bahawa beliau rasa seronok berada dalam majlis seumpama ini dan berasa bangga dengan Umat Islam kerana sanggup tidak makan dan minum di siang hari semata-mata kerana menuruti kehendak Islam. Jika berada dalam majlis sumbangan kepada para Huffaz pula beliau pastinya mengatakan syabas kepada golongan yang boleh menghafal ayat-ayat Al Quran dalam tempuh setahun, dua tahun dan sebagainya. Hafalan bukan perkara mudah dan sukar dilakukan jika sekiranya mereka tidak minat, mempunyai hati yang bersih dan pemikiran jernih. Itulah kelainan yang ada pada Ketua Menteri Pulau Pinang yang melancarkan konsep Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) serta menjadikan pemerintahan Omar Abdul Aziz sebagai pedoman yang tidak mengamalkan rasuah, kepentingan diri, penyalah gunaan kuasa dan berhati rakyat.- Harakahdaily |
BIAQ betoi: Polis SAMUN rantai emas? Posted: 25 Jul 2012 12:00 AM PDT Polis 'samun' rantai emas peserta Bersih KUALA LUMPUR 24 Julai: Saksi pertama sidang kelima siasatan awam Bersih 3.0 hari ini memberitahu, selain dibelasah, polis turut merampas rantai emas yang dipakainya. Menurut Leong Siew Meng, 34, kejadian itu berlaku di Jalan Parlimen ketika beliau dikejar sekumpulan polis. "Polis tarik baju saya, masa itu saya pakai rantai emas," kata Leong. "Rantai itu menjadi ketat di leher saya akibat ditarik polis. Kemudian saya terpaksa buka rantai tersebut," kata beliau. Leong berkata, seorang daripada polis terbabit serta merta merampas rantai dan memasukkan ke dalam poketnya. Leong turut menceritakan beliau juga menerima tendangan sangat kuat di bahagian belakang badannya. Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Badan Peguam Malaysia dan polis turut hadir sebagai pemerhati.- KD |
HANGAT: Dari sumber dalaman Umno... Posted: 24 Jul 2012 11:10 PM PDT Siapa 'in control' Malaysia - Mahfuz KUALA LUMPUR: Kelantangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantah begitu banyak kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menuntut diadakan pilihan raya tahun ini memberi tanggapan bahawa beliau semakin berkuasa. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membangkitkan perkara itu ketika mempersoalkan siapakah sebenarnya Perdana Menteri negara ini. "Siapa Perdana Menteri sekarang? Siapa 'in charge'? Siapa 'in control'? (Datin Seri) Rosmah (Mansor)? (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)? Muhyiddin? Najib?" beliau mempersoalkan. Mahfuz menyifatkan kepincangan pengurusan dan pentadbiran negara ini sebagai sesuatu yang sangat serius. "Bukan sahaja rakyat yang jadi bingung, malah ia menakutkan pelabur-pelabur asing untuk datang ke Malaysia," kata Mahfuz. Mengulas lanjut tentang kacau-bilau yang semakin dirasai rakyat itu, Mahfuz berkata, kekerapan Rosmah mengadakan lawatan yang digambarkan rasmi ke luar negara serta liputan yang begitu luar biasa kepadanya, terutama di dalam TV, menjadikan Najib seolah-olah kelihatan seperti suami Perdana Menteri. "Di sisi yang lain pula, kekerapan Dr Mahathir membuat kenyataan berkenaan Umno dan kerajaan serta kekerapan kroni-kroninya mendapat projek-projek besar memperlihatkan seolah-olah Dr Mahathir masih Perdana Menteri. "Malah, walaupun cuba disembunyikan, orang-orang Umno sendiri yang mendedahkan bahawa Najib kelihatan begitu takut kepada pengaruh Dr Mahathir dan Muhyiddin pula dikatakan semakin mendapat manfaat dari pengaruh besar bekas Perdana Menteri yang paling lama berkuasa itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Sebab itulah, kata Mahfuz (gambar) lagi, sumber-sumber Umno tersebut tidak hairan apabila Muhyiddin membuat kenyataan mahu pilihan raya diadakan tahun ini juga sedangkan Najib lebih cenderung mengadakannya apabila tamat penggal tahun depan. Mahfuz berkata, sumber-sumber Umno memberitahunya bahawa Najib kini semakin ditinggalkan oleh tokoh-tokoh lain dan semakin keseorangan malah dilihat sebagai liabiliti parti itu. "Apa yang Najib tahu dan suka buat hanyalah membuat pengumuman dan pelancaran sana-sini. "Dengan hanya dukungan yang hanya lakonan dan tanpa dukungan yang sebenarnya dari tokoh-tokoh yang benar-benar berkuasa dan makin berkuasa seperti Dr Mahathir dan Muhyiddin, sumber-sumber Umno itu berkata Najib hanyalah Perdana Menteri syok sendiri," kata beliau. Di peringkat bahagian-bahagian pula, kata Mahfuz, Umno berpecah kepada empat kem iaitu kem Dr Mahathir, kem Muhyiddin, kem Najib dan kem ahli-ahli Umno yang semakin meluat dengan kerakusan para pemimpin parti itu. Beliau percaya, ahli-ahli Umno yang semakin meluat dengan kerakusan para pemimpin mereka itu mungkin akan memberi satu lagi kejutan dalam pilihan raya akan datang.- Harakahdaily |
KES tunjuk samseng tak kena tempat Posted: 24 Jul 2012 08:04 PM PDT Air telah dipolitikkan, maklum la... depa tu semua kan ka orang politik. Yang nak jadi mangsanya, rakyat yang dibawah nie lah... Syabas kita ucapkan pada tindakan berani mati dari Kerajaan Negeri Selangor yang baru-baru ni telah menubuhkan Jawatan Kuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sendiri lanjutan daripada kenyataan dan cadangan bengong SYABAS untuk membuat catuan air di Selangor. Tujuan jawatan kuasa ini adalah memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS. Antaranya... 1. Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan; 2. Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari 2012 hingga sekarang; 3. Unjuran permintaan air yang disediakan oleh SYABAS; 4. Maklumat mengenai paras kolam utama ( balancing reservoir – terminal reservoir -service reservoir); 5. Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air ; 6. Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW; 7. Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air 8. Cadangan penyelesaian yang dirancang oleh SYABAS ke atas masalah yang dibangkitkan; dan 9. Emergency response plan yang disediakan oleh pihak SYABAS. Hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh Jawatan Kuasa ini selama tiga hari, Kerajaan Negeri Selangor merumuskan bahawa: 1. Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji Pengerusi Eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun. 2. Kerajaan Negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina Loji Rawatan Air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta. Langkah yang diambil Kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi. Sempat lagi MB Khalid kenen Umno... kahkahkah... walaupun kita tau, masakan mudah depa nak lepaskan ayam yang bertelur emas neh... Kerajaan Selangor yakin kerajaan Persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat. |
Gambar Hj Hadi bersama pemimpin gerakan Islam Maghribi Posted: 24 Jul 2012 05:41 PM PDT Presiden PAS jangka PRU13 selepas raya (Gambar atas: Presiden PAS bersama wakil pimpinan gerakan Islam lain menyertai muktamar ke 7 parti Keadilan Dan Pembangunan Maghribi.) RABAT: PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman. "Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini. "Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik. Dalam kenyataannya kelmarin itu, Muhyiddin juga turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang". Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, banyak faktor yang akan menjadi pertimbangan rakyat untuk pulang kali kedua ke kampung termasuk soal kos yang terpaksa ditanggung dan cuti yang terpaksa diambil mereka. "Jika berlaku, kesannya akan lebih teruk lagi berbanding dengan kesan PRU musim haji," katanya. Sehubungan itu katanya, jika BN memanggil pilihan raya selepas cuti Aidilfitri, ianya sekaligus akan menyusahkan rakyat khususnya yang berada di perantauan. Sebelum ini, PAS juga membantah keras jika PRU-13 kali ini dibuat di musim haji kerana ianya bakal menafikan hak hampir 30,000 rakyat negara ini yang pergi mengerjakan haji di Mekah untuk mengundi. Awal bulan lalu, Najib ada membayangkan PRU-13 hanya akan diadakan selepas genap tempoh lima tahun penggal ini. Bagaimanapun kenyataan terbaru dari Muhyiddin kelmarin seperti mengesahkan desas-desus bahawa PRU-13 berkemungkinan diadakan September atau penghujung tahun ini dan bukannya tahun hadapan.- Harakahdaily (Gambar bawah: Presiden PAS bersalaman dengan Perdana Menteri Maghribi yang juga Ketua Parti Pembangunan dan Keadilan Islam (PJD), Abdelilah Benkirane.) |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan