Ahad, 8 Julai 2012

shalehudin

shalehudin


HARAMJADAH ni pun dah tak heran kat NAJIB... kehkehkeh...

Posted: 08 Jul 2012 10:00 AM PDT

Bukti, kaca bertaburan pecah akibat disondol oleh babi di dalam kedai terbabit 

Gempar: Orang Ramai Terkejut, "Babi Mengamuk" Dalam Pusat Bandar Kuantan Tengahari Semalam

KUANTAN, 6 Julai - Orang ramai kecoh dibuatnya apabila melihat kelibat "Babi Hutan" tiba-tiba mengamuk di pusat bandar ini tengahari semalam. Masing-masing terkejut kerana mana mungkin binatang terbabit boleh berkeliaran di dalam sebuah bandar yang merupakan ibu negeri pada waktu siang.

Difahamkan, babi (khinzir) yang entah dari mana datangnya itu telah berkeliaran di sekitar Jalan Mahkota.

Salah seorang saksi utama yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu, Kamarulzaman Mohamed Yunus (foto) berkata:

"Pada jam 12.15 saya menuju ke kereta berada di dataran Mahkota, sebaik menaiki kereta, saya nampak seekor babi hutan sedang melintasi Jalan Mahkota dan menuju ke kedai Hamid Bros, babi tersebut terus masuk ke dalam kedai dan memecahkan dinding cermin kedai seterusnya bersembunyi di bawah meja dalam pejabat pusat pelancungan dalam kedai tersebut, selepas itu lebih kurang jam 12.35 babi tersebut berjaya dikeluarkan dari kedai dan terus pula menuju ke Masjid Negeri dan masuk ke dalam masjid, dihalau seorang India babi menuju ke kawasan pejabat lama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), dan terus menuju ke Mahkahmah besar, seterusnya menuju ke pasar".

Kamarulzaman yang juga dikenali sebagai Pak Long turut menegaskan beliau amat hairan dengan kejadian ini.

"Apakah peristiwa ini ada kaitan dengan pembaziran SUKMA atau kenyataan Mufti Pahang mengenai Himpunan Bersih, kemarahan rakyat mengenai kilang Lynas atau tanda awal mula kejatuhan UMNO BN di negeri ini (Pahang)", kata beliau.

"Selama ini kita memang selalu menengar babi mengamuk di dalam kawasan kampung. Tapi, bila ia terjadi kepada bandar seperti Kuantan, ia sesuatu yang sungguh menakjubkan. Apatah lagi Kuantan kini sedang menyambut ketibaan tetamu-tetamu dari luar sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dirasmikan esok. Situasi ini amat memalukan dan tidak pernah berlaku di Kuantan sebelum ini", tambah beliau lagi.

Babi "mengamuk" sehingga memasuki ke dalam kedai agensi pelancongan

Orang ramai berpusu-pusu mahu menyaksikan babi di dalam kedai terbabit

[Kejadian yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Di saat Pahang berbangga sebagai tuan rumah SUKMA yang akan dirasmikan esok, tiba-tiba binatang ini boleh pula berkeliaran di dalam bandar Kuantan di siang hari?. Apakah musibah yang melanda agaknya. Adakah babi itu mahu menggantikan "gajah" sebagai Maskot Sukan Malaysia kali ini agaknya. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) harus bertanggungjawab akal hal ini. Jika ia berlaku di kawasan luar bandar yang berhutan di malam hari, mungkin kita boleh menerimanya. Tapi, bila ia berlaku pada siang hari ia sungguh memusykilkan. Dari mana datang babi itu?. Bayangkan jika binantang berkenaan berjaya masuk ke dalam Masjid Negeri yang berhampiran, maka sudah pastilah lebih kecoh. Mujurlah ia berjaya dihalau oleh orang ramai. Apakah kejadian ini adalah kerana tindakan MPK mengadakan "Nite Zoo" setiap minggu, tapi apa yang berlaku konsert hiburan yang lebih diutamakan ketika acara itu dijalankan. Mungkin ini menyebabkan binatang-binatang jadi takut dan kecewa, lantaran membawa diri ke tengah bandar. Difahamkan, sebelum ini sudah beberapa kali binatang berkenaan berkeliaran di dalam bandar Kuantan, malah ada yang masuk ke dalam pasaraya hingga menakutkan orang ramai. Apapun, pasti ada satu musibah akan berlaku atas kejadian ini sebenarnya. Berhati-hatilah dan ambil ikhtibar di atas segala kejadian yang menakjubkan ini].

MAFIA mana yang Mat Sabu tibai nih? Jom baca...

Posted: 08 Jul 2012 08:08 AM PDT

'Sekarang Kita Dikuasai Mafia'

SELAYANG 7 JULAI : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan pemimpin di negara ini mentadbir kerajaan dengan cara ala 'mafia'.

Katanya, pentadbiran di Malaysia kini dicemari dengan budaya rasuah dan jenayah yang semakin menular.

"Ini masalah besar yang dihadapi oleh kerajaan Umno-BN ketika ini iaitu rasuah dan penyelewengan.

"Hadirin sekalian, rasuah campur jenayah dicampur gerakan mafia antarabangsa inilah yang menguasai pentadbiran Malaysia sekarang. Bolehkah lagi kita bernaung di bawah pemerintah yang dikuasai oleh mafia?

"Dulu negara-negara Amerika Latin dikuasai oleh mafia dadah. Sekarang kita dikuasai oleh mafia. Terdedah perbincangan hal Scorpene, rasuah di Parlimen Malta, terdedah di Hong Kong, di sini (Malaysia) kita tidak tahu apa-apa," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramah Merdeka Rakyat, di sini, semalam.

Jelasnya, persoalan-persoalan sebegini seharusnya didedahkan kepada rakyat di negara ini kerana rakyat berhak tahu bagaimana wang negara dibelanjakan.
Mat Sabu jadi lagu ni pun angkara MAFIA jugak laa...

"Kini, Umno-BN sudah tiada modal dan tertekan serta terdesak oleh kerana itu mereka tiupkan api perkauman. Semua cerita yang keluar mesti berkisar mengenai perkauman. Tetapi saya rasa rakyat sudah tahu sekarang," katanya.

Kira-kira 3,000 hadirin yang hadir dalam ceramah Merdeka Rakyat itu.

Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, Adun Teja Chang Lih Kang dan Timbalan Pengerusi DAP, A.Sivanesan.

Sementara itu, Adun Teja Chang Lih Kang berkata Umno-BN bukan sahaja tidak membela Melayu malah menjadikan Melayu golongan termiskin di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata 75 peratus rakyat termiskin adalah orang Melayu.

"Sekiranya Umno-BN membela orang Melayu seperti yang dilaungkan, mengapa sudah lebih 50 tahun orang Melayu tetapi miskin malah menjadi golongan termiskin.

"Kalau bela betul-betul, benda ini tidak akan berlaku," jelasnya.- Selangorku


MAI BACA apa kata bapa Uncle Seekers...

Posted: 08 Jul 2012 03:55 AM PDT

Uncle Seekers "Berani Kerana Benar", Kata Bapa (Pak Habib)

KUALA LUMPUR: Syed Hussein Al-Attas aka Pak Habib yang juga ayah kepada pengkaji aktiviti paranomal, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berkata, beliau serta seluruh ahli keluarga menerima berita mengenai penahanan anaknya itu dengan begitu tenang.

Meskipun pihak polis sehingga kini mereka sekeluarga tidak dimaklumkan apa-apa daripada pihak berkuasa, dan tidak sedikit pun merasa bimbang.

Malah penulis buku politik terkenal ini berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan sebaliknnya membiarkan pihak polis menjalankan siasatan ke atas anaknya itu mengikut prosedur yang sewajarnya.

"Apa yang saya boleh katakan lagi? Kami boleh buat apa? Bila polis dah tahan dia dan simpan pula dia di Johor Bharu. Cuma apa yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah dia di tahan di Senawang tapi macam mana pula dia boleh dibawa kesana", ujar Syed Hussein Al-Attas kepada Malaysian Digest ketika dihubungi sebentar tadi memintanya mengulas mengenai isu terbabit.

Kelmarin, media melaporkan Uncle Seekers dan teman wanitanya ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah sekaligus mengaibkan Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada kira-kira pukul 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.

Menyifatkan anaknya sebagai seorang yang berani, pun begitu Pak Habib dan keluarga mengharapkan agar Uncle Seekers berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

"Bila dapat tahu berita itu, kami biasa saja. Tak panik. Macam nilah, ini satu permulaan bagi dia (Uncle Seeker), dia bukan manusia pertama yang ditahan dalam Malaysia ni.

"Kalau kami cakap banyak pun bukan boleh menyelesaikan masalah."

"Suka hati polis lah nak tahan dia berapa lama. Nanti pihak polis akan cakap dia ada dadah lah, ada macam-macam lah"

"Kami tak panik. Kita semua tahu dia bukan ditahan kerana dadah, merogol, mencuri, merompak, bukan. Dia ditahan kerana dia cuba membela nasib Kamal Hisham. Dia berani kerana benar! Saya rasa dalam Malaysia ni dia seorang saja yang berani lawan dengan raja."

"Mana ada blog-blog lain yang berani lawan dengan raja. Kalau ada pun isu yang baru-baru ni timbul, dah diarahkan minta ampun. Jadi, kami tunggu sajalah. Tuhan lebih mengetahui" tambahnya lagi.

- mD


Apa beza NAJIB ngan PAK LAH... Kahkahkah...

Posted: 08 Jul 2012 02:10 AM PDT

Najib lebih teruk dari Pak Lah... kenyataan beb...
Dia kini dilihat lebih 'flip-flop' berkali- kali sehingga penganalisis politik mengatakan dia telah menjadikan Abdullah Badawi kelihatan seperti orang yang berpendirian kukuh!

Kahkahkah....


Badawi dahulunya telah digelar sebagai PIEM 'Sleeping Beauty' Umno Malaysia untuk tempoh masa yang singkat jaa...

Sekarang Najib mungkin sudah lepasi dan ramai yang meramalkan pemerintahannya akan berakhir dengan legasi yang lebih teruk daripada Badawi.

Kahkahkah....


Boring betoi laaa...

Kahkahkah....

BONGKAR: 2 Masaalah Besar Najib...

Posted: 07 Jul 2012 08:32 PM PDT

Najib memang tak bertelur, sebab tu dia sanggup jadi Menteri Wanita...
Menteri Wanita ni tak tahan sangat ngan masaalah...
Ada masaalah ja terus Migrain...

Kahkahkah...

Najib kini sedang Migrain hebat, dia ada DUA MASAALAH besar dalam kepala....
Pertama kes Scorpene kat Perancis...
Kedua kes LRT kat Ampang...
Tak percaya, tengok video hebat dari sdr Rafizi nie...

Mampuih la Umno kali nih...

Kahkahkah...


Perghh!!! HEBAT betoi artis yang sorang neh...

Posted: 07 Jul 2012 06:02 PM PDT

Abby berhasrat sertai demo bebas tahanan ISA hari ni

KUALA LUMPUR: Bebarapa minit sebelum berakhirnya program, Abby Abadi telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta).

"Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA, entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan," ujar Abby lagi.

Beliau menyatakan demikian pada forum yang diadakan di pekarangan Tapak Pekan Selasa, Batu Kurau anjuran PAS Kawasan Larut, lapor laman web Persepsi Kita Berbeza.

AJAIB: Lubang BESAR di tengah lebuhraya...

Posted: 07 Jul 2012 03:00 PM PDT

Lubang misteri terbesar di China

Sebuah kereta terjerlus ke dalam lubang misteri di wilayah Hunan, kelmarin.

BEIJING - Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, roboh lalu membentuk sebuah lubang besar.

Kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan.

Lubang berkeluasan 30 meter persegi itu terbentuk pada laluan paling sibuk dalam wilayah berkenaan.

Menurut anggota penyelamat, mangsa yang terperangkap itu, gagal diselamatkan selepas usaha mengenal pasti dasar lubang tersebut menemui jalan buntu.

Justeru itu, bagi mengelakkan kemalangan berulang, pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup jalan berkenaan dan siasatan kemunculan lubang misteri berhampiran sungai Viangjiang itu sedang dilakukan. - SH

P/S: Nyata, tiada yang misteri apabila Allah berkehendakkan sesuatu...


Tiada ulasan: