Selasa, 10 Julai 2012

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


takut berdebat dengan kerusi....hassan beras JATI hancus 100% nak ajak PAS berdebat....!!!!

Posted: 10 Jul 2012 06:23 AM PDT

Debat 11 Julai, usah layan Hasan Ali, kata PAS S'gor

 

PAS Selangor meminta ahli-ahlinya supaya menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayani karenah Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali yang menurutnya 'telah terpinggir'.

Dalam satu kenyataan semalam, ia mendakwa Dr Hasan mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai).

PAS Selangor menganggap tindakan Dr Hasan itu "jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan mahu mencari populariti melalui PAS.

Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu.

Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang.

"Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik.

"Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu.

Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya.

"Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya. 

 

 

penyapu sial

 

hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Ceramah sendiri pun tak mampu nak panggil orang datang, nak ajak PAS berdebat...

Pergilah berdebat dengan  UMNO itu, kalau-kalau mereka sudi.lama kelamaan Hassan Ali ini akan jadi gila... betul-betul punya gila, bukan gila main-main. Sekarang pun dah mula nampak...

Orang yang dah dibutakan hati setelah dikurniakan hidayah, itulah buta yang paling tragis!

kehebatan seorang dr berdebat dengan kehadiran beribu-ribu KERUSI kosong... kan bagus masa dia berucap masuk dalam tv 3/4...

suroh dia berdebat dgn majlis fatwa... atau ulama'... kes dia ni nk tegakkan akidah... tp dgn program PM kpop hari tu dia senyap ja... di mana akidah yg d perjuangkan....

Dokumen melondeh kerja bangsat Najib dalam isu LRT

Posted: 10 Jul 2012 06:02 AM PDT

Dokumen 'sahkan' PM campurtangan

azlan

Satu dokumen yang didakwa membuktikan bahawa jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai oleh George Kent Bhd.

Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang mempengerusikan Najib kerana beliau juga merupakan menteri kewangan.

Anugerah itu adalah pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut.

Kepakaran yang George Kent ada ialah mengilang meter air dan syarikat itu sebelum ini ditolak kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut.

Najib, yang sebelum ini diminta menjelaskan dakwaan tersebut, menyangkalnya dengan berkata semuanya mengikut aturan.

kerajaan haramjadah Najib lepas tangan dalam menangani isu peningkatan kadar jenayah....!!!!

Posted: 10 Jul 2012 05:14 AM PDT

Kita mempersoalkan kenapa program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pencegahan jenayah hanya melebihkan kepada pengurusan awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Belanjawan 2012 yang lepas, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM240 juta untuk pengurusan NKRA yang merangkumi lima aktiviti dasar.

Kita  beranggapan bahawa konsep 'keputusan besar pantas' itu hanyalah semata-mata untuk memberi persepsi kepada rakyat bahawa aktiviti jenayah sudah menurun daripada membaikpulih struktur keselamatan dalam negara ini.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab mereka perlu bekerja untuk memperbaharui struktur pasukan polis dan bukannya semata-mata memikirkan persepsi umum.

Program tranformasi ini untuk menangani isu jenayah adalah lebih kepada pengurusan awam dan 71 peratus daripada jumlah belanjawan yang diperuntukkan adalah untuk NKRA.

Nampaknya kerajaan tidak ikhlas apabila mereka hanya menumpukan persepsi rakyat awam..

Dalam masa yang sama kita turut mengulangi  pendirian mengenai maklum balas daripada Kementerian Dalam Negeri berhubung unit khas (SB) yang melebihkan aktiviti mengintip rakyat sendiri daripada mencegah aktiviti jenayah.

Rakyat akan terus menanti jawapan daripada pihak yang bertanggungjawab..

Tiada ulasan: