RAKYAT MARHAEN |
- RTM SENDIRI SAHKAN YANG PERDANA MENTERI KE-6 MALAYSIA SEBENARNYA IALAH DATIN SERI HAJAH "DR" ROSMAH MANSOR..TUKANG BAKOR JAMBATAN DIAM JERK..!!!
- Hudud: Ayub tidak berniat raih publisiti..tapi kena bersedia untuk beralih angin le..!!!!
- Hudud : Mahfuz mahu Umno pertahan Ayub
- Hudud: PPPMM sokong Adun Kemelah
- Pinda Perlembagaan jika laksana hudud
- Hudud: NGO minta rangka pelan induk berlandas syariah
- Hudud: Gembira Umno mula buka mata
- Apabila orang Umno mahu hudud
- Hudud: 'Ribut' bakal landa BN
- Hudud: Akhirnya perjuangan PAS ditiru Umno?
- Himpunan seniman bantu Lebuhraya Rakyat
- Najib ‘mati kutu’ untuk bubar parlimen – Aziz Bari
- Adun hilang akal: Mana keris pemuda Umno?
- Isu Hudud Johor: Realiti Beserta Fakta Bergambar
- Polis Dwi Standard Tangani Kes Pemimpin PR
- Selamatkan Rohingya
- KEMAH KEMING - USTAZ AZHAR IDRUS
- Promo Xpresi Anak Muda ke Putrajaya
- Negara Penjenayah : Culik, samun dan rompak
- Microsoft writes off ad agency billions
- Best Editing
- Most Outstanding Promo of the Year
- Best Promo never made it on-air
- Best Promotional Campaign - Egyptian Election
- PKR desak PDRM rombak cawangan khas
Posted: 03 Jul 2012 08:45 PM PDT Selama ini masih samar-samar dan kelabu tentang persepsi rakyat bahawa Perdana Menteri Malaysia ke-6 sebenarnya ialah Datin Seri Hajah "Dr" Rosmah Mansor dan bukannya Datuk Seri Mohd Najib Razak. Perkara ini disahkan sendiri oleh RTM melalui satu program dinamakan Expresi Remaja Bersama Perdana Menteri. Read More / Baca Lagi >> |
Hudud: Ayub tidak berniat raih publisiti..tapi kena bersedia untuk beralih angin le..!!!! Posted: 03 Jul 2012 08:41 PM PDT Katanya, bagaimanapun, beliau enggan membincangkan perkara itu secara terbuka kerana bimbang akan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat kerana ia berkaitan dengan soal akidah dan kepercayaan umat Islam. "Saya bimbang perkara ini akan disalah tafsir kerana ia memerlukan pemahaman yang jelas dan mendalam. Saya sendiri tidak arif mengenainya dan perlu mendalaminya dengan lebih luas. "Perkara ini perlu dibincangkan pakar yang benar-benar mahir dalam perundangan Islam khususnya bagi hukum hudud," katanya. Ayub juga sebelum ini telah beberapa kali membangkitkan isu ini termasuk membahaskannya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor yang berlangsung akhir tahun lalu. Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman ketika ditemui wartawan Sinar Harian, enggan mengulas isu ini. |
Hudud : Mahfuz mahu Umno pertahan Ayub Posted: 03 Jul 2012 08:40 PM PDT Beliau turut menggesa dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) memberi respons segera berhubung tindakan Presiden MCA itu. "Saya ingin tahu sikap Umno berkenaan kenyataan Soi Lek bahawa Ayub sebagai orang hilang akal atau gila apabila menyatakan cadangannya untuk melaksanakan hudud di Johor. |
Hudud: PPPMM sokong Adun Kemelah Posted: 03 Jul 2012 08:39 PM PDT SENAI - Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) menyokong cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat untuk menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Presidennya, A Rahman Mahadi berkata, negeri ini terkenal dengan wujudnya Sekolah Agama Rakyat di merata-rata daerah, namun pihaknya menganggap soal hukum hudud sebagai subjek yang tercicir. "Majoriti semua orang Islam tahu Malaysia sendiri merupakan sebuah negara Islam dan Islam merupakan satu-satunya agama yang disebut dengan namanya yang jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Signifikannya kita tahu apa yang dikandung oleh Perlembagaan Persekutuan. |
Pinda Perlembagaan jika laksana hudud Posted: 03 Jul 2012 08:38 PM PDT Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, mengikut akta berkenaan yang dipandu Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan, setiap negeri berkuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan agama Islam dan penganutnya di negeri masing-masing. |
Hudud: NGO minta rangka pelan induk berlandas syariah Posted: 03 Jul 2012 08:35 PM PDT SHAH ALAM – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam menyokong penuh cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah Datuk Ayub Rahmat agar hukum hudud dilaksanakan di Johor, dan menggesa satu pelan induk berlandaskan hukum syariah perlu dirangka terlebih dahulu. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Rahman berkata, pelaksanaan itu perlu diteliti supaya tidak menimbulkan sebarang kekeliruan kepada umat Islam. "Kita bimbang masyarakat keliru dengan hukum hudud padahal ia merupakan sebahagian kecil daripada syariat Islam yang meliputi aspek kehidupan. Read More / Baca Lagi >> |
Hudud: Gembira Umno mula buka mata Posted: 03 Jul 2012 08:33 PM PDT GEORGETOWN - Pelaksanaan hukum hudud di seluruh negara sepatutnya dimulakan oleh Kerajaan Pusat berikutan Umno yang memimpin negara ini. Setiausaha Agung Badan Anti Liberalisme Agama (Badai), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, pihak mahu Kerajaan Pusat membuat persediaan sepenuhnya bagi melaksanakan hukum yang ditetapkan ALLAH ini. "Badai antara NGO Islam yang gembira dengan perkhabaran ini, namun kita harap ia bukan sekadar gimik pilihanraya. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 03 Jul 2012 08:30 PM PDT Pada masa yang sama, waktu tidurnya pasti menjadi semakin kurang akibat deringan bunyi telefon yang bertambah kerap dan program serta jemputan yang bertambah banyak. Semuanya berlaku selepas beliau mengemukakan suatu cadangan yang ringkas, tetapi sangat sensitif, menarik dan penting, iaitu mengenai pelaksanaan hudud. Saya tidak bermaksud Ayub banyak berehat sebelum ini. Saya bersama rakan-rakan wartawan Sinar Harian Johor bertemu beliau ketika kami menyertai konvoi ke kawasannya di daerah Segamat Julai tahun lalu, untuk program membantu masyarakat. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 03 Jul 2012 08:29 PM PDT Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berpendapat, implikasi itu akan berlaku setelah pimpinan tertinggi pusat menerima cadangan itu. "Implikasi pasti ada, tetapi tidak sehebat dalam Pakatan Rakyat (PR). Seperti mana DAP menentang keras usaha Pas melaksanakan hukum hudud sebelum ini. "Keadaan ini berbeza kerana, Umno adalah parti teras dalam BN, selalunya apa yang dibawakan Umno itu diterima oleh parti komponennya yang lain," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata, keadaan itu disebabkan oleh rakan dalam BN mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Umno. Read More / Baca Lagi >> |
Hudud: Akhirnya perjuangan PAS ditiru Umno? Posted: 03 Jul 2012 08:24 PM PDT Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Johor dari Umno Datuk Ayub Rahmat untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri pertama yang melaksanakan hukum hudud membuktikan bahawa perjuangan PAS selama ini terbukti benar. DPPM melihat cadangan Datuk Ayub Rahmat ini adalah cadangan yang baik dan wajar disahut oleh semua umat Islam. Seharusnya Datuk Ayub sedari bahawa cadangan beliau adalah usaha perjuangan PAS sejak awal penubuhannya. Mungkin baru hari ini beliau faham bahawa perjuangan menegakkan syariat Islam adalah kewajipan setiap pemerintahan Islam untuk laksanakannya, dan ia bukan isu politik kepartian semata-mata. Mungkin juga beliau baru menyedari bahawa dengan usaha inilah PAS semakin diterima baik oleh segenap masyarakat tanpa mengira kaum sehingga bukan Islam turut menerima dan menghormati pendirian PAS. Read More / Baca Lagi >> |
Himpunan seniman bantu Lebuhraya Rakyat Posted: 03 Jul 2012 08:23 PM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dengan kerjasama PAS Kawasan Batu akan mengadakan perhimpunan seniman dan artis untuk membantu pembinaan Lebuhraya Rakyat di Kelantan. Read More / Baca Lagi >>Himpunan ini akan diadakan pada 6 Julai di Dewan Besar KUIZM, Taman Melewar, Kuala Lumpur bermula pada jam 9.30 malam. Inilah julung-julung kali program seperti ini dianjurkan oleh Paksi yang teruja dengan saranan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memohon supaya rakyat jelata turut terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Rakyat ini. Himpunan ini bertujuan untuk mengutip derma pembinaan Lebuhraya Rakyat di Kelantan. Himpunan yang bertemakan 'Semarak Seni, Lebuhraya Rakyat' akan diisi dengan pelbagai acara kesenian dan kebudayaan termasuk deklamasi sajak, lagu puisi, pantun seloka selain ceramah. |
Najib ‘mati kutu’ untuk bubar parlimen – Aziz Bari Posted: 03 Jul 2012 08:22 PM PDT MELAKA: Pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekarang berkeadaan 'mati kutu' untuk membubarkan parlimen kerana rakyat semakin menolak BN. Read More / Baca Lagi >>"Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya 'mati kutu' untuk membubarkan parlimen kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat kepada BN semakin teruk, Najib tidak yakin BN akan menang sebab dia takut untuk bubar Parlimen. "Segala perancangan dan tindakan Umno BN selama ini tidak dapat mengubah persepsi negatif terhadap Umno BN, walaupun pelbagai bantuan, sogokan dan projek pembangunan dilakukan tetapi rakyat tetap menolak BN," ujar Abdul Aziz yang sekarang menjadi ahli politik sepenuh masa. |
Adun hilang akal: Mana keris pemuda Umno? Posted: 03 Jul 2012 08:21 PM PDT KOTA BHARU: Pemuda Umno bolehlah dianggap sebagai dayus jika terus berdiam diri ekoran ejekan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar) kepada seorang Adunnya di Johor. Read More / Baca Lagi >>Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadli Shaari berpandangan, Umnokhususnya pergerakan pemudanya tidak wajar berdiam diri sahaja apabila tuduhan sebegini dilontarkan kepada ADUN Umno hanya kerana mencadangkan hukum hudud di Johor. "Di manakah maruah pemimpin Umno yang sanggup melihat sebegini hina label yang diberikan kepada pemimpin mereka?" kata Ahmad Fadli dalam kenyataannya hari ini. Menurut beliau, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menggesa Umno khususnya kepimpinan pemudanya agar tidak menjadi dayus dengan berdiam diri terhadap label yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu. Ini ekoran kenyataan Chua Soi Lek kepada salah seorang ADUN Umno Johor sebagai out of his mind atau hilang akal. |
Isu Hudud Johor: Realiti Beserta Fakta Bergambar Posted: 03 Jul 2012 08:20 PM PDT Mula Mula .. | \/ Kemudian .. PAS Bagi Sokongan Penuh | \/ Tapi Ditempelak Oleh Chua Soi Lek | \/ Namun, DiBack Up Mufti Pahang | \/ Malangnya Ditepis Jawatankuasa Agama | \/ Sebabnya Bos Dah Bagi Tau Awal Awal | \/ Maka .. Inilah Pengakhirannya ..... | \/ |
Polis Dwi Standard Tangani Kes Pemimpin PR Posted: 03 Jul 2012 08:19 PM PDT SUBANG JAYA 3 JUL : Adun Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengecam sikap dwi standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani kes terutama membabitkan pemimpin mereka. Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, sepanjang PR mentadbir negeri Selangor dan Pulau Pinang, ramai pemimpin mereka diganggu dan diserang, namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa. Beliau turut menyifatkan tindakan 'sambil lewa' polis itu sebagai tidak profesional. "Contohnya, serangan terhadap Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) yang dipukul individu yang kami kenal pasti daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tetapi tiada tangkapan dibuat sehingga kini. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 03 Jul 2012 08:18 PM PDT |
KEMAH KEMING - USTAZ AZHAR IDRUS Posted: 03 Jul 2012 08:17 PM PDT |
Promo Xpresi Anak Muda ke Putrajaya Posted: 03 Jul 2012 08:58 AM PDT |
Negara Penjenayah : Culik, samun dan rompak Posted: 03 Jul 2012 08:58 AM PDT |
Microsoft writes off ad agency billions Posted: 03 Jul 2012 08:56 AM PDT |
Posted: 03 Jul 2012 08:55 AM PDT |
Most Outstanding Promo of the Year Posted: 03 Jul 2012 08:54 AM PDT |
Best Promo never made it on-air Posted: 03 Jul 2012 08:53 AM PDT |
Best Promotional Campaign - Egyptian Election Posted: 03 Jul 2012 08:52 AM PDT |
PKR desak PDRM rombak cawangan khas Posted: 03 Jul 2012 08:45 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan