Selasa, 24 Julai 2012

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Penjelasan Dato Dr Mahfodz (24/7/12)

Posted: 23 Jul 2012 08:46 PM PDT


Berikut kenyataan Ahli Majlis Syura PAS, Dato Dr Mahfodz Mohamed berkenaan isu hudud yang disentuh oleh Pengerusi DAP Karpal Singh baru –baru ini ekoran debat antara Ketua Dewan Pemuda PAS dan wakil Umno. Kenyataan ini dikeluarkan oleh akhbar NST hari ini:

……having Islamic laws and setting up an Islamic state were high on Pas' agenda.
(…..melaksanakan uperundangan Islam dan  Negara Islam adalah agenda utama PAS)

Dr Mahfodz turut dipetik berkata:

"Although it was decided during the last (Pas) muktamar that the party will now carry on with its welfare state manifesto, Karpal should remember what Pas is all about and what we stand for.

 "But at the same time we do not want to shock people as we also respect their needs and beliefs. We can always talk and discuss for the betterment of our alliance."


Sebelum itu Ketua Penerangan PAS Pusat Dato Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan rekasi kepoada MStar Online dalam isu yang sama dengan berkata:

"PAS harap Karpal menghormati dasar dan perjuangan PAS yang sudah diketahui umum. Kita tidak akan sekali-kali berhenti daripada menegakkan Islam."

MStar turut melaporkan:

Sambil menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang memartabatkan Islam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebaliknya mahu Karpal 'tutup mulut' daripada memberi pandangan mengenai prinsip dan dasar parti itu.

Kesimpulannya ini bermakna PAS kekal dengan agenda Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaannya Fasal 5 (1) yang berbunyi:

 5. (1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

 Dan kesimpulannya juga kenyataan Karpal dalam hal ini adalah salah, wallahualam.

Indonesia bukan Negara Islam menjelang 2035 (24/7/12)

Posted: 23 Jul 2012 08:14 PM PDT




Kalau satu ketika dahulu isu berkenaan "murtad" di Malaysia hangat diperdebatkan hari ini ia diam begitu sahaja. Barangkali sudah tidak ada lagi kes "murtad" di sini dan kita boleh duduk selesa.
Pernahkan anda mendengar atau membaca atau menonton kempen "SAVE MARYAM" ? Ia membicarakan kes murtad tetapi bukan di Malaysia. Ia berlaku di Negara jiran Indonesia. Indonesia adalah Negara yang mempunyai penduduk Islam yang teramai di dunia. Kira-kira 200 juta penduduknya beragama Islam.

Walaubagaimanapun menurut statistik sekitar 2 juta penduduk Islamnya meninggalkan Islam dan murtad memeluk Kristian setiap tahun! Bukan 20 bukan 200 bukan 2000 tetapi 2 juta!
Sekiranya fenomena murtad beramai-ramai ini tidak dibendung bermakna menjelang tahun 2035  iaitu 23 tahun dari sekarang Indonesia bukan lagi sebuah Negara majoriti umat Islam!

Sudah pastilah hakikat ini membimbangkan. Soalnya jika ia boleh berlaku di Indonesia, apa istimewanya Malaysia?
Kempen "SAVE MARYAM" ini dilancarkan bagi membendung fenomena murtad beramai-ramai ini di Indonesia. Saya kebetulan dimaklumkan berkenaan kempen ini melalui facebook, ternyata ia suatu kempen yang perlu disokong dan diberi perhatian tambahan kita dalam bulan Ramadhan  yang mulia ini.

Semoga ada juga usaha diperingkat kita bagi memastikan Malaysia tidak ditimpa nasib yang sama.
Ini bukan isu politik tetapi ini isu bersama sesama Muslim. Mudah-mudahan semua pihak yang berkepentingan dapat mengembeling tenaga melakukan sesuatu seumpama "SAVE MARYAM" ini bagi memastikan anak cucu kita terselamat.

Berilah sokongan anda.

Tiada ulasan: