Isnin, 23 Julai 2012

pemuda cheh

pemuda cheh


Pakatan Rakyat Bakal Takluk Kepala Batas

Posted: 22 Jul 2012 03:53 PM PDT


Kepala Batas tidak pernah berada dalam senarai kerusi Parlimen yang boleh menjamin kemenangan Pakatan Rakyat sebelum ini.  Penguasaan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi selama 9 penggal di situ terlalu kuat untuk diganggu gugat oleh sesiapa.
Ini hakikat yang diketahui semua orang.

Tapi dengan jangkaan bahawa Abdullah akan mengundurkan diri dari politik dalam pilihanraya umum akan datang setelah melepaskan jawatan Perdana Menteri pada April 2009, jangan terkejut kalau penulis katakan bahawa Pakatan Rakyat berpeluang besar untuk menang di kawasan tersebut.
Penulis guna perkataan 'jangkaan' sebagai ayat berlapik sahaja, hakikatnya, mana pernah terjadi dalam sejarah negara ini Perdana Menteri yang meletakkan jawata kembali bertanding dalam pilihanraya.  Takut nanti dikatakan orang gila kuasa atau paling tidak, tak ikhlas semasa melepaskan jawatan.
Serentak dengan pengunduran Abdullah, ura-ura Ketua Pemuda Bahagian merangkap Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Reezal Merican Naina Merican akan dicalonkan untuk bertanding di kerusi parlimen tersebut dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang bagi menggantikan tempat Abdullah, menjadi semakin kuat.
Abdullah sendiri pun dikatakan bersungguh-sungguh mahu Reezal menggantikan beliau.
Reezal, walaupun lantang dan kedepan dalam banyak isu berkaitan pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang, sebenarnya tidak mempunyai hubungan baik dengan masyarakat setempat di Kepala Batas, selain dikatakan seorang yang sombong.
Malah, Reezal yang pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri di era pemerintahan Abdullah juga dikatakan sering membantu orang-orang tertentu mendapatkan projek kerajaan secara runding terus (direct nego), seterusnya menimbulkan persoalan kepada kredebilitinya sebagai pemimpin.
Penyokong UMNO dikawasan tersebut dikatakan lebih berminat dengan Setiausaha UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Ahmad Darus yang telah lama berkhidmat di bahagian tersebut dibandingkan dengan Reezal yang hanya bergantung kepada menantu Abdullah, Khairy Jamaludin untuk menyinar dalam politik.
Sebagai bekas Ketua Pemuda Bahagian sendiri (sebelum dirampas Reezal), Ahmad Darus lebih dekat dengan masyarakat disitu selain hakikat bahawa beliau bukan terdiri daripada keturunan 'mamak'.  Ramai penyokong UMNO dan penduduk Pulau Pinang yang sudah bosan dengan kebanjiran keturunan 'mamak' dalam politik negeri itu.
'Mamak' menurut mereka, hanya layak menjual nasi kandar, nasi beriani dan seumpama dengannya.
Sejarah membuktikan, hanya perpecahan dalam UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang mampu memberi keuntungan besar kepada pembangkang di negara ini.  Kalau nak dirujuk kepada sejarah itu, sila kaji keputusan pilihanraya umum bermula dari 1990, 1998 dan 2008.
Pada 1990, perpecahan team A dan team B membawa kepada kemuncula S46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.  1998, pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 2008, protes berterusan penyokong UMNO terhadap kepimpinan Tun Abdullah.
Keadaan yang berlaku di Kepala Batas sekarang ini pun begitu jugalah, yang mana penulis yakin akan berlaku perpecahan antara penyokong Reezal dan Ahmad Darus.
Walaupun tidak mempunyai hubungan baik dengan pengundi yang lebih ramai jumlahnya, Reezal masih mempunyai sokongan yang kuat diperingkat cawangan UMNO, kalau tidak bagaimana pula dia boleh menang sebagai Ketua Pemuda Bahagian?
Pakatan Rakyat perlu mengambil kesempatan di atas konflik yang berlaku ini dengan menguatkan jentera dan meletakkan calon yang lebih berwibawa dari calon pada 2008.  Kalau penulis boleh mencadangkan supaya PKR mengambil alih kerusi ini dari PAS kerana ia akan menjamin sokongan bukan Melayu, disamping penyokong Pakatan Rakyat tegar dikalangan orang Melayu.
Walaupun PAS telah banyak berubah untuk disesuaikan dengan kepelbagaian kaum di Malaysia, tapi ada sesetengah pendapat merasakan perubahan PAS itu tidak ikhlas dan masih mencetus rasa curiga pengundi bukan Melayu terhadap parti tersebut.
Justeru, untuk menjamin kemenangan Pakatan Rakyat, calon dari PKR perlu diketengahkan.  Mungkin YB Yusmadi Yusof yang diketahui berhadapan masalah mengekalkan kerusi di Balik Pulau, boleh di pindahkan ke kawasan ini dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.
Pada yang tidak tahu, penulis ingin memaklumkan disini bahawa Yusmadi hanya diletakkan sebagai calon dalam pertimbangan untuk kerusi Balik Pulau, walaupun beliau adalah penyandang kerusi tersebut sekarang.

Tiada ulasan: