shalehudin |
- NAJIB jangan suka sangat, Anwar BERSARA Ketua Pembangkang sebab nak jadi PM lepas PRU nanti...
- Perkasa ni dah gila atau sememangnya bodoh?
- HOT: Kerja BANGANG ni punca Umno Johor akan berkubur, JOM tengok...
- Uncle Seekers dianggap sebagai Anjing oleh Tengku Mahkota Johor?
- FAKTA: Bangang memang TERCIPTA untuk Umno... kahkahkah...
- WAJIB TENGOK, benda yang sama tapi tak serupa...
- HIMPUNAN Gambar2 yang Umno GELI tengok...
- PADAN MUKA Umno, dapat kawan jenih HARAM JADAH...
- WOW!!! Kapal RM2 BILLION ni milik sapa?
NAJIB jangan suka sangat, Anwar BERSARA Ketua Pembangkang sebab nak jadi PM lepas PRU nanti... Posted: 04 Jul 2012 09:45 AM PDT Anwar timbang 'bersara' jika Pakatan kalah PRU Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan, beliau mungkin bersara daripada politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Anwar yang sering dirujuk sebagai "perdana menteri dalam penantian" itu berkata, beliau mungkin "kembali mengajar" jika Pakatan tidak berjaya ke arah itu, lapor Financial Times semalam. "Kita persembahkan manifesto, dasar-dasar kita, dan sudah tentu sekiranya diberikan mandat, saya teruskan, atau pun saya akan fikirkan kembali untuk mengajar," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan akhbar itu. Akhbar yang beroperasi daripada London itu juga memetik Anwar sebagai mengakui, pilihan raya umum ke-13 "mungkin" menjadi peluang terakhirnya untuk menjadi perdana menteri. Dalam masa yang sama, harian yang diedarkan di seluruh dunia itu menulis, Anwar, 65, kelihatan "letih" untuk seseorang yang mencari peluang terbaik mentadbir negara. Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau yakin akan berlaku pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. |
Perkasa ni dah gila atau sememangnya bodoh? Posted: 04 Jul 2012 08:30 AM PDT ASD Kurang pasti pulak aku samada puak Perkasa ini sudah gila atau sememangnya bodoh.. ini kerana mereka telah membuat satu laporan Polis kononnya pihak Royalti telah menggunakan nama Sultan Kelantan. Laporan tersebut dibuat Ketua Wira Perkasa Kelantan, Azman Yazid, 32, kira-kira pukul 2 petang sehari yang lalu bersama beberapa ahli Perkasa yang lain. Azman ketika ditemui berkata, beliau memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan memandangkan dakwaan Royalti yang mengaku mendapat sokongan Sultan Muhammad V, justeru mana-mana pihak yang tidak menyokong pergerakan itu secara tidak langsung menderhaka kepada baginda. "Pada 26 Jun lalu ada satu perhimpunan membabitkan Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar) dan Royalti di depan pejabat menteri besar di Kota Darulnaim dan ketika itu Royalti menjaja gambar baginda yang mereka dakwa menyokong perjuangan Royalti - kata Azman seperti yang dilaporkan Utusan. Sedangkan Sultan Kelantan sendiri telah berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum. Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, awal bulan june lalu.. Ini gambar baginda sedang menandatangani plak berkenaan.. Itulah.. lain kali apa-apa hal pun siasat dulu.. jangan menuduh membabi buta.. kan dah nampak bodoh sangat.. Kononnya nak tunjuk kesetiaan kepada Raja.. tapi yang terserlah ialah kebodohan diri sendiri... |
HOT: Kerja BANGANG ni punca Umno Johor akan berkubur, JOM tengok... Posted: 04 Jul 2012 05:36 AM PDT Imam muda di tukar menjadi kerani.... kesian... WAHAI RAKYAT JOHOR, AYUH KITA AJAR UMNO BN PRU13 NI... |
Uncle Seekers dianggap sebagai Anjing oleh Tengku Mahkota Johor? Posted: 04 Jul 2012 01:29 AM PDT Kalau dulu, Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak telah mengelarkan peneroka yang menolak penyenaraian Felda sebagai 'Haram Jadah'.. Kali ini Tengku Mahkota Johor pula mengelarkan Uncle Seekers sebagai 'Anjing'... ************************** Tunku mahkota enggan ulas dakwaan Uncle SeekerTunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar. "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini. "Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker. Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah. "Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi. Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu. Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu. Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah - Malaysiakini |
FAKTA: Bangang memang TERCIPTA untuk Umno... kahkahkah... Posted: 03 Jul 2012 11:17 PM PDT APA?? Hairie Othman dibayar RM50K sekali ceramah? ASD Pemilik blog yang menyiarkan artikel 'Inilah tujuan Hairie Othman masuk PAS yer.. RM50K Beb' dipercayai adalah antara individu yang telah selamat menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO. Proses pembodohan oleh pemimpin UMNO itu telah menjadikan individu yang memiliki Blog ini ( SINI ) kurang daya fikir hingga menyebabkan beliau gagal membezakan antara kenyataan dan sindiran. Oleh kerana kurangnya daya berfikir, maka beliau telah menulis seperti di bawah.. Ini tulisan dari Hairie Othman sendiri dalam Twitternya....ALLAH maha besar untuk tunjukkan pada orang ramai....Mewahnya Hidup menjadi penceramah PAS yer dengan hasil dari orang ramai....sedihlah ....derma ke jalan ALLAH katakanTak tahulah aku mamat pemilik blog di atas tu dah menjalani proses pembodohan tahap berapa.. pasal nampak bodoh sangat dia tu.. Bodoh kerana boleh percaya PAS membayar Hairie RM50K setiap kali ceramah.. Kalau betullah PAS bayar RM50K setiap kali ceramah.. Najib pun akan lepaskan jawatan Perdana Menteri untuk jadi penceramah PAS.. ya lah.. sebulan 30 kali ceramah dah dapat RM1.5Juta.. gaji PM pun bukan banyak sampai macam tu... Tapi mahu ke PAS terima Najib sebagai penceramah? Sama seperti yang sahabat aku tulis di ( SINI ) aku setuju.. Ini adalah propaganda bodoh oleh orang bodoh yang menganggap orang lain lebih bodoh dari dia... Nasi tambah: Kahkahkah... Bangang memang tercipta untuk Umno... Kahkahkah... |
WAJIB TENGOK, benda yang sama tapi tak serupa... Posted: 03 Jul 2012 08:50 PM PDT |
HIMPUNAN Gambar2 yang Umno GELI tengok... Posted: 03 Jul 2012 06:15 PM PDT Mampuih la Umno kali nie... Umno cukup takut bila majoriti rakyat jadi CERDIK... Sebab yang saja CERDIK akan nampak kebodohan Umno... Kahkahkah... |
PADAN MUKA Umno, dapat kawan jenih HARAM JADAH... Posted: 03 Jul 2012 04:31 PM PDT Datuk Tee Siew Keong JOHOR BAHRU – MCA menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat meninggalkan Umno dan menyertai Pas jika ingin melaksanakan hukum hudud di Johor seperti yang dicadangkan beliau. Setiausaha Penganjur Nasional MCA, Datuk Tee Siew Keong berkata, Ayub seharusnya lebih sensitif mengenai pendirian MCA berhubung perkara terbabit sebelum melontarkan ideanya. "MCA percaya bahawa ini adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian Umno atau Barisan Nasional. "Jika beliau serius mahu hudud dilaksanakan di sini, mungkin dia harus meletak jawatan dari Umno dan seterusnya menyertai Pas," katanya pada sidang akhbar di Kelab Media Cina Selatan di sini, hari ini. Siew Keong berkata, pandangan Ayub tidak mencerminkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai hukum hudud belum boleh dilaksanakan kerana kepelbagaian kaum dan berbilang agama di negara ini. |
WOW!!! Kapal RM2 BILLION ni milik sapa? Posted: 03 Jul 2012 12:00 PM PDT Kapal RM2 bilion milik bilionair misteri LONDON- Belayar di laut buat kali pertama, kapal layar 400 juta pound (RM2 bilion) itu adalah satu daripada yang terbesar dan termahal pernah dibina. Pembinaan kapal besar selama empat tahun itu adalah buah fikiran pereka Britain yang ironinya berpangkalan di wilayah tanpa laut, Rutland. Namun di sebalik saiz kapal yang menonjol bernama Topaz itu, identiti pemiliknya kekal rahsia. Berukuran 147 meter, ia adalah antara kapal terpanjang pernah dibina dan hanya 15 meter lebih pendek daripada Eclipse milik Roman Abramovich yang memegang gelaran kapal terpanjang setakat ini. Kapal itu juga mempunyai berat hingga 12,000 tan. Siapa pun pemilik bertuahnya, pastinya mempunyai banyak wang. Identiti pelanggan bilionairnya tidak didedahkan Lurssen, syarikat pembuat kapal itu yang tidak mahu membincangkan pelanggan peribadi mereka ekoran persetujuan yang dibuat. Hasilnya, maklumat lanjut mengenai kapal itu masih tidak lengkap, tetapi kapal bersaiz besar seperti itu didakwa berharga antara 300 pound (RM1.5 bilion) hingga 400 juta pound (RM2 bilion). Difahamkan Topaz adalah hasil rekaan pereka Britain, Tim Heywood. Lelaki berusia 62 tahun yang sudah berpengalaman 40 tahun dalam industri itu memainkan peranan penting dalam menghasilkan beberapa kapal terbaik di dunia. - DM |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan