Selasa, 31 Julai 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


dulu felda penyamun bagan pinang gadaikan.....kini giliran perogol gadis bawah umur dan pelakun video lucah datuk T nak pelingkup RISDA.....!!!!

Posted: 31 Jul 2012 04:44 AM PDT

'Tindakan kukuh ekonomi Bumiputera'

rahim kote kecik lah jadi dalang pelingkup  harta peneroka....!!!

 

Risda juga akan disenarai di Bursa Malaysia

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berhasrat mengikut jejak Felda Global Ventures Holdings (FGVH) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata pihaknya sedang melakukan kajian berhubung kaedah terbaik bagi tujuan itu.

"Risda berbeza dengan Felda kerana tanah ladang dimiliki pekebun sendiri, dan perancangan ini bergantung kepada kelulusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dividen peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK) negeri Melaka di Masjid Tanah di sini.

kumpulan datuk T  tak lepas  peluang  ambil kesempatan merembat  hak peneroka  RISDA

Seramai 2,113 peserta di seluruh negeri itu menerima dividen keseluruhan berjumlah RM26.98 juta.

Rahim berkata bagi tempoh terdekat, Risda bercadang mewujudkan unit amanah melalui Risda Holdings bagi menjaga kepentingan dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta kakitangan Risda.

Sementara itu, menurutnya, Risda menjangkakan pengagihan dividen kepada peserta RTBB dan TSK di seluruh negara akan diselesaikan sebelum Aidilfitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM314.6 juta kepada 39,306 peserta RTBB dan TSK bagi tahun 2011. - Bernama

PAP Singapura Adik Kandung UMNO....tak ada bezanya kezaliman terhadap rakyat untuk bersuara,,,,berbeza dalam memakmorkan hasil negara....PAP cari hasil untuk negara...UMNO pulak perompak besar negara....!!!!

Posted: 31 Jul 2012 04:05 AM PDT

yang ini keturunan lahabau selama 60 tahun membangkrapkan negara....!!!

Selepas Singapura dipecat keluar dari Malaysia melalui undi Parlimen, sebuah parti baru ditubuhkan pada 1966 yang dinamakan Parti Tindakan Demokrasi atau DAP.

Maka bertolak dari idea inilah, UMNO mendakwa DAP adalah ejen PAP di Malaysia. Sehingga hari ini fitnah ini terus disebarkan oleh sesetengah pemimpin UMNO dan para pecacai mereka.

Sedangkan realiti hari ini amat berbeza kerana jika dibandingkan dalam segala aspek, UMNO di Malaysia adalah hampir sama dengan PAP di Singapura, walau gayanya sedikit berlainan.

PAP memakmurkan negaranya....!!!

Di Malaysia, UMNO suka memenjarakan musuh politiknya tanpa bicara melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Undang-undang zalim itu digunakan untuk menutup mulut pengkritik kerajaan. PAP di Singpura juga memenjarakan musuh politiknya dengan ISA dan kemudian memanipulasikan undang-undang dengan cara saman bankrap hingga lawannya hanya tinggal sehelai sepinggang – tak mampu dan tak layak bertanding buat selama-lamanya. Pimpinan Singapura dan Malaysia sama-sama kekalkan akta drakonian, iaitu ISA. Ada beza?

Di Malaysia, UMNO dan Barisan Nasional mengawal media massa arus perdana, termasuk TV dan radio. Kerajaan PAP Singapura juga melakukan cengkaman yang sama.

Dalam erti kata yang lain, kebebasan bersuara dan tuntutan hak tidak mempunyai banyak ruang akibat pemerintahan autokratik di kedua-dua negara  adalah sama 

jantan dengan kapal selam nie pulak memakmorkan negara,,,,dapat suntut  altantuya  juga suntut duit rakyat RM 3 billion....

Dakwaan DAP ejen PAP sangat melucukan. Ia tidak berbangkit sama sekali kecuali dalam minda manusia yang bencikan kaum lain. Kebencian terhadap DAP dan PAP bukan kerana ideologi tetapi ia adalah hasad dengki terhadap kaum yang menjadi ahli terbanyak dalam parti-parti tersebut.

Sebenarnya, jika mahu dikatakan ada persamaan di antara DAP dan PAP, ia boleh dilihat dari satu sudut sahaja, yakni PAP dan DAP yang menekankan kecekapan dan ketelusan dalam bidang ekonomi seperti pengurusan kewangan, tender terbuka dan amalan berasaskan merit.

Malah Pulau Pinang yang diterajui DAP lebih baik daripada PAP di Singapura kerana merit yang ditambah pula dengan amalan bantuan kepada golongan yang memerlukan, khususnya kepada kaum Bumiputera yang berpendapatan rendah. Justeru, Pulau Pinang bukan sahaja meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan pelaksanaan yang lebih adil dan telus berbanding UMNO-BN yang dilihat lebih mementingkan kroni daripada usahawan Melayu yang layak.

DAP yang menerajui kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang mendapat pujian oleh Jabatan Audit Negara kerana pengurusan kewangan yang bagus. Transparency International dua kali berturut-turut memuji dasar tender terbuka di Pulau Pinang.

Di Singapura pula, walaupun PAP berperangai seperti UMNO dalam soal demokrasi dan hak asasi serta kebebasan, ekonominya adalah antara yang terbaik di dunia kerana kecekapan pengurusan ekonomi serta ketegasan membanteras rasuah.

Inilah persamaan yang ada di antara DAP dan PAP, iaitu dalam soal pentadbiran awam dan kewangan yang bersih, telus serta anti-rasuah. Dalam soal politik, tentunya DAP bertentangan dengan PAP kerana DAP mahu kepada demokrasi yang bersih, kebebasan dan hak asasi dijamin.

rembat duit lembu jantan di atas yang ajar....tu pasal  tunjuk samseng lembu tak memasal....habis tuan rumah kena dakwa   sementara pencuri lepas lari...

Dalam soal demokrasi dan kebebasan, PAP adalah seperti adik kepada UMNO. Yang serupa di antara UMNO dan PAP ialah undang-undang zalim dan amalan mengekang kebebasan dan hak asasi, antaranya media yang tidak bebas dan tindakan undang-undang untuk memastikan pembangkang tidak ada ruang bersuara.

Sebaliknya, yang ada persamaan di antara DAP dan PAP pula adalah dasar pentadbiran yang anti- rasuah. DAP amalkan tender terbuka manakala PAP tidak memberi muka langsung kepada mereka yang melakukan rasuah, walaupun undang-undang anti-rasuah di antara Singapura dan Malaysia hampir sama. Yang berbeza ialah penguatkuasaannya.

DAP dan Pakatan Rakyat berjaya mengurus semua aset yang terhad hingga berjaya menambah hasil negeri dan menjelaskan hutang kepada kerajaan persekutuan. PAP pula berjaya menjadikan Singapura sebagai kuasa ekonomi dunia walaupun tidak mempunyai hasil sumber alam.

Jadi  kita sebagai rakyat Malaysia yang berakal dan berhati budi, termasuk umat Islam yang diajar supaya jujur, amanah dan beriman, pastinya boleh menilai kembali segala dakwaan dan fitnah UMNO kepada DAP.

dan puak UMNO akan jadi seperti ini.....kah kah kah....mooooooooo

Bagi mereka yang sedar bahawa dakwaan UMNO adalah fitnah tetapi tetap menerima dan menyebarkannya, maka jelaslah bahawa semangat assabiyah yang dibajai oleh UMNO ini telah melumpuhkan akal waras yang telah Tuhan kurniakan kepada kita. Ini adalah tragedi yang memilukan.kita harus memilih sama ada mahu mempercayai pembohongan atau memerima hakikat sebenar..

Tiada ulasan: